Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sahabat-Sahabat Yang Benar #2

Ikramah: Penentang Jadi Pembela

Rate this book
Ikramah, anak kepada Abu Jahal ketika zaman kegelapan sangat memusuhi nabi. Pelbagai cubaan dilakukan untuk membunuh nabi. Dia sanggup bertemu Raja Yaman memohon kerjasama memerangi nabi.

Suatu hari Rasulullah mengeluarkan arahan supaya membunuh Ikramah. Lantaran takut dan banyak pengikutnya yang belot, Ikramah tidak mempunyai cara lain selain bersembunyi. Pun begitu, dia masih menghendaki kehidupan yang bebas. Lalu dia mengambil langkah berani yang bercanggah dengan bapanya Abu Jahal. Dengan bantuan Laila, isterinya dia mengatur pertemuan dengan Rasulullah walaupun dia sedar risikonya. Pelik dan ajaib sekali, Rasulullah dapat menerima kesediaannya memeluk Islam. Sikap pemaaf nabi itulah yang meruntun jiwanya. Akhirnya dia memeluk Islam dan menjadi antara pembela Islam yang paling berani.

Antara peperangan yang diketuai Ikramah ialah menentang nabi palsu, Musailamah al-Kazzab pada zaman khalifah Islam Abu Bakar Ash-Shidiq.

227 pages, Paperback

Published January 1, 2008

6 people are currently reading
110 people want to read

About the author

Abdul Latip Talib

122 books290 followers
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
56 (48%)
4 stars
34 (29%)
3 stars
21 (18%)
2 stars
4 (3%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,560 reviews42 followers
October 25, 2020
Betapa seorang yang mendapat Hidayah daripada Allah SWT, pengakhirannya baik walaupun permulaannya tidak. Begitulah kisah Ikramah anak Abu Jahal. Hidup, mati dan segala yang di punyai oleh Ikramah di serahkan demi memperjuangkan Islam. Walaupun penuh ranjau dicemuh dicaci dan disakiti hatinya, Ikramah akhirnya menyambut Islam. Isterinya Atikah, very respectable dan dalam cintanya terhadap Ikramah. Dituruti hingga ke Yaman dan kemudian ke Habsyah.

Dalam kisah ini juga, diserlahkan peribadi Agung Rasulullah SAW, seorang yang penyabar, pemaaf, tidak berdendam.
Profile Image for Azzad.
3 reviews5 followers
July 5, 2011
Siri koleksi Novel Sejarah Islam terbitan PTS lebih cukup sifatnya sebagai Novel berbanding ia sebuah Novel Sejarah. Rata-rata, watak-watak yang berdialog banyak digarap dengan mudah oleh penulis Abdul Latip Talib.

Fakta-fakta juga dikelirukan sebagai contoh dalam edisi 2009:
"Muhammad tidak menghiraukan kedatangan saya. Dia terus melakukan sembahyang dan membaca al-Quran serta berzikir." (Perenggan 5, halaman 12)
dan
"Tetapi Ikramah terus beribadat. Dia berzikir, membaca al-Quran dan sembahyang sunat" (Per. 7, hal. 135)
atau
"Dengan diterangi cahaya bulan, Ikramah meredah padang pasir Sahara seorang diri."(Per. 8, hal. 89)

Banyak sejarawan bersetuju dengan kebutaan-huruf sang Al-Amin. Mungkin sekali "membaca" di sini boleh digantikan dengan visual yang lebih sesuai seperti mensyairkan atau melafazkan. Mungkinkah penulis mahu menjauhkan ia dari kontroversi enteng terhadap pemilihan perkataan-perkataan ini? Sekarang, saya was-was dengan rating 5 bintangnya.

Juga al-Quran, yang sememangnya belum dijilidkan sebagai sebuah "buku" sehingga selepas kewafatan Baginda rasul. Jadi untuk seorang rasul atau seorang sahabat--Ikramah dalam konteks ini, mustahil sekali untuk "membaca al-Quran". Penekanan surah-surah yang mana satu yang dilafazkan mereka mengikut tahun/tempoh ia diwahyukan, atau paling tidak mengaitkan sesuatu surah dengan kejadian itu dirasakan lebih afdal dan barangkali lebih meyakinkan kerasionalan status sebuah "novel sejarah".

Seterusnya, penilaian semula sempadan Gurun Sahara juga mungkin perlu. Mungkin sekali terdapat perbezaan dari zaman ke zaman. Seperti berbezanya kemakmuran Habsyah di zamannya Negus (Raja) Ashama ibn Abjar (yang tertulis dalam novel ini) dengan realiti keperitan lazim di Ethiopia abad moden.

Jika perincian kajian tidak dapat dicapai, mungkin sekali naratif dan plot di luar kapasiti kajian itu tidak sewenangnya digauli, demi membela sebanyak mungkin sifat berpaksikan fakta sebuah novel sejarah. Menurut peta hari ini, kemungkinan untuk Ikramah melibatkan gurun Sahara sebagai laluannya itu amat nipis.

Ya, hujah geografi seperti ini mungkin sekali enteng tetapi untuk memaknakan sebuah novel yang besar jiwanya (terlihat dalam pelbagai siri terbitan rangkaian buku ini), bukankah ini sebahagian besar tanggungjawab sastera?

Buku ini sepertinya membantu untuk menegaskan semula karektor-karektor penting Islami dan sejarah mereka tetapi tidak sebagai bahan rujukan sejarah sebenar.
Profile Image for Munirah Mn.
67 reviews
July 6, 2018
A story of redemption. Jalan cerita kemas, gaya bahasa yang simple.

Buat diri yang susah nak hadam non fiction lagi² berkaitan dengan historical events, this would suit you.

Tapi referring to other reviews, jangan jadikan buku ni sebagai reference sebab ada juga bahagian yang mungkin diubah suai atau ditokok tambah. Cukuplah dijadikan sebagai pedoman.
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
August 21, 2018
kisah anak abu jahal yang dahulunya amatlah benci pada baginda nabi muhammad saw. setelah mendapat hidayah dia berjuang untuk menegakkan syariat islam. buku ini menarik kepada sesiapa yang ini mengetahui kisah beberapa sahabat nabi dan buku ini adalah salah tu novel yang harus dibaca untuk mengenali sahabat-sahabat nabi.
Profile Image for amal h.
5 reviews
April 4, 2023
👍👍, Good start at the beginning. But not until at the end of the story (almost); too much dialogue and tells too much abt wars. (lack of details too, some)

Had high expectations for this book cz all the books (this author) i have read r not as boring as this lol took me months to finish it
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books106 followers
December 28, 2008
Ikramah adalah anak kepada Abu Jahal. Beliau merupakan orang yang kuat menentang Islam sama seperti ayahnya, Abu Jahal. Abu Jahal mati dalam Perang Badar dan hal ini cukup membuatkannya berdendam dengan Rasulullah SAW. Walaupun si kembar Ibnu Arfa’ yang membunuh ayahnya tetapi Ikramah tetap mempersalahkan Rasulullah SAW kerana menganggap Rasulullah SAW yang memimpin angkatan tentera Islam ketika itu.

Ikramah melakukan penentangan sewaktu Rasulullah SAW ingin menakluki kota Mekah. Baginda ingin memasuki Kota Mekah secara aman dan telah memaklumkan kepada Abu Sufian dan Abbas mengenai perkara itu semasa mereka berdua bertemu dengan baginda sebelum baginda memasuki kota Mekah. Baginda dan tentera-tentera Islam tidak akan akan memerangi mereka yang berada di dalam rumah masing-masing, atau sesiapa yang berlindung di rumah Abu Sufian dan yang berlindung di Masjidil haram.

Sementara Ikramah dan para pengikutnya berusaha keras menghalang kemasukan tentera-tentera Islam. Rasulullah SAW sememangnya seorang perancang perang yang sangat teliti. Baginda telah membahagikan pasukan tentera Islam secara strategik. Kumpulan pertama tentera pejalan kaki diketuai oleh Abu Ubaidah bin Jarrah akan memasuki Mekah dari arah barat melalui Jabal Hindi. Kumpulan kedua yang terdiri daripada pasukan pemanah diketuai oleh Zubair al-Awwam akan memasuki Mekah dari arah utara. Kumpulan ketiga diketuai oleh Saad bin Ubaidah akan masuk keMekah dari arah utara dan Rasulullah SAW sendiri memimpin angkatan tentera melalui daratan tanah tinggi. Manakala kumpulan Khalid al-Walid akan memasuki Mekah dari arah selatan.

Ikramah memilih untuk menghalang pergerakan Khalid al-Walid. Malangnya beliau tewas dan menyembunyikan diri bersama pengikut-pengikut setianya. Antaranya ialah Hammas, Suhail dan Shafwan. Dalam masa yang sama Rasulullah SAW berjaya menakluk Mekah dengan aman tanpa pertumpahan darah dan baginda memaafkan kesalahan semua kaum Quraisy kecuali beberapa orang iaitu Hindun binti Utbah, Wahsyi, Habbar Ibnu Aswad, Abdullah bin Abi Sarakh, dan Ikramah. Hindun dan Wahsyi telah diberi pengampunan oleh baginda selepas mereka bertemu Rasulullah SAW dan mengakui kesalahan mereka.

Ikramah mengikat perjanjian dengan Kabilah Hawazin bagi menentang pihak Islam. Dan mereka bertempur dengan pihak muslimin. Malangnya sekali lagi, dia gagal dan Ikramah membawa diri ke Yaman dengan harapan Raja Yaman sudi membantunya. Tetapi misinya juga gagal dan Ikramah menuju ke Habsyah pula. Dalam perjalanannya, kapal yang dinaikinya dilanda ribut sehingga Ikramah bernazar sekiranya selamat, dia akan pulang ke Mekah dan memohon maaf dari Rasulullah SAW. Selepas dia berdoa kepada Allah sesungguh hati, ribut terus reda dan perjalanannya selamat. Akhirnya dia kembali semula ke Mekah. Tetapi tanpa pengetahuannya, isterinya Atikah bersama seorang hamba mereka, Laila pergi mencarinya sehingga ke Yaman dan Habsyah semata-mata untuk memanggilnya pulang. Hal ini kerana Atikah berjaya meminta Rasulullah menarik balik hukuman mati ke atas Ikramah. Akhirnya keluarga Ikramah dapat bersatu semula dan Ikramah memeluk Islam di tangan Rasulullah SAW.

Selepas pengislamannya, Ikramah berubah secara total. Dia menjadi seorang yang taat kepada agama dan cintakan Rasulullah SAW melebihi segala yang ada di dunia. Dia sanggup berkorban demi menegakkan syiar Islam. Tegasnya, “Jika dahulu aku berperang untuk al-Lata dan al-Uzza. Sekarang, aku serahkan jiwaku dengan ikhlas kepada Allah.” Dia ingin membuktikan bahawa walaupun dia anak Abu Jahal tetapi kejahatan ayahnya tidak terjangkit sedikit pun kepadanya. Oleh sebab itu, Ikramah berjuang habis-habisan di dalam peperangan menentang musuh Islam dan semuanya dilakukan kerana Allah.

Ikramah dilantik oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddiq untuk mengetuai pasukan tentera menentang Nabi palsu, golongan murtad, dan mereka yang tidak mahu membayar zakat. Dia juga membantu pasukan tentera muslimin menghadapi pemberontakan di Yamamah yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai, seorang kepala munafik yang turut menghasut Bani Hanifah. Musailamah al-Kazzab juga berjaya dihapuskan. Musailamah ialah seorang yang mengaku dirinya nabi dan dia bergabung dengan Jarrah, seorang wanita yang juga mendakwa dirinya nabi. Dengan penggabungan kedua-duanya, kekuatan tentera mereka semakin kuat. Jarrah akhirnya berkahwin dengan Musailamah. Akan tetapi, pihak tentera muslimin berjaya menghapuskan gerakan-gerakan sesat ini. Alhamdulillah. Ikramah akhirnya menghembuskan nafas terakhir setelah mendapat luka parah di dalam peperangan menentang Rom.

Satu kisah yang menunjukkan keimanan yang kukuh beserta semangat juang yang tinggi. Di samping itu, benarlah “iman itu tak dapat diwarisi”. Ikramah membuktikan bahawa walaupun bapanya seorang penentang kuat Islam, ianya tidak menjejaskan imannya kepada Allah dan cintanya kepada Rasul. Begitu hebatnya kesan hidayah Allah kepada orang yang dikehendaki-Nya. Semoga Allah memberkatinya.
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
January 27, 2012
Beberapa nama tokoh dan Panglima Islam:

Ikramah Abu Jahal:anak lelaki Abu Jahal yang memerangi Rasulullah kerana menuduh Baginda membunuh ayahnya.Menjadi amir di Hawazin

Atikah:Isteri Abu Jahal yang mempunyai cinta yang dalam terhadap suaminya Ikramah sehingga sanggup meredah padang pasir dari sebuah negeri ke sebuah negeri untuk membawa suaminya pulang setelah dimaafkan oleh Rasulullah.

Omar:Anak lelaki Ikramah dengan isterinya yang tercinta,Atiqah.

Laila:Hamba abdi kepada Ikramah dan Atikah yang telah dimerdekakan oleh mereka.

Hammas:Pengikut dan sahabat Ikramah yang sama2 berjuang menentang Muhammad sebelum Ikramah memeluk Islam.Kemudian berdendam dengan Ikramah dan merupakan seorang yang munafik.

Shafwan,Suhail bin Amru :Pengikut Ikramah yang turut menentang Muhammad sebelum Ikramah memeluk Islam.

Fadhalah:Pengikut Ikramah yang di upah membunuh Rasulullah yang kemudiannya diberi hidayah memeluk Islam ketika cubaan membunuh Rasulullah.

Syurahbil:pengikut Hammas yang turut munafik dan memerangi Ikramah.

Musailamah :Ketua Bani Hanifah di Yamamah yang mengaku sebagai nabi akhirnya dibunuh oleh Khalid Al-walid.Peperangan pertama dengan Ikramah berjaya menewaskan Ikramah dan pengikut Islam.

Abdullah bin Ubai:menentang perlantikan Khalifah Abu Bakar dan menghasut Musailamah dengan mengaku sebagai nabi.

Malik:ketua Bani hanifah

al-Rajjal:Dipengaruhi oleh Musailamah untuk menentang Ikramah


PEPERANGAN:

Yamamah--->Ikramah:10,000 tentera vs Musailamah:40,000
--->Syurahbil bin Hasanah:7,000 orang membantu Ikramah.
Bazakhah--->Khalid Al-Walid vs Tulaihah al-asadi(mengaku Nabi)
Battah--->Khalid al-Walid vs Malik bin Nuwairah.
Yaman--->Panglima al-Muhajir bin Umaiyah:5,000 vs Aswad al-Ansiy
Oman--->Panglima Hudhaifah bin Muhsam & Arfajah:5,000 vs enggan membayar zakat.
Muhrah&Yaman Timur-->Panglima Affah bin Harthamah:3,000 vs org murtad.
Bahrin--->Panglima al-Ula bin Hadramy
Hawazin--->Turaifah bin Hajiz
Negeri Bani qudaah--->Amru bin As

Jaifar bin al-Ajalandi :Pemimpin Oman
Laqit bin malik:mengaku menjadi nabi di Oman
Sham--->Khalid Bin Said
19 reviews
January 10, 2017
kisah anak abu jahal, bernama ikramah yang dahulunya penentang kuat islam serta rasulullah seperti ayahnya. Dan, dendamnya semakin lama semakin menebal setelah ayahnya terbunuh semasa peperangan badar. Dia berjanji untuk menewaskan tentera Islam dan membunuh rasululllah saw. Namun, rahmat Allah tu sangat luas, Dia sentiasa memberi peluang dan ruang untuk hambanya bertaubat. Akhirnya selepas beberapa peristiwa yang dialami oleh ikramah, terdetik hatinya dan dikurniakan hidayah untuk masuk islam. kemusuhan beliau untuk menghancurkan islam kini bertukar kepada jihad fisabillah. Beliau hanya sempat bersama baginda untuk beberapa tahun. Selepas baginda wafat, beliau lah orang yang banyak membantu islam untuk menyingkirkan nabi-nabi palsu dan golongan-golongan murtad di zaman khalifah abu bakar. Kecintaan terhadap rasulullullah dan Islam menyebabkan dia terus bersemangat untuk berjihad walaupun baginda sudah lama wafat. Di akhir kehidupannya, cita-citanya untuk mati syahid tercapai jua.

Kesimpulannya, walaupun dia seorang anak kepada pemimpin quraisy yg bernama abu jahal, namun dia berbeza sekali dengan ayahnya. Imannya tidak tergoyah walaupun sering dikaitkan perbuatan ayahnya dahulu. Dan sepertinya, iman itu tidak dapat diwarisi turun temurun, ia bergantung kepada diri sendiri. akhir sekali, kisah yang sememangnya memberi banyak pengajaran buat kita semua untuk terus berbakti kepada masyarakat dan berjuang untuk islam. Smoga beliau dicucuri rahmat.
Profile Image for Ibnu Nashr.
84 reviews13 followers
March 24, 2013
Dahulu ia memang menentang Rosulullah saw, namun setelah hidayah itu datang, ia bukan lagi ia yang dulu. Ikrimah sudah berubah dari yang paling keras memusuhi Rosulullah saw, menjadi orang yang terdepan dalam membela agama Allah SWT. ia bertekad akan menebus semua kesalahannya di masa lalu dengan mengabdikan dirinya hanya untuk Allah SWT dan Rosul Nya.
Sebuah kisah ksstria islam yang begitu menggetarkan. kisah nyata, hero yang pernah ada di muka bumi, dan bukan rekaan seperti yang ada di banyak media belakangan ini. dari kisah Ikrimah bin Abu Jahal ini kita bisa memetik hikmah. bahwa membela agama Allah SWT adalah hak semua muslim tak terkecuali bagi yang baru masuk islam ataupun sudah lama memeluknya. karena bagi Allah SWT bukan lama atau barunya kita beragama akan tetapi sejauh mana kita berjuang demi agama rahmatan lilalamin ini.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Aquran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar" (TQS al-Taubah [9]: 111).
Profile Image for Eimad.
174 reviews24 followers
September 13, 2011
urgh,saya tidak berapa arif kisah ikramah jadi tidak boleh komen banyak jika tersalah fakta.cuma apa yang membuat saya kecewa ialah kisah 3 lelaki nazak dan segelas air.kisah ini dipaparkan oleh penulis dalam buku Tariq bin Ziyad dan sekali lagi di sini.juga kalau saya tidak salah kisah itu berlaku pada zaman Rasulullah,walhah saat Ikramah meninggal,Rasulullah sudah wafat.terbukti penulis tidak membuat kajian yang mendalam,cuma diolah dari teknik penceritaan sahaja.oleh itu jika saudara sekadar ingin membaca novel silakan,tetapi jangan dipercayai semua fakta.bimbang tersilap.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.