Tafsir Surah At-Taubah dan Juzuk 10 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab. Tafsir Surah At-Taubah dan Juzuk 10 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 10, iaitu Surah Al-Anfaal dan At-Taubah. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.
Sambungan tafsir Surah Al-Anfal dan Surah At-Taubah. Kedua-duanya tentang suasana perang. Surah Al-Anfal tentang harta rampasan perang dan sikap orang munafik terhadap harta rampasan perang. Surah At-Taubah juga tentang perang dan sikap orang munafiq. Terdapat kesilapan besar dalam cetakan iaitu pada muka surat 351. Iaitu Ayat 72 Surah At-Taubah yang terdapat kalimah yang berulang-ulang. Ini satu kesilapan yang tak patut terjadi. PTS bukan penerbit yang kecil dan biasa sampai boleh terjadi kesilapan pada ayat Al-Quran.