Jump to ratings and reviews
Rate this book

Janji Anabella

Rate this book
Risa dipandang aneh oleh pelajar-pelajar lain termasuklah rakan sekelasnya sejak berpindah ke sekolah berasrama penuh, Jasmine School. Di sekolah ini dia mahu memulakan kehidupan baru selepas doktor mengesahkan trauma yang dialami akibat tragedi hitam enam bulan lalu semakin stabil.

Sejak berada di sekolah ini, Risa sering didatangi seorang gadis Inggeris di dalam mimpi-mimpinya. Dia merasakan sesuatu telah berlaku dan pihak sekolah seperti merahsiakan hal itu daripada pengetahuan orang luar. Artikel lama yang ada di bilik pengetua berkaitan kes kematian yang pernah berlaku di sekolah ini mula merungkai sesuatu. Sah! Jasmine School punya misteri tersendiri.

Apa kaitan kematian yang pernah berlaku di sekolah ini dengan gadis Inggeris yang selalu muncul dalam mimpi Risa? Apa hubungan sebenar gadis Inggeris itu dengan makhluk persis jerangkung yang sering muncul di dalam biliknya? Siapakah antara mereka yang bukan manusia sebenar? Atau... adakah kejadian selama ini hanya halusinasi yang terhasil akibat trauma yang dialami Risa?

498 pages, Paperback

First published June 1, 2019

25 people want to read

About the author

Hasrudi Jawawi

21 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (40%)
4 stars
6 (27%)
3 stars
5 (22%)
2 stars
2 (9%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
March 14, 2025
Risa yang baru sembuh dari traumanya setelah kemalangan ngeri yang turut membabitkan ibunya, kini terpaksa berpindah ke sebuah sekolah baru. Walaupun sering dipandang serong oleh rakan-rakan di sekolah tersebut namun Risa tidak kisah. Kerana kehadiran Bella yang sudi menjadi rakannya di situ sudah cukup buat diri Risa.

Babak Risa baru tersedar dari koma dengan tiub pernafasan tu SH rasa agak sedikit tidak kena. Rasanya kalau tiub begitu terjulur dari mulut bukan kata nak jerit, nak bersuara pun susah. SH rasa untuk babak-babak yang melibatkan perubatan mungkin penulis kena membuat kajian yang lebih sedikit bagi mendapatkan hasil yang lebih realistik.

Naskah ini sebenarnya menarik namun SH rasa macam pernah menonton sebuah drama yang mempunyai jalan cerita yang sama. Dan ini sedikit sebanyak mengurangkan rasa teruja semasa membaca kerana jalan ceritanya sudah bermain di minda semasa membaca.

Kasihan betul dengan tukang kebun (nama SH lupa). Dia hanya mengikut arahan pengetua namun dia pula yang menjadi mangsa. Pengetua tu degil betul. Sudahlah tak mahu mengambil langkah berjaga-jaga, bila dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat ustaz pun langsung buat tak tahu sahaja. Sudahnya orang lain yang menjadi mangsa.

SH faham bagaimana sunyinya Risa hingga tidak perasan sebarang tanda-tanda pelik yang ditinggalkan oleh Bella. Baginya adanya Bella sebagai peneman di sekolah itu sudah memadai untuk membuang kesunyian yang memenuhi hatinya.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
August 5, 2019
Kisah pokok bayan yang berpuaka.. Mengganggu dan menggoda manusia yang lemah hati dan perasaannya.. Hanyut dalam permainan syaitan.. Risa yang kehilangan dan mengalami gangguan perasaan sering mendengara suara membaca mentera dan menghalaunya pergi dari sekolah asrama itu.. Kawan-kawan mengasingkan diri dari Risa sebab keanehannya.. Hanya Anabella yang sudi berkawan dengan Risa tapi Anabella selalu ada dan tak ada.. Apakah itu semua hanya ilusi Risa sahaja.. Novel yang menarik..
Profile Image for Ansya.
113 reviews
August 5, 2019
Bismillah. Tertangguh utk membaca naskah ini.
Alhamdulilah habes juga akhirnya. Apakah rahsia di sebalik pokok bayan itu? Risa bertemu annabella. Sahabat atau sebaliknya?? Siapa annabella???
Grab this book! No regrets. Insya'allah! Sekian.
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
August 3, 2025
Anabella. Bella. J. (Whatever nama dia apa)

Weh tak baik tau kawan buat macam tu HAHHSHHAHA tahulah demi kepentingan diri tapi tak baik tau betray member macam tu. Kalau dah nama iblis laknatullah tu, iblis jugak lah akhirnya. Novel ni buat saya rasa macam saya dapat teka plot, tapi kadang kadang macam salah sebab ada penulisan penulis buat saya was was dengan diri sendiri.

Risa ni wrong time, wrong place, wrong segala galanya wrong waktu dekat sekolah ni. Tapi ending yang agak berpuas hati sebab Risa dah jadi macam dulu. Budak baik je sebenarnya cuma biasalah jiwa remaja suka memberontak.


1. Kenapa dekat pengetua selalu guna ayat “tersenyum sinis” ah something wrong ke dengan pengetua ni ada kaitan ke
2. Kenapa hantu jepun sibuk nak tolong jugak tapi buat Risa takut jugak haih nak tolong pun scary
3. Nak tahu kisah hantu jepun + budak Inggeris tu mati (i know mati macam mana tapi tak details sangat)
4. Kenapa guna jampi jawo? Ada kaitan dengan hantu tu ke? Mbak jawo mungkin
5. Terlalu tiba tiba masukkan kitab iblis…. Macam eh….

Tu je, yang lain saya okie!!!! Hehe tahniah penulis.
Profile Image for Hamidah Effendi.
350 reviews3 followers
November 18, 2025
Janji Anabella oleh Hasrudi Jawawi

Kisah ini mengangkat seorang remaja, Risa, yang sedang melalui fasa memberontak dan mencari diri. Selepas satu kemalangan yang meninggalkan trauma mendalam, hidupnya berubah.

Dia dimasukkan ke asrama, dipulau sahabat-sahabat baharu — namun kenangan lalu juga turut menjadi punca keruntuhan dirinya sendiri yang cuba bangkit.

Risa bergelut antara dunia realiti dan halusinasi yang dicetuskan oleh ketakutannya.

Plot disusun dengan gaya berulang, membuatkan sesetengah hal lebih mudah dijangka, tetapi masih mengekalkan unsur misteri yang memaksa pembaca terus mengikuti perjalanan Risa.

Kali ini, Risa tidak keseorangan. Kehadiran Afiq, Mak Pah, rakan-rakan dorm menjadi cahaya kecil yang cuba menariknya keluar daripada kegelapan. Itu perbezaan Risa berbanding mangsa-mangsa lalu.

Dalam cerita ini, satu watak dimasukkan ke sebuah sekolah yang tapaknya pernah dibuat perjanjian dengan syaitan — syaitan yang menuntut “makanan”.

Seperti dalam buku pengabdian, buku ini juga mengulang konsep hantu dalam kisah ini wujud dalam dua bentuk: satu yang seakan membantu, satu lagi yang menganiaya. Namun hakikatnya, kedua-duanya tetap syaitan yang tujuannya menjatuhkan manusia yang lalai.

Genre cerita merangkumi misteri, seram, kekeluargaan, persahabatan dan konflik remaja.

Kebanyakan mangsa Pokok Bayan adalah pelajar-pelajar yang memberontak, kecuali Pak Kassim — yang nasibnya memang menyedihkan. Dia dah pesan, alih-alih dia pun terkena.

Pengetua pula digambarkan seperti menolak pandangan ustaz, menganggap semuanya karut, sehingga masalah tak pernah selesai.

Agak pelik juga bila difikirkan: sebuah sekolah swasta mengalami banyak kes kematian berulang kali, tetapi masih terus beroperasi. Jika mengikut logik zaman sekarang, pasti sudah kecoh dan disiasat. Melainkan, ada “tangan-tangan besar” yang menutup cerita…apa yang pasti untuk buku ini adalah penulis itu sendiri.

Aku beri 3/5. Faktor kepercayaan aku sendiri mempengaruhi, ditambah beberapa plot yang terasa longgar dan kurang logik.

Tapi paling buat aku geram? Watak remaja yang kaki menjawab tu — rasa nak cili-cili saja.😡😤
Profile Image for MZ.
15 reviews
Read
June 3, 2024
Sebenarnya novel ni pernah jadi adaptasi filem Beringin dekat Astro tu ke? Macam sama.
This entire review has been hidden because of spoilers.
12 reviews1 follower
March 8, 2023
Best cerita ni. Kisah hantu puaka. Sinopsis dah ada kat atas, ramai yang dah komen. Aku cuma nak bagitau memang seram la kalau kau baca novel ni tengah malam. Kompem merinding bulu roma.
7 reviews
February 4, 2020
Jalan cerita mmg menarik..
Tup² cerita ni sama dengan Filem bertajuk Beringin lakonan Sara Ali.
So, sapa tiru sapa jalan cerita ni ya? atau slps novel ni dicetak, kemudian diadaptasi mnjadi sebuah filem? tp Kalau tgk pd tarikh filem, filem tu dah bertahun dikeluarkan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
9 reviews1 follower
Read
January 31, 2023
Jalan cerita menarik dan agak menyeramkan cuma terdapat kemiripan dengan drama Beringin lakonan Sara Ali.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.