“Orang selalu mengatakan bahwa cinta itu buta. Namun, sebenarnya cinta itu penipu yang cerdik. Sesering apa kita mendekati orang yang kita cintai, sesering itu pula dia menjauhi kita." Sejak demonstrasi mahasiswa yang dipimpinnya berakhir rusuh, Basri terpaksa lari dari kejaran pemerintah dan menjalani hidup seperti orang buangan selama berpuluh tahun. Kini seorang gadis belia datang dan memaksanya pulang, Basri pun gamang. Siapkah dia kembali ke negara yang pernah memburunya? Masih adakah alasan baginya untuk mengingat kembali masa lalunya? Faisal Tehrani adalah penulis Malaysia yang banyak melahirkan karya-karya sastra yang penuh perlawanan terhadap kemapanan. Beberapa bukunya bahkan dilarang beredar di Malaysia. Lelaki yang Membunuh Kenangan mengawali perjalanan Faisal Tehrani mewarnai kancah dunia literasi Melayu. Siapa pun yang berani mencintai patut membaca novel ini.
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.
Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.
Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P
Bertahun-tahun rehat daripada membaca karya-karya FT, (tapi masih lincah mengumpul buku-bukunya kerana ada potensi diharamkan dan hilang dari pasaran) saya bermula kembali dengan Cinta Hari-hari Rusuhan. Saya tidak pernah membaca CHHR apabila diterbitkan pertama kali pada tahun 2000 oleh CESB, jadi saya tidak arif jika terdapat perbezaaan edisi yang diterbitkan oleh DuBook (2017) ini dengan edisi lama.
Asasnya, ini kisah cinta dua darjat di antara Basri dan Tengku Valizah. Basri anak petani kampung sementara Tengku Valizah anak kerabat di ibu kota. Berkenalan di UM sekitar awal 70-an, kedua-duanya berkongsi visi dan fikrah yang sama. Mereka terlibat dalam aktiviti protes dan demonstrasi mahasiswa memperjuangkan keadilan dan nasib rakyat murba yang miskin dan tertindas.
Kemuncaknya selepas Demonstrasi Baling, Basri menjadi pelarian politik ketika Operasi Mayang dijalankan secara besar-besaran sementara Tengku Valizah pula terperangkap di rumah (no spoiler!) dan mereka terpisah.
Novel ini dipanjangkan daripada cerpen Api KL Belum Terpadam yang memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1996 walaupun terdapat sedikit perbezaan. Cerpen AKBT mengandungi beberapa siri surat di antara Basri dan Tengku Valizah, sementara CHHR memuatkan catatan-catatan diari Basri dan Tengku Valizah.
Walaupun ini bukanlah karya terbaik FT, memandangkan ini novel terawalnya, namun saya menyokong novel-novel yang memotretkan kembali peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku di tanah air dalam nafas fiksyen. Kecuali mereka yang benar-benar mengekori sejarah atau politik tanah air, membaca novel ini dapat mengetuk inkuiri untuk mengetahui lebih lanjut tentang suasana politik ketika itu yang sekali gus mengapikan kebangkitan mahasiswa tahun 70-an, siri-siri protes termasuk Demonstrasi Baling 1974 seterusnya tentang penggubalan AUKU untuk mengekang kegiatan mahasiswa.
Selain terkesan dengan ucapan Doktor Syed Aziman dan Profesor Madya Doktor Mahadi Khair yang mengecam kelesuan dan hala tuju mahasiswa masa kini, saya gemar dengan cerita pelarian Basri dibantu ramai orang tanpa mengira bangsa dan agama. Juga Scud Cafe yang disokong pelbagai manusia tanpa mengira latar belakang. Ayat 'Bumi hanya satu, belajarlah hidup bersama.' (halaman 84) membenarkan ini. Dalam ramai-ramai watak sampingan, saya rasa Nakamura sebagai mangsa perang antara yang paling memberi warna novel ini.
Meskipun mempunyai jalan cerita menarik dan laras bahasa memikat, kesalahan ejaan dan tatabahasa dalam buku ini agak merusuhkan. Boleh dikatakan typo dalam buku ini termasuk kategori kronik sehingga saya meragui fungsi editor/pembaca pruf (jika ada) di rumah penerbitan DuBook. Contoh: Bibir jadi bubur (halaman 70) Cream crackers jadi cream creakers (132) Beredar jadi breeder (132) Makan jadi makna (143 dan 144) Kuyu jadi kutu (223) ... dan ini cuma sebahagian.
Ya, sesebuah novel yang plotnya kaya dengan konflik serta digarap kemas, menggunakan langgam bahasa yang indah membuatkan sesuatu novel itu tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Isu yang dibangkitkan tetap boleh digunapakai mengikut roman waktu dan peredaran zaman. Sewaktu membaca novel ini, berkali-kali Kamus Dewan diselak untuk memahami dengan jelas kosa kata yang dituang. Sangat mencabar dan menarik.
Jadi, berkisar kembali kepada novel yang salah satu saya rasa karya saudara Faisal Tehrani (FT) yang agung, terhasil di awal pembabitannya yang mengikuti arus perdana - menceritakan tentang perjuangan sekumpulan anak muda - terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi pengajian tinggi, yang aktif berdemonstrasi memperjuangkan suara rakyat marhaen yang ditindas oleh politikus-politikus yang korup, tamak, mementingkan diri sendiri dan gila kuasa. Sewaktu itu, Akta Universiti dan Kolej Universiti tidak diperketatkan lagi semacam sekarang. Secara halus, FT menyindir mahasiswa-mahasiswi yang pasif dan tidak sensitif - bagai robot, yang hanya disuap oleh pengajar dan dimuntahkan ketika peperiksaan, sekaligus menampar diri ini juga (aduh!).
Perbezaan darjat antara salah satu persoalan yang diangkat di dalam novel ini. Percintaan dua dunia Tengku Valizah, seorang berdarah diraja dan Basri, seorang anak yang dilahirkan di kampung yang mengalami rencam ranjau. Cinta yang berputik sekitar hari-hari rusuhan. Cerita cinta yang dramatik, mempunyai makna dan nilai yang tersendiri. Semua ini merancakkan lagi novel ini.
Saya suka dengan teknik FT yang menggunakan teknik imbas kembali seakan-akan dalam novelnya 1515 dan menyelitkan hasil rakaman temu bual, ceramah para intelektual dalam cerita yang menyampaikan ideologi, falsafah dan kata-kata hikmat. Beliau bijak juga menggambarkan suasana di kota London, Paris dan Scotland dengan jelas seolah-olah kita sendiri berada di kota-kota nan indah itu.
Cerita yang patut dibaca oleh mahasiswa-mahasiswi dan anak-anak muda sekarang yang sedang lena tidur.
Mengingati kembali novel ini, pembacaannya memang sedikit sebanyak mempengaruhi perjalanan kepengarangan saya pada peringkat awal termasuk ketika menghasilkan novel Merentas Sungai Sejarah.
Apatah lagi isunya memang mewakili warna anak muda ketika itu yang bersifat revivalis dan 'memberontak' terhadap status-quo dan apa-apa saja yang dianggap mainstream. Tentu dengan pembacaan buku politik mahasiswa seperti Politik Kampus Di Sebalik Tabir dan sedikit pengalaman dalam memerhati atau berada di tepi gerakan kemahasiswaan banyak melicinkan proses pembacaan buku ini.
Ia mengambil latar mahasiswa dekad 1970-an sebagai sejarah yang dijejaki semula pada dekad semasa, iaitu sekitar 1990-an terhadap watak mahasiswa yang semangatnya menjadi api yang berkobar sehingga membakar sejarah (sama ada benar atau tidak, bolehlah kita kaji kemudiannya).
Mungkin ada setengah orang terasa syahdu dengan kisah cinta Tengku Valizah dan juga Basri, namun aku lebih terarah kepada sindiran yang ditujukan kepada mahasiswa. Ya ada benar belaka apa yang diperkatakan dan aku sama sekali tidak menafikan.
*** " Sistem pendidikan menjadikan mahasiswa robot, kayu ukur kejayaan ialah kelulusan dan mendapat A ke tidak. Sebab itu masuk bilik kuliah, salin saja nota pemberian pensyarah. Kalau soalan itu keluar exam, itulah yang akan digoreng. Bila keluar kampus, lulus serupa inilah yang akan berlaku juga ".
" Saya ingin menanyakan tentang kualiti gerakan mahasiswa hari ini, apa yang sudah dihasilkan ? Graduan jenis apa yang kita keluarkan sebenarnya setiap tahun ? Jenis robot ke jenis haiwan ke ? Entahlah ".
*** Berkaitan dengan kisah cinta Tengku Valizah dan Basri seperti cinta biasa yang menuntut pengorbanan dan kesetiaan meskipun dinoda dan dikhianati . Cinta itu juga seperti kata orang tidak semestinya bersatu cukup sekadar ada kenangan yang tersimpan.
" Cintamu, cinta yang berputik dalam keadaan rusuh. Cinta hari-hari rusuhan tak upaya kau bawa ke mana-mana ".
Jika Cinta Hari-Hari Rusuhan (CHHR) dibaca ketika saya masih dalam pengajian di Universiti Malaya, mungkin bara mahasiswa dalam jiwa boleh merubah jadi api. Tapi saya terlewat sedekad membacanya, yang saya jumpa dalam CHHR adalah sekumpulan anak muda yang energetik dan juga emosi. Saya suka latar belakang cerita yang menjadi pusat cerita CHHR.
Buku ini pertama kali diterbitkan pada 2000 tetapi mengambil latar masa era 1970an dan pertengahan 1990an. Membacanya umpama mencantumkan kepingan-kepingan puzzle. Sesekali saya membuat bacaan luar, membaca petikan berita lama berkenaan Demonstrasi Baling dan Operasi Mayang, menemui keratan-keratan akhbar lama era 70an berkenaan kampus lama UKM yang bertempat di Lembah Pantai. Sedikit demi sedikit puzzle saya mula bercantum meskipun masih tidak penuh. Pembacaan-pembacaan 'surface' mendekatkan perkaitan watak 'Basri' dan sosialis Malaysia -Hishamuddin Rais. Saya pernah mendengar yang buku ini ditulis Faisal Tehrani terinspirasi daripada kisah beliau.
Cuma, mungkin iya. saya sudah bukan mahasiswa. Pandangan politik saya pun sudah banyak melalui fasa 'growing' sejak sepuluh tahun. Mungkin semua orang begitu. Kita tidak boleh menjadi seperti Tengku Valizah dan Basri selama-lamanya. Dikala rakan-rakannya bangun dan meneruskan kehidupan masing-masing, Tengku Valizah masih berputar-putar dalam limbo dunianya ketika mereka masih di 1974 tanpa kesudahan.
Cinta Hari-Hari Rusuhan (CHHR) membawa hamba setapak lagi mengenali tulisan Faisal Tehrani (FT). Walaupun sedikit terganggu dengan beberapa perkara (akan hamba jelaskan nanti) namun hamba menyukai buku yang secara kebetulan hamba temui di jualan lelong ini. Lumayanlah kiranya RM 7.50 yang hamba keluarkan untuk memilikinya. Hehehe.
Separa totalnya CHHR merupakan kisah Basri, Tengku Valizah dan rakan-rakan siswa mereka sekitar 70-an yang bersama-sama cuba mempertahan hak golongan marhaen dari terus dipijak-pijak. Mereka berusaha untuk bersuara dan didengari demi lapisan rakyat yang jelas dicantas haknya. Mereka merusuh dengan keyakinan jitu walaupun akhirnya kerusuhan itu membawa setiap dari mereka berpecah ke haluan sendiri. Dan, bagi Basri, dia pergi dan menjadi pelarian jauh dari negara sendiri.
Separa bahagian dalam CHHR lagi berkisar tentang kisah dramatik kehidupan Basri dan Tengku Valizah selepas insiden rusuhan itu. Kisah bagaimana Basri mengharungi hari setelah meninggalkan tiga cintanya; negara, keluarga dan Tengku Valizah. Juga kisah tentang Tengku Valizah yang kehilangan dunianya kerana detik hitam bersama Raja Hisyamudin dan kerana ditinggalkan Basri.
Baiklah, pertama-tama hamba menyukai bagaimana CHHR menyindir mahasiswa-mahasiswa zaman kini yang cuma tahu berendam dengan buku. Mahasiswa yang terbiasa menerima tanpa memberi, tanpa peduli. Hamba sendiri merasa termasuk dalam golongan yang ingin disindir itu kerana hamba pun kurang sekali sikap peduli tentang apa yang berlaku di sekitar. Sedihnya.
Namun, cara FT memperenggankan beberapa babak dalam CHHR sedikit mengganggu kelancaran hamba membaca. Seharusnya dua babak berbeza dari waktu berbeza tidak disambung dalam satu perenggan begitu. Hamba jadi keliru sedikit kerananya. Dan lagi satu, hamba sedikit terganggu dengan satu babak antara Raja Hisyamudin dengan Rashihan. Hamba tidak suka kata-kata 'celupar' pada babak itu.
Selainnya, hamba suka isu rusuhan dalam buku ini yang bukan sahaja tentang rusuhan menegakkan hak dan kebenaran tetapi juga tentang rusuhan hati sepasang kekasih yang terpisah bertahun-tahun.
p.s Hamba mengambil masa yang lama untuk menutup buku ini di muka surat akhir. Mungkin hamba perlu waktu untuk memahami cara penulis bercerita. :-)
Buku ini membangkitkan semangat ingin menegakkan kebenaran yang jitu lagi padu. Tetapi nyata perasaan takut itu lebih-lebih lagi mendominasi.
Sayang. Kalaulah kita ini tiada disekat-sekat, tiada dihimpit-himpit dengan pelbagai peraturan dan undang-undang bodoh, pasti kemerdekaan yang sebenar-benarnya untuk rakyat Tanah Melayu dapat dikecapi.
Situasi sekarang ini ibaratnya lari daripada mulut singa, masuk mulut harimau. Maaflah, sebenarnya lupa pepatah sebenar.
Bebas daripada cengkaman pihak penjajah kulit putih, tetapi dijajah pula oleh bangsa sendiri yang bersikap aristokrasi. Dari awal kemerdekaan sampai sekarang, setelah 55 tahun melaungkan kalimat Merdeka, kita masih terjajah, dijajah dan menjajah. Bangsa Melayu tetap begitu, tetap tidak mencapai kemajuan dalam erti kata sebenar, hanya kerana kedengkian dan sifat iri yang sentiasa membakar jiwa-jiwa Melayu itu sendiri.
Ah! Sungguh-sungguh novel ini membuka mata aku lebih luas lagi! Walau penulisan FT di dalam karya ini sedikit bosan tetapi isinya, wacananya berjaya disampaikan dengan baik. Tetapi kekerapan FT menceritakan tentang latar tempat setiap babak terkadang mengundang rasa mengantuk.
Secara ringkas, CHHR adalah kisah cinta pada hari-hari rusuhan. Namun ia bukan hanya kisah cinta Basri dan Tengku Valizah. Ia turut membawa kisah perjuangan para mahasiswa ketika di zaman 70-an.
Menyingkap di tahun 1974, Malaysia ketika itu di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak. Kita diperkenalkan dengan Dasar Ekonomi Baru [DEB] yang mana penyusunan masyarakat dan pembasmian kemiskinan sedang giat dijalankan di bawah Rancangan Malaysia Kedua. Namun tak semua nasib rakyat dibela. Masih ada yang tertindas dan mahasiswa inilah yang bangun memperjuangkan nasib golongan marhaen.
Semangat Basri, Tengku Valizah dan rakan-rakan seuniversiti [UM] begitu membara, berkobar-kobar untuk menyedarkan masyarakat tentang sesuatu isu. Mereka berdemonstrasi dan berkumpul dengan harapan suara dan permintaan mereka mendapat perhatian. Demonstrasi bukanlah jalan mudah tetapi ia memang dapat memancing sokongan ramai. Ketika itu para pelajar UM bersama-sama UKM, USM, ITM dan beberapa institusi lain bergabung tenaga. Kemaraan mereka tidak dapat ditahan lagi, apatah lagi dengan sokongan beberapa pensyarah di universiti masing-masing.
Dari Jalan Pantai Baru, Jalan Bangsar, Jalan Travers, Padang Kelab Selangor hinggalah ke Masjid Negara telah menjadi saksi kebangkitan para mahasiswa. Laungan dan sorakan bercampur-aduk dengan FRU, polis dan air pemedih mata. Ada yang ditangkap dan ada juga yang meloloskan diri tetapi tiada seorang pun yang terlepas. Hanya Basri yang berjaya melarikan diri ke Singapura kemudian ke Batam dan Sydney, menuju ke Paris dan langsung ke kota London.
Menjadi pelarian di bumi London bukanlah mudah. Dia dikejar dengan bayang masa lalu, terutamanya rasa cinta yang terkubur. Padanya Tengku Valizah adalah pengkhianat cinta. Mengingkari janji taat setia dengan berkahwin dengan Raja Hishamuddin. Tetapi dia juga tidak pernah tahu apa yang dilalui oleh Tengku Valizah. Dan kemunculan Basariah dua puluh tahun kemudian menimbulkan tanda tanya. Gadis muda itu ada iras-iras Tengku Valizah. Apa kesudahannya?
Ketika membaca kisah ini ada sesuatu yang menganggu aku. Lompatan masa dan plot. Dalam satu muka, kisah Basri dan tiba-tiba muncul Basariah. Tiada perenggan khusus. Jadi ada masanya aku kena ulang baca beberapa kali kih5
Memetik catatan FT;
Semua orang ada nostalgia yang mengotor dan mencantikkan kanvas hidup mereka [page 89]
Agaknya, yang mana paling banyak aku lakukan? Mengotor atau mencantikkan? :P
"ada yang mesti kita teropong? kita ni golongan mahasiswa. harapan negara. kita bukan sekadar ulat buku yang tak bermakna. kita angkatan muda dan terpelajar yang mesti gagah menentang ketidakadilan. tugas kita besar, mendesak dan mengimbangi . kita betanggungjawab mewaraskan keadaan-keadaan gawat."
Waktu mantan temen kantor nanyain soal bazar buku di acara Festival Sastra UGM, aku langsung dateng buat liat-liat. Di lokasi, aku ngefoto buku-buku yang dijual. Selagi nunggu temen kantor milih, aku sedikit tertarik ngeliat blurb novel ini, soalnya sedikit ngomongin soal demonstrasi mahasiswa dan nyebutin profil penulis yang berkewarganegaraan Malaysia, walaupun agak sedikit males sama bagian cinta-cintaannya (soalnya novel genre romance di Indonesia terlalu klise, sampe aku di tahap udah nggak mau lagi baca romance).
Lelaki yang Membunuh Kenangan adalah versi terjemahan bahasa Indonesia dari Cinta di Hari-Hari Rusuhan. Sewaktu baca novel ini, aku ngerasa novel ini punya vibes yang sama kayak Laut Bercerita dan Notasi, dua novel Indonesia yang latar belakangnya kerusuhan sekitar tahun 1998 di Indonesia dan aksi demonstrasi mahasiswa yang menuntut lengsernya Presiden Soeharto. Sebagai warga Indonesia yang baca novel ini, aku agak sedikit kehilangan konteks yang mendasari alasan Basri dan para mahasiswa tergerak buat melancarkan aksi demonstrasi di sekitar tahun 1970-an, karena aku nggak tahu sejarah di baliknya. Jadi, sewaktu aku udah baca setengah jalan baca bukunya aku harus googling dulu buat baca soal aksi demonstrasi di sekitaran tahun itu.
Hal menarik Untuk konteks sejarah dan jalan ceritanya aku suka banget, soalnya aku jadi tahu kalo ada sekeping sejarah di Malaysia yang, sebagai orang Indonesia, aku bisa sedikit relate. Kedua negara punya sebuah permasalahan yang membuat pergerakan mahasiswa semakin tak terbendung dan berakhir jadi demonstrasi besar-besaran. Belum lagi sebelum dan saat demonstrasi besar-besaran itu banyak mahasiswa yang ditangkap, walaupun aku nggak tahu apakah banyak mahasiswa yang tidak selamat di tangan aparat negara di Malaysia pada saat demo itu terjadi. Cerita yang ditawarkan novel ini, kalo bisa dibilang, feels so close to home. Aku seperti berkaca ke sejarah kelam demonstrasi '98 di Indonesia. Belum lagi dengan beberapa nama mahasiswa yang di kemudian hari menjadi tokoh pemerintahan/politik atau memiliki jabatan lain.
Seperti yang kusebut sebelumnya, buku ini mengingatkanku sama dua novel Indonesia, Laut Bercerita dan Notasi, karena Basri sebagai salah satu mahasiswa yang berperan penting dalam menggerakkan demonstrasi terasa seperti Biru Laut di Laut Bercerita. Laut merupakan mahasiswa yang ikut berperan dalam rencana demonstrasi mahasiswa di tahun '90-an. Bedanya, Basri sedikit lebih beruntung dibanding Laut. Basri selamat dari kejaran pemerintah dan berhasil mengasingkan diri dan bertahan hidup di negeri lain, sementara Laut mati ditenggelamkan dan tidak ada satupun dari teman dan keluarganya yang tahu nasib Laut. Bagiku, Tengku Valizah sedikit mengingatkanku sama karakter Nalia di novel Notasi. Keduanya sama-sama nggak bisa bersatu dengan ayang mereka, Basri dan Nino. Perbedaan Tengku Valizah dan Nalia ada di latar belakang keluarga dan kondisi keduanya di akhir cerita (aku nggak mau spoiler, biar pembaca yang tertarik sama novelnya bisa langsung baca sendiri).
Kenapa nggak kasih bintang 4 atau 5? Kalau aku tertarik sama ceritanya, kenapa aku nggak kasih bintang 4 atau 5? Soalnya, ada dua alasan yang bikin aku agak kurang menikmati ceritanya. Pertama, nama Basri dan Basariah itu mirip banget, jadi ketika sudut pandangnya berubah dari Basri ke Basariah di awal cerita, aku bingung sampai mikir, "Tadi panggilannya Basri, kok habis itu Bas?"
Ada beberapa POV dalam cerita ini, yaitu Basri, Basariah, Valizah, ibu tirinya Basariah, dan mahasiswi yang sedang cari info tentang demonstrasi buat tugas akhir. Jujur, biarpun POV-nya didominasi sama Basri dan Basariah, aku tetap bingung kalau sudah ganti POV karena nggak ada penanda ini dari sudut pandang siapa.
Kedua, ada beberapa kepingan cerita yang terkesan seperti kilasan episode aja, nggak diceritain lebih lanjut. Hal ini membuat nyawa antarbab terasa beda. Ada bab yang punya nyawa, bikin kita merasa berada di lokasi dan melihat kejadiannya secara utuh, ada bab yang nyawanya baru setengah.
Kalau pembaca udah pernah baca Notasi dan baca ulasanku soal buku itu di Goodreads, mungkin itu bisa jadi sedikit konteks dari alasan ini.
Overall, aku tetap merekomendasikan novel ini buat dibaca, terutama sama teman-temanku sesama warga Indonesia.
Cerita yang sungguh dekat dengan saya buat masa sekarang, lebih separuh daripada buku ini adalah berkenaan perjuangan mahasiswa. Pernah juga saya bayang dahulu akankah saya jadj seperti apa yang saya tahu tentang mahasiswa, melawan, berarak dan rusuhan. Malangnya kini kita hidup dia zaman yang telah menghapuskan semua itu. Rusuhan kita sekarang di media sosial. Melawan kita sekarang menggunakan papan kekunci. Berarak kita sekarang hanya menggunakan persetujuan di alam maya. Mungkin perarakan besaran terakhir yang saya ingat adalah siri bersih yang terakhir ketika Tun M ikut turun pakai baju kuning.
Dan di sebalik semua itu, saya masih mampu untuk berasa sedih dengan apa yang terjadi kepasa Tengku Valizah dan Basri serta Basariah, tentang pemergian Nakamura, masih berasa marah dengan tindakan buruk raja Hisyamudin.
Di samping itu, saya juga perasan tentang kritikam terhadap mahasiswa yang dihantar belajar ke luar negara hanya untuk mengikut budaya bebas barat dengan berparti dan pergaulan bebas. Mereka ini yang sebenarnya menjadi harapan untuk pulang ke negara kelahiran akhirnya hanya hanyut begitu.
Dan kini mahasiswa yang tinggal di negara kita adalah mahasiswa yang takut dengan kehidupan pascasiswazah. Adakah saya mendapat kerja? Adakah hidup saya akan senang nanti? Mampukan saya bayar segala hutang belajar saya? Tiada lagi persoalan: apa yang saya mampu buat untuk masyarakat sebagai manusia yang diberi peluang untuk belajar menjadi golongan terdidik.
Saya memang ingin 'lari' seperti Basri, sekejap cuma dan bukan sejauh ke kota London.
Tentang cinta yang tak kesampaian, diragut 'ahli politik'. FT mengajar kita politik itu bisa tumbuh dalam semua keadaan dan insan. Tetapi akhirnya yang dipaparkan ialah soal mahu hidup hingga idealisme yang dipegang dibiar mati. Idealisme boleh jadi belum mati dalam diri seseorang, tetapi emosi, ekonomi, dan sekali lagi politik, sentiasa ada untuk menekan atau menyuburkan cita tersebut.
Membaca novel ini juga, saya teringat tentang bising-bising perihal latar pilihan penulis muda yang kononnya tidak berciri tempatan. Bagi saya, memang latar itu sentiasa berubah. Mana mungkin hendak disamakan 'as-sabiqunal awwalun' DEB yang asal daripada keluarga tani di kampung, berbanding generasi pasca-DEB yang rata-ratanya daripada keluarga kakitangan awam dan pekerja industri yang sudah melata di pekan dan bandar.
Yang kekal hanyalah nilai dan rasa yang disulam oleh pengarang. Perbezaan kelas, darjat atau apa saja akan kekal. Cinta dan kasih akan kekal, walaupun tidak bermaksud untuk dimiliki.
Sejurus aku menghabisi novel Cinta Hari-Hari Rusuhan tulisan Faisal Tehrani, aku membaca sebuah lagi karya penulis yang sama bertajuk Kumpulan Cerpen Perempuan Anggerik. Dari situlah, aku mendapati cerpen yang terdapat di dalam Perempuan Anggerik iaitu Api KL Belum Terpadam merupakan cerpen awal sebelum dikembangkan menjadi sebuah novel Cinta Hari-Hari Rusuhan. Cerpen Api KL Belum Terpadam merupakan cerpen yang pernah tersiar di Mingguan Malaysia pada tahun 1996 yang juga pemenang hadiah utama Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1996.
Cinta Hari-Hari Rusuhan pada awalnya merupakan terbitan Creative Enterprise pada tahun 2000 sebelum menjadi langka dan aku pernah melihat harga jualannya mencecah RM 500. Bagi generasi yang tidak pernah menatap Cinta Hari-Hari Rusuhan merupakan satu kerugian termasuklah aku sendiri dan mujurlah penerbit Dubook mengambil inisiatif untuk menerbitkan kembali cetakan yang baru iaitu April 2017.
Berlatarbelakangkan era 1970-an, Cinta Hari-Hari Rusuhan mengisahkan tentang sekumpulan mahasiswa khususnya di Universiti Malaya yang ditunjangi oleh sepasang kekasih iaitu Basri dan Tengku Valizah berserta rakan-rakannya yang lain, mencatat sejarah suka duka dalam perjuangan menuntut keadilan buat rakyat yang tertindas tidak kira sama ada di dalam negara mahupun di luar.
Antara perkara yang diperjuangkan oleh mereka antaranya adalah menentang Amerika Syarikat yang menyokong Israel melakukan pencerobohan terhadap Palestin dan negara-negara yang lain. Gabungan mahasiswa yang terdiri daripada UM terutamanya, disusuli oleh UKM, USM dan ITM membuat demonstrasi di bangunan AIA dan Lincoln Center bagi membantah tindakan yang dilakukan oleh Amerika dan sekutunya. Tercatat di halaman 40;
“…Amerika adalah kuasa penjahanam yang laparkan darah umat manusia dunia ketiga. Kekejaman berdarah di Vietnam, mahu dialihkan ke Palestin dengan bantuan sundal nombor satu dari Israel, Golden Mesir. Sesungguhnya kita sebagai orang Islam atau sebagai insan sekalipun tidak dapat membiar dan menerima kejahatan-kejahatan yang dipantakkan ini. Kuasa imperialis Amerika harus diajar dan hanya pemuda seperti kita sahaja yang layak memberikan Amerika suatu tamparan yang memalukan.”
Selain daripada itu, mereka juga terlibat dalam membela nasib penduduk-penduduk setinggan di Tasik Utara yang kehilangan penempatan oleh sebab mahu membangunkan sebuah padang golf. Malangnya tuntutan tersebut tidak dilayan sehinggakan ada mahasiswa yang telah ditangkap seperti yang tercatat pada halaman 60;
“PMUM mengutus mahasiswa dengan dua buah bas milik persatuan diketuai Farid. Mereka bergabung dengan penduduk setinggan menghalang jentolak daripada merobohkan rumah-rumah di situ. Pemusnahan penempatan rakyat miskin untuk dibangunkan sebuah padang golf adalah sesuatu yang tidak munasabah. Tujuh pelajar ikut ditahan atas alasan menghalang tugas pegawai kerajaan. Muhsinun yang tinggal di Kuala Lumpur merasakan tiada cara lain untuk membebaskan mereka kecuali dengan berdemonstrasi di hadapan pejabat Perdana Menteri selama tiga hari. Tun Abdul Razak enggan menemui perwakilan pelajar.”
Mahasiswa juga mendesak kerajaan untuk campur tangan dalam isu kejatuhan harga getah yang menyebabkan penduduk Baling terhimpit kemiskinan dan kebuluran sehingga dikhabarkan ada kanak-kanak yang mati akibat memakan ubi gadung seperti yang tercatat pada halaman 134 dan 149;
“Ada anak kecil yang meninggal dunia kerana ubi ini kotor..ingat kita sudah merdeka. Ini bukan zaman Jepun,” celah Tengku Valizah.
“Penting untuk menarik perhatian semua orang; sebagai bantahan kenaikan harga barang keperluan harian dan kejatuhan harga getah yang mereka hasilkan. Juga untuk menarik perhatian mengenai beberapa orang anak petani miskin mati oleh keracunan setelah makan ubi gadung yang tidak dicuci bersih.”
Kemuncak kepada isu Baling ini adalah demonstrasi besar-besaran di Padang Kelab Selangor yang disertai oleh mahasiswa dan pensyarah yang datang dari pelbagai tempat seperti UM, UKM, ITM, ITK, UPM dan USM. Sebanyak dua belas tuntutan yang dinyatakan oleh mereka bagi menekan pihak kerajaan. Malangnya demonstari besar-besaran ini sudah awal diperhatikan oleh pihak FRU sehinggakan gas pemedih mata dilepaskan yang menyebabkan ramai mahasiswa dan pensyarah ditangkap atas kesalahan demonstrasi.
Isu-isu yang dimainkan di dalam novel ini merupakan perkara yang berlaku di alam realiti yang mana sedikit sebanyak mengingatkan kepada kita, generasi baru khususnya, tentang sejarah lampau yang cukup tegang sehinggalah kerajaan terpaksa meminda akta AUKU bagi mengawal gerakan mahasiswa (kegiatan mahasiswa kini dikawal oleh badan HEP). Tercatat pada halaman 119;
“Adakah Akta Universiti dan Kolej Universiti diperketatkan maka mahasiswa hilang arah?Ia begitu banyak mengongkong mahasiswa. Lebih-lebih lagi sekarang mahasiswa ada loan atau pinjaman semasa belajar serta biasiswa…Inilah yang mengikat mahasiswa. Lalu merekamenjadi tidak berani?”
Selain daripada itu, Cinta Hari-Hari Rusuhan juga menyelitkan kisah percintaan di antara Basri, seorang anak miskin petani dan Tengku Valizah, seorang anak bangsawan yang berketurunan raja. Cinta yang melibatkan perbezaan dua darjat menyebabkan perhubungan mereka tidak direstui oleh keluarga Tengku Valizah, ibunya Tengku Hilmiah terutamanya. Kisah percintaan mereka ini bukanlah cinta yang biasa-biasa seperti yang kita lihat di kaca televisyen waktu ini, tetapi cinta mereka adalah cinta yang dibina atas dasar perjuangan. Keduanya sehati sejiwa dalam menuntut keadilan rakyat-rakyat yang dinafikan haknya sehingga mahasiswa ketika itu boleh digelarkan sebagai oposisi atau pembangkang (wakil badan bukan politik). Begitu penting peranan mahasiswa ketika itu yang kalau kita lihat di dunia realti, tokoh-tokoh yang lahir adalah dari golongan mahasiswa ini juga.
Satu naskah yang aku kira cukup bernilai untuk ditatap oleh pembaca yang mahu kenal kisah silam yang pernah mewarnai kehidupan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu.
Kalau tak kerana penulisnya Faisal Tehrani, memang takkan kusentuh buku ini.
Walaupun novel ini bertemakan cinta, ia turut mempersembahkan persoalan-persoalan yang agak berat, seputar kehidupan pelajar universiti sebelum Akta Universiti dikuatkuasakan di Malaysia.
Persoalan ini menyindir pelajar universiti kita yang telah 'mati' dan 'layu', sepi dari memperjuangkan prinsip dan nilai yang dikorban dan dipijak-pijak di persekitaran mereka.
Apa yang membuatkan saya 'curious' untuk membaca novel ini (walaupun bukan taste saya), ialah apabila FT pernah mengatakan kekesalan beliau ialah pada karyanya yang lalu yang menjurus erotik. Tapi saya tak jumpa pula unsur erotik dalam buku ini, berbanding novel 'romance' Inggeris yang lebih nyata dan berani sifatnya. Mungkin bukan novel ini yang beliau maksudkan..
Sebuah karya yang mampu membangkitkan semangat juang yang semakin pudar dalam diri mahasiswa kini. Betapa, mahasiswa-mahasiswa dahulu punya autoriti dan semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan apa yang benar. Walaupun, saya agak skeptikal terhadap pertembungan watak utama, Basri dan Basariah (dua anak Melayu di bumi Britain, dan keduanya punya sejarah tersendiri yang berkait rapat.) Betapa kecilnya dunia! Seperti novel-novel beliau yang sudah saya baca (Tunggu Teduh Dulu dan Perempuan Politikus Melayu), novel ini masih lagi menerapkan isu pertindasan golongan petani, orang kampung dan sebagainya. Satu usaha yang saya kagum akan penulis. Sekurangnya beliau punya isu-isu yang ingin diketengahkan dan ingin membawa pembaca mentelaah bersama.
Buku pertama hasil karya beliau yang pernah saya baca. Kisah ini adalah simbolik kepada peristiwa rusuhan di bagi mempertingkatkan martabat universiti untuk bumiputera sekitar tahun 1974.
''Orang selalu berkata cinta itu buta. Sebenarnya cinta itu penipu yang bijaksana. Sebanyak mana kita mendekati orang kita cintai, sebanyak itu juga dia menjauhi kita.''
Cinta dua darjat dalam gelora kebangkitan (aktivisme) mahasiswa yang berlatarbelakangkan tahun 70-an. Buku ini menampilkan fiksyen sejarah berkenaan aktivisme mahasiswa yang menjadi denyut nadi kepada latar politik negara – namun puncak novel ini ialah Peristiwa Baling 1974 (dan Operasi Mayang), demo besar-besaran yang melibatkan hampir 10,000 orang mahasiswa yang membanjiri Kuala Lumpur (apabila 30,000 orang penduduk Baling dan sekitarnya tidak mendapat reaksi daripada pihak kerajaan, kesannya telah merebak ke ceruk kawasan yang lain).
Saya tidak ingin mengulas lanjut berkenaan peristiwa ini, sebaliknya kalian boleh sahaja mengetik kata kunci “Peristiwa Baling 1974” di Internet. Terlalu banyak keratan akhbar, tulisan di laman sesawang dan ulasan semula individu-individu yang terlibat sama dalam peristiwa (demo) ini. Namun ada beberapa hal yang saya perincikan berkenaan mahasiswa, hasil dapatan novel ini:
Pertama, kita tidak boleh menafikan peranan mahasiswa dalam mengemudi, mendesak dan menekan kerajaan dalam penggubalan dasar dan tindakan untuk rakyat. Mahasiswa, dahulu dan kini, masih kekal (dan harus) menjadi lidah kepada masyarakat. Kecaknaan yang tinggi kepada kelompok yang berada di luar kampus bukanlah satu sifat yang boleh ditiru-tiru mahupun dibuat-buat. Ia lahir daripada kepekaan dan pemerhatian yang mendalam hasil daripada bergelumang dengan masyarakat.
Kedua, pergolakan dalaman (kampus) terhasil kerana tidak disalurkan kepada isu di luar kampus. Seandainya mahasiswa menyalurkan tumpuan mereka kepada hal-hal yang lebih besar dan tinggi, maka, hal remeh-temeh seperti isu penggunaan gimnasium misalnya, tidak sewajarnya timbul. Dalam Peristiwa Baling 1974, golongan sosialis dan golongan kanan, walau bercanggah fikrah, berjaya disatukan untuk menentang kezaliman kerajaan pada waktu itu.
Ketiga, andai ditelusuri novel ini, kita akan mendapati bahawa individu-individu yang pernah menjadi pemuka kepada kelompok mahasiswa-aktivitis yang berani, akhirnya menjadi, samada, (1) seperti individu yang dahulunya mereka ingin jatuhkan, atau (2) hilang tanpa khabar berita. Bahkan, ini ialah fenomena biasa yang akan kita dapati, walau hingga ke hari ini. Kita pinggirkan sahaja golongan kedua, kerana golongan pertama yang harus diadili.
Mahasiswa yang dahulunya bertempik keras melaungkan erti keadilan sebenar dan rombakan sistem, akhirnya menyembah-cium najis yang sama. Puncanya? Pada pandangan saya, mereka sebenarnya gagal memahami matlamat sebenar yang pernah mereka perjuangkan, atau terlalu selesa dengan keadaan mereka kini yang diulit dengan wang ringgit, pembantu peribadi dan tukang angguk-geleng yang menjadi balaci abdi. Ini sekadar tanggapan saya… andai ingin kepastian, moleknya bertanya kepada mereka secara berdepan, “apakah yang membungkam idealisme mereka yang segar-bugar tatkala bergelar mahasiswa dahulu?”
Tidak dinafikan, novel ini berjaya membuat semangat saya sebagai seorang mahasiswa itu bergelojak. Penulis berjaya memperincikan setiap alur dan muara cerita dengan baik, sehingga pembaca merasakan bahawa dirinya sendiri yang sedang berhadapan dengan pertentangan kerajaan-mahasiswa ini. Keberanian penulis memetik beberapa individu yang bertanggungjawab ke atas peristiwa ini juga wajar dipuji.
Pembacaan turut tergendala sebentar apabila sosok almarhum Dr Syed Husin Ali (walau tidak disebut secara terang-terangan) turut diceritakan dalam novel ini. Beliau, ketika itu merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaya, telah turut ditahan dibawah ISA (Internal Security Act), hanya kerana menjadi pembela kepada masyarakat yang ditindas ketika itu. Semoga rahmat Allah swt ke atas beliau, yang tegar menjadi pejuang suara-suara terpinggir hingga ke akhir hayat beliau. Al-Fatihah…
Khabarnya, novel ini mengambil kisah Hishamuddin Rais, dan jalur ceritanya bertepatan. Namun, bahagian percintaan dalam novel ini, tidaklah mampu dipastikan kesahihannya. Barangkali, ya barangkali… ia benar…
Kelemahan pada novel ini ialah garis masanya yang terlalu bercelaru. Buat mereka yang jarang membaca novel dengan garis masa yang berselirat, bakal keliru dan terbantut bacaannya. Walau penulis meletakkan tarikh pada awak setiap bab, ia tidak memadai dalam melancarkan jalan cerita.
Akhirnya setelah seminggu lebih, saya bisa menyelesaikan buku ini.
Lelaki yang Membunuh Kenangan adalah sebuah novel sejarah yang berlatarkan kerusuhan tahun 70an di Malaysia. Saat itu mahasiswa berunjuk rasa untuk menuntut hak petani miskin yang tanahnya dirampas oleh perusahaan asing.
Basri, seorang mahasiswa Universitas Melaya memimpin unjuk rasa itu. Ketika unjuk rasa berubah menjadi kekacauan, Basri dituding menjadi kambing hitamnya karena setiap kekacauan yang menelan korban harus ada seseorang yang harus dikorbankan.
Bersama rekan seperjuangannya dan juga doa tulus Valizah, kekasihnya. Basri harus melarikan diri ke Inggris untuk menghindari tatapan jahat polisi dan pemerintah saat itu. Tali asmara Basri dan Valizah harus diputus akibat kerusuhan itu.
Bertahun-tahun setelah hidup damai di negeri orang, kemunculan seorang gadis bernama Basariah mulai mengguncang Basri. Membawanya kembali meniti jalan berduri kenangan lamanya yang telah Basri bunuh sendiri.
Saya cukup menyukai intrik serta permasalah yang diangkat dalam novel ini. Kepiawaian Faisal dalam merangkai kalimat demi kalimat ketika situasi genting karena benar-benar terasa sekali ketegangannya. Plot twist yang disajikan, sukses membuat air mata saya mengalir deras sepanjang akhir buku ini.
Saya sangat menyukai karakter Basariah, sebagai tokoh tambahan, Basariah berhasil tumbuh dari masa lalunya dan menerima dengan pasrah masa depannya. Dia juga berlapang dada atas apa yang ia terima dari Basri maupun keluarganya. Ketabahan serta kesabaran Basariah membuat saya berdecak kagum. Cinta yang dirasakan Basariah adalah cinta murni yang tidak akan pernah ditemukan di mana pun.
Setelah Basariah, saya juga sangat menyukai karakter Tengku Valizah. Meski lahir dari keluarga ningrat, Val sering membela hak-hak kaum miskin di bawahnya. Bersama Basri, Val membuat aksi unjuk rasa. Namun, status ningratnya pula yang membuatnya harus berpisah dengan Basri.
Ada satu tokoh lagi yang membuat saya bergidik kagum yaitu Nakamura. Sebagai korban Perang Kedua, Nakamura juga menyimpan duka yang mendalam. Meskipun peran Nakamura begitu kecil, namun impact yang ia ciptakan begitu terasa hingga akhir buku.
Namun, meski penokohan dan intrik yang diciptakan sangat menarik. Ada juga kekurangannya yaitu, tokoh yang teramat banyak sangat sangat banyak. Selama membaca, saya seringkali lupa siapa tokoh ini, apakah ada tokoh ini, memangnya ada tokoh ini sebelumnya. Saya tidak mengingat sama sekali rekan seperjuangan Basri hingga temannya di Inggris karena saking banyaknya.
Meskipun banyak tokoh, penokohannya sangatlah kurang. Terlepas dari beberapa tokoh utama, tokoh tambahan seperti Ikram, Muhsinun, dll. Sangat mudah untuk dilupakan. Beberapa bab menjelaskan peran mereka, namun di pertengahan buku mereka menghilang dan diakhir buku tiba-tiba mereka disebut. Saya benar-benar bingung siapa saja tokohnya.
Di awal buku juga sudut pandang yang diambil begitu berbolak balik antara Basri, Basariah dan Valizah tanpa menjelaskan dari sudut pandang siapa bab ini. Saya cukup bosan di awal buku hingga pada halaman 30, saya baru menangkap keseruannya.
Secara keseluruhan, buku ini sangat amat menarik dari segi cerita dan beberapa tokoh utama. Namun, tokoh yang banyak dan tidak dieksplor serta sudut pandang cerita yang berpindah secara cepat membuat saya hilang selera.
Merasakan bahawa antagonis utama dalam novel ini adalah Basri manakala Tengku Valizah adalah seorang dari mangsa-mangsanya. Basri ialah seorang yang penakut, bebal, dan mementingkan diri. Memilih untuk melarikan diri dari menghadapi kenyataan samada di tangan pihak berkuasa yang zalim atau insan yang mencintainya walaupun berbeza darjat. Menyedari bahawa dia di pihak yang benar dan oleh itu, dengan naifnya percaya bahawa dia tidak layak dihukum oleh penguasa yang zalim yang ditentangnya. Manakala rakan-rakan seperjuangannya yang menghadapi akibat dari perjuangan mereka telah menjadi orang-orang penting dalam negara walaupun telah berpaling tadah dari perjuangan mereka. Sekiranya Basri tidak lari dari kampus pada malam itu, dia pastinya akan turut menjadi pengkhianat perjuangan seperti rakan-rakannya yang lain juga, kecuali Zainul dan Zahurah yang masih lagi berada di pentas mengajak rakyat melawan penyelewengan oleh pemerintah. Malang bagi Tengku Valizah kerana jatuh cinta dengan Basri yang menjadi titik permulaan kebinasaan dalam hidupnya. Basri adalah simbol bahawa orang yang penakut dan mementingkan diri tidak akan ke mana dalam hidupnya, walaupun mempunyai niat dan idea yang murni. Dalam tindakannya melarikan diri, Basri meninggalkan ombak kebinasaan kepada mereka yang ditinggalkannya samada Tengku Valizah yang menjadi gila, ibu bapa nya di Kedah yang meninggal dunia tanpa sempat menemuinya buat kali terakhir, dan kampung halamannya yang musnah di tangan puak kapitalis dan elit pemerintah. Suatu hari nanti, Basri akan duduk termenung berdekatan Cleopatra's Needle buat kali terakhir dan menyesali seluruh perjalanan hidupnya yang gagal.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sebetulnya dulu sempat ingin mencoba membaca salah satu karya dari sastrawan negeri jiran ketika di bookfair empat tahun silam tapi melihat betapa kentalnya unsur romansa dan tentu islaminya membuat enggan meski ada di antaranya yg berbeda, seperti novel ini yg kemudian membuat saya tertarik ingin membacanya.
Memang betul sejak awal ada rasa akrab melihat topik yg diangkat, kejadian dalam ceritanya yg membuat teringat periode masa lalu di mana terjadi demonstrasi menuntut seorang presiden turun setelah sekian lama bertengger dan menimbulkan teror serta kesulitan pada orang-orang kecil karena proyek yg dipaksakan dan mengeruk keuntungan untuk sendiri. Atau juga seusai 65 beserta gelombang mahasiswa yg menuntut keadilan atas peristiwa tersebut.
Namun, saya tidak begitu menyukai bagaimana kisah cintanya bergulir (karena memang kesannya melayu sekali meski agak aneh saja, bisa jadi bukan selera saya).
Lalu tentang para kawan seperjuangan seusai 20 tahun itu, saya rasa hal ini persis seperti yg saya lihat ketika menonton film Gie, mereka banyak bertengger di kursi dewan dan pemerintahan serta hidup lebih baik kala perjuangan belum usai.
Dan juga, bagian pidato tapi yg disuarakan seorang dosen begitu hebat menurut saya (tapi yg pertama bukan yg ke-dua). Yah, dengan membaca novel ini saya melihat sisi masa lalu Malaysia yg tak pernah saya tahu dibalik megahnya tata kotanya yg selalu menarik turis untuk berkunjung.
Ia adalah sebuah kisah yang menarik. Kisah cintanya bagi saya tidak tipikal. Menunggu 20 tahun hingga naik gila, namun setelah berjumpa semula hasil usaha basariah yang juga mencintai basri, cerita dibiar tergantung. Happy ending adalah tipikal. Mereka berdua salah namun tidak perlu mereka memaafkan. Biarkan sahaja Basri dirusuh begitu hingga akhir hayatnya.
Plot dua zaman muncul, Basariah menjadi penghubung antara dua zaman ini.
Diselit dengan dugaan Tengku Val yang berjuang dengan ibunya yang mementingkan darjat. Serta Raja Hisyamuddin sebagai mahasiswa bodoh. Hingga Basri melarikan diri hingga 20 tahun.
Bertemu pula kawannya yang menarik. Mempunyai cerita lama. Konflik personal yang menghantui diri. Padahal boleh sahaja tidak memasukkan mereka ini dan tidak mengkusutkan cerita ini. Rupanya di situ terselit Nakamura yang mengundang perasaan Basri untuk pulang.
Dan pulangnya bahagia? Oh tidak. Hingga ke akhir Basri menderita dengan sebab merusuh di luar menentang kerajaan. Dan membiar diri dirusuh oleh tengku Val disebabkan sangka buruk. Paling penting, semua konflik ini dilatari dengan latar rusuhan dan demonstrasi.
Inilah hasilnya jika latar begini bercantum dengan watak yang kuat serta konflik yang tersirat.
Bagi aku, novel ini merupakan satu historical-fiction yang biasa-biasa saja, jika dibandingkan dengan novel lain genre sama daripada Faisal Tehrani. Nak kata mengagumkan sangat pun tidak, tapi tetap berjaya buat aku melekat.
Aku suka perkahwinan antara drama fiksyen percintaan yang memilukan dengan sejarah benar kebangkitan mahasiswa era awal 1970-an.
Sebelum ini aku hanya pernah dengar mengenai peristiwa rusuhan tersebut, namun novel ini membuat aku membaca lebih banyak mengenainya.
Drama percintaannya, walaupun ia memfokuskan kepada percintaan dua darjat yang tipikal, tapi ia lebih menarik dan rumit apabila dipanjangkan lagi dengan percintaan dua generasi.
Faisal Tehrani sememangnya sohor dengan kritikan-kritikan kerasnya terhadap kebrobokan golongan bangsawan/feudal, dan ia amat menonjol dalam novel ini, apatah lagi dengan latar belakang kebangkitan mahasiswa yang dipilihnya.
Apa-apa pun, novel ini cukup bagus untuk sesiapa yang ingin menelusuri dan masuk ke dalam era politik Malaysia dekad 1970-an dan 1990-an (dua generasi) yang ditambah rencah percintaan tragis dua darjat.
Lelaki yang Membunuh Kenangan (seterusnya saya tulis dengan LyMK), dalam pandangan saya, merupakan novel drama roman picisan yang sesungguhnya sudah jamak ditulis banyak orang: sepasang sejoli yang saling mencintai dengan perbedaan kelas sosial di antara mereka. Cerita yang berakhir tragedi ini turut serta membawa kisah gerakan mahasiswa di Malaysia dalam rentang waktu 1970-an. Para tokoh sentral dipertemukan di sebuah universitas, dipersatukan karena sama-sama terlibat sebagai aktivis, dan dipisahkan pada saat demonstrasi besar-besaran terjadi kala itu.
Meski sesungguhnya romansa bukanlah bacaan yang saya sukai, tetapi saya tertarik dengan isu-isu seputar kejadian Malaysia tahun 1970-an maupun peran mahasiswa yang disindir habis-habisan oleh penulis.
Pernah baca buku ni masa zaman belajar dulu, tapi tak habis sebab buku hilang. Maka pada tahun 2020 ini baru menghabiskan novel ini.
Seperti mana banyak sejarah zaman perjuangan di kampus dahulu telah saya ragui kini, begitulah banyak sekali buku ini membawa segala memori itu.
Untuk novel cinta dan perjuangan mahasiswa, novel ini memang sedap dibaca. Walau bukanlah karya terbaik FT. Tetapi plotnya masih kemas, mesejnya masih jelas.
Untuk Basri dan Tengku Valizah, cinta hari-hari rusuhan mereka tidak membawa ke mana-mana. Tetapi cinta dan perjuangan kampus kami dahulu, masih mengikat kuat kami hingga kini. Moga selamanya.