Biarlah aku terus menjadi bayangan orang lain, yang akan terus menghantui jiwa mereka yang kosong. Aku akan bahagiakan mereka yang merana jiwanya...
Ada lagi yang sudi, yang mahukan aku menghantui hari-harimu?
. KAWAN Wirdayu
Nadiyaa... Marilah. Kawan dengan aku. Aku sunyi. Kau janji tak mahu tinggalkan aku, kan...” seru gadis itu lagi. Panjang dan mendayu. Nadiya bungkam. Semakin dia mahu mendekati gadis itu, kelihatan gadis itu semakin menjauh.
Nadiya berlari, cuba mendapatkan gadis itu. Gadis tersebut menghulur tangan. Suasana yang terang tadi tiba-tiba suram. Gadis itu menunduk tidak memandangnya. Nadiya menarik tangannya. Kedua-dua tangan gadis itu dipegangnya. Seraya gadis itu mengangkat muka. Nadiya terperanjat.
“Melati!” dia menjerit kecil.
. JERANGKAP 333 Ida Anuar
Matanya terbelalak membuntang di saat malaikat maut datang mencabut nyawa. Satu persatu imej terlayar di depan matanya. Ya! Di saat nyawanya sedang diragut kejam, dia melihat kembali setiap perlakuannya semasa dia berada di rumah agam itu. Bayangan seorang wanita berwajah lembut merenung wajahnya lama sambil melambai mesra, menanti kedatangan dia untuk bersatu kembali.
ilham yang baru kematian isteri, sakinah, bertemu dengan laila sewaktu dia towing sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. pada mulanya ilham sangat cuak sebab laila itu hantu! tapi lama kelamaan dia makin rasi dengan hantu yang lebih dikenali dengan panggilan cik mesra itu. cik mesra pun tak tahu kenapa dia jadi hantu dan ilham ambil keputusan untuk membantu selesaikan misteri laila. cuma dia tak menyangka rupanya dia sendiri terpalit atas lipatan kertas misteri laila itu!
sangat sempoi dan santai. nak seram pun tak sempat bila banyak adegan yang melucukan antara watak ilham dan cik mesra. penulis berjaya menggeletek hati pembaca sepanjang pembacaan. tapi, yelah... Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu dalam hidup ini. kecewa, merana itu lumrah, hadapinya dengan akal yang waras walaupun dalam hati sangat walang...
. 2) KAWAN Wirdayu
nadiya membawa diri bekerja di kilang selepas putus tunang. dapat tinggal di asrama sementelah tempat tinggal pun agak jauh dari kilang. punya kawan sebilik bernama melati. nadiya yang pada mula cuak dengan sikap melati dan melati yang acuh tak acuh menerima sebagai kawan sebilik, kemudian berbaik dan nadiya berjanji akan sedia ada dan berkawan dengan melati. seorang demi seorang kawan mula pinggirkan nadiya termasuk siti yang awal sangat baik dengannya. cuma nadiya tak menyangka yang janji itu membelit dirinya!
dalam berkawan, tolak ansur penting. komunikasi juga penting. adakala kata-kata mampu melukakan. adakala tindakan mampu menghiris perasaan. yang pasti dalam apa perhubungan sekalipun, jujur dan kalau bersalah sekalipun, memaafkan lebih baik.
. 3) JERANGKAP 333 Ida Anuar
sebuah banglo milik mr. amir disewakan pada enam orang pekerja kilang berhampiran. iezu, idayu, norzie, lin, yanti dan sue sangat bersyukur kerana tidak perlu ulang alik ke tempat kerja dan banglo yang disewakan besar tapi dengan kadar yang murah. mereka hanya perlu jaga dengan baik dan tidak usik barang peribadi mr. amir yang ada di loteng. cuma mereka mula diganggu. penampakan kanak-kanak dan kemudian dirasuk mula buatkan norzie mahu siasat apa kisah sebenar banglo itu dan tanpa disangka mereka melangkahkan kaki ke dalam aras bahaya!
amanah. puan penulis menekankan tentang amanah ini dari awal kisah. amanah harta, amanah anak, amanah Allah... kadang-kadang manusia dikaburi bila kesenangan ada depan mata. perasaan menjadi tamak dan tanpa disangka mampu menyakiti insan lain.
. KESELURUHAN? dalam kehidupan ini, bukan kehendak diri kita saja yang penting. kena selarikan juga dengan sekeliling agar tidak menyinggung atau melukakan. untuk cerita jerangkap 333, bahagian prolog ada sedikit terjejas bila tulisan sama warna dengan latar belakang. tapi, tak merosakkan mood membaca. ilusi, adakala semuanya permainan minda. cepat sangat hendak menuduh atau mudah percaya apa yang ada depan mata. akal yang diberi ada tugas dan fungsinya. so, guna...