Amri dipenjarakan kerana kesalahan membunuh. Dia terlibat dengan aktiviti pembunuhan antarabangsa demi menjaga kestabilan dunia. Tanpa sedar, dia sebenarnya telah menjadi ‘kambing hitam’ atas tujuan peribadi seseorang.
Sehinggalah muncul satu program, Program Pengampunan Banduan. Amri dan beberapa banduan yang lain telah terpilih untuk mengikuti program ini. Mereka dibawa ke sebuah pulau yang belum pernah diterokai oleh manusia. Tanpa sangka, Pulau Larus itu ada ketua yang menjaganya.
Amri mula berasa tidak senang. Ada sesuatu yang mencurigakan. Apatah lagi mendengar syarat untuk lulus dalam program ini.
Syarat pertama; Hiduplah untuk bebas!
Syarat kedua; Bunuhlah seramai mungkin manusia yang ada di pulau itu.
Dan, bermula hari itu… mereka bermati-matian membunuh. Jika tidak membunuh, mereka akan mati dibunuh! Inikah harga untuk sebuah kebebasan?
“Inilah takdir kau. Jangan pernah terfikir kau boleh tinggalkan dunia yang penuh kegelapan ini. Kau tak ditakdirkan untuk hidup bahagia seperti manusia biasa!” - Particle
“Sekurang-kurangnya, aku tak perlu mengulangi dosa lama!” - Amri
First novel yang aku berjaya khatam dalam bulan september. Ini adalah novel pertama yang kau baca daripada penulis Arifful Baqi. Kalau tengok rating novel penulis yang sebelum ni, tinggi jugak. Aku saja nak beralih angin baca novel bergenre macam ni.
Novel ni lebih kepada genre sains fiksyen. Melibatkan peralatan teknologi yang canggih. Bagaimna ada Pintu Pintasan Masa, D-troop ape semua tu.
Kisah Amri, banduan yang pernah terlibat dalam kes pembunuhan dan kembali ke pangkal jalan dengan cara menyerahkan diri kepada polis. Malangnya, dia serta beberapa orang banduan yang lain terpaksa mengikuti program pengampunan banduan demi menuntut sebuah kebebasan.
Kesemua banduan itu dihantar ke sebuah pulau yang dikenali Pulau Larus. Di sana mereka menjalani program survival. Tapi demi mendapat sebuah kebebasan, mereka perlu membunuh. Setiap satu pembunuhan, mereka akan diberi kredit. Kredit itulah yang dikatakan akan menjamin mereka untuk bebas. Pembunuhan demi pembunuhan berlaku.
Di pulau tersebut, sudah banyak kumpulan banduan yang tiba beberapa tahun yang lalu. Setiap tahun pasti akan ada kumpulan banduan yang tiba demi menuntut kebebasan. Di sana terdapat 3 buah kumpulan yang dirangka. Standing, Killing dan Readalia. Setiap kumpulan masing2 mempunyai kekuatan dan misi mereka tersendiri.
Syarat utama untuk mereka keluar dari pulau itu dengan Membunuh King. Ketua yang menerajui pulau itu dan yang mencipta permainan survival ini.
Tapi di akhir2 novel, terbitla satu plot twist yang memeningkan kepala aku. Hahah. Serius. Tapi overall novel ini sangat mantap. Penulis sangat2 mempunyai idea yang bagus. Aku tak pernah lagi membaca novel yang melibatkn sains fiksyen ni. Bolehla bagi korang yang carikan kelainan.
Memang tak mengecewakan.. Buku yang dah lama dibeli dan terperam.. Penulis berjaya memberikan perasaan debaran, suspen, keterujaan pada Sha yang membaca.. Cerita dikarang dengan cantik dan penuh misteri.. Siapa King sebenarnya memang sangat misteri.. Bila terbongkar juga sangat mengejutkan.. Namun plot twist di hujung cerita tu berjaya mengetuk Sha.. Memang nice.
Saya tertarik untuk membeli novel Survival apabila saya membaca sinopsis di kulit belakang novel ini. Pertama kali membacanya,terus saya teringat permainan mudah alih popular masa kini iaitu PUBG Mobile. Jangkaan saya,mungkin latar belakang dan jalan ceritanya mirip dengan permainan tersebut. Mungkin Survival mengisahkan seorang watak utama yang dipaksa untuk membunuh kesemua peserta sehingga hanya tinggal seorang sahaja sebagai pemenang tunggal. Mirip Battle Royale atau Hunger Games. Tetapi,ternyata tanggapan saya itu salah.
Saya tidak nafikan,penulisnya,Arifful Baqi,mempunyai konsep dan latar belakang cerita yang menarik di dalam novelnya pada kali ini. Namun demikian dan malang sekali,kesemuanya dicrammedkan di dalam sebuah novel yang sepatutnya diceritakan di dalam dua buah novel dan bukannya satu. Natijahnya,terdapat banyak lubang di dalam plot cerita yang tidak terisi dengan baik yang memerlukan penceritaan yang lebih teliti. Ini mewujudkan cliffhanger di dalam cerita Survival ini.
Saya berpandangan bahawa novel pertama patut didedikasikan untuk menceritakan sejarah Amri (watak utama) dengan penglibatannya di dalam organisasi pembunuh antarabangsa yang diterajui oleh Particle. Manakala,novel kedua pula menceritakan pengalamannya di Pulau Larus dan keterlibatannya di dalam Permainan Survival.
Penulis perlu membaiki dan memantapkan lagi cara dan gaya penceritaannya untuk menjadi lebih baik lagi di masa hadapan. Satu contoh yang saya fikir boleh diberikan penekanan adalah bagaimana untuk melakukan deskripsi watak. Watak utama yang bernama Amri,selain warna rambutnya adalah hitam dan bertubuh kekar,saya tidak mengetahui ciri-ciri fizikal yang lainnya mengenai watak ini. Apa yang saya cuba maksudkan adalah,penulis patut memberikan deskripsi watak yang lebih teliti dan menyeluruh. Adakah Amri memiliki parut luka di anggota badannya,apakah warna kulitnya,rambutnya panjang atau pendek dan lain-lain lagi yang berkaitan.
Amri dan beberapa banduan dihantar ke sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Larus untuk menjalani Program Pengampunan Banduan. Setelah tiba di sana, mereka terkejut dengan syarat yang diberikan dimana untuk mendapatkan kebebasan dan keluar dari pulau tersebut, mereka perlu berbunuhan sesama sendiri.
Amri dan dua rakan barunya iaitu Muzammar dan Sahak bertembung dengan Mikael, ketua kumpulan Standing. Dari situ dia mengetahui bahawa telah ramai banduan yang dihantar ke pulau tersebut selama bertahun-tahun dan ditadbir oleh seseorang yang bernama King. King meletakkan syarat untuk permainan Survival ini iaitu mereka perlu mengumpulkan sebanyak 100 ribu kredit atau membunuh King sendiri jika inginkan kebebasan mutlak. Permainan Survival ini mengingatkan aku pada movie Hunger Games. Namun King bukan manusia biasa dan mudah untuk dibunuh. Kelebihan yang ada pada dirinya membuatkan semua banduan dan penduduk asal pulau yang dikenali puak Retae iaitu pemakan daging manusia tunduk pada kekuasaan King. Selain itu, King juga mempunyai kelengkapan senjata yang canggih dan robot yang hebat yang mana membuatkan orang lain tidak berani untuk berhadapan dengannya.
Walau bagaimanapun, Amri bukan mudah untuk ditundukkan. Sebagai seorang bekas pembunuh upahan yang hebat, dia juga seorang yang 'special' seperti King. Untuk memburu King, Amri mengumpulkan beberapa orang termasuk Mikael, Amran iaitu rakan seperguruan yang juga special seperti Amri, Muzammar dan lain-lain ke istana King yang terletak di tengah hutan.
Cerita ini menjadi semakin menarik bila rahsia King diketahui oleh mereka. Siapa sebenarnya King dan dari mana asalnya benar-benar mengujakan. Plot twist di sebalik plot twist. Sangkaan awal mereka mengenai identiti King rupanya meleset dan motif perbuatan King juga tak disangka.
"Masa yang lepas itu sudah pun berlalu, tiada apa yang boleh dilakukan untuk mendapatkannya kembali. Namun, kita masih mempunyai seluruh kehidupan untuk diteruskan pada masa hadapan."
Kisah yang penuh ketegangan ini menceritakan tentang Amri, penghuni penjara yang dihantar ke pulau untuk menyertai satu program pengampunan, Survival. Penghuni pulau ini terdiri daripada banduan dari seluruh Malaysia. Untuk memperoleh kebebasan yang dijanjikan, semua peserta survival harus mengumpul 100,000 points. Peserta harus membunuh peserta lain untuk menaikkan pungumpulan mata. Dikelilingi oleh indidvidu yang tidak mempunyai perasaan bersalah untuk membunuh, bahkan manusia kanibal, puak Retae yang merupakan penghuni asal pulau itu, Amri harus berjuang untuk terus hidup. Di tengah-tengah kekejaman ini, muncul seorang figura yang dikenali sebagai "King," yang merupakan master mind kepada semua perkara yang berlaku di pulau ini. Salah satu perkara yang turut diketengahkan ialah, bagaimana kelemahan sistem perundangan sering menyebabkan orang yang tidak bersalah terkena hukuman. Banyak penghuni penjara adalah orang yang tidak bersalah, salah satunya adalah Sahak. Ada yang berpendapat bahawa novel ini macam Squid Game, saya rasa Survival lebih dekat dengan cerita John Wick, terutama dari segi gaya pertempuran Amri. Lagipun Amri merupakan seorang pembunuh upahan. Berkenaan dengan puak Retae, saya berharap mereka dapat berbaik dengan Amri dan bergabung dengan Standing, untuk mencipta sebuah aliansi yang lebih kuat. Persoalan Tentang Jam Pintar - Macam mana jam pintar boleh detect berapa orang yang peserta survival dah bunuh? ***Spoiler alert**** Grandfather Paradox - Mikail, yang berasal dari masa hadapan, kembali ke masa sekarang untuk menjadi "King". Namun, bagi memastikan "King" tidak wujud, Mikail di masa sekarang cuba membunuh diri sendiri supaya tidak dapat melakukan perjalanan waktu lagi. PS: Kenapa saya selalu bayangkan Dtroop tu macam Stormtrooper.
Buku ni macam underated, jadi saya baca Survival tanpa sebarang harapan. Eh, sekali BEST! pula.
Secara ringkas buku ni mengisahkan sekumpulan banduan yang menjalani program pengampunan dicampak ke sebuah pulau. Di Pulau tu mereka kena main survival game, dimana kau kena membunuh untuk terus hidup. 1 nyawa nilainya 10 mata dan kena kumpul 100 000 mata untuk bebas. Gila kan!
Penulis sangat bagus membawa kita masuk ke dalam cerita. Biarpun ada banyak watak2 dalam buku ni tapi sikitpun tak menjejaskan pergerakan plot. Malah menyebabkan aku crush dengan beberapa watak selain Amri (protagonist).
Dah namapun banduan, jadi memang kebanyakan watak dalam cerita ni jahat. tapi ada je sekumpulan banduan yang baik. Pada mulanya skeptikal sikit dengan watak Amri yang nampak klise, pembunuh upahan yang dah insaf. Saya tak minat watak overpower, tapi semakin baca pasal Amri semakin nampak charming dia. luv!
Mikael saya kira watak 2nd lead yang buat sesiapapun crush dari awal sampai akhir. Dia punya charming memang tak jual dekat Shopee, dik! Bila Mikael bergabung pula dengan Amri, lagilah.
King! antagonist yang urgh!!! Mula-mula fikir King ni watak grey, dia nampak macam ada soft spot pada Mikael, Amri dan Azieka. Eh sekali plot twist dia, ya ampun (hampir2 buku mencium dinding)
Babak paling saya suka waktu Mikael dan Amri nak selamatkan diri dari perkampungan kanibal. Kool gila babak tu. Waktu ni aku mula suka pada Azieka. Dan mula nampak Amri caring lain macam kat minah ni.
Banyak betul ya plot twist dalam cerita ni. Dari sekecil-kecil plot twist sampai ke sebesar-besar plot twist. plot twist after plot twist. Ya Allah, bersepah ye mat. Tapi saya suka! Jarang saya rasa puas hati dari mukasurat pertama sampai mukasurat terakhir. Momentum tu kekal dan tak ada bahagian yang berani saya skip. Every single page buat kita teruja! Tahniah penuls kerana berjaya menghasilkan novel yang sangat best dan berbaloi dibaca.
Nah! Buku ni ada vibes The Hunger Games campur sikit The Squid Games. Sis memang suka tengok THG series, so yeah! Versi yang novel melayu thriller ni pun best jugak. Tolong lah producer filem adaptasi buku ni jadi filem🫢
Kalau tengok kepada grafik peratusan elemen dalam buku, peratusan konflik antara yang tinggi dan ya, buku ni agak laju penceritaan nya. Tak meleret. Tetiba eh konflik kemudian ada konflik lagi, diselang-selikan dengan aksi. Kalau dalam filem boleh dikategorikan sebagai 18pg dah ni. So violence huhu.
Plot twist dia pun hebat jugak. Paling tak jangka adalah cerita tentang identiti King. Fuhhh! Tak sangka macam tu. Recommended siapa suka baca genre thriller👍🏼👍🏼👍🏼
Best buku ni..dia ala2 squid game dan jalan cerita penulisan sama macam pemutus nyawa.
Buku ni recommended, ada plot twist dan memang berpeluh tak berhenti kesian tengok semua watak2..semuanya dilakukan untuk hidup dan ada pula memang tak fikir pun pasal nyawa semua demi keseronokan duniawi..
"Permainan survival ini dikuasai oleh sekumpulan ahli politik yang menjadikan nyawa manusia sebagai hiburan mereka"
Tapi mereka semua dibunuh juga🫠
Kesimpulannya : kita tentukan kehidupan kita sendiri untuk hari ini..biar apa orang nak kata kita ke..tapi kalau kita nak jadi baik..kita usaha sebaik mungkin. Cukup2lah...penat baca...berdarah banyak...😉
Thriller yang betul² thriller macam tengok dalam movie² English. Ada scene ganas, berdarah, cabut kepala, kanibal dan sebagainya. Suppose ada trigger warning.
Atas sebab2 di atas, saya drag betul nak habis baca. Tapi habiskan juga sebab nak tahu ending. Tak expect ada plot twist. Overall storyline okey cuma banyak putar-putar tempat sama. Ada selit² nasihat agama juga.
Nak hapuskan watak sekejap je, bagi mati. Tak ada character growth sangat. Watak utama pun dah confuse siapa, Amri ke Mikael.
For further reference, not my cup of tea to begin with. Nak rate 2.5. tak boleh. Jadi genapkan bagi 3.😂
The story is so good. Cerita sci-fi, thriller yang menarik. Walaupun unsur pertandingan last-man standing itu nampak seperti sudah sering diguna pakai, namun unsur sci-fi yang dimasukkan menjadikan cerita ni fresh.
Penggunaan imbas semula yang baik dan tidak mengelirukan pembaca. Sehinggalah beberapa babak terakhir di mana fokus diperlukan untuk memahami apa sebenarnya yang sedang terjadi.
Masih tak dapat figure out certain parts. Maybe I'll just let it sit and read it again. Yeay. But overall, amazing.
Buku ni memang best plot plot dia pon semua memang helok la
Nasib baik king tu bukan Amri, hahahaha
Cuma dia pnya plot pasal mikael dan ******* adalah org yg sama n pasal rentas masa tu mcm biasa je sbb saya dah penah baca buku the lost world by Helmi Effendy dia agak sama plot tu
But other than that memang best la n terbaik
I really recommend this book for org yg suka thriller pnya genre
Ya Allahh novel paling mantap!! Masa baca novel ni rasa macam tengah tengok movie. Gaya penulisan cerita sangat smooth. Walaupun novel ni mempunyai elemen sci-fi, thriller dan aksi tapi senang sangat nak faham.Karakter dalam novel ni semua function dan mainkan peranan penting dalam membuatkan cerita lebih menarik. Bukan sahaja novel ni sangat superb tapi banyak nasihat dan pengajaran yang boleh pembaca ambil. Walaupun dah habis still tak boleh move on! Best sangat!
Bismillah. Satu garapan yg sgt baik oleh penulis kte ini, sebuah game ataupun sebuah di sebaliknya? Dlm tk sedar dalang disebaliknya tidak sangka sangka. Siapa King? Apa kaitan nya beliau bersama arman dan amri? Milikinya jika ingin rasa, garapan yg best ini! Teruskan perjuangan suci tuan! Wassalam.
my first impression abt this book i ingatkan macam hunger games tu tapi cerita ni lain dari yang lain omg.. after i habis baca buku ni i terfikir kenapa buku ni underrated sebab memang best gilaaa. banyak plot twist and i like everything abt this book !!! thank u for this masterpiece
nice twist and storyline! sesuai utk orang” yg nk baca buku pasal survival. scene dalam cerita ni mudah utk kita imagine. cuma part plot twist tu kena baca elok”lah sebab berselirat sikit. Good job author 👍🏻
Jalan ceritanya telah menarik perhatian sejak bab pertama. Cara penulis membina suspen dalam beberapa bab membuatkan saya semakin tertarik untuk menghabiskan buku ini. Saya setuju dengan pandangan penulis bahawa semua orang berhak mendapat peluang untuk memperbaiki diri pada masa hadapan.
buku terplot twist yang pernah saya baca tiba ii ada trust issue dgn semua orang bcs who knows,someone yang kita sanjung tinggi sebenarnya dialah dalang dari apa yang jadi as the saying goes "duri dalam daging" am i right?
idea dan storyline yang menarik namun penceritaan dari segi bahasa agak kurang menarik sehingga saya mengambil masa yang agak lama untuk menyelasaikan buku ini
Novel Arifful Baqi seperti biasa lah, saspens, and the unexpected plot twist, tersenyum sorang2 baca, tipah tertipu. Terbaik! Teruskan berkarya dengan imaginasi tanpa batas anda.