Opera Angkasa adalah novel fiksyen sains yang berlatarkan angkasa lepas. Pada masa akan datang, manusia tinggal di pelbagai planet dan setiap gugusan planet dikenali sebagai 'sektor'. Manusia bergerak dari sektor ke sektor dengan kapal angkasa. Arman dan krew kapal angkasanya sudah berminggu-minggu tidak ada kerja penghantaran kargo. Mereka singgah di sektor Prima Putra kerana ada orang menghubungi mereka untuk menawarkan kerja. Kerjanya mudah, menghantar pulang Faridah Hanum, anak saudara seorang senator, yang baru habis belajar di sekolah berasrama penuh si sektor Aminuddin Baki. Dalam perjalanan, ada orang mengekori mereka. Mereka ditahan sekumpulan lanun. Rupa-rupanya Arman berhutang dengan mereka. Selepas Arman berjanji hendak melangsaikan hutang itu, kumpulan lanun itu berlalu pergi. Dalam keadaan tertekan akibat hutang itu, Arman mendapat panggilan daripada lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu menawarkan Arman sejumlah wang yang lumayan untuk ditukarkan dengan Faridah Hanum. Arman menerima tawaran itu. Kapal angkasanya menukar haluan. Mereka tiba di sektor yang ditetapkan. Arman dan krewnya turun dari kapal angkasa untuk menyelesaikan urusan dengan lelaki yang mahukan Faridah Hanum. Dalam perjalanan, Arman bertembung dengan perempuan tua yang datang menarik bajunya dan membebel mengenai 'empat pusaka kemusnahan'. Arman tidak mempedulikan perempuan tua itu. Selepas bertemu lanun yang mahukan Faridah Hanum itu, Arman berubah fikiran. Dia kasihankan Faridah Hanum. Mereka lari dari situ. Kapal angkasa mereka dikejar kumpulan lanun itu tetapi mereka berjaya melepaskan diri.
Seronok juga sekali-sekala layan sci-fi ni. Nasib baik buku ni ending dia memuaskan hati walaupun masih banyak persoalan yang tidak dijelaskan. Dan ada harapan nak dijadikan satu siri (tapi buku ni dah lama diterbitkan dan masih tiada sambungan pun kan?)
Bila bercerita mengenai fantasi sci-fi, tak dapat tidak ternampak pengaruh Star Wars ( part pedagang bebas terutamanya - Hans Solo) dan juga kisah pengembaraan fantasi dlm anime jepun. Sebab gabungan antara masa depan dan masa silam. Dan characteristics watak2 tu. Yang suka tengok anime macam saya pasti akan perasan perkara-perkara ni :-P
Agak menarik kisah yang dipersembahkan. Mendebarkan juga la terutamanya masa krew Rajawali kena serang dan ditembak.
Cuma kosa kata dan terma-terma tu tak cukup sci-fi kot. Masih memerlukan imaginasi yg lebih untuk membuatkan cerita ni lagi real ke seribu tahun di hadapan. E-mel dan video call tu macam so yesterday jer...hehhee. At least ada la alat perhubungan hologram. Drama-drama sci-fi yang dah lama dulu pun dah guna hologram utk berhubung.
Agak terganggu dengan bahasa pasar (raya?) Niki. Sebab cuma ditukar satu dua perkataan saja. Cuba kalau ayat tu yg diubah strukturnya, baru la nampak lagi pelik kan?
novel ni diterbit semula ya? okey, siapa nak baca sila letak logik akal anda di tepi. jangan nak berdecit macam-macam. tahun 2250, memang kita takkan tahu tahun itu masih wujud atau tidak manusia dan semua hidupan. kalau wujud pun, entah macam mana rupa gayanya.
sebuah novel sci-fi yang sangat menarik bagi yang berumur tua macam akak ni. nak kata santai, gedebuk gedebak jugaklah jantung bila masuk babak mencemaskan. akak sampai membayangkan faridah ni macam watak leeloo dalam filem 5th element. kira macam penyelamat alam semesta dari kemusnahan.
arman, razi dan ted di dalam kapal angkasa rajawali menjalankan perkhidmatan pengangkutan kargo. mereka tidak akan mempersoalkan kargo yang akan dibawa, yang penting duit masuk. dan faridah hanum, adalah kargo terbaru yang mereka perlu bawa dari sektor aminuddin baki ke prima putra. beb, korang just bayangkan angkasaraya ni banyak penempatan. bukan di bumi sahaja manusia hidup.
rupanya bila mereka bawa faridah hanum, mereka menempuh satu ujian mencabar. kuncinya ada pada gadis itu rupanya. arman, yang biasa bertindak hanya ikut perasaan pun mula boleh berfikir waras. berdebar tapi seronok kalau korang baca sambil imaginasikan apa yang berlaku. kapal angkasa tembak menembak, koloni manusia ada di mana-mana di angkasa. kejahatan ditindas dengan kepintaran... hmm... cuma sedih bila tahu, sejarah ditulis semula. dan bumi? jatuh pada penakluk rupanya. planet lain hancur. bulan? bagaimana arman boleh merenung dua bulan ketika dia ada di bumi?
bila tamak menguasai hati, segalanya menjadi celaru dan haru biru. apa saja... ya. apa saja boleh hilang termasuk nyawa bila tamak berkuasa.
kalaulah... kalaulah novel sebaik ini boleh di adaptasi. dan akak paling suka bila pustakawan, mampu memegang semua isi dunia dan sejarahnya dengan hanya buku-buku di bawah jagaannya...
Novel yang sangat menarik.. 2 jam je masa yang diperlukan untuk membaca.. Memang memikat.. Walaupun tak berapa mahir tentang angkasa, kapal perang namun buku ini ohsem.. Garapan yang menarik dari penulis.. Seronok juga kalau disambungkan lagi.. Perjalanan ceritanya ada aksi, emosi dan juga persahabatan.. Mengujakan..
My first book by Nazri M Annuar aka Vovin. A space opera inspired by the now-defunct TV series, Firefly, which was written by Joss Whedon, with a little 'dakwah' element. Just think of it as Firefly - Malaysia-verse. Bah, fanboy! :D (ps: you know i love you, right, mr vovinski?)
Buat pertama kali melayari novel drpd penulis ini...genre si fiksi, yg mengisahkan Arman & krewnya sbg pengangkut barang2 kargo pada zaman Milinea Baru (>2600 tahun akan datang)...tatkala menerima tugasan drpd Senator Hashim...mengambil anak saudaranya, Faridah Hanum...pelbagai cabaran terpaksa mereka hadapi gara2 identiti Faridah Hanum yg misteri itu...ancaman lanun & propaganda Senator Hashim...
Uniknya novel ini, ia di sertakan lampiran Ilustrasi penulis mengenai kargo Rajawali, iaitu pesawat Arman, Jentera Mahawangsa & Tentera Pemusnah....Malahan di sertakan kronologi Petempatan Manusia di Angkasa Lepas bermula era 1977-Milenia Baru...Menarik!!! Penulis mmg bijak dengan adanya idea sebegini...
Novel setebal <300 m/s ini mempunyai plot cerita yg menarik, di sampaikan dgn gaya bahasa yg mudah, cuma terdapatnya bahasa pasar dlm dialog Niki (di sbbkan dia golongan bawahan)...& aku tak pasti wujudnya perkataan2 tersebut wlaupun ada glosari mengenainya...sbg contoh gawa = perempuan, geh = ya, bijas = bijak...hahah...
Cuma 4 pewaris kemusnahan tidak di ceritakan dgn mendalam...
Walaupun saya memberikan hanya dua bintang untuk penilaian novel Opera Angkasa hasil karangan Nazri M. Annuar,namun,secara keseluruhannya,jalan cerita,latar belakang dan konsep cerita adalah menarik sekali.
Namun,saya merasakan,terdapat beberapa kekurangan yang ketara di dalam penulisan penulis di dalam novelnya ini. Saya amat tertarik dengan sejarah Bumi Kuno mengenai Matahari dan Era Perang Milenia. Namun,penulis tidak mempersembahkan atau memaparkan babak-babak imbas kembali mengenai kedua-dua peristiwa secara jelas. Malahan,plot cerita dan penamat cerita agak tergantung dan terbuka kepada sekuel dan prekuel. Faridah Hanum merupakan keturunan salah seorang dari Empat Pewaris Kemusnahan. Siapakah tiga orang lagi?
Saya fikir,mungkin atas had tertentu,penulis tidak mampu memuatkan kesemua perkara yang saya nyatakan di atas. Namun demikian,saya mengharapkan terdapatnya rancangan oleh penulis untuk menerbitkan sekuel atau prekuel yang berkaitan dengan Opera Angkasa pada masa hadapan.
buku lama. aku je baru discover. beli buku ni dgn 3 sebab; pertama sbb ada offer rm8 je kat Pesta Buku Selangor, kedua sbb sci fi. ni 1st time nak baca sci fi, dan yg paling best dlm bahasa melayu.
ketiga dan sbb yg terbesar sekali adalah sbb cover. tapi bukan cover yg mcm kat thumbnail buku ni. mungkin edisi yg lebih baru kot. terbitan Penerbit X. lawa & sangat sci fi cover dia. kalau kat sini boleh upload gambar memang nak up dah.
ye. aku memang la suka judge the book by it's cover. cover lawa & outstanding mcm ni mmg la tarik minat aku nak beli. jujurnya kalau cover macam yg dekat thumbnail ni mungkin tak terdetik rasa nak beli kot. sebab nampak biasa je. masih cantik, tapi terasa biasa je.
okey, mula review.
bayangkan premis dunia star wars tanpa jedi & empire, dalam alam melayu, dengan hans solo sbg watak utama buat job mcm transporter (alahh... yg jason statham berlakon tu) ambil upah hantar kargo. tak kisah sapa pun upah atau apa brg sekalipun selagi dibayar setimpal. hah, mcm tu lah Opera Angkasa ni.
kisahnya bermula bila dia dapat job ambik kargo & bawa balik ke pihak yg upah dia. dan masalah timbul bila ada pihak lain yg nakkan kargo ni jugak.
ceritanya menarik. adrenalin turun naik sepanjang 2/3 terakhir bacaan. tak sabar nak baca muka surat seterusnya.
cuma sayang, lepas habis baca je terasa pendek sgt kisah ni. dengan world building yg menarik, konflik2 yg timbul, aku rasa novel ni patut ada sambungan.
dari segi bahasa atau sudut sastera aku tak reti nak nilai. aku baca utk plot je. cuma rasa macam tak best bila ada penggunaan kurungan (macam yg aku buat ni) utk explain sesuatu. pada aku lagi elok dibiar je pembaca buat assumption atau interpet sendiri.
sebagai penutup, baca novel ni buatkan aku makin dahagakan novel sci fi dalam bahasa melayu.
*lepas baca berpuluh buku, ini 1st time buat review. tak reti nak menulis sgt pun.
"Kau keluar, naik atas Rajawali, cuba kibas dengan kain atau guna pendayung, mana tahu Rajawali boleh bertambah laju?" - Opera Angkasa, Nazri M. Annuar
Aku tak sangka yang Opera Angkasa ni boleh tahan best juga. Aku suka gila macam mana penulis gambarkan dan ceritakan kehidupan manusia dekat angkasa lepas. Buku ni buatkan aku sedar yang dunia ni, termasuk alam semesta itu sendiri begitu luas untuk kita terokai. Tapi kan dalam buku ni, walau maju macam mana pun teknologi yang dorang ada, masih juga ada manusia-manusia yang ketinggalan atau disisihkan (oleh kerajaan).
Cuma ada part yang aku terkejut sekejap lah. Part yang masa family Niki hidangkan sotong untuk Arman dengan kawan-kawan dorang makan. Masa tu eh, ada sotong ka dekat angkasa lepas? Tapi bila dah baca helai demi helai haaaa baru faham kenapa ada sotong.
Buku ni buat aku teringat pada filem Netflix: Space Sweepers, dan juga Star Wars + Star Trek. Aku boleh terikut sama dengan krew Rajawali mengembara ke angkasa, meneroka terraform. Cara penulis membawa ceritanya lancar. Ada babak dengan lawak bersahaja, yang semestinya bikin senyum. Harap sangat ada sambungannya, boleh pergi jauh.
Just nice. Tak gempak sangat tapi masih ada sedikit keterujaan bila aku melayan novel ni. Cumanya kadang-kadang meluat dengan Arman. Degil & ego. Tapi nasib baik dia ada hati perut. Ada plot twist tapi sebenarnya aku memang dah boleh agak siapa yang jahat dalam novel ni. Apapun thumbs up to the writer!
Saya suka sangat cerita ni.tolak elemen2 sains n tak logik,tengok isi kat dalam dia.memang seronok membacanya. Banyak aksi tak dijangka. Tapi ending dia x paham. Tok Guru tu baik ke jahat...huhu
IS THIS A STAR WARS RIP-OFF?...KIND OF... BUT WITH MALAY SPACE AESTHETIC
Calling it a rip-off is a bit too harsh but the Star Wars blueprint is really there. Instead of Luke Skywalker as the MC, we follow Arman's Ben Solo where he receives a task to transport a 'cargo' in the form of a young girl, Faridah Hanum. Unbeknownst to him, she is tied to a prophecy that would bring chaos to the galaxy.
So, instead of Luke Skywalker being The Chosen One, we get Princess Leia(-ish) who is destined to bring calamity.
The concept is definitely there. The sci-fi future mixed with Malay heritage is really a great concept to uplift the Malay culture. However, I find the writing a bit lackluster and lacking in nuance. The consolation for me is that the book is mercifully short. My only wish is for the characters to be a bit more interesting, any moral dilemma to be a bit more nuanced, give some complexities to the characters' personality (although I think Arman is pretty decent).
Plus, the abandoned romantic subplot of Arman and Yana is just really weird like why is it even there if it won't be resolved. Does the ending means that Arman is with Faridah? Although I thought Faridah is just a child so that would be weird.
Also, who in the world thinks that sotong sumbat tepung (squid stuffed with cornflour) is a great idea for a futuristic recipe?
2.5 stars actually. Before chapter 6, the plot was so convenient. Like from A goes to B goes to C. I got bored pretty fast but I persevered. It starts getting better after that but still. It could be much better but isn't much what I hoped it would be. The storyline is just so-so but anyhow I like the characters. This book isn't that bad but I wish there were much more to it in the plot. I like how this book rewrites some of Earth's histories. Such fun and I chuckled a lot just by reading the histories this book has to offer. All in all, just not bad but it could be way much more. From the way the book ends, I feel like there might be a second book. I would like to read the sequel to this book because the first book which is Opera Angkasa holds so much promise. Maybe the second book will be better.
Saya sangat meminati genre sains fiksyen bertemakan opera angkasa. Novel ini saya baca pada tahun 2016 dan baca semula pada tahun 2023. Jalan cerita yang simple tapi best serta mengekalkan tema space opera tu dalam penceritaan. Cuma ending tu saya rasa mcm "lah macam tu ja?". Tapi masih best untuk dibaca. Semoga penulis-penulis tempatan tidak berputus asa dalam menghasilkan karya-karya sains fiksyen yang berkualiti dan best untuk pembaca-pembaca seperti saya. All the best Tuan Nazri.
Fiksyen angkasa melayu yang pertama saya baca. Walaupun tidak setebal buku-buku antarabangsa, tetapi isinya setanding dengan yang lain. Bahasa melayu yang mantap dan kisah yang santai menjadikan buku ini sangat unik. Jalan cerita di luar kotak dan tidak menurut penceritaan cliche yang boleh diagak penghujungnya. Sangat di galakkan untuk dibaca.
Saya suka cerita ini! Penulis mempuanyai imiginasi yang tinggi. KIsah tentang masa akan datang, tentang hidup manusia yang hidup di dunia lain. Tempat yang berbeza, zaman berbeza. Yang. sama, sikap semulajadi manusia yang dilakarkan dalam kisah ini--tamak, ego namun tetap terselit rasa kasih sayang di dalam jiwa. Cerita yang sangat berbaloi untuk dibaca^^
I love the story line as much as the characters. How each character flaw seems to complete the strength of the entire group. To be able to see another perspective of how it will be is Malaysia becomes a dominant empire. Also one the book issues that confronting the idea that the 'history is written by the wicked' is very interesting. The biggest question in the book just leave me questioning about the fact about earth that Arwan believe is his home and the 'real earth'.
In conclusion I think it is a great book for any Malaysian who wants to read a science fiction.