Mimpi bertemu Baginda dalam apa keadaan sekalipun adalah dikira sebagai mimpi yang benar, kerana ia adalah sabit dan sah diperakui oleh Baginda.
Kita dapat mengetahui pelbagai persoalan yang dibangkitkan sekitar pertemuan dengan Rasulullah di alam mimpi yang menjadi kemusykilan dalam kalangan sesetengah pihak. Pelbagai pandangan ulama dikemukakan bagi maksud tersebut, dan terserah kepada pembaca untuk menghayati dan memanfaatkannya.
Buku ini mengumpulkan apa yang telah ditulis oleh para ulama silam dengan menterjemah, mengolah dan mengadaptasikannya kepada tatapan pembaca dalam bentuk yang bersesuaian dengan kemampuan sidang pembaca sekalian untuk memahami dan mendatangkan manfaat. InshaaAllah