Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mitos 2019

Rate this book
Dua puak berasal dari Jambi, Indonesia cuba membentur warisan mereka di Tanah Melay. Namun sengketa yang melanda antara mereka tidak membenarkan mereka hidup damai.

Akhirnya peperangan adalah jalan penyelesaian.

Kini tinggal Kurnia & Astirai seagai pewaris legasi. Bagaimana Kurnia & Astirai meeruskan legasi mereka?

RAMLEE AWANG MURSHID menghadiahkan MANUSKRIP ASAL untuk RAMians.

Edaran RAMFC Store ~ www.facebook.com/ramfcstore

209 pages, Paperback

First published March 1, 2019

2 people are currently reading
84 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

53 books1,392 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (40%)
4 stars
9 (21%)
3 stars
14 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (4%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Lady Sofea.
40 reviews
September 14, 2019
Tulisan RAM kali ni pada sy agak kurang memberansangkan. Mitos kali ini menceritakan hampir 100% kehidupan mengenai manusia harimau jadian. Mengenai dendam dua guliran yang seperti tiada kesudahan. Mungkin kerana ditulis dalam penerbitan sendiri makanya ianya diluar seperti kebiasaan dan kebayakkan tulisan RAM. Agak mengecewakan nagi sy.
Profile Image for H S. A.
115 reviews
October 17, 2021
22/2021📚
MITOS nukilan Ramlee Awang Murshid
Agak lama sepi tanpa menghabiskan senaskhah buku, dan memilih yang ini sebagai pemacu untuk terus mengejar cabaran pembacaan tahun ini.

Selesai dibaca dalam masa 3 jam, Alhamdulillah. Ada penilaian positif, dan ada juga yang negatif mengenai karya tuan RAM yang ini. Namun bagi saya, ini merupakan naskhah manuskrip, seharusnya tidaklah diletakkan di takuk yang sama dengan naskhah biasa.

Kisah mengenai puak pemburu dan puak pemangsa, musuh turun temurun dan kisah sumpahan orang berpenyakit; yang mana penyakit sebenarnya bukanlah pada sumpahan, tetapi pada jiwa nan rosak. Agak pendek jika dibandingkan dengan novel tuan RAM yang lain. Yang pastinya, penghujungnya seperti selalu, membuatkan pembaca berfikir..dan terus berfikir. Begitulah.

Penilaian peribadi : 3⭐️/5⭐️ sebabnya? masih banyak perkembangan yang tidak diperhalusi dan penghujung tergantung.. 🌝
Profile Image for Miyuke.
205 reviews4 followers
February 14, 2022
MITOS mengetengahkan konflik antara dua guliran baka iaitu manusia harimau (pemangsa) dengan puak pemburu (yang juga boleh bertukar rupa).

Bermula dengan kes penculikan seorang anak jutawan, novel ini digarap dengan lebih mendalam berdasarkan kisah-kisah yang diimbas semula - sejarah asal usul, konflik yang berlaku serta punca pertelagahan antara dua baka guliran.

Novel ini bersifat ringan berbanding novel-novel penulis sebelum ini dan agak santai untuk dibaca dalam waktu yg singkat.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews9 followers
July 25, 2021
Aku suka cerita ni. Laju dan sangat menarik. Mengisahkan perbalahan antara dua puak yang berbeza keturunan. Pemburu dan Pemangsa.

Cuma, aku tak berpuas hati dengan penghujungnya. Macam nak diselesaikan cepat pun ye gak dan ada beberapa yang isu yang tergantung. Tak semua benda penulis perlu bercerita kan? So terpulang kita sebagai pembaca untuk mengandaikannya. Overall, aku suka.
Profile Image for Su Zainudi.
179 reviews
December 3, 2023
Personally cerita Mitos ni menarik namun masih banyak persoalan yang tidak terjawab dalam buku ini.

Sepertinya setiap watak dalam buku ini masih boleh dikembangkan. Mungkin sebab buku ini tidak setebal mana.

Harap RAM nak buat sambungan cerita ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,543 reviews1 follower
April 1, 2024
Pergh!! Memang bestlah.. Dua puak iaitu Pemburu dan Pemangsa yang memang bermusuhan sejak lama dahulu bertembung lagi hanya kerana kesilapan dalam bertindak oleh salah seorang puak pemangsa.. Pencetus perbalahan yang berterusan..
3 reviews
September 10, 2020
Buku dengan 209 m/s. Jalan cerita memang tidak mengecewakan cuma sy harap dan doakan agar RAM mendapat ilham untuk mengembangkan plot cerita Mitos ni.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews