Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pejuang-Pejuang Yang Benar #1

Tariq: Menang Ataupun Syahid

Rate this book
"Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian mahu lari? Demi Allah, apa yang kalian miliki hanya kejujuran dan kesabaran...."

"...Seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang bererti, nescaya nama baik kalian pasti hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh pula berganti menjadi berani. Oleh itu, pertahankan jiwa kalian."

- Tariq bin Ziyad.


"Setiap orang yang berusaha meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lidah (berdakwah)."

- Sayyid Abul 'Ala al-Maududi.


"Penaklukan Sepanyol adalah perjuangan pertama dan terakhir yang paling sensasi bagi bangsa Arab. Mereka berjaya menakluki wilayah Eropah yang paling luas kepada kekuasaan Islam."

- Phillip K. Hitti, Seorang ahli Sejarah.

244 pages, Paperback

Published January 1, 2007

23 people are currently reading
398 people want to read

About the author

Abdul Latip Talib

124 books287 followers
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
226 (59%)
4 stars
106 (27%)
3 stars
38 (10%)
2 stars
8 (2%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
January 26, 2020
Tariq ibn ziyad Dan Musa ibn nusair adalah pembuka untuk Andalusia sebelum ia berubah menjadi kerajaan umayyah kedua. Bermula Dari tahun 711 Dan berakhir pada 1492 apabila kerajaan Kristian dibawah raja aragorn Dan ratu Isabella melakukan kempen halau Muslim Dan yahudi. Novel ni lebih menceritakan kisah bagaiman Tariq sampai Di Andalusia Dan membantu seorang Kristian untuk melawan kerajaan Visigoth dibawah pemerintahan raja Roderick. Walaupun ini novel kena kurangkan hiperbola Dan tokok tambah sebab Dari novel tokoh Islam inilah Akan menjadikan orang tertarik untuk membaca biografi kecuali Aku Yang baca biografi dahulu baru baca novel.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
January 27, 2021
Pertama kali membaca tentang Panglima Perang Tariq bin Ziyad. Bagus jika dapat cari buku yang lebih terperinci dan baca supaya semangat juang dan nekad jihad beliau dapat diserap ke liang naluri. Sememangnya Tariq bukan calang-calang pendekar. Apakah akan ada lagi hero seperti Tariq di Era akhir zaman ini? Seorang pemuda pejuang yang tidak gentar menghadapi musuh secara berdepan, punya akal tajam menghasilkan strategi perang tepat berdasarkan keadaan, bersifat jujur tidak mementingkan diri, ehsan yang tinggi, pemaaf, sekerasnya menolak dendam sebagai motivasi berperang, berprasangka baik, berfikiran positif, sentiasa mempertingkatkan ibadah dan taqwa, nyawa dan badan diserahkan sebulatnya untuk berjihad mendapat keredhaan Allah semasa-mata. Sifat-sifat terpuji bawaan Rasulullah SAW dan pendekar perang ulung Islam Khalid bin Walid jadi pedoman - diamalkan, bukan hanya dijadikan penyedap bicara.

Akan adakah pemuda yang sebegini bagi membangunkan semangat juang dan Jati diri pemuda ummah yang sepertinya kian sirna?

Mungkin bakal ada pejuang cyber warrior? Cyber pun cyber lah, asalkan niat dan tekad nya ke arah berjihad ke jalan Allah. Akan adakah?
Profile Image for Hidayah Arifin.
23 reviews1 follower
Read
March 29, 2014
Buku ini nipis sahaja (295 m/s), jika dibaca bersungguh-sungguh pasti boleh dihabiskan dalam masa beberapa jam sahaja. Tapi saya mengambil masa 2 hari juga untuk menghabiskannya, aduh, teruk sungguh prestasi membaca saya sekarang ini!

Buku ini menceritakan kronologi penaklukan Andalusia oleh tentera Islam di bawah pimpinan Panglima Tariq bin Ziyad, bermula daripada kekecewaan Panglima Julian, Gabenor Ceuta apabila anak gadisnya, Florinda membunuh diri selepas diperkosa oleh Raja Roderiga, pemerintah Andalusia yang berbangsa Gotik pada masa itu. Rasa marah dan dendam Panglima Julian terhadap Raja Roderiga telah membawa beliau ke Afrika menemui Musa bin Nusair, wakil Khalifah al-Walid bin Abdul Malik untuk meminta bantuan memerangi Raja Roderiga yang kejam, zalim dan bernafsu buas.

Kedatangan Panglima Julian memohon bantuan bagaikan pucuk dicita ulam mendatang kepada kerajaan Islam, kerana sememangnya kerajaan Islam memang bercita-cita untuk memperluaskan empayarnya ke benua Eropah. Musa bin Nusair telah melantik Panglima Tariq bin Ziyad untuk mengetuai angkatan tentera seramai 12 ribu orang untuk meninjau dan merisik keadaan di Andalusia dan mereka telah berjaya sampai ke sana dengan bantuan Panglima Julian.

Bermula dari bab pertama sehingga bab terakhir menceritakan rentetan peristiwa dan detik-detik penaklukan Andalusia oleh tentera Islam di bawah pimpinan Panglima Tariq bin Ziyad. Saya sedkit kecewa kerana pada sangkaan saya buku ini menceritakan biografi Tariq bin Ziyad; bermula daripada detik kelahiran beliau sehingga beliau meninggal dunia. Namun rasa kecewa itu terubat dengan cara pesembahan cerita sejarah yang tidak membosankan, penyampaian bukan secara fakta semata-mata. Tidak mengapalah, mungkin saya boleh membaca biografi tokoh ini melalui sumber-sumber yang lain pada masa akan datang.

Apa yang penting, sekurang-kurangnya saya dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai sejarah penaklukan Andalusia, serta sedikit tentang keperibadian dan ketokohan Panglima Tariq bin Ziyad melalui buku ini. InsyaAllah, saya akan dapatkan buku-buku lain daripada penulis ini pada masa akan datang, dan semoga Allah memberi ganjaran terbaik buat beliau dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam usaha menerbitkan karya yang bermanfaat begini, insyaAllah.
Profile Image for CekMoNSter.
309 reviews
October 2, 2011
Pengolahan yang menarik..Penulis bercerita mengenai Panglima terulung Islam, Tariq bin Ziyad yang terlibat dalam peperangan di Andalusia.

Pada ketika itu, Andalusia yang diperintah oleh Raja Rodgeriga yang sangat zalim menyebabkan seorang pemerintah bertandang ke Afrika bagi mengundang wakil kerajaan Islam di sana untuk membantu menegakkan keadilan.

Wakil khalifah di Afrika, iaitu Musa bin Nusair pula, telah menghantar pasukan peninjau yang diketuai oleh Tariq bin Ziyad ke Andalusia. Namun keadaan yang bergolak pada waktu telah menyebabkan Tariq bin Ziyad terpaksa berperang menentang tentera gotik.

Bagi menaikkan semangat jihad, Tariq bin Ziyad telah membakar kapal-kapal tenteranya sendiri.

"Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di hadapan kalian, kemanakah kalian mahu lari? Demi Allah, apa yang kalian miliki hanya kejujuran dan kesabaran.."

Dalam buku ini juga diceritakan sedikit kisah-kisah menarik yang dialami oleh panglima perang ini..
Antaranya, bagaimana seorang yahudi yang kuat menghasut akhirnya ditikam, seorang budak yang berani akhirnya dijadikan anak angkat, dan kisah tiga saudara islam..

"Dan mereka lebih mengutamakan sahabat yang lain lebih daripada dirinya sendiri walaupun mereka dalam keadaan yang sangat memerlukan."

Buku yang sangat membantu untuk menaikkan semangat jihad..Allahuakbar!
Profile Image for Ummu Auni.
664 reviews
August 19, 2009
Tariq Ziyad adalah salah seorang panglima zaman Bani Umaiyah. Memang bersesuaian dengan tajuknya, Tariq: Menang Ataupun Syahid! Panglima Tariq bertindak membakar kapal mereka ketika tiba di Andalusia semata-mata untuk menaikkan semangat tentera Islam. Seperti kata Tariq 'Di belakang kita lautan, di hadapan dipenuhi musuh. Kita di sini hanya untuk menang atau syahid!'

Terasa sesuatu apabila membaca buku seperti ini, sebab saya sendiri tidak tahu sama ada saya mampu berjihad seperti mereka. Tingginya kecintaan terhadap syahid itu, masya Allah
Profile Image for Nadia.
53 reviews
May 8, 2019
Buku yg membuatkan semangat utk berjihad di jalan Allah berkobar-kobar. Sikap yg ditunjukan oleh Tariq bin Ziyad sama seperti Sultan Al Fateh. Memilih tentera hanya yg terbaik melalui ibadah yg dilakukan oleh tentera dan setiap perjalanan dalam menyebarkan syiar Islam terus dibantu. Sama jugak jika perkara ini diterapkan dalam diri sendiri. Berusaha bermunajat kpd Allah segalanya kepada Allah. Pasti akan dibantu.

Akhir kata, buku ini bukan setakat buku mengenai pahlawan Islam tetapi jugak sebuah buku motivasi Islam. Setiap perkara yg dilakukan dalam kehidupan berpaksi kan Islam dan sentiasa mengharapkan redha Allah. Ending buku yg kecewa. Bukan kecewa kpd penceritaan sebaliknya kecewa kerana Islam mula goyah selepas membina sebuah empayar kuasa Islam yg sgt besar dan ditakuti oleh negara2 lain.
1 review
December 12, 2019
Ini salah satu kisah yang paling mengubah semangat pembaca menjadi berapi-api... setiap muslim perlu mengetahui kisah ini bahwa perjuangan mereka untuk menegakan islam itu besar sekali dan wajib kita ketahui bahwa sesunguhnya islam itu udah sampai ditanah eropa melalui Thariq Bin Ziyad
1 review
January 4, 2022
Bukunya seru dan kisahnya sangat mencerminkan sikap pahlawan keislaman
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Iman Aqil Zulkifly.
3 reviews
December 23, 2025
Buku yang senang balance ceritanya dan banyak fakta dan kisah-kiah yang menarik tentang Panglima Tariq Bin Ziyad serta kisah hidup beliau
Profile Image for Rahmadiyanti.
Author 15 books174 followers
December 27, 2013
Saat memilih pasukan yang akan dibawa untuk menaklukkan Andalusia, inilah yang dilakukan Thariq bin Ziyad. Ia mengumpulkan pasukan dan kemudian bertanya:

"Siapakah di antara kalian yang pernah meninggalkan shalat fardhu?"

Setelah diketahui anggota pasukan yang tak pernah meninggalkan shalat fardhu, Tariq bertanya lagi:

"Siapa di antara kalian yang pernah meninggalkan shalat tahajud?"

Anggota pasukan yang tak pernah meninggalkan shalat fardhu dan shalat tahajud lah yang dipilih Tariq untuk menaklukkan Andalusia.

***

Tariq bin Ziyad adalah sosok dalam sejarah Islam yang terkenal dengan kisah pembakaran kapal. Sebelum diangkat menjadi panglima perang, Tariq adalah seorang hamba sahaya. Karena sifat-sifat terpujinya, Musa bin Nushair, gubernur Ifriqiya (Afrika Utara), mengangkat Tariq sebagai pembantunya. Karakter dan sifat Tariq yang kuat dan pemberani membuat Musa mempercayakan posisi panglima kepada Tariq.

Buku ini memfokuskan kisah Tariq saat memimpin penaklukkan kota-kota di Andalusia. Dari Toledo, Cordoba, Malaga, hingga Sevilla dan Granada. Penulis menuturkan dengan mengalir dan penuh semangat. Narasinya cenderung verbal. Andai lebih diolah dengan diksi dan narasi yang lebih kuat, entu buku ini akan jauh lebih menarik.

Fragmen pembakaran kapal tentu saja merupakan sisi paling heroik dari seorang Tariq. Inilah pidato Tariq di momen tersebut: "Kita datang ke negeri ini untuk meninggikan kalima Allah. Lihatlah, di depan kalian ada pasukan musuh, sedang di belakang sana lautan lepas. Pilihan kita hanya dua: maju meraih kemenangan atau mundur sebagai pengecut!"

Epik!
Profile Image for Mu'az.
22 reviews7 followers
April 4, 2011
Seusai membaca kisah pahlawan islam Panglima Tariq bin Ziad yang membawa syiar islam ke Andalusia di selatan eropah, saya termangu seketika. Muka hadapan kulit buku ditatap seketika. Pandangan mata ternyata tidak mampu menembusi kulit buku yang berwarna maroon tersebut namun isinya mampu mengusik pandangan mata hati.
Buku novel sejarah islam nukilan anak kelahiran negeri sembilan, Abdul Latip Talib terbitan PTS Publications ditulis secara bersiri. Banyak kisah figura islam yang terkenal diolah kembali dalam bentuk penceritaan yang cukup menarik serta masih berada atas paksi sejarah. Sejarah yang terakam oleh masa ternyata tidak cukup untuk dijadikan tulisan pena di atas kertas namun perlu diambil ibrah dan pengajaranya.
Kisah keberanian pahlawan islam perlu dilihat oleh setiap individu muslim untuk mengkoreksi diri mereka. Saya pernah dinasihati oleh seorang Pak Cik ketika menumpang keretanya pulang ke rumah usai menghantar teman yang sakit kerumahnya. “ Berhati-hatilah akan fitnah akhir zaman kerana fitnah itu tidak mengenal mangsanya”. Kekuatan rohani tentera islam ternyata berjaya menundukkan kekuatan nafsu di dalam diri.
Profile Image for Taofik.
4 reviews2 followers
August 29, 2015
"Di belakang kita lautan, di depan kita musuh. Kita harus memilih kemenangan atau syahid. Kita tidak akan pulang sebelum mencapai tujuan itu."

Itulah kata-kata yang diucapkan Thariq bin Ziyad kepada para prajuritnya ketika mereka akan menaklukkan Andalusia (Spanyol).

Thariq bin Ziyad adalah "garansi" kegemilangan sejarah Islam. Karena keberaniannya, sebagian benua Eropa tersinari cahaya Islam. Namanya pun diabadikan menjadi nama sebuah perbukitan karang setinggi 425 meter di pantai tenggara Spanyol, Gibraltar atau Jabal Thariq.

Dalam novel ini, kisah kepahlawanannya dalam menaklukkan Andalusia diceritakan dengan detail dan dengan bahasa yang mengalir. Kita pun akan menemukan fakta-fakta menarik seputar pribadi Thariq bin Ziyad, kondisi Andalusia saat penaklukkan, dan lika-liku tertancapnya pengaruh Islam di Eropa.

Sebuah novel sejarah yang mencerahkan.
Profile Image for Eimad.
174 reviews24 followers
September 12, 2011
sirah yang menarik.pembuka kota andalusia dan cordova ketika bani umaiyah bergolak.tetapi terasa tawar hati ketika membaca kisah tariq dan 3 orang lelaki yang nazak dan meminta air kerana kalau tidak silap kisah itu berlaku di zaman Rasulullah.tapi tidak berani menuduh semberono.mungkin kebetulan.juga teringat artikel Dr Asri di Malaysiakini mengenai kisah Tariq.palsu katanya.tetapi saya jarang persetuju dengan pandangan tokoh kontroversi ini.setelah saya membaca buku ini boleh dikatakan Dr Asri tidak tahu sejarah kerana semua hujahnya telah dipatahkan dalam buku ini.ternyata sama ada buku ini silap atau Dr Asri tidak mahir dengan kisah Tariq.keseluruhannya bagus untuk dibaca.
Profile Image for Basmin  Maarof.
15 reviews
January 3, 2009
Buku ini benar-benar boleh menyalakan api juang dalam diri! HIDUP kerana BERJUANG dan bukannya BERJUANG untuk HIDUP.

Namun, saya kurang setuju sikit dengan cara penceritaan yang berkait tentang perasaan hati/emosi watak. Bagaimana mungkin kita boleh tahu apa makna tersirat di sebalik renungan mata. Apa pun, penulisan buku ini adalah usaha yang sangat baik untuk menghidupkan kembali peribadi pejuang dalam individu.
Profile Image for S.
21 reviews
August 15, 2010
This reminds me of a talk I've listened to which says,
'Cantik seorang wanita itu terletak pada malunya, dan kacak seorang lelaki itu terletak pada akhlaknya'.
And I just have to say... I'm totally agree.

I feel, the great men in our history, never failed to fulfill these criterias.
Allahuakbar!
Profile Image for Noral.
115 reviews6 followers
September 4, 2016
reading the book makes me wonder what it is really like in andalusia during the era. Wallahua'lam....

this book is good for those who would like to know him, Tariq. When reading the book, it is as thought we are watching a movie as history is mix with with writer's predictions and assumptions i guess.


13 reviews
November 1, 2016
buku yang sangat menarik, dan sangat ringan sekali.
mengisahkan perjuagan thariq bin ziyad saat membebaskan andalusia, yang sekarang daerah itu bernama spanyol.
sangat direkomendasikan untuk dibaca oleh generasi muda kita, mengingat kisah-kisah yang ada didalamnya dapat dijadikan contoh dalam mengarungi kehidupan modern saat ini.
Profile Image for Barukisu (Balqis).
131 reviews10 followers
July 17, 2010
Okay, jadi sudah tahu sejarah penaklukan andalusia dan amat tidak suka dengan khalifah umaiyah ketika itu. baik.
Profile Image for Azila.
1 review
September 3, 2010
sederhana...jika penulis dpt menggarap ttg bagaimana pahlawan ini menemui ajalnya setelah dikhianati oleh orang-orang yang dengki, akan menjadikan novel ini lebih menarik
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
March 18, 2014
Re-read... My favorite.
60 reviews4 followers
May 26, 2011
islam membawa obor cahaya yang menerangi kegelapan di bumi andalus yang hidup dulunya di bawah cengkaman kegelapan kerajaan gothik
Profile Image for syafiqah.
90 reviews4 followers
April 22, 2012
Semua orang patut baca.Bagaimana seorang pahlawan islam yang sanngup berjuang mati-matian untuk menyebarkan islam di seluruh dunia. Penaklukan Andalus antara sejarah terindah dalam islam.
Profile Image for Hansa.
14 reviews
April 3, 2013
oiya! aku pernah baca ini waktu SMP dulu. kisah nya emang bener2 greget. ada 6 jempol akan kuberi semua. bahkan bahasa penyajian nya emang enak banget buat di baca. suggest ini banget :)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.