Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hero #5

Membunuh Muhammad

Rate this book
Pertembungan antara kebenaran dan kebatilan semakin memuncak. Inteligen Kerajaan Malaysia masih tidak berputus asa memburu Nobu sebelum impiannya untuk merentas masa direalisasikan. Tetapi pasukan Afam, Bakri, Faisal dan Mus'ab juga tidak berdiam diri dan bersedia untuk kemungkinan yang terburuk.

Nobu dengan kelicikannya berjaya merentas masa, dengan satu misi yang besar - membunuh Muhammad SAW!

Satu usaha drastik yang bermatlamatkan mengakhiri pertembungan antara Ryuken dan Malaysia. Lantas Afam menghantar Bakri, Faisal dan Mus'ab untuk memintas Nobu, sedang dia sendiri berpakat dengan Tengku Amiri untuk menghadapi Ryuken di Jepun.

Bagaimanakah pengakhiran siri HERO ini?

Sudah pasti jalan perjuangan ini tidak sunyi dari cabaran yang menggegarkan!

380 pages, Paperback

First published March 1, 2019

8 people are currently reading
178 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books860 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
108 (64%)
4 stars
48 (28%)
3 stars
9 (5%)
2 stars
2 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
467 reviews46 followers
December 24, 2022
Mus'ab, Bakri dan Faisal bersatu tenaga menghalang misi gila Nobu untuk kembali ke zaman silam demi membunuh Nabi Muhammad. Pengembaraan masa silam membuat SH mengimbau kembali cerita back to the future. Adalah vibes tu sikit.

Demi menjamin kejayaan misinya, Nobu menyusun agenda bertingkat-tingkat. Penuh muslihat dan tipu daya.

Dalam naskah ini memaparkan erti kepada sebuah perjuangan. Bagaimana hati seorang manusia yang boleh berbolak-balik semasa dalam perjuangan. Bagaimana sebuah pergantungan penuh kepada Ilahi mampu memberi kekuatan tak terduga buat seorang Muslim dalam menghadapi perjuangannya.

Kekuatan fizikal, mental dan terutamanya jiwa adalah amat penting dalam memastikan kejayaan sebuah perjuangan. Kekalutan jiwa mungkin menyebabkan kita kalah di dalam perjuangan. Bukan kalah kepada musuh tapi malah kepada diri sendiri.

Semasa menelusuri kelima-lima naskah dalam series ini, SH amat berharap alangkah baiknya jika benar satu hari nanti Malaysia adalah seperti yang digambarkan dalam naskah ini. Sebuah negara yang boleh dibanggakan oleh penduduknya.

Plot twist dia yang sangat cantik. Puas hati bila baca. Baca dengan penuh senyuman. Memang best.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,547 reviews41 followers
April 9, 2021
Buku terakhir dalam siri Hero. Lama betul sebenarnya sejak saya membaca novel dari siri Hero iaitu Samurai Melayu. Namun, masih belum hilang aura Mus'ab/Ryujin. Dalam novel Membunuh Muhammad, Mus'ab bersama Faisal/Izrail Dunia Gelap dan Bakri ditugaskan mengejar Nobu yang menggunakan Sfera Masa ke zaman Rasulullah SAW. Mereka hanya ada tiga peluang untuk membuat lompatan menggunakan Sfera masa bagi menghalang Nobu melaksanakan niat jahatnya untuk membunuh Nabi Muhammad.

Mus'ab, Bakri dan Faisal dengan iringan hologram Mr Umayer kini di Makah/Madinah, terpaksa mengejar Nobu dan tiga lagi samurai yang telah bertekad membunuh Muhammad dan menarik sinar Islam yang dibawa Rasulullah SAW. Kejar mengejar menggunakan Mesin Masa yang tercipta dari Elemen Baru, mereka hanya boleh gunakan maksima empat kali 'lompatan'. Jika empat sudah digunakan untuk mengejar atau mengelak dari serangan Nobu, maka terperangakaplah mereka di masa lalu. Pendaratan pertama di padang pasir berdekatan Makkah pada 12 April 571 Masihi. Lapan hari lagi iaitu 20 April 571 Masihi atau 9 Rabiu'lawal, adalah tarikh kelahiran Rasulullah SAW. Pendaratan kedua sewaktu Perang Uhud. Seterusnya, saya masih dalam pembacaan. Saya bimbang akan tindakan yang mungkin akan diambil oleh Faisal, bekas Izrail Dunia Gelap' yang telah berpaling tadah. Adakah dia akan termakan hasutan Nobu supaya menggunakan mesin masa untuk menyelamatkan isterinya dari mati?

Di Jepun, Dato' Amir Faheem bin Amir Muiz (Afam) dan pasukan elite unit HERO sedang berbincang dan merancang strategi terbaik untuk operasi penggempuran pangkalan rahsia Ryuken di Gunung Tanzawa, Kanigawa.

^^^^"Kami sedia bergadai nyawa, tuan!" HERO XX-003 meninggikan sedikit suaranya.

Afam mematap unit HERO tersebut. "Bagus, tetapi kita tidak mahu mati katak. Kerana, jika kita tewas, negara kita terancam. Jadi kita perlu perancangan yang terbaik supaya kita punyai peratusan mencapai kemenangan yang tinggi. Jika selepas itu ditakdirkan juga kita tewas, barulah kita pulang dalam dakapan Allah SWT dengan hati yang lapang dan jiwa yang tenang". ^^^^

Apa agaknya yang terpaksa dikorbankan oleh Afam dan pasukannya demi menyelamatkan dunia dari tangan-tangan kuasa gelap yang misinya tidak lain dari menghancurkan keharmonian sejagat? Tengku Amiri Direktor Inteligen Kerajaan Malaysia pula berseorangan di Markas Inteligen Jepun. Jika betul telahan Afam bahawa ada pengkhianat di kalangan mereka, nyawa Tengku Amiri dalam bahaya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
October 3, 2020
"Di mana wujudnya cahaya di sana wujudnya bayang-bayang kegelapan".

Alhamdulillah berakhirnya sebuah perjalanan (pembacaan) yang panjang, penuh pengalaman, pancaroba, pengharapan, yang mendewasakan dan menginsafkan bersama Saga Hero ini. Akhirnya Islam kembali gemilang. Itulah pengharapan dan doa terbesar yang penulis bawakan kepada pembaca untuk diaminkan dan diusahakan bersama-sama. Seperti yang saya kongsikan semasa mengulas novel Hero, H.A mengarang saga ini dengan memasukan Rukun Negara dan Islam.

Gembira bercampur sebak sepanjang pembacaan. Sukar digambarkan. Bukan kerap berjumpa buku fiksyen yang mengandungi tentang Rasulullah. H.A amat berhati-dalam penulisannya supaya tidak menulis apa-apa yang bertentangan. Saya tak mampu menahan kesedihan saat Rasulullah berkuda pergi ke arah Mus'ab, Bakri dan Faisal hanya untuk melemparkan secebis senyuman tanda penghargaan.

Kali ini, Mus'ab, Bakri dan Faisal dihantar ke zaman Rasulullah bagi menghalang Nobu yang telah berjaya membina mesin merentas masa dari membunuh Muhammad agar Islam tidak tersebar. Dalam masa yang sama, Afam dan Tengku Amiri telah berpakat untuk menumpaskan Ryuken di Jepun. Penemuan naga gergasi robotik mengejutkan mereka.

Kemenangan sebagai pengakhiran kisah ini sememangnya saya jangkakan. Saya pun memang suka happy ending 😁. Ada plot twist sedikit dihujungnya yang membuatkan saya berharap ada lagi sambungan. Tapi dalam masa yang sama, saya sangat berpuas hati dengan keseluruhan siri ini.

Terima kasih atas karya hebat ini dan kepercayaan Tuan Hilal Asyraf(Official) kepada saya untuk mengulasnya.
Profile Image for Nur Fathinah.
130 reviews6 followers
December 9, 2020
Saya bertangguh dalam membaca buku terakhir ini kerana ada sedikit kekecewaan sewaktu membaca siri² yang lepas. Kalau Hero, Pemburu, Encik Pembunuh dan Samurai sudah boleh diagak jalan ceritanya, tetapi Membunuh Muhammad ternyata berbeza. Setiap muka surat buat kita ternanti apa akan jadi seterusnya.

Penulis mengajak kita menilai semula sejauh mana kebergantungan kita kepada Allah. Bukan kita yang menjaga agamaNya, tetapi Allah juga yang menjaga. Kita cuma mampu berusaha. Penghijrahan kita menuju redha Allah turut diuji. Jika kerana manusia dan manusia itu mati, adakah kita akan kembali kepada diri kita yang jahil dahulu?

Bagaimana agaknya perasan dapat hidup sezaman dengan baginda nabi ? Mendapat tarbiyah secara langsung dari Rasulullah. Moga² kita terus istiqamah dalam menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah.

Saya mengimpikan Malaysia menjadi sebuah negara Islam seperti dalam buku ini. Kitalah yang membela umat Islam dan kuasa jahat juga terpaksa akur dengan keizzahan Islam. Mudah-mudahan suatu hari nanti. Usaha bergerak ke arah itu perlu bermula sekarang.

أصلح نفسك وادع غيرك
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
January 25, 2021
Ternyata penutup siri Hero ni sangat awesome. Setiap perjuangan pasti ada pengorbanan. Namun pengakhirannya sudah tentu manis. Watak Nobu yang licik dan pandai manipulasi ni tidak boleh dipandang rendah andai iman kita rapuh. Selain itu, kebolehan merentas masa yang menjadi plot utama kisah ni sangat bahaya sebenarnya walaupun ianya kedengaran sangat menarik. Apapun siri last Hero ni mmg tidak mengecewakan. Kudos buat Penulis!
Profile Image for Nasywa Bakhtiar.
1 review
May 27, 2019
Siapa yang bercita-cita ingin melihat Islam kembali gemilang seperti dahulu, ambillah masa untuk hayati dan mengambil intipati yang ada di setiap siri Hero yang mana penamatnya adalah buku ini iaitu Membunuh Muhammad. Siri Hero ditamatkan dengan diselitkan tentang Nabi Muhammad. Buku mengisahkan tentang musuh Islam yang ingin mengambil kesempatan membunuh Nabi Muhammad. Kononnya, jika tidak wujud Nabi Muhammad, maka Islam tidak akan wujud. Aneh, mereka bahkan tidak tahu bahawa agama Islam adalah daripada Allah.

Sungguh membuat diri bingung dan tertanya-tanya kenapa perlu ada tentang Nabi Muhammad. Tetapi jika difikirkan balik. Inilah yang terbaik dan benar. Kerna hero agung kita yang membawa ajaran Islam dengan dakwah susah payah hingga kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam sesungguhnya ialah Nabi Muhammad. Hero yang sanggup membiarkan diri luka berdarah demi umat yang dicintai. Baginda kekasih agung. Allahuakbar. Sungguh membuat diri sedar semula. Penulis membuat diri mengembalikan momen-momen jerih perih Baginda. Yang paling membuat diri sebak hingga mengalirkan air mata ketika watak bertemu dengan Nabi. Terasa diri juga ingin berada di situ. Rindu pada Baginda Nabi. Sebak.

Terlalu banyak keistimewaan siri Hero yang jika pembaca membacanya dengan hati bukan sekadar lintasan mata, angan-angan untuk melihat Islam gemilang seperti dahulu berkobar-kobar. Bagaimana penulis sentiasa mengajak kepada penglibatan tarbiyyah bersama NGO Islam yang mana keperluan untuk umat Islam bersatu, mengikat tali ukhuwah, saling menguatkan saat lemah dan saling berpesan-pesan.

Penulis juga sentiasa mengingatkan tentang hamba akan tetap hamba. hamba akan sentiasa diuji. Akan tetapi hamba yang beriman, apabila diuji dia tetap teguh dan redha. Tetap kuat menghadapi musibah. Penulis sentiasa menghadirkan hadis Nabi yang sentiasa membuat diri sentiasa ingin meningkatkan Iman. Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib dalam urusan orang Mukmin. Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang Mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." (Riwayat Muslim)

Juga, penulis tidak melupakan akan hasrat ingin merampas kembali tanah jajahan Palestin. Bagaimana penulis mendatangkan tentang bagaimana pendirian orang Islam akan Negara Palestin. Allah, moga Negara Palestin kembali bebas.

Bacalah dan ambillah ibrah. Nescaya kamu akan beroleh sesuatu. Terima kasih penulis untuk buku yang sangat memberi inspirasi.
Profile Image for Ansya.
113 reviews
November 20, 2019
Bismillah. Alhamdulilah. Habis juga trilogy hero ini. Kali ini aku gambarkan bagaimana pejuang2 islam ini di zaman Baginda S.A.W. dlm menghadapi peperangan Uhud di turut serta oleh Baginda S.A.W. itu sendiri walaupun ia kalah tetapi kemenangan berterusan terus menerus hingga ke saat ini..YA kemenangan berterusan..tetapi..puak2 yang ingin menghancurkan agama Islam itu sendiri..pun juga berterusan..hingga akhir zaman ini..begitu juga lah para2 Hero utk melawan Nobu..jika ku gambarkan skrng bagaimana mereka menentang Nobu pasti kita akan rasa bangga diatas kemenangan para Hero. Syabas tuan Hilal. Satu karya yg cukup2 baik! Teruskan perjuangan mu! Allahu Akbar!!!
Profile Image for SCARLETT DREAM.
38 reviews21 followers
February 7, 2020
Buku yang terakhir untuk Siri Hero. Apabila sudah mula baca tu, tidak boleh berhenti asyik nak tahu je sambunganya. Perjalanan yang amat panjang untuk Pasukan Afam untuk menyelamatkan Islam daripada Nobu dan sekutunya. Setiap titik perjalanan Pasukan Afam sangatlah mendebarkan sehingga kita berasa berdebar untuk mengetahui kesudahan cerita. Marilah berdoa supaya Malaysia sentiasa dibawah lindungan-Nya.

Turutan Siri Hero
1) HERO
2) PEMBURU
3) SURIHATI ENCIK PEMBUNUH
4) SAMURAI MELAYU
5) MEMBUNUH MUHAMMAD

# Hero dan Pemburu adalah kesukaan saya.
Profile Image for Nana Wahid.
61 reviews1 follower
July 24, 2022
Pengakhiran yang menggembirakan, menjadi idaman setiap muslim islam kembali gemilang. Penulisan Hilal Asyraf memang tidak asing dengan pengharapan yang tinggi untuk mengembalikan kegemilangan islam dalam kalangan masyarakat dan pemimpin di Malaysia. Satu penulisan yang baik untuk dicontohi, walaupun genre bagi Siri ini adalah aksi.

Semakin hari penulisan Hilal semakin nampak perkembangan yang positif. Semakin bertambah baik dari semasa ke semasa.

Pada kali ini mengisahkan 2 pertembungan yang berlaku di Jepun untuk menumbangkan Ryuken, organisasi hitam yang berpangkalan di Jepun dan 3 hero yang merentasi masa menuju ke zaman kehidupan Rasulullah untuk menghalang niat salah seorang ahli tertinggi kumpulan Ryuken itu sendiri.

Paling suka bila penulis menekankan tentang masa. Masa lalu ada pengajaran dan pembelajaran supaya kita belajar sesuatu untuk buat yang terbaik untuk masa hadapan. Islam mendidik agar kita redha akan masa lalu, terima qada’ dan qadar, menyerahkan takdir kepada Allah. Setiap apa yang berlaku kepada realiti, terima dengan hati yang terbuka. Kita mungkin kabur dengan hikmah yang bakal diterima, tapi kita boleh belajar sesuatu dari masa lalu.

Semua watak memainkan peranan masing-masing agar misi menghalang Nobu membunuh Muhammad. Kesannya akan merubah dunia dengan kerosakan fabrik realiti dunia hari ini.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
March 6, 2020
'Membunuh Muhammad'. Tajuknya sahaja sudah menyentap emosi dan menimbulkan pelbagai tanda tanya. Alhamdulillah, walaupun berdikit membaca, akhirnya naskhah ini tamat juga. Ingin mengulas lebih panjang, tetapi takut emosi yang mengambil ruang. Jadi, saya ringkaskan ulasan hasil pembacaan 'Membunuh Muhammad' ini.

Membaca 'Membunuh Muhammad', sama seperti membaca impian penulisnya. Malah, ia juga saya pasti menjadi impian semua ummat Islam yang kasihkan Nabi. Tiga impian terpaku di hati.

1) Impian ingin bertemu Rasulullah s.a.w. Rindu yang menarik hajat sehingga terzahir dalam
penulisan. Siapa sahaja yang tidak memiliki impian sedemikian?

2) Impian ingin melihat ummat Muhammad yang mengejar ilmu. Kerana hanya dengan ilmu kita mampu menentang dan menghalang niat jahat musuh-musuh Islam. Niat untuk tidak melihat Islam berkembang sehingga puak musuh bersunguh-sungguh mendalami pelbagai ilmu penciptaan. Malah berusaha mencipta mesin masa untuk kembali ke zaman silam; membunuh Muhammad dan meletakkan titik penamat agar Islam tidak tiba ke zaman ini. Dan, ummat terus-terus jahil dan mudah dikawal pemikirannya.

Ilmu, jika disedari oleh ummat Islam adalah satu senjata dan pertahanan yang harus ada dalam diri. Menjadi senjata mematahkan usaha musuh dalam membunuh Nabi. Ilmu juga sebagai panduan dalam membuat keputusan di saat-saat genting. Malah, dengan ilmu juga mampu menebak akal musuh. Sirah jika tidak dihadam, mana mungkin mampu mencipta perancangan dan mematahkan perancangan juga.

3) Impian untuk memiliki negara Malaysia tercinta di bawah pentadbiran pemimpin yang berlandaskan Al-Quran, Hadith dan Sunnah. Yang mengatasi ke'Islaman' pemerintahan Arab. Malah, ingin melihat Malaysia sebagai sebuah negara maju berteknologi tinggi, yang kehebatan teknologi itu melebihi negara Jepun. Juga, sebagai negara yang memiliki barisan pertahanan yang beriman dan memperjuangkan syahid.

"Kita akan hidup mulia, atau mati sebagai syuhada'. Kita akan menang, atau gagal dalam usaha yang penuh dengan kesungguhan. Supaya apabila kita berdiri di hadapan Allah SWT kelak, kita boleh berkata: Ya Allah, sesungguhnya aku telah berusaha."

Satu rangkap yang melekat di jiwa dan minda. Subhanallah.
Profile Image for Adibah(whatdibsread).
315 reviews9 followers
October 23, 2020
<>
🌟🌟🌟🌟🌟

'Berjuang tidak pernah senang,
Ombak derita tiada henti,
Tenang, tegang silih berganti,
Inilah sunnah orang berjuang!'

Membunuh Muhammad. Melihat pada tajuknya,apa perkara pertama yang terlintas di kepala?

Aku fikir tak ada kaitan dengan Nabi Muhammad,tapi rupanya ada. Perjuangan Afam,Bakri,Faisal dan Mus'ab tidak berhenti lagi. Ancaman daripada Nobu membuatkan mereka sedaya-upaya untuk mengelakkan ianya daripada berlaku.

Siapa sangka? Mereka akan kembali menentang Nobu yang ingin mengubah lipatan sejarah. Kembali ke zaman Rasulullah untuk membunuh baginda. Bagi Nobu, dia fikir, dengan membunuh Baginda,Islam tidak akan tersebar, seterusnya kemajuan Malaysia pada ketika itu.

Terkejutkan? Aku pun macam tu bila membaca novel terakhir ini. Afam,Bakri, Faisal dan Mus'ab mengambil keputusan yang sangat besar. Mereka akan memintas Nobu! Dengan apa? Haaaa yang tu kalau nak tahu kena baca novel ni dulu.

Aku kagum bila penulis sangat berhati-hati menulis berkaitan zaman Rasulullah. Tak boleh menulis sesuka hati, perlu membuat kajian demi kajian untuk memastikan fakta yang digambarkan adalah tepat berdasarkan hadis-hadis dan ayat-ayat Al-Quran.

Cuma, aku agak terkilan dengan Faisal. Satu kesilapan yang dilakukan boleh merubah lipatan sejarah kita. Dalam novel ini aku berpeluang melihat sisi lain Faisal.

Apabila penulis menggambarkan suasana ketika zaman Rasulullah, menitik air mata aku. Indah sangat. Rasa terbawa-bawa menyelusuri lipatan sejarah pula. Siapa saja yang tidak menginginkan peluang bertemu Rasulullah kan?

Rugi Nobu menggunakan kepintarannya untuk perkara yang sia-sia. Kalau dapat dimanfaatkan, mungkin negaranya boleh berkerjasama dengan Malaysia dalam usaha memajukan negara.

Aku macam tertanya-tanya ada lagi ka sambungan selepas ini? Rasa macam perlukan sambungan😂. Tak puas hati bila dah habis baca Siri Saga Hero ni.

Sekali lagi syabas aku ucapkan buat Tuan @hilalasyraf untuk karya yang menyentuh jiwa ni.
Juga terima kasih kerana sudi untuk membuat pertukaran review dengan saya.
Semoga pada masa akan datang, Tuan Hilal menghasilkan lebih banyak karya-karya unsur islamik bercampur aksi dan sains fiksyen.
Profile Image for Yana.
28 reviews2 followers
May 26, 2019
Buku terakhir, klimaks kepada siri universe HERO.
4 watak utama dalam buku-buku sebelum ini bergabung meneruskan misi mereka menentang kejahatan, yang tidak senang dengan kemajuan dan pegangan Islam yang dipraktikkan oleh Malaysia.
.
Nobu and the gang sampai nekad untuk buat mesin masa dan merentasi masa ke zaman rasulullah. Kagum dengan kebolehan penulis olah jalan cerita dengan begitu baik, sempat lagi menyelitkan kisah sirah dalam ni.
.
Geng ryuken pun dah buat persiapan rapi untuk lawan unit-unit Hero yang ada, yang turut buatkan aku kagum dengan persediaan mereka. Kehebatan naga robotik tu memang beri cabaran besar pada geng Hero.
.
Babak pertarungan dalam ni dah tenang, tak laju macam dalam Pemburu dan surihati. Ok sangat, dah boleh baca dengan rileks, tak perlu rushing nak kejar.
.
Syabas lagi sekali sebab penulis banyak masukkan sirah dan hadis dalam ni. Sambil-sambil terhibur baca, boleh baca peringatan tentang Iman dan Islam sekali.
.
Suspense bila aku ingat ada watak utama yang mati sebab mesin masa tu, nasib baik tak. Lega. 😌
Profile Image for shifa hanani.
98 reviews2 followers
April 20, 2024
WOW.

Sejak dari bab awal novel ni, plot dia memang intense, memang tak beri peluang saya bertenang ya, sepanjang masa berpeluh sebab berdebar nak tahu apa jadi, HAHA.

Dalam Membunuh Muhamad, ada elemen merentas masa, jadi saya seronok sangat baca sebab boleh dapat tahu tentang keadaan sesuatu tempat yang kita tak pernah lawati,syabas Tuan Hilal, penceritaan lengkap sehingga saya boleh membayangkan keadaan kota Mekah saat itu dengan pasarnya dan padang pasir yang tandus. Memang mantap!

Satu perkara yang patut dipuji tentang novel Hilal Asyraf ialah wataknya sangat realistik,contohnya ada part di mana watak dalam novel ini berputus asa kerana acapkali mereka berjaya dipintas musuh dan terpaksa menghadapi ranjau, yang pada saya sangat bagus sebab menunjukkan sisi seorang manusia yang sebenar; akan ada masa kita sedih, penat, kecewa.Mana ada manusia yang kekal gembira dan positif setiap masa,betul?

Oh, idea mengenai mesin masa yang diketengahkan dalam cerita ini sangat genius! Saya sebenarnya terpegun dengan keseluruhan idea Tuan Hilal dalam novel ini. Siapa sangka Ryuken terdesak untuk menghapuskan Islam sehingga sanggup merentas masa bagi membunuh Nabi Muhammad supaya ajaran Islam tidak berkembang seperti sekarang!

Akhir sekali, setiap epilog dalam novel Hilal Asyraf mesti takkan pernah gagal membuat kita rasa nak lagi sambungannya, HAHA. Walaupun Membunuh Muhammad merupakan novel terakhir dalam siri Saga Hero, tetapi epilognya ada menceritakan masih ada yang belum habis, wow menarik kan? Namun, bagi saya, jika Tuan Hilal ingin menamatkan Saga Hero dengan Membunuh Muhammad saja tanpa ada sambungan seterusnya pun sudah okey!

Pada yang belum baca, silalah baca okey. Dijamin berpuas hati!
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
April 10, 2023
Ryuken masih belum ditumpaskan. Dalam buku Samurai Melayu ahli Ryuken Nobu telah berjaya mencuri data elemen baru dan mencipta mesin merentas masa.

The ultimate mission - go back in time utk menghapuskan akar kepada masalah yg dihadapi organisasi gelap kini - membunuh Rasulullah yg membawa ajaran Islam kepada umat manusia.

The heroes Bakri, Faisal, and Mus'ab will go back in time to intercede and prevent Nobu from executing his mission. Afam bersama Inteligen Kerajaan Malaysia akan menghadapi Ryuken di Jepun. Berjaya kah mereka menghalang Nobu? Adakah sejarah akan berubah? Jeng jeng jeng

My thoughts?
1. Buku ni yang paling best bagi aku dalam siri Saga Hero. Kau rasa cemas dan berdebar2 sepanjang baca. Cannot put down.
2. The storyline was insane! Travel in time to save prophet Muhammad? *jawdropped*
3. Secara tak langsung kau terimbas kembali sejarah Rasulullah yg kau belajar masa sekolah dulu.
4. The only thing yg aku tak puas hati kenapa Bakri perlu kahwin. Dia patut kekal lone ranger 😂 lagipun watak Fatihah tu tiba2 je ada balik. Whyy
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
April 23, 2019
Karya ini kesinambungan perjuangan Afam bersama sahabatnya yang lain dalam menentang kumpulan Ryuken. Afam bersama Bakri, Faisal, Mus'ab, Pak Arbi, Tengku Amiri dan Mr. Umayer berusaha keras untuk mengagalkan rancangan jahat Nobu.
Kisah ini sebenarnya sangat meruntun jiwa. Apa yang ingin Nobu lakukan memang tidak boleh diterima akal. Namun, Afam dan sahabatnya tidak akan membiarkan peristiwa itu terjadi. Tidak ada perancangan yang mudah, ujian pasti datang untuk menguji keimanan setiap hambanya. Faisal diuji lagi dan dia hampir gagal dalam ujian tersebut.

Aksi, teknologi dan sejarah diadun dengan begitu teliti. Sambil membaca, kita diberikan ilmu tentang sejarah islam, teknologi moden dan diselitkan dengan peringatan berguna kepada kita.
Banyak pengajaran yang kita perolehi dalam kisah ini. Semoga kita mendapat manfaat melalui kisah yang dipaparkan dalam siri HERO.
Profile Image for Akram Muhammad.
45 reviews6 followers
May 2, 2024
Baru habis baca novel terakhir dalam siri Saga Hero. Ada part yang aku baca berkali-kali tak faham haha sebab bahagian aksi kot, imaginasi aku lemah mungkin. Yang part Ranmaru & Hikari kena korban tu, ada cakera apa bagai haha pening membayangkannya.

Pastu part terpaksa hidup zaman Rasulullah tu tak berapa logik, mungkin sebab tak diceritakan secara detail jadi aku rasa tak logik. Macam mana nak hidup selama beberapa tahun tanpa ada interaksi dengan sahabat-sahabat pada zaman tersebut. Mestilah terubah sejarah jugak en. 🤔 Ke tak?

3.9 star kot. Banding dengan siri sebelum ni rasa Samurai Melayu paling best.

susah jugak nak buat novel pasal time travel ni, kena rangka hukum-hukum untuk time travel, macam mana tak nak bagi sejarah berubah dalam masa yang sama plot kena bagi menarik. Tahniah Hilal Asyraf dapat habiskan siri Saga Hero ni
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for bunga.
26 reviews2 followers
August 26, 2019
Alhamdulillah baru habis baca, beli dah lama time PBAKL, baru dapat atasi perangai malas ni & end up habiskan dalam sehari sahaja novel ni hahaha. So far, dalam universe Hero, aku paling suka samurai melayu sebab jalan ceritanya lebih kemas dan ada unsur suspens yg tinggi dkt endingnya hahaha. Aku ternangis juga untuk part yang diorang dah balik ke alam realiti, sebab aku follow dari form 3 lagi universe ni, so macam sedih la sebab dah last kan. Rasa macam puas.
huhuhu. congrats en Hilal buat saya ada masa nak tulis review sebab sya jarang tulis review buku but for this novel saya gagahkn juga bukak laptop and taip. 9/10.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
June 19, 2021
Penutup siri SAGA HERO...

Puas hati...

Penutup siri ini membawa semua watak watak utama dalam 4 siri sebelumnya ini untuk mempertahankan Nabi Muhammad, mempertahankan Islam, mempertahankan negara dan secara tak lansung mempertahankan sejarah tanpa diubah oleh musuh musuh Islam.. Full mark untuk siri SAGA HERO.. 5 star!!

Lega... Habis satu siri.. Nak rehat, pastu boleh start Siri Hikayat Satria Satria Sejati pulak...
Profile Image for Siti Shakira Suhaimi.
81 reviews16 followers
May 25, 2019
Dari tajuk dan pembacaan dari buku yang keempat, tema buku kelima sudah boleh diramal.

Mungkin buku ini satu cabaran, kerana tiada terlalu banyak elemen surprise untuk dihidangkan kepada audience, dan bermain dengan skill penulis untuk menjadikan buku tu menarik.

And the author did exactly that.

Elemen menarik pada pandangan saya ialah, dialog antara watak.
And this is direct dakwah. Seolah olah buku satu sehingga buku empat, level dakwah di upgrade book per book.
Dialog yang diletakkan memberi suntikan semangat kepada pembaca untuk berubah or at least it is what happened to me.

Apa yang berlaku dekat dunia ni dah diaturkan Allah cuma kita sebagai manusia bertanggungjawab untuk berusaha and this is what book about.
Doa tanpa usaha hanya sia- sia.

Saya menjangkakan lebih banyak action-based plot tetapi kurang kesampaian hajat ini. Cuma, kekuranan ini deeply beautified by the kata- kata hikmah yang disertakan.

Tapi apa yang menarik ialah babak dalam buku ni menjemput pembaca untuk participate.

Membina jiwa.
The book done it’s job well.

Ya, menulis Novel Fiction ialah satu cara berdakwah.

Isinya dan pengajarannya bukan sahaja sampai kepada pembaca, tetapi juga membakar semengat untuk menjadi Muslim yang menyumbang.

Nicely written series.
You generate new fans from this series alone.
26 reviews
June 21, 2020
Penutup yang kemas.

Penulis berjaya kekalkan kejutan dalam storyline dan memberi plot twist yang menarik.

Universe HERO sudah lengkap dan sangat berbaloi untum dibaca.

Saya paling gemarkan Saga #2 Pemburu. Namun, yang lain semua masih sedap dan mempunyai sisi menarik yang buatkan kita ingin membaca lagi dan lagi.
Profile Image for Zzati Alydrus.
124 reviews
October 27, 2020
Such a good ending ! tak terfikir dek akal walaupun macam melampaui. Pengakhiran yang penuh suka dan duka, tiap kemenangan pasti ada pengorbanan dan perubahan memerlukan istiqomah dan iwa yang kuat kerana iman turun naik. Banyak pengajaran dan kisah sejarah islam yang dapat kita ambil dari pembacaan kali ini. Syabas penulis.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,523 reviews1 follower
March 8, 2024
Sebuah cerita penamat yang mengujakan.. Penuh debaran terutama sekali bila Faizal mula goyah dengan hasutan Nobu untuk kembali ke masa lampau dan menyelamatkan isterinya dari mati.. Sebuah perjuangan yang sangat-sangat berat namun perlu mereka lakukan..
Profile Image for Noorul.
2 reviews13 followers
June 27, 2019
Sangat menarik. Ada setting kehidupan Rasulullah dulu2 dan secara tak langsung menceritakan perihal sejarah islam dengan praktikal
Profile Image for Firafenn.
13 reviews
November 10, 2019
I'm thrilled when reading this novel. There are a lot of conflicts happened and it's hard to predict on the plot.
Such an amazing story. Thanks author for this inspiring adventure.
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
April 10, 2020
Best gila buku terakhir siri HERO ini. Karya, narrative dan plot twist yang menarik.
3 reviews
January 26, 2021
Jalan cerita terbaik. Cara selitkan pesanan atau nasihat dlm cerita jugak just nice. Halus.. Tak terlalu nampak mcm nak berpesan. Bravo
Profile Image for Hafeji A.D.
256 reviews1 follower
August 8, 2021
Penutup kepada SAGA HERO yang sangat-sangat menarik dan imaginatif. Semestinya 5 bintang.
Profile Image for Nurul Afiqah.
23 reviews1 follower
March 4, 2022
Mereka merancang ,
Kita merancang ,
Allah merancang ,
Dan Dia-lah sebaik-baik perancang.
43 reviews
June 16, 2023
tajuk dia kontroversi ya. debar nak mula, tapi tak sabar HSHSHS paling best sebab dia gabung semua, seronok gilaaaaa macam kau skali ikut dorang adventure!
Profile Image for Saiful Deen.
9 reviews
July 29, 2023
Afam (Hero)
Bakri (Pemburu)
Faisal (Encik Pembunuh)
Mus'ab (Samurai Melayu)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.