Keindahan dan kenikmatan di syurga tidak dapat digambarkan oleh akal manusia fana. Pelbagai kisah tentang syurga sering diceritakan dalam berbagai surah Al-Quran sebagai tempat keabadian berupa Jannah (taman yang indah atau kebun) yang terdapat sungai-sungai mengalir dibawahnya. Sesungguhnya syurga adalah negeri kemuliaan yang abadi iaitu negeri yang penuh dengan kenikmatan dan keindahan maha sempurna.
SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM atau nama penanya Ibnu Ibrahim At-Tawari, SMahadzir, SMSI dan SMSIbrahim. Beliau memulakan alam persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Tawar, Baling, Kedah, Sekolah Kebangsaan Kota Bukit, Sik, Kedah, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah, Institut Teknologi Mara (ITM) - Diploma Kajian Reka Bentuk dan Universiti Putera Malaysia – Ijazah Sarjana Muda Linguistik.
Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan di Jabatan Perhubungan Awam, Lembaga Letrik Negara, Pengurus Editorial di Food and Agriculture of Organization (FAO) of United Nation, Editor dan Pengurus Editorial di beberapa buah syarikat penerbitan dan kini merupakan Pengurus Pentadbiran Pujangga Gemilang Resources dan Ketua Fasilitator PPSB/PLKN, Dewan Bahasa Pustaka dan Jabatan Latihan Khidmat Negara, Exco Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Setiausaha Persatuan Penulis Dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI) dan Setiausaha Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Kuala Langat (PESAT). Beliau sering dijemput sebagai hakim dalam pertandingan mendeklamasi puisi, syarahan, bercerita, tarian tradisional, teater, nyanyian lagu-lagu asli, nyanyian lagu-lagu patriotik, pantun dan juga nyanyian lagu-lagu irama Malaysia peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan.
Bidang penulisan beliau ialah cerpen, esei, fiksyen misteri, berita, puisi, skrip drama tv, skrip drama radio, skrip drama pentas dan novel. Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih dari seratus buah buku dalam pelbagai genre.
Buku ni best sangat-sangat! Pernah la dengar keindahan syurga dan baca dari Al-Quran tapi MashaAllah, buku ni berikan pandangan yang lebih jelas menggunakan daya imaginasi yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Seringkali kita dengar lelaki bakal mendapat bidadari di syurga kelak. Bagaimana pula dengan wanita? Kita tahu bidadari sangat indah, cantik dan wangi. Kita bakal jadi Ketua Bidadari! Di mana kita lebih indah, wangi dan cantik daripada bidadari syurga. MashaAllah.. sewaktu baca bab ini, tidak lagi terasa cemburu memikirkan suami dikurniakan puluhan bidadari syurga kerana kita bakal jadi ketua bidadari. Melayan suami dengan baik satu kewajiban untuk seorang isteri, inshaAllah menjadi asbab kita bakal menjadi penghuni syurga kelak. Suami pula bakal menjadi penghuni syurga juga bila melayan isteri dengan baik. Percaya tak saya akan baca lagi dan lagi buku ni? Untuk mengingatkan diri yang seringkali alpa dengan urusan dunia tentang keindahan syurga yang tidak akan terputus nikmatnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku ini adalah buku pertama yang kita beli di bawah terbitan @hijjazrecordspublishing #MenyingkapKenikmatanDanKeindahanSyurga 💕 . Ianya adalah gabungan pelbagai kisah berkaitan Syurga. Yang mana ada sebahagian antara kisah dalam buku ini, pernah kita dengar dan tahu samada dari ceramah atau tazkirah atau dari mana-mana media lain . Sememangnya keindahan dan kenikmatan di Syurga terlalu sempurna dan luar biasa, tak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Kalau di dunia, kita beranggapan jenama mewah seperti LV, Ferragamo, Ferrari hanya layak untuk golongan atasan . Tapi di Akhirat kelak, penduduk Syurga yang layak memasukinya bukannya dari golongan atasan tetapi orang-orang yang beramal soleh, menjauhi segala larangan-Nya, sentiasa memohon keampunan, selalu bersedekah serta bertakwa terhadap Allah SWT . Mereka ini dikurniakan kenikmatan bukan sahaja dari paras rupa yang elok tetapi disediakan dengan pakaian indah, dihiaskan dengan 70 jenis perhiasan bergemerlapan yang berubah warnanya setiap jam, berbau harum dan bersih dari kekotoran (tidak berbulu dan mengeluarkan sebarang najis dari anggota badan). Dihidangkan dengan pelbagai hidangan lazat yang setiap suap semakin lazat rasanya. Setiap lelaki soleh diberikan 72 bidadari. Manakala setiap wanita soleh dijadikan sebagai Ketua Bidadari yang mana kecantikannya melebihi paras bidadari. Malah, wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sediada kerana terjaganya solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah SWT . Bayangkan jenama mewah handbag atau yang hanya dihiaskan beberapa butir permata sudah dianggap simbol kekayaan. Inikan pula, mereka yang tinggal di Syurga (tempat yang kekal selamanya) setiap masa dihiasi dengan pelbagai jenis permata, menetap di dalam rumah yang turut dihiasi dengan permata dan diberikan pelbagai kenikmatan yang melebihi status ‘billionaire’ di dunia. Masya-Allah... Buatlah pilhan yang terbaik. Mana satukah yang lebih bernilai? Di Dunia atau pun di Syurga? . Sesungguhnya, dunia inilah tempat kita beramal dan mengejar pahala dengan sebaik-baiknya agar mendapat balasan yang indah dari-Nya . Betapa agungnya nikmat Syurga itu jika dibandingkan dengan kesenangan dunia