"Aku tak tahulah, Nia. Aku rasa pelik tau semenjak aku pindah kat apartmen ni. Barang-barang yang aku letak... Aku rasa macam ada orang alihkan."
"Ada orang alih? Maksud kau? Kau dah kunci pintu apartmen kau semua kan?"
Lana tahu dia diperhatikan oleh seseorang. Seseorang yang telah hilang 20 tahun yang lalu.
"She... She was just right there! And I think I saw... Reannie." "Reannie? Tapi dia dah mati Lana." "Sumpah aku nampak dia tadi!"
Lana tersepit antara khayalan atau realiti. Namun yang pasti, dia dan lima orang sahabatnya kini terperangkap dalam satu permainan yang telah dirancang.
Ini adalah naskhah ke 2 yang aku baca drpd penulis @zuraanwar_novel . Kisah yang melibatkan psiko thriller .
Lana, Anne, Kristine, Reannie dan May merupakan sahabat dan mereka digelar Geng Diva disekolah. Lana merupakan salah seorang pelajar yg tercantik disekolahnya. Dan menyebabkan ramai pelajar lelaki sukakanya termasuklah Pete. Pete digelar Fatty oleh Lana serta rakan-rakannya kerana bentuk fizikal Pete yang berisi. Dek kerana Pete telah melakar wajah Lana serta menulis puisi buat Lana, Lana diejek oleh rakan-rakannya. Lana merangka sebuah rancangan demi mengajar Pete. Apakah rancangan mereka? Keesokannya harinya Pete tidak hadir ke sekolah dan hari2 seterusnya. Pelbagai cara mereka serta pihak polis mengesan Pete. Malangnya Pere tidak ditemui. Kemanakah perginya Pete? Apa sebenarnya yg telah berlaku? .
20 tahun berlalu. Setelah kes kehilangan Pete, Lana serta rakan-rakannya membawa haluan masing2. Lana diserang anxiety sejak sekolah menengah. Nia, dikenali saat menjalani rawatan. Nia sering berada disisi Lana dan menemani Lana. Tapi Nia ni sesuatu sangat wataknya. Siapa Nia? .
Pertemuan kembali dgn May, menjadi titik pertemuan mereka berlima. Dan mereka mengadakan reunion di sebuah villa di dalam hutan. Malangnya seorang demi seorang dibunuh. Siapa dalang disebalik pembunuhan yg berlaku? Adakah angkara Pete? .
Serius, saat aku baca novel ni jantung aku berdegup tak berhenti. Seolah aku masuk dalam scene di rumah agam tersebut. Menyorok demi melindungi diri drpd turut menjadi mangsa bunuh pabila seorang demi seorang rakan telah mati . Apa yg terjadi pd Lana akhirnya? Adakah dgn menyorok dpt melindungi Lana dr dibunuh? Baca kesudahannya dalam SOROK .
Aku rekomenkan korang utk baca. Terutama yg sukakan genre psiko-thriller. Fuh. Bersedialah untuk menaiki roller coaster 😆 .
Karya pertama yang dibaca dari Zura Anwar ini memang tidak mengecewakan. Lepasni, memang akan beli dan baca buku karya Zura. Bayangkan baca pada waktu lunch. Sudah separuh buku dibaca. Punya excited nak habiskan bacaan sebab terlalu lalu lalu curious.
Pertama sekali, saya suka dengan tajuk Sorok itu sendiri. Memang kena dengan storyline. Sorok identiti, sorok kisah silam, tempat reunion tersorok & kebenaran disorok. Penuh dengan istilah sorok. Jadi sesuailah dan kena sangat :)
Mengisahkan tentang -- Lana yang merasakan barang-barang di apartmentnya beralih tempat. Dia yang menghidap anxiety ketika sekolah menengah menjadi lebih terkesan apabila dia melihat kejadian aneh dirumahnya. Dia merasakan yang 'dia' kembali untuk membalas dendam. Peristiwa lampau yang meninggalkan parut yang mendalam kepada dirinya itu susah untuk dilupakan.
Flashback scene (20 tahun lepas) -- Lana & 4 kawannya yang lain digelar Geng Diva di sekolah. Mereka menjadi tumpuan murid-murid yang lain dan Lana yang menjadi tumpuan kerana kecantikannya. Mereka kerap membuli seorang budak lelaki bernama Pete dan sampai satu tahap Pete telah melakukan sesuatu yang tidak dapat diterima oleh Geng Diva terutamanya Lana. Jadi Lana telah merangka satu perangkap buat Pete. Pete patut diajar. Akibar peristiwa itu, Pete hilang tanpa khabar berita sehingga la sekarang.
Bayangkan, walaupun sudah 20 tahun. Lana masih tidak mampu melupakan perkara tersebut. Mereka juga telah berjanji untuk tidak bercakap soal ini dan membuat kata sepakat untuk berpecah dan membawa haluan masing-masing setelah habis sekolah. Rahsia yang membebankan.
Kehadiran Nia juga sangat menarik. Siapa Nia? Kena baca okay.
Beberapa perkara yang perlu dihighlight dalam Sorok:-
• Isu yang penulis ketengahkan ketika part imbas kembali ialah buli di sekolah. Ini bukan satu isu baru. Malahan sedia maklum ada yang membuli sehingga mangsa terkorban. Dalam Sorok, kita akan melihat budak yang masih setahun jagung sudah pandai membuli yang berlainan jantina. Lana & rakan-rakannya sudah jauh menyimpang. Mereka membuatkan mangsa seperti sampah. Hanya gara-gara untuk puaskan hati mereka. This is so wrong.
• Bodyshaming & Faceshaming: Please, jangan ajar anak kalian menilai seseorang dengan paras rupa dan bentuk badan kerana sememangnya budak-budak sekarang. Terlalu telus dalam berkata-kata sehingga lupa dengan adab. Parents sepatutnya marah jika dengar anak mereka cakap individu tersebut gemuk atau sebagainya. Ajar anak untuk lebih beradab tidak kira di mana sahaja mereka berada. Jika perkara ini sudah menjadi kebiasaan, mereka akan jadikan isu ini untuk membuli dan menilai seseorang itu. Kesian Pete. Hanya gara-gara dia berisi. Dia menerima ejekan dari kawan-kawan di sekolah. Sungguh perit perasaan Pete.
Saya suka dengan karya Zura Anwar ini kerana penuh debaran dan seolah-olah saya merupakan karakter yang ada dalam Sorok ini. Idea yang menarik. Tarikan sinopsis di belakang hanya sekadar general sahaja. Initipati keseluruhan kena baca buku ini.
Secara jujurnya, saya tertarik untuk mengetahui siapa yang sebenarnya alihkan barang Lana di apartmentnya. Adakah dia berhalusinasi atau sebenarnya ada seseorang yang mengalihkan barang tersebut. Bila penulis selitkan juga cerita zaman sekolah Lana. Itu membuatkan saya lebih teruja sejujurnya.Pengakhiran yang menarik dengan plot twist yang tidak disangka.
Sebuah kisah jagal atau slasher tipikal dengan formula jalan cerita yang biasa disajikan sama ada dalam bentuk filem atau buku. Ringkasnya, mengisahkan sekumpulan rakan yang merupakan pembuli telah bertindak melampau terhadap seorang mangsa. Melompat beberapa tahun kemudian, salah seorang pembuli masih dihantui perbuatannya. Seterusnya, apabila dia dan rakan-rakannya bercuti ke tempat terpencil, mereka dibunuh seorang demi seorang.
Seperti kabin dalam hutan atau rumah di penghujung jalan. Jauh dari kejiranan. Cerita debar saspens dengan latar tempat sebegitu. Tidak begitu menyimpang daripada kebiasaan menjadikan jalan ceritanya mudah diramal. Tapi meskipun jalan cerita dan latar yang klise dan dikitar semula, ceritanya masih lagi cukup menarik untuk dibaca meskipun perihal ini menyebabkannya kurang unsur debar dan saspens yang diperlukan.
Bagaimanapun, apa yang bagus adalah meskipun tidak menggunakan teknik cerita yang baru, ia tidak bergantung kepada unsur murahan dan lucah bagi menarik perhatian pembaca. Masih PTSD dengan buku bergenre sama, GELAP yang mengandungi unsur cerita sedemikian. Lebih-lebih lagi apabila mengandungi babak yang sama di mana watak-wataknya diperlukan untuk menyimpan telefon bimbit bagi mengelakkan gangguan sewaktu bercuti.
Jalan ceritanya berjalan dengan lancar. Disusun dengan baik dan rapi. Mungkin perlukan lebih banyak pengalihan perhatian terutamanya pada awal cerita supaya suspek tidak dipateri dari mula. Tambahan lagi, cerita tidak bergantung dengan tindakan dungu watak yang menyakitkan hati bagi menggerakkan cerita juga. Maka, perihal jalan cerita yang dirasakan mudah diramal dan kurang kejutan tidak begitu menjadi masalah. Seterusnya, pendedahan jalan ceritanya agak kreatif juga walaupun mungkin sedikit goyah keyakinannya dan memerlukan lebih lagi pembinaan suasana bagi menaikkan perasaan kejutan sewaktu babak pendedahan tersebut.
Meskipun tidak dapat dianggap sebagai naskhah debar yang luar biasa tetapi ceritanya masih boleh disarankan untuk dibaca. Terutama bagi peminat genre debar sebegini yang mahukan cerita lebih ringan dan ditulis dengan baik.
Sorok. Sebuah kisah psiko thriller yang tidak kurang hebatnya. Kisah ini bermula bila Lana dan geng divanya suka membuli Fatty aka Pete. Tahap buli mereka untuk usia semuda itu memang melampau. Dan disebabkan itu Pete hilang. Lana yang rasa dialah penyebab kematian Pete tak dapat lupakan kisah silamnya.
20 tahun kemudian, hidup Lana masih lagi tak tenteram. Dia juga diganggu. Barangnya dialihkan, disorokkan. Lana nekad cari kawan-kawan baiknya yang terlibat dengan kes kehilangan Pete. Dan mereka pun pergi bercuti di rumah tengah hutan dan banyak lah kejadian sorok-menyorok, pembunuhan dan sebagainya.
Okey... mula-mula plot bergerak perlahan tapi lepas je Lana dan geng diva pergi sana, plot terus laju. Plot twist? Sumpah tak expect sampai macam tu sekali. Tapi bab Nia tu aku dah agak dari awal. Sebab dia macam suspicious sikit tapi taklah sampai Nia boleh bertukar jadi Pete🤣
Apapun best!
This entire review has been hidden because of spoilers.
bismillah. karya kedua dari sis zura. pertama, well done for ur karya yg baik ini. kedua, jln ceritanya kemas dan senang paham jika menjalani nya dengan teliti. semasa lana serta toot..( no spoiler ) hehe 😁 di rumah agam tu, saya dpt merasai setiap perwatakan yg bersama lana berlainan walaupun kenal siapa2 mereka pada waktu itu..namun tekaan sy tepat hahaha 🤣 so ok..tanpa lengah sy teruskan bacaan hinggalah penamat..Perfect! begitulah manusia yg mempunyai dendam, panas membara utk mengeluarkan segala dendam yg terbuku selama ini serta motif utk mencari mangsa yg menjadikan beliau ini..toot..( no spoiler ) hehe 😂 syabas sis. perjuangankanlah genre2 yg sebegini di masa yang akan dtg ya. U can do it! Chaiyok! Sekian. Wassalam.
Lana, Anne, May, Reannie dan Kristen berkawan baik sejak sekolah rendah dan merupakan partner in crime hingga digelar Geng Diva. Antara mereka, Lana merupakan gadis yg tercantik dan selalu menjadi perhatian. -- Pete, seorang yg gemuk dan tak punya ramai kawan. Dia digelar Fatty kerana bentuk badannya dan sering dibuli di sekolahnya oleh Geng Diva. Dlm diam, dia sangat menyukai Lana. -- 20 thn lalu, kerana sakit hati pada Pete yg melukis wajah Lana hingga menjadi ejekan rakan² sekelas, Lana merancang sesuatu bersama Geng Diva utk kenakan Pete. Tanpa disangka, perbuatan mereka menyebabkan Pete terus hilang tanpa dpt dikesan. Dia dikatakan telah mati. Walau mereka masing² diburu rasa takut dan bersalah namun rahsia tetap menjadi rahsia. Tamat persekolahan, mereka berjanji utk berpecah selamanya dan bawa haluan masing² tanpa berhubung lg. Apa yg mereka lakukan kpd Pete? Ke mana Pete menghilang? -- Setelah dewasa, Lana kini bekerja di sebuah cafe dan menetap sendiri di sebuah apartment. Dia bercinta dgn Dean yg memahami. Bukan mudah utk dia teruskan hidup bila dibayangi dosa silam. Sejak sekolah menengah, Lana diserang anxiety hingga dia depresi dan kemurungan. Lana mendapatkan rawatan dan bergantung kpd pil tidur akibat imsomnia. Ketika menghadiri sesi terapi berkumpulan tiga thn lepas, Lana mengenali Nia, seorang yg baik dan memahami lalu mereka menjadi rapat. Nia byk menasihati dan menemani Lana. Siapa Nia? -- Kini, Lana sering rasa dia diekori dan diganggu. Kerana tak mahu dianggap gila, Lana mencari kembali Pete dan kawan²nya. Dia perlukan jawapan dan bukti namun pencariannya hanya sia². Benarkah Lana diganggu? Atau dia hanya berhalusinasi... -- Segalanya bermula bila Lana bertemu dgn May. Mereka adakan reunion dan persiapan dilakukan oleh Reannie. Nia diajak bersama memandangkan hanya Nia yg kini rapat dgn Lana. Sebuah rumah agam di pinggir bandar menjadi pilihan. Tempat yg cantik dan sunyi, sangat menenangkan. Namun, ketenangan yg Lana perolehi hanya seketika bila seorang demi seorang dibunuh. Angkara siapa? Kenapa mereka dibunuh? Apa nasib Lana? -- Siapa yg menyorok? Dan siapa yg disorok? Sebuah kisah yg mendebarkan dada dan penuh misteri dgn kesudahan yg tak dijangka. Plot cerita yg lancar dan plot twist di akhir cerita. Bagi peminat genre psiko-thriller, highly recommended. Best and full marks ⭐⭐⭐⭐⭐
🏚️ WOW! Amazing ye. Sekali lagi aku kagum dengan novel karya @zuraanwar_writer ni! Sumpah best segala rasa wujud bila baca novel ni. Seram, ngeri, berdebar dan rasa ingin tahu.
🏚️ Biasanya kalau ada geng mesti ada 2 benda sahaja antara geng yang membawa ke arah kebaikan ataupun keburukan. Cerita kali ni membawa kita menyelusuri kisah sebuah geng Diva dari sekolah rendah sewaktu mereka berumur 12 tahun. Geng yang pada mulanya seronok sampai tak ingat dunia berlagak serta membuli pelajar di sekolah akhirnya bertukar menjadi ketakutan disebabkan 1 tragedi.
🏚️ Namun, tidak semudah itu untuk melupakan kisah silam mereka. Maklumlah, Pete A.K.A. Fatty (yang digelar oleh mereka) telah dikurung di dalam stor sekolah. Pete takut akan kegelapan dan merayu untuk dikeluarkan namun semuanya tidak diendahkan. Bila keesokannya mereka nak bukakan pintu stor, Pete sudah tidak lagi disitu. Malah, kesan air kencingnya juga sudah tiada. Bersih. Seperti tiada apa yang berlaku.
🏚️ Lana yang menghadapi gangguan akhirnya memutuskan untuk mencari Pete yang sudah hilang tapi tidak baginya. Akhirnya pertemuan tidak diduga diantara dia dan May di tempat kerjanya telah membawa Lana, May, Rienna, Kristen, Anne dan juga Nia (kawan baik Lana yang baru) ke sebuah rumah banglo di tengah hutan untuk melaksanakan reunion mereka.
Cover buku Sorok combination 2 warna iaitu warna hitam dan kuning, gabungan warna yang sangat kontra cukup perfect bagi Sha. Design dia yang simple. Material buku juga sangat berkualiti. Thanks to team DN publisher. @dearnovels . . SOROK, Akhirnya naskah ini berjaya juga Sha habiskan baca. Sorok Merupakan novel ke 2 Sha baca dari karya Zura Anwar dan yang pertama DIAM. Novel psycho thriller. Apa yang saya perasan dgn ZA. Beliau sgt bijak bermain dgn plot twist. Susunan cerita yang teratur dan mudah untuk difahami. Tp plot twist dia power gila.. 🏚️🕯️ . . SOROK, menceritakan seorang gadis bersama geng divanya yang suka membuli semasa di bangku sekolah. Akibat pristiwa stor hidupnya dihantui rasa bersalah. Setiap babak yang berlaku di rumah agam sangat mendebarkan buat jantung ni laju mengepam. Bila baca mcam2 dalam fikiran bila mana rakan divanya satu2 macam suspicious. Rasanya diri ni macam detective namun skill detective Sha tidak dapat menandingi skill plot twist ZA. Genre macam ni antara yang Sha suka. . . Sha menghabiskan bacaan 2 hari untuk 242 muka surat.Oleh sebab Sha sangat sibuk dgn kerja. Curi2 waktu untuk membaca pada masa bekerja sangatlah susah dan menguji kesabaran. Sebab geram nak sangat tahu ending cerita. . . Sha bagi 🌟🌟🌟🌟🌟 buat SOROK, sangat recommended buat pembaca thriller.
Terkejut ye bila baca plot twist sorok....srious plot twist dia lain maciammm...sllu klo plot twist novel thriller just kna teka salah sorg yg jahat...tapi ni tak...korg tekalah cmne pon...ttp tekaan korg x leh menjadi 100% btol🤣maybe 20%-30% je btol...tapi jalan cerita mmg mantap habis...korg mmg wajib beli n try baca novel sorok ni....kompem puas hati👍👍👍🥳
Buku ni bergenre psychothriller. Dan personally, aku lebih suka buku ni berbanding Diam. .
Kisahnya Lana dan kawan-kawannya (5 sekawan) pernah buli seorang lelaki kat sekolah dulu. .
Dan kehidupan mereka mulai tidak tenteram selepas budak lelaki tu hilang selepas dibuli oleh mereka. .
Beberapa tahun berlalu, Lana dan kawan-kawannya membawa haluan masing-masing. .
Pertemuan Lana dan May menjadi titik permulaan untuk mereka. Reunion yang diadakan di sebuah villa dalam hutan, menjadi satu tragedi apabila seorang demi seorang mati. .
Siapakah dalangnya? .
Suka! sebab rasa adrenaline rush dan ceritanya fast-paced. .
p/s: buku yang juga merupakan hadiah daripada Kak Khai.
Jalan cerita 'fast pace' dan tak ada unnecessary scene yang boleh buat kita rasa nak drop baca. Dari first page dah menarik. Terima kasih cik penulis atas karya yang menarik ni :)
Keep your eyes open. World full of lies and evils.
Bila baca buku ini, saya rasa takut padahal kisahnya bukanlah tentang hantu 😂 Banyak benda yang unexpected dalam ni. Dari misteri kehilangan kawan sekelas Lana 20 tahun dahulu, sehinggalah kisah di villa pada masa sekarang. Nak percayakan sesiapa memang tak. Selagi belum habis baca, semua orang tu saya anggap suspek. Apa2 pun memang sangat best dan terbaik!
Novel ini patut dibuat filem. Cerita tidak menyeramkan sangat tapi lebih kepada debaran. Plot twist memang tak disangkakan.Tahniah cik Zura Anwar sebab berjaya menulis sebuah kisah yang hebat.
✎ Lana yang merasakan ada kejadian yang pelik berlaku semenjak dia berpindah ke apartment baru seperti ada orang yang mengalihkan barang-barangnya sedangkan dia duduk bersendirian. .Dia yang menghidap anxiety sejak sekolah menengah menjadi bertambah teruk akibat kejadian ini. Dia juga tahu dia diperhatikan oleh seseorang. Seseorang yang telah hilang 20 tahun yang lalu akibat dia dan rakan-rakannya.
─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
+; Fuh, berjaya habiskan dalam masa 4 jam. WOW! Dari manalah penulis dapat idea nak buat plot twist macam ni? 😩 Dia punya plot twist memang wow! 👏🏻 Smooth je storyline dia dari mula sampai akhir !
+ Masa Lana & kawan-kawan dia nak buat reunion selepas 20 tahun tak jumpa dah dapat agak dah akan ada sesuatu yang terjadi. Masa part seorang demi seorang hilang tu, rasa berdebar sekali walaupun kita ni hanyalah pembaca. Tak tahulah kenapa rasa seram walaupun ni bukan cerita seram 😂 mungkin sebab baca pukul 3 pagi kot sebab tulah rasa seram² gitu 😆
+ Tak sangka tau dalang sebenar dia siapa. Tahulah Pete tapi dia tu menyamar 🙊 To be honest, tak kesian langsung dengan Lana. She & her friends deserved it. Lagi kesian dengan Pete walaupun apa yang dia buat tu memang salah. tapi Lana & her friends penyebab kenapa Pete balas dendam so memang salah diaorang lah kan.Normal ke apa yang saya rasa ni 😌
+ Apa-apa pun, cerita ni memang terbaik 💯 Sesiapa yang suka baca genre psiko-thriller bolehlah baca novel ni. Ini buku first yang saya baca dari penulis. Lepas ni nak baca karya penulis yang lain pulak 😆💖
❗
This entire review has been hidden because of spoilers.