“Terima kasih, doc. Awak dah selamatkan nyawa saya. Maafkan saya sebab dah menyusahkan…” - TIA IZZARA
“Tak apa, Tia… awak tak menyusahkan saya pun. Yang penting awak selamat. Dan kalau boleh lepas ni janganlah awak buat kerja bodoh dan gila macam ni lagi. Hidup kita ni hanya sekali, jadi kena fikir berkali-kali sebelum buat benda tak berfaedah.” – ILHAM QAIS
Siapa menduga Ilham Qais yang selama ini dingin dan sejuk beku boleh berubah apabila mengenali gadis lincah yang selamba badak seperti Tia. Tia selamba meluahkan rasa cinta. Ilham Qais pula cuba untuk menolak dan mengelak, namun akhirnya tewas. Terus saja dia melamar Tia menjadi isteri. Alasan mudah, kononnya mahu selamatkan Tia daripada terus diganggu teman lelaki kasanovanya.
Tapi, Ilham takut kebahagiaan bersama Tia akan membuatkan dia lupa kepada Kaseh, satu-satunya perempuan yang pernah menjadi suri dalam hatinya. Tapi, rasa cinta sudah mula bertapak untuk Tia. Argh, sudah… nak Tia atau nak Kaseh? Kalau nak dua-dua, rumit pulak jadinya.
Disebabkan Kaseh, hati Tia terluka. Adakah memang ditakdirkan bahawa hati Ilham hanya milik Kaseh dan perkahwinan ini adalah satu kesilapan yang tidak seharusnya terjadi?
Dan bagi Ilham pula, dia terpaksa mengakui bahawa kepercayaan dan saling meluahkan adalah kunci sebuah perhubungan, namun adakah semuanya sudah terlewat untuknya?
"Saya tak patut biarkan bayang-bayang silam menghantui kebahagiaan kita. Itu silap saya hingga membuatkan awak terluka dan saya akan kehilangan manusia yang paling saya cintai, Tia Izzara..." - ILHAM QAIS.
Kunci perhubungan adalah kepercayaan dan saling berkomunikasi. Jika hilang rasa percaya, sudah pasti hilang rasa cinta.
cerita ni nak kata tak best, best je cumanya perangai hero tu tak berkenan sungguh. Bila dah hilang intan permata depan mata baru tahu langit tinggi ke rendah. Bila ada depan mata, sanggup tunggu & bagi peluang berterus terang tetap juga yang jauh yg tak pernah menghargai jugak yg dikenang.
Nasiblah FL tak senang semudah tu maafkan perbuatan si ML. Puas hati jugak bab grovel tapi kalau lagi panjang lagi best biar dia rasa sikit 🫣
Kasih Yang Tak Terlewat merupakan sebuah kisah cinta yg menarik di antara Ilham dan Tia. Ilham yg pernah kecewa dgn perkahwinannya terdahulu tidak pernah termimpi utk jatuh cinta buat kali kedua dan jauh sekali utk membayangkan yg dia akan berkahwin sekali lg. Kasih dan cintanya hy utk Kaseh seorang walau hidupnya tidak pernah bahagia bersama Kaseh. Kerana Kaseh, byk hati yg terluka. Iqbal menyalahkan Ilham kerana Kaseh tetapi Ilham sebenarnya juga mangsa dlm kisah cinta bersegi2 ini.
Tia yg hidup berjiran dgn Ilham sering mengalami masalah percintaan dgn Emil sehingga menyebabkan Ilham sering menjadi penyelamat dlm hidup Tia. Kerana risaukan Tia yg sering diganggu, Ilham mengambil keputusan utk mengahwini Tia.
Hidup mereka sgt bahagia dgn keletah Tia yg sgt selamba dan bersahaja. Tia yg cantik, Tia yg seksi dan Tia yg menggoda masih tidak cukup utk Ilham melupakan Kaseh. Lantas Tia yg kecewa pergi membawa diri.
Ketiadaan Tia menyebabkan Ilham penasaran. Ilham cuba merayu dan diberi peluang kedua utk meraih kembali cinta Tia tetapi Tia tetap dgn keputusannnya. Ilham mulai sedar yg hidupnya tidak akn sempurna tanpa Tia. Kaseh hanyalah bayang2 luka yg selalu hadir kerana perasaan bersalah seorang Ilham. Kerana Tia, Ilham gigih berusaha utk berubah.
Saya sangat suka dgn sikap Tia yg sgt berdikari. Berterus terang dan mudah memahami. Walaupun dirinya cantik, itu tidak dijadikan modal utk dia mencari yg lain. Kesetiaanya tetap utuh kepada Emil 11 tahun lamanya. Namun, kesetiaannya tidak berbaloi utk terus menanti jika Emil tidak pernah terniat utk mengahwini Tia. Keputusan Tia menerima lamaran Ilham sgt tepat walau kadang kala hatinya terluka dgn kisah silam Ilham.
Berbanding Tia, Ilham seorang yg berat mulut utk meluahkan apa yg ada di dlm fikirannya. Setiap perbuatannya sering terbatas bila kisah silam menganggu memorinya. Namun kehilangan Tia menjadikan Ilham seorang Ilham yg baru. Dari beku tidak pandai berkata2 terus bertukar kepada seorang yg 'miang dan sgt romantik' bila berhadapan dgn Tia 🤣🤣🤣
KYTT ini memperlihatkan ttg pentingnya komunikasi dua hala dgn pasangan. Jangan biarkan segala masalah dipendam tanpa diluah. Bila sampai satu tahap, masalah yg dipendam itu akn memyebabkan pasangan kita salah faham dan kecewa.
Btw, tahniah pada writter. Cerita yg menarik, jalan cerita yg padat dan tidak meleret menjadikan kita puas dan tidak bosan membacanya sehingga ke garis penamat👍
This entire review has been hidden because of spoilers.
Berbeza dengan war of love.. sy lg suka war of love. KYTT ni plot cerita sebenarnya menarik tapi awal cerita sampai ke pertengahan cerita buat saya hampir hampir dnf. Tu sebab agak lambat sedikit untuk habiskan membaca naskah ini. Cuma bila dah masuk bab ilham dan kaseh baru rasa menarik dan laju sikit nak tau pengakhiran cerita.
KYTT ini menunjukkan pentingnya komunikasi dua hala. Jika dipendam tidak berterus terang maka tidak akan selesai sesuatu permasalahan itu. Luahkan dan beritahu apa yang kita harapkan dari sebelah lagi pihak kemudian barulah boleh cari jalan untuk selesaikannya. Maka, Itulah sebab pentingnya komunikasi dua hala.
Tia izzara yang selama ini sunyi tanpa kasih sayang akhirnya akan merasai lengkapnya hidup berkeluarga. Manakala ilham qais yang selama ini beku dan dingin akibat kepahitan lalu, akhirnya akan merasai betapa indahnya hidup bersama dengan orang yang dicintai dan tersayang.
Sebelum ni, dah baca karya penulis bertajuk War of Love. Yang tu, aku suka. Yang ni pun aku suka. .
Aku baca buku ni tanpa sebarang expectation. Tapi, dari awal lagi dah excited, so, laju je baca. .
Ilham, seorang doktor PHD, baru je berpindah ke apartmennya 3 bulan lepas. Jenis pendiam. Nasib baiklah, jirannya suka menegur. .
Jiran-jirannya ialah Irdina dan Tia. Pada malam birthday Tia, Irdina ni main tarik je Ilham untuk join sekali majlis tersebut. Masa ni la, Ilham ni tanpa sedar tertarik pada Tia. .
Dan insiden demi insiden yang menyebabkan Ilham sentiasa muncul menyelamatkan Tia, menyebabkan mereka saling suka. .
Tapi Ilham ni slow. So, Tia la yang meluahkan isi hatinya. Dan rupanya Ilham ni duda. Dan demi menyelamatkan Tia daripada Emil, bekas kekasihnya, they decided to get married. Cepat je persiapan semua, dan mereka terus kahwin, despite of Irdina cakap je yang mereka terlalu awal buat keputusan. .
Lepas kahwin, Tia ni memang suka la menggoda Ilham. Tia buat rule yang mereka perlu berbincang dan meluahkan sebarang ketidakpuasan hati masing-masing. Tapi, susahnya nak mendalami isi hati Ilham. Rupanya, masih ada rahsia dan kekesalan dalam hati Ilham. .
Ilham masih terbelenggu dalam cinta lamanya bersama Kaseh, arwah isterinya. Dan Tialah yang menjadi mangsa. .
Setelah usahanya tidak dihargai, Tia undur diri. haaaa...sudah terhantuk, baru tengadah. Bila kehilangan Tia, barulah Ilham ni sedar yang dia cintakan Tia. So, jenuh la dia pujuk Tia. .
Suka sebab dah lama tak baca cerita cliche camni yang sedap. .
Suka sebab age gap 10 tahun. Suka sebab Ilham tu duda. Suka sebab bila dah insaf tu, OMG, Ilham is super duper obsessive. hahaha. dia jadi jealous dan miang keladi jugak. Banyak la syarat yang dia kasi pada Tia. Nasib Tia melayan je. Dan suka watak Tia yang matang.
Cerita yang menarik. Mula2 aku skeptikal dgn buku ni. Sebabnya aku penah baca karya penulis ni dan tak mampu nk habiskan bacaan. Ternyata penulis dah semakin bijak mengolah cerita.
Tahniah. Jalan cerita menarik. Nasib baik tak meleret2.