Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kau Bukan Adiratna

Rate this book
"Seteguh manapun kepercayaan, jangan sampai tiada kosong untuk keraguan. Sungguh, aku bukan Tuhan."

Miasara, seorang wanita berumur 21 tahun. Di usianya yang muda itu, dia telah diuji dengan kematian kedua-dia orang tuanya di hadapan mata.

Tidaklah dendam dengan pembunuh, lebih kepada tidak redha atas pemergian orang tua tercinta.

"Andai Engkau boleh tunjukkan kepadaku kembali kejadian yang sebenar-benarnya terjadi kepada orang tuaku, sungguh tiada lagi raguku padaMu.”

Seperti mencabar Tuhan, dirinya dikemudi oleh emosi.

"Arghhh!"

399 pages, Paperback

First published January 1, 2019

3 people are currently reading
44 people want to read

About the author

Najmi Fetih

12 books46 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (42%)
4 stars
13 (27%)
3 stars
12 (25%)
2 stars
1 (2%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
April 19, 2020
Pengajaran
Kesabaran dan pengharapan kepada Tuhan.
Kau tak boleh trust semua orang tapi ada orang yang baik tapi kau tak tahu? 😂

Spoiler Alert (Please no hurt feeling, just two cents ✌️😊)

Cerita ni bagi aku, idea plot menarik. Pemilihan ayat2 AQ memujuk pun best, perfect and no flaw. Cuma macam terlalu banyak penulis ketengah kan. Aku tak tau nak pandang mana satu, jadi nak list ajelah apa pendapatan sepanjang pembacaan:

Karakter utama - apehall lah lembik sangat ni? Hahaha. And all the character pun cakap dia lembik. Perempuan tak macam ini! Hurm.

Penyusunan plot - mungkin boleh perhalusi cara susun, its like every bab masing-masing dengan cerita dia, sekejap jadi bidadari sekejap jadi ____. Plot twist bit rushing... Sekiranya penulis letak karakter sahabat kekal sebagai sahabat impaknya mungkin akan lebih tinggi. Adalah juga nilai persahabatan disana. Sebab macam dia jak yang lebih kuat dan rasional dari watak utama, so bila dia end up jadi macam tu, ya ampun.. Maybe miasara juga tak boleh dipercayai baik? Again, u are the master of the story. So mungkin ada sisi yang baik 😁

- masih tentang plot, saya cadangkan penulis baca buku Flawed, cuba pandang dari sisi menarik bagaimana Cecilia 'menanamkan' emosi dalam diri the main character. Kalau baca buku Adiratna ni, macam sepanjang buku tiada pun ditulis atau dikatakan tentang Adiratna, jadi masa amisha sebut tu, wow random sungguh, skrip dari mana ni? 😂 Kiter pun tak faham apa tuh adiratna. Bombastik ayat, rakyat marhaen macam kita perlukan penjelasan lebih, baru boleh connect. Again, hanya rekomendasi, mungkin plot twist dia di buku kedua 😁

- atau mungkin plot ini memang dibuat untuk manuskrip tv? Jadi emosi tidak diterap sangat untuk pembaca hayati. Yang best nya, kalau lah perasaan kematian ibu bapa, perasaan dikhianati oleh orang yang kau sayang, yang selama ni kau trust boleh turut sama dirasai pembaca - tapi tiada, bukan untuk buku ini? Atau sebab aku baca terlalu laju? Hehe.

- banyak-banyak bab, bab terakhir yang aku rasa ada sinar sikit. Sebab maybe and only maybe ada explanation terhadap semua ke-rushing-an ini di buku 'seterusnya'.

Apapun, teruskan menulis, jangan ambil semua apa yg aku cakap, biasalah perempuan, emosi lebih.

Kalau aku, its all about emotion, it'll be good if you can install it in the head of the reader. Cubaan menarik menulis dari sisi perempuan, maybe boleh kurangkan pujian bidadari melambung tinggi kot. Puji bila kena waktu, bila kena ada something dia buat yang layak dipuji. Bukan puji sebab kau nak cakap dia cantik je 😂.

Jadi sampai itu sahaja, moga maju jaya and congrats for KBSP 4.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Izis.
52 reviews
September 24, 2019
Jalan cerita yang menarik... dipenuhi dgn titipan nasihat yang berguna..buku ni ringkas penulisannya agar mudah difahami....buku ni mengajar aku tentang perancangan Allah itu ada reason di sebaliknya... dan juga orang yang dah bertahun kita kenal pon belom tentu kita kenal hati budi... well, we all human kan... cuma aku agak frust dgn watak Mia yang terlalu naif? she cant read the situation at all?!! bagi aku watak Mia ni mcm confuse sikit... sometimes she shown maturity in her personality and kadang2 tu agak mcm kurang matured nya...anyway...i like this book... ringkas dan senang dibaca.. very light reading tapi penuh dgn nasihat2... syabas penulis!!
Profile Image for airazira.
34 reviews3 followers
February 18, 2022
Tinggi juga expectation saya bila baca sinopsisnya.
Cuma hasil selepas membaca agak mengecewakan sedikit.
Jalan cerita yang mudah dan terlalu jelas.
Geram dengan Miasara yang terlalu slow tidak terus memahami situasi yang berlaku. Biarpun, sikapnya yang dididik sempurna dengan agama patut dicontohi oleh ramai wanita di luar sana.

Organisasi Banjokala digambarkan seperti satu organisasi yang sangat berbahaya tapi penceritaan mengenai mereka tidak mencapai ke arah itu dan terlalu mudah identiti mereka didedahkan. Ini kerana jika difahami, setiap ahli dijaga baik oleh ketua mereka tapi akhirnya watak mereka terlalu senang dibongkarkan begitu saja.

Pandang pada sudut yang hendak disampaikan oleh penulis, saya sangat terkesan dengan nasihat dan hasil persahabatan yang ditonjolkan. Tetaplah berpegang dengan ketentuan Allah. Jangan kita menzalimi diri dengan menidakkan ujian yang Allah dah tetapkan. Sentiasa mensyukuri apa yang ada di depan mata bukan apa yang tiada. Moga buku ini memberi kesedaran pada anak muda untuk berjiwa kental dan sabar dalam menghadapi segala yang Allah telah tentukan kerana Dia lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui.
Wallahu'alam🍀
Profile Image for Amirah Aris.
139 reviews2 followers
June 15, 2022
Tak dinafi, penulis mempunyai idea yang bagus untuk diketengahkan. Tetapi bagi aku tiada unsur saspens dan jalan cerita agak straight forward. Selain itu, bagi aku nasihat yang diselitkan bagus tetapi terlalu berlebihan. Mungkin penulis boleh gunakan teknik untuk menyampaikan mesej / nasihat secara tersirat supaya pembacaan dapat difokuskan lebih kepada perkembangan plot.
Profile Image for Nor Suhir.
2 reviews
November 25, 2020
Cerita menarik cuma page 391 .. Haryati tinggal mesej di pondok Mia .. tapi mesej tulis “Amisha, ski lihat semua ... Se patut nya Mia kan?

Sorry confuse sekejap
6 reviews
June 12, 2021
Jalan cerita yg baik.. penuh dengan pengajaran 👍👍
Profile Image for meenie.
335 reviews2 followers
May 24, 2025
read it in less than 2 hours. honestly sangat menginsafi cuma geram dengan miasara ni. tak bijak betul macam bimbo stress aku haiya. tapi sangat menginsafkan.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.