Jump to ratings and reviews
Rate this book

Miftahul Malayu - Sejarah Islam Tanah Melayu

Rate this book
Ilmu sejarah merupakan ilmu yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Begitu pentingnya ilmu sejarah sehinggakan ayat-ayat tentang penceritaan sejarah masa lampau merupakan ayat-ayat yang paling banyak terkandung dalam al-Quran. Kisah Nabi-nabi, para penentang mereka dan kisah-kisah sejarah yang lain menjadi panduan kepada umat dalam melayari hidup pada hari ini dan pada masa akan datang. Sesuatu bangsa dan ketamadunan itu akan hancur bila mana sejarahnya diracuni atau diselewengkan. Sebab itulah, orang-orang barat seolah-olah berlumba-lumba menulis sejarah tentang Alam Melayu.

Amatlah malang sekali bagi bangsa ini jika kita tidak mengendahkan dan tidak bersikap prihatin ke atas sejarah bangsa kita sendiri terutamanya sejarah yang berkaitan dengan Islam. Akibat buta sejarah, sesebuah bangsa juga boleh hilang jati diri. Sehubungan dengan itu, pihak kami mengambil inisiatif untuk menerbitkan buku yang berkaitan dengan sejarah Islam di Alam Melayu yang diberi judul 'Miftahul Malayu' yang bermaksud 'Kunci bangsa Melayu'. Buku ini diberi tajuk sedemikian kerana sejarah merupakan kunci bagi kebangkitan dan kejatuhan sesebuah bangsa.

396 pages, Hardcover

Published January 1, 2019

4 people are currently reading
32 people want to read

About the author

Hasanuddin Yusof

6 books11 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (55%)
4 stars
3 (33%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
1 (11%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Ummu Roman.
22 reviews1 follower
November 7, 2019
Tanah Melayu dengan dunia Islam tak boleh dipisahkan kerana mereka berjalan menggenggam erat tangan di masa lalu. Sejarah bukan untuk dilupakan. Sejarah harus dikenang agar pisang tidak berbuah dua kali.

Sangat bagus untuk menambah pengetahuan mengenai sejarah tanah air sendiri. Ia bukan untuk dibangga, tetapi untuk dijadikan dorongan ke arah yang lebih baik. Sedikit sedikit semangat nenek moyang akan datang kepada kita.
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
April 13, 2025
Miftah Melayu mampu membuatkan anda membaca buku sejarah dengan penuh bergaya, ibarat memegang miftah (kunci) yang betul lalu mampu membuka pintu khazanah dengan jayanya.

Beberapa pintu khazanah sejarah dibuka untuk direnung tenung dan dikupas; kerajaan demi kerajaan silam, barisan tokoh, keilmuan serta pencapaian sains dan teknologi.

Mengapa bergaya? Kertas berkualiti berserta banyak gambar dan rajah menarik di samping pelbagai info yang jarang atau tiada dibahas di majlis terbuka dan media sosial.

Sebagai ahli akademik, rajah dan info institusi pendidikan tinggi di Acheh sekitar abad ke-17 begitu mengujakan. Sebagai contoh, ada Fakulti Matematik, Fakulti Kimia, Fakulti Sains Politik selain daripada Fakulti Pengajian Tafsir dan Hadis.

Fakta yang tak betul (sesat lagi menyesatkan), apabila orang Melayu zaman dulu hanya dikatakan terlibat dengan sekolah pondok dan pesantren juga pengajian komuniti tanpa pendidikan formal lagi sistematik.

Universiti sudah wujud di Nusantara (Alam Melayu) sejak abad ke-17 yakni di Acheh, jauh lebih awal daripada Universiti Malaya (1905) dan Universitas Indonesia (1849).

Universiti di Acheh tersebut dikenali sebagai Jamia’h (Universiti) Baiturrahman. Jawatan Profesor universiti diberi gelaran Teungku Chik manakala pensyarah mendapat gelaran Teungku Balee (lihat tulisan Mahayuddin Yahaya dalam ‘Tamadun Islam’ terbitan tahun 2000).

Penerbitan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu juga meriah pada zaman dulu. Berikut hanya sebahagian kecil contoh penerbitan ilmiah:
a) Pemikiran kritis. ‘Ilmu mantiq’ karya Faqih Wan Musa al-Fathani (tahun 1593).
b) Astronomi. ‘Kitab Abi Masy’ar al-Falaqi’ karya Syeikh Ahmad Abdul Kadir Abdul Rahman al-Fathani (tahun 1794).
c) Matematik. ‘Alam al-Hussab fi ilmi al-Hisab’ karya Syeikh Ahmad Khatib Minankabawi (tahun 1892).
d) Sains Politik. ‘Tajus Salatin’ karya Bukhari al-Jauhari (tahun 1603). Juga di bawah Kerajaan Acheh, Syeikh Nuruddin al-Raniri ada menulis ‘Bustanul Salatin’.
e) Undang-undang. ‘Itqan al-Muluk’ karya Tokku Paloh (tahun 1911).

Pada zaman silam, ramai ulamak merupakan tokoh ilmuwan yang hebat. Sebagai contoh, Kadi Munawar. Selain daripada pakar dalam bidang agama, beliau juga pakar dalam senjata api dan militari.

Buku ini sekali gus mengangkat bahawa golongan ulama silam (termasuk golongan keturunan Nabi Muhammad SAW) juga pakar dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi.

Banyak fakta menarik yang wajar diketahui dan dibuat bacaan lanjutan. Ini termasuklah:
a) Keagungan Kerajaan Brunei silam yang menguasai Sarawak dan Brunei. Wujud beberapa kisah pertempuran hebat dengan penjajah. Memiliki salasilah kesultanan Brunei yang begitu panjang.
b) Sistem penapisan air bersih sudapun wujud dalam ketamadunan Melayu silam.
c) Kisah-kisah jamaah haji Tanah Melayu pergi mengerjakan haji.

Buku ini boleh dibaca dalam talian di https://anyflip.com/bhczj/nrpl/basic/... selamat membaca.




Profile Image for Tatatata.
67 reviews
June 25, 2024
I got it as a gift from my teacher and I'm very grateful for it. Penceritaan yang menarik dan ilustrasi yang cantik. Kulit depan yang tebal dan kertas macam ensiklopidea, kualiti yang bagus.

Kalau banyak buku sejarah macam ni, mesti ramai orang nak baca. Cuma yalah, harga dia quite pricey. Understandably so because of the quality and all the hard work. Ilmu tu tak ternilai.

Dah ulang lebih tiga kali because why not? Haha I lovee history. Lebih- lebih lagi the history of my people.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.