Sebuah buku kompilasi artikel pra-PRU14, semoga ia akan membantu anda melihat beberapa isu yang berlaku sebelum peristiwa bersejarah penukaran rejim kerajaan berlaku. Hal ini penting kerana kita masyarakat yang terkenal dengan sifat lupa. Semoga kita tidak mudah lupa lagi, dan kembali memainkan peranan seperti dulu. Jika Barisan Nasional ‘didera’ rakyat sehingga mereka tumbang, Pakatan harapan juga perlu diherdik jika mereka mula berevolusi menjadi kerajaan sebelum ini.
Rahman Imuda is a political analyst and former student activist. He has written three books on politics in Malaysia. Currently, he is actively involved in writing on political topics, particularly on communication, education, and labor market.
Usaha yang bagus dari seorang penulis muda. Artikel² dalam buku ni ditulis sebelum PRU-14, jadi boleh baca laju² sebab kebanyakan point dalam ni dah terjawab / tak berapa relevan.
Salah satu bab yang menarik dalam buku ni; "SIKAP NAK UBAH MACAM MANA LAGI?" di muka surat 134/135, aku setuju sangat dengan point penulis, "...memang ramai graduan memilih bekerja pada kadar gaji yang lebih rendah daripada kelayakan mereka bukan sebab masalah "sikap", tapi peluang pekerjaan yang kurang."
Buku ni boleh dikatakan macam rentetan dari buku sulung penulis, Mahasiswa Bukan Macai, Pendidik Bukan Politik.