Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sila Baca Jangan Tidur: 101 Bingkisan Ilmu, Nasihat, Dakwah & Isu Semasa

Rate this book
Adakah mencukupi timbangan amal soleh yang mampu menyelamatkan diri kita dari api neraka? Apakah yang mampu ditinggalkan kepada generasi seterusnya setelah kita meninggal dunia? Andai umat Islam sedar akan kepentingan perkara ini, nescaya kita tidak akan mampu tidur dengan lena pada malam hari!

Buku ini secebis legasi yang mampu penulis tinggalkan buat masyarakat dan generasi seterusnya. Ia merupakan catatan dan luahan berkaitan pelbagai isu yang dibahagikan kepada empat bab iaitu untaian nasihat, risalah dakwah, isu semasa dan kupasan ilmu. Keseluruhannya meliputi 101 topik yang bermanfaat untuk direnungi, dihayati serta dijadikan panduan dan bekalan di akhirat.

Menarik tentang buku ini:-

- Belajar Memberi Sebelum Menerima
- Beratur Ilmu VS Beratur Bola
- Sailang Online Business
- Mengapa Tuhan Biarkan Hamba-Nya Menderita?
- Panglipur Lara Dan Auta Berpisah Tiada
- Apa Yang Tidak Pelik Pada Zaman Ini?
- Pesta Arak Bagi Orang Mukmin

277 pages, Paperback

First published January 1, 2019

5 people are currently reading
33 people want to read

About the author

Kamilin Jamilin

9 books19 followers
Ahmad Kamil bin Jamilin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kamilin Jamilin merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Minat beliau dalam bidang hadis mula bercambah apabila beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda dalam bidang tersebut di Universiti Islam Madinah (UIM) dan berjaya memperolehi keputusan kelas pertama pada tahun 2008.

Di atas minat yang tinggi, beliau menyambung pengajian dalam bidang yang sama di peringkat sarjana di Universiti Imam Al-Sa’ud, Riyadh dan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang pada tahun 2013.

Ustaz Kamilin telah menyiapkan PhD beliau dalam bidang hadis di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau aktif dalam berkongsi ilmu sama ada melalui kuliah-kuliah, daurah, tulisan di FB mahupun dalam bentuk diskusi online di telegram. Beliau banyak memfokuskan kepada seni dalam berinteraksi dengan hadis.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (66%)
4 stars
9 (27%)
3 stars
2 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for fatihah.
22 reviews4 followers
January 28, 2025
(28/1/2025)✓
Sebab tajuknya sangat menarik perhatian saya jadi saya baca buku ini. Sangat memberi banyak nasihat yang mendalam. Terdapat pelbagai persoalan seperti cukup ke amalan kita? Nak tahu lebih lanjut kene baca sendiri buku ni.
Profile Image for Hairul Bujang.
16 reviews2 followers
September 24, 2019
Bacaan yang sangat baik. Penyampaian dan jawapan ringkas namun padat. Rasa bangga kerana mampu menyelesaikan bacaan buku ini. Begitu bergizi dan bermanfaat. Untuk rekod bacaan tahun 2019, buku ini pastinya tersenarai dalam 10 terbaik bahkan mungkin 5 terbaik. Highly recommended. Sila beli, tiada rugi.
Profile Image for Vida Ariff.
119 reviews
February 20, 2025
Kebetulannya ketika saya membaca buku ini, saya sedang mengalami kesukaran tidur di malam hari membuatkan rasa mengantuk selalu. Membaca tajuknya sahaja, membuat hati saya tersenyum kerana ia seolah-olah 'menegur' keadaan semasa diri sendiri.

Buku ini penuh hikmah. Mengupas pelbagai topik yang kita hadapi sebagai seorang muslim di akhir zaman ini.
Gaya bahasanya mudah dihadam dan menusuk ke jiwa. Buku ini berjaya menjentik hati; siapa saya yang kerdil ini dalam menjalankan tanggungjawab sebagai muslim?

Wajar dibaca berulang kali agar terpahat di jiwa.
Profile Image for Mohd Fast.
48 reviews
June 10, 2020
Banyak mutiara kata yang boleh dijadikan peringatan dan pengajaran. Setiap isu dan coretan adalah berbaloi untuk dihadam. Semoga penulis terus istiqamah menghasilkan karya yang berkualiti pada masa hadapan. 😊

5/5 🌟
Profile Image for Niena Aniesza.
205 reviews7 followers
December 3, 2024
Buku yang mengulas tentang isu-isu semasa di negara ini yang disertakan al-Quran dan hadis sebagai panduan.

Dakwah adalah tanggungjawap setiap Muslim. Kekurangan dan kelebihan pendakwah adalah saling melengkapi. Di akhirnya, kita semua mahu mencapai syurga yang abadi.
Profile Image for Syahrin Suhaimee.
4 reviews1 follower
November 2, 2019
Buku ini memberi peringatan kepada saya supaya merujuk kepada sumber yg betul (Al-Quran & Hadis), majlis fatwa sebelum mengamalkan sesuatu
3 reviews
May 2, 2025
penggunaaan bahasa yang sangat mudah untuk difahami. juga mengandung nasihat-nasihat yang berkesan di hati
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.