Ariki koma selama enam bulan lamanya, dan bangkit secara tiba-tiba dengan satu kejutan yang menggegarkan semua. Pada masa yang sama, Lutello telah hilang kewarasan dan mula membina kerjasama bersama Uluwalu, dengan matlamat mahu mencapai kekuasaan yang lebih besar! Bagi menghalang kerjasama tersebut, Arata menghantar Ariki, Aifer, Yusuf, Gidaya dan Ishmakil ke Uluwalu.
Namun satu rahsia pula tersingkap melibatkan Yusuf! Runihara dan kekandanya, Jilani, akhirnya sampai ke Tanah Suci, dan polemik antara mereka dan Mikail pula tercetus, mengheret mereka ke konflik dalaman di negara utama ummat Islam itu. Pengembaraan Satria-Satria Sejati terus bergolak dan mendebarkan!
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.
Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.
Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.
Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.
Enam bulan telah berlalu dan Ariki masih dalam keadaan koma. Namun berkat doa dan penjagaan rapi dia bangkit juga dari komanya. Runihara dan Jilani pula ke Kota Suci bagi mendapat jawapan daripada Mikail. Di masa yang sama, Lutello mula membina kerjasama dengan Uluwalu demi melampiaskan dendamnya dan mencapai keinginannya menjadi penguasa yang lebih hebat.
Habib Jama'a ni memang membawa karakter-karakter mereka yang menunggang agama. Mulut manis tapi berbisa. Kekayaan menjadi idaman. Kononnya tak mahu berperang kerana ingin menjaga rakyatnya, walhal lebih kepada menjaga poket dan kebajikan sendiri. Rasa macam nak picit - picit je dia sebab terlalu geram dengan perangai dia.
Dalam naskah yang ini boleh nampak sisi lain bagi seorang Mikail. Dari seorang yang periang dan kuat menyakat menjadi seorang yang lebih pendiam dan tegas. Hilang tidak kelihatan gigi dan gusinya dek kerana jarang senyum.
Dalam naskah ini perkembangan watak Jilani sangat ketara. Nampak lebih matang dan tenang. Mampu mengawal ketidaksabaran sang adik demi mendapatkan sebuah jawapan. Dan menggantungkan sepenuh pengharapan ke atas Tuhan Yang Maha Kuasa.
Walaupun dalam naskah ini adegan pertarungan agak berkurangan namun ia diisi dengan segala kejutan demi kejutan yang berlaku.
Pengkhianatan yang dilakukan oleh orang yang kita percayai sememangnya memberikan sebuah pukulan yang hebat. Namun mereka juga hebat dalam mengawal perasaan dan merancang dengan lebih baik tindakan yang bakal dilakukan seterusnya. Tidak terlalu terburu-buru.
Buku ketiga ini membongkarkan rahsia Yusuf yang sentiasa menutup keseluruhan badan dan tidak bersuara.. Malah Ariki yang terjaga telah kehilangan kemahiran menggunakan unsur sebelum ini dan dilatih oleh Arata untuk bertarung tanpa unsur serta meletakkan pergantungan kepada Allah.. Runihara dan Jilani yang ke Tanah Suci untuk mendapatkan Mikail pula menerima kejutan yang tak disangka.. Perjuangan mereka masih jauh bila secara tiba-tiba pihak musuh bertukar kepada lebih berkuasa.
Pengembaraan Ariki dan rakan-rakannya kali ini membuatkan pembaca tidak senang duduk. Pelbagai tanda tanya dan persoalan demi persoalan bermain di minda pembaca seolah-olah tidak memberi ruang langsung kepada pembaca untuk berehat sebentar.
Rahsia mengenai siapakah Yusuf telah terjawab dalam buku ketiga ini. Manakala persoalan yang ditinggalkan di buku dua iaitu mengapa Mikail mengkhianati rakan-rakannya ketika dalam peperangan menentang Lutello akhirnya terjawab.
Yusuf dan Ishmakil rupanya telah lama kenal tetapi perkenalan mereka dirahsiakan atas sebab tertentu sehinggalah tiba masanya barulah mereka merungkai rahsia ini.
Ariki telah menyatakan perasaannya terhadap Aifer manakala Mikail pula menyatakan gejolak hatinya sebelum ini terhadap Runihara.
Kisah kali ini lebih memfokuskan perjuangan tanpa berputus harapan terhadap Allah. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya dan kita sebagai hamba tidak layak untuk mempersoalkan setiap ujian dan dugaan yang sedang menimpa.
Penulis Hilal Asyraf telah mengajar kita erti kesusahan dan kesetiaan terhadap sesuatu perhubungan supaya tidak cepat melatah dan saling menuding jari bahkan bersama-sama berganding bahu dalam mencapai sesuatu matlamat. Percaya pada Allah dan kebesaranNya, inshaaAllah segalanya akan dipermudahkan walau sesukar apapun situasi itu.
Novel ketiga ni banyak imbas kembali, penerangan dan pendedahan. Kematian ibubapa Mikail, pemerintahan di Tanah Suci, negara Bustani, asal usul Yusof dan juga naga. Jadi tak hairanlah kenapa naga boleh wujud.
Watak Tuah Awaras, walaupun belum mengenali karakternya tapi boleh nampak peranan yang dibawanya amat penting.
Mikail tak tahu lah nak komen macam mana. Kesian nasibnya yang tiada orang menyebelahi dia. Kalau tak ada Jilani, Runihara dan Ruh al-akbar memang takkan lepaslah. Nak pula kedatangan Lakshamana secara mengejut.
Jilani antara orang yang paling matang dan penuh ketenangan. Seorang yang dapat berfikiran secara waras walaupun dalam keadaan genting. Cuma takut macam manalah penerimaan dia terhadap Ashwadi nanti.
Si Ashwadi dengan iman yang masih berbolak balik. Tapi lega jugalah yang dia tak lari bila munculnya Lutello. Dan waktu Ashwadi menjerit sebab terbuai akan keindahan Yusof tu kelakar. Hahahahaha. Orang lagi ralit dengan pendedahan muka Yusof, ada pula yang jerit tiba-tiba. Mana tak terkejut.
Di Mastazadi, waktu askar beri tahu yang Lutello tiada di sempadan perang tu, hati dah debar dah. Mesti ada di Uluwalu. Herghh.. Ishmakil dan Gidaya pula tak sempat lari. Huhu.. Tak ready nak baca buku keempat.
Buku ketiga ini : Jalan cerita yang masuk akal dengan keadaan. Tak membosankan. Suka dengan kewujudan Uluwalu yang paling kurang mempunyai kuasa tapi tetap menjadi halangan besar buat perjuangan satria satria sejati. Tanah Suci yang menyimpang jauh. Bustani pula menghadapi pemberontakan kerana memilih untuk bersama Mastazadi. Keseluruhan buku ketiga ini mantap.
##Kalau dah sampai lebih daripada 4 isteri tu, umat di Tanah Suci bukan tahap diperdaya tapi di tahap buta hati dan jiwa. Padan mukalah si Habib Jama'a tu. Hadaplah sorang kau lepas kekecohan di Tanah Suci.
Saya dah rasa yang tindakan Mikail agak terburu. Dia sepatutnya selidik pasal kematian ibubapanya terlebih dahulu. Mesti ada yang tak kena. Tapi kalau dia tahu awal2, pendek je la cerita ni jadinya. Hihi.
Sesuai dengan tajuk Badai Perjuangan, ada menang, ada kalah. Tak semestinya selalu menang, kekalahan tak bererti harus berputus asa. Jika kalah, teruskan berjuang. Itulah tugas kita umat Islam.
Cerita siri ketiga ni memang sangat kena dengan situasi di bumi Palestin sekarang. Betapa negara Islam menutup mata pada penindasan yang berlaku di Palestin. Langsung tiada bantuan ketenteraan dari negara Islam. Kenapa Israhell boleh ada bantuan ketenteraan dari negara sekutu tetapi tidak Palestin mendapat bantuan ketenteraan dari negara Islam? Sepanjang saya baca siri ketiga ni, saya terkenangkan nasib saudara kita di Palestin.
Hasbunallah wani'mal wakeel.
Soalan saya untuk siri ketiga, kenapa pengharapan untuk kemunculan Raja Yang Sebenar jatuh kepada Ariki? Kenapa bukan ayah Ariki? Ayah Ariki bukan dari keturunan yang sama ke?
P/s: Comel je kisah Mikail dan Runihara ni. Bergetar jiwa orang bujang macam saya. Harapnya Jilani dan Yusuf masuk kelab bujang sekali dengan saya lah. Boleh krik krik bersama2.
“Ya Allah, anugerahkanlah untuk kami rasa takut kepada-Mu yang dapat menghalangi antara kami dan perbuatan maksiat kepada-Mu. Anugerahkanlah kepada kami ketaatan kepada-Mu yang akan menyampaikan Kami ke syurga-Mu. Anugerahkanlah pula keyakinan yang akan menyebabkan ringannya bagi kami segala musibah dunia ini. Ya Allah anugerahkanlah kenikmatan kepada kami melalui pendengaran kami, penglihatan kami dan dalam kekuatan kami selama kami mash hidup. Jadikanlah ia warisan daripada kami. Jadikanlah balasan kami atas orang-orang yang menganiaya kami. Tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan musibah kami dalam urusan agama kami. Janganlah Engkau jadikan dunia ini sebagai cita-cita terbesar kami dan puncak daripada ilmu kami. Jangan Engkau jadikan orang-orang yang tidak menyayangi kami berkuasa atas kami”
Macam macam dugaan yang mereka ni kena tempuhi dalam buku ketiga ini.
Persoalan tentang siapa Yusuf sebenarnya dan juga kenapa Mikail melakukan sedemikian dalam ending buku kedua ada diterangkan dalam buku ni.
Jujur selepas baca buku ni rasa berdebar tak habis dgn kemungkinan jalan yang watak dalam cerita ni bakal tempuhi. Jika disamakan dengan realiti setiap aspek penceritaan ada iktibar yang dapat diambil. Setiap perincian dan detail semua watak diulas dengan baik tanpa ada yang tertinggal.
Saya sangat kagum dengan watak antagonis Aswadi dalam siri ini. Bagaimana watak itu hidup selepas dihentikan untuk tujuan kejutan dalam siri ini. Kadang tetiba akan emosi dengan banyak situasi.
Jujur saya nyatakan setiap inci cerita dapat dilihat dengan realiti kini cuma ia hanya ditukar nama sahaja dan diubahsuai. Penilaian unsur agama dan garapan cerita dan tidak melampau jika saya katanya ia sangat-sangat hebat. Nafas saya kembali normal lepas selesai semua bab. Rass hidup kembali di alam realiti.
Sememangnya buku ini sangat dinanti sambungan kepada dua buah buku yang sebelum ini. Buku yang sukar nak dilepaskan setelah mula menyantapnya. Buku kali ini lebih menekankan aspek kepercayaan dan keyakinan bahawa pertolongan Allah itu sentiasa ada. Hanya perlu percaya dan husnudzon kepada kebergantungan sepenuhnya kepada Allah.
Di awal (prolog) dah menekankan kebergantungan itu. "Jangan takut, jangan gentar, sesungguhnya Allah bersama kita."
Penceritaan kali ini lebih membuatkan aku terfikir dan simpulkan. Kehebatan seseorang itu semuanya adalah dari Allah. Dia sebaik-baik perancang. Hilangnya kehebatan diri dan kembali mendapat kehebatan diri semuanya ditentukan Dia. Ariki hilang kebolehannya dalam mengawal unsur selepas bertarung dan berjaya mengeluarkan 5 unsur serentak. Selepas pertarungan yang dasyat Ariki koma dalam tempoh yang lama. Tetapi keyakinan ariki tidak pernah padam. dia berusaha meningkatkan kebolehan diri walaupan telah hilang keistimewaan mengawal unsur.
aku juga kagum dengan semangat setia kawan dan saling mempercayai antara satu sama lain. Indahnya ukhwah bila ia berlandaskan ajaran islam. Sungguh islam itu indah. Runihara dan jilani gigih ke tanah suci untuk mendapatkan mikail yang belot kepada mereka. Mereka pasti selagi ada iman dalam diri mikail dia pasti akan kembali kepada mereka dan berjuang bersama-sama menentang lutello.
Terkejut juga bila mengetahui identiti sebenar seorang yusuf. Membuatkan aku berimaginasi membayangkan bagaimanakah rupa yusuf dengan perwatakan yang dinyatakan. Sesungguh teknologi di uluwalu memang canggih.
Ayat 214, surah al-baqarah sangat mengesankan aku walaupun diuji tetapi keyakinan atas pertolongan Allah tidak pernah padam. 'Bilakah pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat'. Aku yang kerap diuji dengan ujian sakit kadang-kadang tersasar juga dari landasan. Mempertikaikan dan mempersoalkan tentang pertolongan Allah. Walhal Dia selama ini sentiasa ada dengan aku. Cuma aku yang tidak bersyukur.
Hilal tak sabar menantikan sambungan buku seterusnya. Apa akan terjadi apabila lutello berjaya mengawal 5 unsur serentak tetapi kerana teknologi daripada uluwalu. Mendebarkan apa akan terjadi sekiranya mesin teleportasi ke mastazadi berjaya dicipta? Ahhh!!! Teruja nak tahu sambungannya.
Buku ketiga dalam kisah bersiri Hikayat Sejati.Buku yang sangat mencabar dan membuatkan saya sendiri berdebar.Jarang nak berdebar kalau baca buku novel but this book make me feel like that☺️.Bermula dengan kejutan setelah Ariki bangun dari koma iaitu dia kehilangan kuasanya.Semangat dalam dirinya yang ingin berjuang menunjukkan kita tak perlu mengalah dan bersedih kerana kehilangan sesuatu yang berharga kerana ia hanyalah sementara.Saya juga kagum dengan Mikail kerana dia memikirkan sahabat-sahabatnya walaupun dia telah menjadi seorang sultan.Mikail,Runihara dan Jilani sanggup berkorban dengan berlawan dengan Lakshamana supaya dapat menjaga kesucian Tanah Suci Mekah.Sikap positif Ariki,Yusuf dan Aifer setelah kekalahan mereka membuatkan saya tersedar kemenangan dalam menegakkan kebenaran memerlukan pengorbanan dan harga yang tinggi.Sikap positif mereka membuatkan mantan wirawan iaitu Ashwadi terpegun dengan keindahan Islam dan dengan rela hatinya menganut agama itu.Buku yang mendebarkan,penuh pengajaran dan yang paling pasti,masih tiada kesudahan.Sentiasa ternantikan sambungan buku ini...
This entire review has been hidden because of spoilers.
perjalanan yang sangat mendebarkan dan penuh dengan cabaran yang hebat2. saya rasa kalau saya berada di tempat mereka pun, keyakinan saya akan mula terpukul, jadi saya rasa saya boleh relate dengan perasaan Ashwadi.. rahsia yusuf juga akhirnya dibongkarkan dalam buku ketiga ini, perkara yang paling saya nantikan selama ini sebab saya selalu rasa was2 dengannya dan terfikir yang dia akan mengkhianati ariki, namun tidak. momen ariki dan mikail melamar srikandi pujaan hati mereka juga adalah antara momen yang paling saya suka HAHAHAH konflik di tanah suci juga saya rasa bukan satu isu yang kecil dan ringan, respek saya kepada mikail kerana mempunyai nilai2 seorang pemimpin yang bagus dan saya jujur setiap kali mebaca tentang habib jama'a, saya rasa mual dengan perbuatan hipokritnya. sedar atau tidak, orang sperti dia banyak yang wujud di dunia nyata dan saya paling benci org yang sebegitu! saya harap dalam buku keempat, cerita tentang bustanati dan Tuah Awaras akan diulaskan dengan lebih lanjut, saya curious!
Badai perjuangan, yep, seperti tajuk bagi buku ketiga HSSS, perjalanan cerita kali nih sangat mencabarkan. Kita akan nampak macam mana setiap watak nih, mereka cuba untuk mempertahankan keimanan mereka. Ada masa, keraguan itu hadir, tapi dengan peringatan sahabat2, mereka berjaya mengatasi mehnah dan tribulasi dan terus mempercayai janji-janji Allah.
I’m loving Yusuf <3 and guess whatttt, ARIKI DAN MIKAIL DAH BUAT MOVE, HAHAHAHA. ARIKI COMEL JEEE ASKING AIFER FOR HER HAND IN MARRIAGE. DAN MIKAIL, SEKALI JATUH CINTA, HAHAHA, ROMANTIK HABISS UNTUK RUNIHARA.
But still, Sepanjang baca buku ke-3 nih, sabar jeee dengan perangai buruk Habib Jama’A dengan Jeneral Jibril. Lagi2, dengan si Habib nih haa, dasar penunggang agama, rasa nak bagi penampar jeeee, geram betul. Sampai kesudah buku nih, still selfish!
Fav page: 227. When you read it after having mentalbreakdown it hit differently.
Macam ni boleh bayang tak betapa tingginya tahap bergantung fictional character ni dengan allah. Like man i wish i could have their faith. And petikan hadis, ayat alquran, or sejarah islam kali ini memang banyak berkenaan kebergantungan kita sebagai hamba kepada allah.
Selepas luangkan masa 2 siri novel epik ni samasa pandemik, akhirnya tahun ini berjaya habiskan untuk siri ketiga. Ini beri semangat kepadaku untuk meneruskan karya epik ini daripada Hilal Asyraf.
Untuk siri ketiga ini, penceritaan kali ini boleh kata slow-slow daripada event yang berlaku daripada siri kedua. Kisah ini membawa pembaca ke saat klimaks pada hujung buku ini untuk diceritakan pada siri seterusnya.
Untuk spoiler, siri ini dibahagikan kepada 2 kisah pengembaraan daripada watak-watak satria sejati. Cerita ini membawa ke tempat yang baharu dengan lebih mendalam. World building dalam kisah ini sememangnya mengujakan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tajuk memang sesuai dengan plot ceritanya. Badai Perjuangan; memang banyak dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Ariki dan rakan-rakannya.Dugaan dan watak antagonis muncul dari segenap arah. Lutello, Habib Jama'a ditambah pula dengan geng geng Uluwalu. Fuh, memang berpeluh je jadinya!
Pendek kata,tak ada momen yang kita jangka keajaiban itu berlaku; namun saya tersentuh dengan semangat Ariki yang tetap berlatih meskipun kuasanya hilang.
Paling menyentuh perasaan, saya kagum sebab ada diselitkan scene ketika Ariki berasa hampa/sedih apabila mengetahui kuasanya hilang. Menunjukkan sisi sebenar seorang manusia yang tidak selamanya kuat, ada jatuh bangunnya.
Wow. Tak sangka plot twist dia berganda-ganda. Novel ketiga ni ada persaan bercampur-baur banyak. Dan semestinya main dengan berbagai emosi. Sedih, geram, sweet, dan macam2 lagi. So far, suka buku ketiga sebab ada scene sedikit sweet. Haha. Dan sweet dia takde laa sampai potong kaki.
Watak orang yang baru nak percaya Tuhan, orang yang baru percaya Allah itu sentiasa ada. Kadang kita rasakan dunia bagai menghempap kita terus-menerus, tiada rasa untuk bersangka baik tapi percayalah dan yakinlah padaNya. Sentiasa bersangka baik padaNya. Kerana akhirat itu ternyata lebih besar dan kekal.
Tiga bintang untuk sekuel yang ketiga kerana saya merasakan "Badai Perjuangan" yang mereka lalui amat panjang dan berliku. Namun ini sekadar impak peribadi yang saya dapati daripada bacaan ini.
Unsur islamik yang diselitkan di dalam cerita ini masih lagi membuat saya sendiri berasa terharu dan naik bulu roma, apatah lagi bila setiap kalimah Allah yang diperkatakan oleh para pejuang di dalam buku ini disertakan sekali dengan surah dan ayat yang berkaitan.
Secara kesuluruhannya, sekuel yang ketiga ini berada pada tahap yang baik dan memuaskan.
Penulisan HA sangat cantik. Biarpun latar galaxy sudah hamoir terbongkar semua, tapi sentiasa ada plot twist yang tak dijangka.
Naskah ini juga sedikit manis berbanding naskah terdahulu, tapi manisnya manis buah dan menunjukkan manusia itu tetap ada hati dan jiwa. Maka bagus, agar ia natural.
Tulisan HA untuk mengejutkan juga baik, biarpun telah dapat dibau kejutan yang nak dibawa, tapi ianya disusun menarik dan masih mengujakan bila dibelah dan dibedah.
Tahniah pada penulis. Terus menyulam pesan dalam tulisan. Tulisan sebaik ini, harus tentu disyorkan untuk dibaca dan diulang baca lagi.
Siri ketiga ini sedikit santai untuk dibaca apabila mereka masing masing seakan melalui proses membina kekuatan dari awal. Hal ini kerana banyak tragedi yang menimpa mereka dengan pengkhianatan yang tak disangka dan Ariki yang kehilangan unsur tanpa diketahui puncanya. Tiada peperangan yang berlaku sebaliknya masih ada pergelutan di beberapa tempat demi mencari keamanan dan keadilan dalam agama Islam. Namun, sedikit demi sedikit kita kehilangan Satri Satria Sejati lama membuatkan hati sayu dan sedih yang mampu menggugat rasa pembaca.
Ujian demi ujian. Halangan demi halangan. Kekecewaan demi kekecewaan. Sehingga terbit rasa ragu di hati "adakah Allah bersama kita"? Begitulah lumrah kehidupan kita. Keimanan kita ada turun naiknya.
Namun Satria-Satria Sejati saling mengingati diantara mereka. Perjuangan yang mereka lalui bukan mudah. Bukanlah nama perjuangan jika dihampari dengan karpet merah.
Pertarungan yang makin mendebarkan. Terjawab beberapa persoalan tapi timbul pula persoalan lain 😁
done baca only sehari sebab rasanya novel yg ke-3 ni paling tak tebal.. starting scene yg sesedih dh nak mula.. takut nk bca next novel sebab dh ada fav watak sendiri how ttibe fav watak tu mati nnti next novel, hahahaha broken habis la klau cntu... Ada 1 scene yg srsly menyentuh jiwa tak tahu kenapa part seorang watak yg msuk Islam tu rasa sebak. Then, scene yg sweet pun mostly starting dekat sini...
Buku ke-3 Hikayat Satria-Satria Sejati: Badai Perjuangan penuh dengan konflik kompleks dan pendedahan mengejutkan! Ariki hilang kuasa, tapi tetap berjuang. Misteri Yusuf dan latar belakang Mikail terungkai. Plot makin tegang, aksi mantap, dan semangat perjuangan makin terasa. 5/5! Tak sabar nak baca sambungan! Boleh baca review penuh saya disini: https://bookreviewbyhuda.blogspot.com...
Saya fikir ini adalah novel yang terakhir untuk siri Hikayat Satria-satria Sejati. Rupa-rupanya ada lagi sambungannya. Tapi dalam novel ini, ujian yang dihadapi anak-anak muda ini sangatlah menguji kesabaran. Saya sendiri ikut teremosi membaca novel ini, seakan-akan saya juga berada dalam novel tersebut 😂 Jalan cerita yang sangat menarik. Sangat-sangat ternanti untuk sambungannya!
Ah! Frustrated nya ending cliffhanger. Tapi membuatkan lagi tak sabar nak baca buku keempat. Ariki and the gang masih ditimpa lepas satu, satu ujian tapi mereka tetap mengukuhkan keimanan dan yakin dengan perjuangan yang mereka bawa. Lutello dan orang2nya juga dah makin kuat. Ahhh!!! Tak tau apa nak expect in the next installment.
Banyak ayat-ayat yang menarik dan menyentuh perasaan aku untuk buku #3 ini. Tapi cuma sedikit sakit hati sebab terlalu banyak peristiwa "tikam belakang" sampai jantung aku pun tertikam dek olehnya. Oh ya, perungkaian kisah si Yusuf buat buku ini lebih dua kali ganda menarik! Mungkin sebab aku sangat meminati watak Yusuf yang penuh misteri ini
This entire review has been hidden because of spoilers.
dah agak dah mikail ada niat yang baik and dalam series ketiga ni juga ariki and mikail confess hahaha my heart is fluttering tapi lepas habis baca buku ni saya termenung lama ya sebab ending dia sangat speechless...
penat baca buku ni sebab aksi lawan dia, and kalah sebab Lutello and the gang and please jangan matikan Isymakil and Giyada. saya nak mereka hidup
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku ketiga ini menjadi saksi kekuatan iman mereka. Masa ini lah semangat makin rapuh, luntur dek asakan bertubi-tubi daripada pihak musuh , terlalu banyak ujian menimpa, adakah mereka akan berputus asa dan mengalah?
Dalam siri #3, pengembaraan mereka semakin mencabar dan berliku untuk dilalui. Pembongkaran satu watak yang agak mengejutkan serta character development ashwadi yang amat memberangsangkan untuk siri kali ini.