IGAU - Azani Quasha "Malam tu I tak sempat nak selamatkan you. Tembakan yang Am lepaskan tepat mengena dan menembusi leher you. Betul cakap dia, I yang dah kalah. I dah hilang you sayang. I hilang you buat selama-lamanya. I juga hilang anak I. Apa lagi yang mampu I lakukan sekarang? I sorang-sorang dekat sini. I sunyi tanpa you di sisi. I dah kalah dengan Am sayang. Dan dia dapat you. Walaupun I katakan pada dia yang dia takkan dapat hidup dengan you, tapi dia mati dengan you. I mintak maaf sayang" Hafiey menangis teresak-esak. Dia usap gambar aku yang tertera di skrin smartphonenya. Aku dah mati? Betul ke aku dah mati? Aku tak percaya dengan apa yang aku baru dengar. Kalau aku dah mati, kenapa aku ada dekat sini? Kenapa aku masih boleh nampak Hafiey?
BEBASKAN AKU DARI CINTAMU - Fatinilam Sari Ahmad "Binatang! Hidup kau takkan selamat! Aku...aku akan laporkan pada pihak polis!"
"Cubalah buat! Kau takkan lepas ke mana-mana." cabar lelaki itu.
"Walaupun...aku...aku harus merangkak...aku akan...pergi dari sini". suara Anisa teresak-esak, suaranya terlalu payah untuk meletus keluar.
Lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau dari celah but di kaki. Dia mengacah-acah pisau itu ke perut Anisa.
"Kau takkan lepas kemana-mana!" jeritnya dengan kuat, kemudian ketawa seperti orang gila.
Wajah Anisa pucat lesi. Ketakutan makin menjadi-jadi. Anisa memejamkan matanya. Dia berserah kepada Tuhan. Segala yang terjadi adalah kehendakNya jua. Tuhan! Selamatkanlah aku dari perangkap maut, doa Anisa.
APARTMENT - Arisa Eriza "Kau...Kenapa ikut...Kak As tadi? Dia bukan Kak As...bukan.."Shamira berkata perlahan. Dang! macam kena hempuk dengan kerusi bila aku dengar apa yang Shamira kata.
"Mana kau tahu?? kak As kot tu, kau jangan, beb."
"Serius, tu bukan..."
"Habis tu?"
"Assalamualikum..." terdengar suara memberi salam. Oh, perhaps this is the real one. Aku buka pintu dengan mulut kumat-kamit ayat Kursi. Dan senyuman ramah Kak As menyapa. "Kenapa naik dulu tak tunggu akak tadi? Ni akak bawakan al-Ma'surat tu," aku sengih tipu, nak luluh jiwa raga dengar permintaan Kak As... Err, habis tadi apa benda yang aku ikut naik tingkat sepuluh tu??
Igau membawa kisah Nisha dan Hafiey yang dihantui 'sesuatu'. Nisha kerap melihat penampakan yang menyerupai seseorang yang dikenalinya dulu. Untuk kisah yang ini susunan plotnya sedikit memeningkan kerana banyak imbas balik tanpa ada garis masa yang diberikan. Macam tiba-tiba sahaja. Jalan cerita menarik. Banyak persoalan yang timbul seiring pembacaan namun selesai di akhir cerita.
Bebaskan Aku Dari Cintamu adalah kisah yang paling SH suka dalam naskah ini. Walaupun plotnya dapat diagak misterinya, namun masih seronok untuk dibaca. Tapi walaupun masih boleh SH agak, SH sendiri ragu-ragu dengan tekaan SH sebab ada faktor-faktor lain yang berlaku. Namun akhirnya tekaan itu adalah benar. Tapi memang kasihan sungguh nasib Anisa. Mengharap pertolongan orang namun bukan itu yang didapatkannya.
Kisah Apartment sedikit klise namun ada babak-babak yang memang boleh buat kecut perut. Bayangkan nampak orang jatuh berkecai di depan mata. Memang trauma dibuatnya. Kesian Shamira sampai sakit-sakit dibuatnya.