“Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?”
Dia membilang dengan jari tangan.
“Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?”
Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip.
“Tulip ada?”
“Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?”
A-Cid berpaling ke belakang.
“Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza."
Dia memetik jari.
“Pink ribbon.”
Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca.
“The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah.
Addin jatuh rahang bawah. The-what???
“A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu....”
“I’m Panah Arjuna. I spread the love.” Selamba dia menuturkan dengan muka toya.
Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB? Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.
"Selagi ada hayat, selagi kepala boleh ingat" I read this 13 years ago, sekarang tak kira how many times i reread this, perasaan dia still sama mcm mula2 baca dulu, dulu baca waktu sekolah skrg everytime baca teringat kenangan dkt sekolah zaman2 remaja dulu. Rindu sangat momen tu. This book will forever have soft spot in my heart❤️
Dah lama aku tak ulang baca novel Hlovate sebabnya everytime I start reading Hlovate's novel nahh.. I'm gone ~
Boleh nak dikatakan 13 tahun yang lepas Tunas merupakan novel yang membuatkan aku & kawan-kawan belajar dengan bersungguh nak score SPM sebabnya nak kejar cita2 macam Addin, Benz & the gang serta Mags7. Now, dah reread this membuatkan aku teringat kenangan zaman persekolahan dulu, macam mana aku bermusuh dengan add maths & benda yang berkaitan dengan kira-kiranya cumanya takda Benz je lah nak tolong ajarkan just my girlfriend with otak geliga 😂 & my walkman penuh dengan lagu yang Hlovate letak dalam novel (Hlovate jugalah yang membuatkan aku minat & start dengar English song). Rindu betul zaman remaja dulu2 & this book will forever have soft sport dalam hati aku.
Habis baca terus rindu zaman sekolah Kita bukan ex-con tapi kita nakal jugak dulu sampai kena panggil masuk bilik warden 🤣 Nasib baik warden tak panggil parents datang sekolah.
Satu je lah, nak baca mags 7 versi dewasa 😭
Sedih waktu last chapter yg Kucai confront Benz pasal Addin tu, nasib baik Aa+Bb yang keluar dulu kalau tak menangis la ingat ending diorang macam tu je. K nak baca Aa+Bb pulak.
Saya baca semula sebab nak refresh ingatan. This is how the story of Addin & Benz bermula. Apa nak cer... karya Hlovate memang cool, walaupun tebal dengan senario kukuh beriman, awesomeness overload watak-watak utamanya punya karisma, otak geliga out of the box. Ada juga la watak minah senget blondie tapi tak mengaum sangat sebab dijinakkan egonya berkali-kali oleh Addin yang smarties disebalik naughtiness. Benz pun best la otak dia, nampak vulgar dan annoying giler tapi awalx2 dah tergolek hatinya, tapi dia tak nak mengaku laa of course.
Tunas kemungkinan besar dapat menarik minat remaja, kisah remaja nakal belasan tahun yang otak saintis tapi tak sah kalau tak bikin gempaq.... macam cerita siri Yoyo Liana Afiera Malik la sikit. Tapi zaman berbeza. Suka baca karya Hlovate - bernilai aestetika.
Buku ini adalah sambungan kepada Aa+Bb..ala-ala "rewind" zaman sekolah dulu daripada Aa+Bb. Memang menarik dan kelakar. Macam manalah boleh dapat idea gila-gila macam tu. Addin digambarkan sebagai sorang remaja perempuan yg agak tak ada perasaan (no heart feeling), bukan dari jenis yg "girlish", "simple", dan "rock". Berbeza dengan abangnya Kucai yang agak sabar dalam banyak perkara.
Cerita ni juga berkisar tentang segala kenakalan dan muslihat Addin serta sekutunya, Magnificent 7 @ digelar Mags 7. Daya penarik di dalam cerita ni sudah pasti si Benz Aliff yang menjadi musuh ketat Addin sampai bila-bila! Benz yang pada awalnya lagi telah memberikan tanggapan buruk pada pandangan pertama Addin. Mana taknya, si Benz datang dengan memakai gelang, cincin dan rantai dan semua ini membuatan Addin memandang semacam. Tapi kecilnya dunia, Benz menjadi teman sebilik Kucai.
Macam-macam ada dalam buku ni. Kalau rasa susah belajar Fizik, bacalah buku ni,, banyak teori Fizik diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Hehe..antaranya idea gila mem'black out'kan bangunan kelas supaya prep tiada pada malam tersebut!
Ada banyak kejutan,,bermula dari Mama Leha, si Blonde, majlis makan malam (Addin partner with Benz!), kejadian di pusat membeli-belah dan sebagainya..
Mengapa Addin boleh jadi sangat benci pada Benz? Siapa yang rosakkan barang kesayangan Benz? Apa yang terjadi pada malam majlis makan malam?
Jawapannya..kenala baca Tunas! Enjoy your reading (",)
Suka sangat baca buku ni.. Memang mudah untuk jadi gila dengan penulisan Hlvoate yang selamba dan ayat yang agak ekstreme.. Ekstreme bukan bermakna kasar atau tidak sopan, tp susunan kata yang sesuai dengan jiwa remaja disulam nilai-nilai agama sangat membuka mata.. Genius writing..I love her style.. Ada sahaja quotes yang leh diambik dari buku ni.. double jerk, where`s the fire, keji.. unik betul..*salute*
Berbalik kepada story yang telah ditulis.Terdapat 3 bahagian yang boleh dipecahkan.. Bahagian pertama menyingkap pasal kerja2 'jenayah' Great_troublemaker, memang boleh jadi gila sebab gelak sorang2...Second part, masuk pulak set untuk Addin ngan Benz...Part ni comel sikit, diorang nemesis with secret crushes....Last part pasal Mag 7... Mag 7 umpama penyambung generasi kedua segala misconduct geng GT_i yang dulu..
memang rugi kalau x baca!! Worth to read, gazillion times over~
Yang rindu zaman asrama, zaman sekolah boleh lah baca buku ni. Awal pembacaan baca kisah pioneer sekolah asrama private yang menempatkan pelajar² dari golongan yang berada. Ada yang sorokkan identiti ibu bapa, sebab taknak dilayan seperti raja. Ada yang kena tangkap dengan warden kononnya berkhalwat sedangkan mereka adalah kembar.
Kisah Addin dan rakan-rakannya. Ditambah pulak kisah Kucai dan geng laki² nya. Masuk Benz cerita tambah lagi rencah + Magnificent 7. Cerita budak fly, pergi makan roti canai, segala nakal cerdik yang most of the time memang boleh terkenang la zaman asrama.
Just satu je, terlampau banyak watak. Sampai aku keliru and lupa kisah masing². Kecuali Addin & Benz. Hahaha Kisah pertemuan Addin & Benz cool giler. Enemy to lover maybe?? Hahaha next Aa + Bb lah citer dia.
Dah macam buat marathon-Hlovate lak hik3 lalala5 Next story about Tunas. Rasanya nama judul pun dah cukup membayangkan, cerita ini cerita anak sekolah. Anak yang sedang belajar membesar dan dewasa. Sesuai untuk golongan remaja masa kini.
Hlovate menceritakan kisah remaja dengan biasa-biasa saja. Mengajar kita yang Add-Maths itu senang, Fizik juga… banyak teori yang ada yang boleh diguna pakai. Terutamanya Teori Tangan Kiri Flemming tu hahaha Aku rasa lah kalau cerita ni dibukukan di zaman aku dulu, rasanya mesti ramai yang boleh skore A hik3 lalala5
Seperti biasa, Hlovate juga senantiasa mencorakkan karyanya dengan ilmu agama yang cukup mudah difahami. Tak perlu bermadah lebih2, rasanya terkesan juga apa yang ingin dilontarkan oleh si penulis. Tahniah!
Kisah ni mengimbas kembali kisah Addin + Benz di zaman persekolahan, cerita yang pastinya perlu ada sebagai pelengkap aA + bB. Banyak cerita yang menarik yang buat aku tersenyum. Mana taknya, teringat pula zaman sekolah dulu. Ada banyak kenangan yang manis tuk dikenang.
Ada juga diselitkan cerita tentang Mags-7. Apa tu? Anda perlu baca sendiri tuk mengetahuinya. Yang pasti kalau anda inginkan cerita anak sekolah, tak rugi membaca. Ada banyak yang boleh buat anda tersengih, yang pasti bila mengingati kisah nakal-nakal ketika bergelar budak sekolah hik3 lalala5
Antara karya-karya Hlovate, cerita [tunas] saya paling suka ulang baca. Tak pernah rasa jemu. Mungkin juga penggunaan bahasa yang santai terasa dekat dengan jiwa saya. Saya juga kagum dengan Hlovate sebab gigih senaraikan nama dan nama gelaran yang pelik-pelik dalam karya beliau. Tak pernah dibuat oleh penulis lain.
..
Cerita ni selain boleh membuatkan kita tersenyum sorang-sorang sebab terimbas kembali zaman sekolah dulu sebenarnya dapat memberikan motivasi kepada pelajar SPM. Kalau perasan la, watak-watak yang dicipta oleh Hlovate dalam cerita ni semua bercita-cita tinggi dan jenis buat sesuatu kerja mesti berikan sehabis baik. Di penghujung cerita pun, geng Mags 7 semua dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tak ada yang terkandas SPM walaupun perangai sorang-sorang nakalnya lain macam.
..
Lain betul dengan keadaan saya dulu. Saya tak nakal dan luaran orang nampak saya budak skema tapi hakikatnya saya tak serius untuk fikir tentang masa depan. Sebelum SPM dan selepas SPM tiada perbezaan di mata saya. Tapi alhamdulillah saya berjaya menghabiskan pengajian walaupun tidak ke luar negara dan sudah bekerjaya walaupun biasa-biasa sahaja.
..
Saya tertanya kepada diri sendiri jika cerita [tunas] ini ada dan saya baca sebelum saya tempuhi SPM adakah saya juga akan menjadi seorang yang bercita-cita tinggi?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Hlovate? The name itself is full of meanings. It's about love and hate..the writing is simple, funny, witty. You might be laughing out loud without meaning to. It will bring you back to those good old times especially for those who is fortunate (or unfortunately perhaps?)to experience the boarding school first hand. At first..eeek..I had a series of bad deja vus. Addin so remind me of my head girl. She's totally cool. Tomboy. Smart and bad ass. She's a part of this cool clique; apparently children of rich people who went to this private school. Their antics are fun and juvenile. There's not much love stories in here but a lot of life lessons intertwined with teenage angst. What I like most about the book is that eventhough this kids are supposedly to be the spawns of upper class they're still humble and nice unlike the shallowness of the Gossip Girl's kids. They're so cool that I wish I was like them when I was in school. I guarantee this will bring a smile to your face after reading it.
buku nie byk menceritakan suka duka kerenah sebenar dalam kehidupan seorang pelajar. selesai membaca karya hlovate yang satu ini, rasa menyesal timbul coz i did't give my all during my school life and missed most of the fun there is.....tapi tiada gunanya untuk sesalkan hari-hari yang telah berlalu..so, i guest i need 2 do my best in life starting now.... hidup ini byk cabaran dan onak durinya. kadang kala kita lari dari menghadapinya kerana takut terluka....begitu juga dengan saya....namun jika kita tak berani menghadapinya kita tak akan mengecapi kebahagiaan dan kemudian berpaling ke belakang menyesali kenapa kita tidak mengambil jalan itu dahulu..........
[tunas] adalah kisah Addin dan Benz ketika zaman sekolah dengan kawan kawan mereka, 8 tahun kebelakang sebelum mereka bertemu kembali. Prequel aA+bB. Basically, dalam Tunas ni ada 3 fasa dan 2 batch satu sekolah agiteww.
Fasa pertama, menceritakan pelbagai memori Addin dan GT_i, geng MNC dan rakan sekelas Addin masa diorang form 4. Mula mula kenal Addin ni sumpah nakal gila tapi sempoi habis. Rupanya Addin ni budak ex-con🤣 first day sekolah macam macam dia buat jenayah dengan geng sebilik. Paling tak menahan dia pergi buli balik Eve and MNC geng, pecah masuk lab, blackoutkan kelas sampai la kes tangkap basah dengan Kucai padahal dengan abang kembar sendiri HAHAHAH. Tapi sumpah first year diorang memang chaotic gila banyak silly drama hshs saya terhiburr😭✋🏻
Fasa kedua, first batch Addin upgrade jadi fivers merangkap senior dan masih berpegang jawatan Head Girl Tunas. Masa ni baru kenal dengan seketul Benz Alif🙂↔️ tapi unexpected ya Benz first day sekolah dah bertindik hidung, pakai cincin tengkorak HAHAHAH mana la Addin tak anti dengan Mercedes sorang ni🤣 Paling best, Mags 7 baru pindah masuk Tunas. 7 ketul ni rapat betul dengan Kak Addin diorang sebab Addin senior paling slay gila haha. My fav scene; camping dan Malam Bersama Selamanya hehe.
Walaupun moments Addin dengan Benz macam anjing dengan kucing, diorang sebenarnya dah simpan crush each other rupanyaa sjsjs tapiii disebabkan satu insiden kat Jusco, Addin terus tak bercakap dengan Benz sampai tamat sekolah. So faham je kenapa Addin bermusuh dengan Benz dalam aA+bB dan semua persoalan aku akhirnya terjawab agitchu. Tapi tak jadi nak marah Benz lama lama sebab dia buat macam tu bersebab dan dia simpan rasa suka kat Addin tu dah lama sangat🥹🫶🏻
Fasa ketiga, batch Magnifications 7 mendonia di Tunas. Eady, A-Cid, Air-Jee, Im, Lee, Juki, K-oi, 7 makhluk senior berotak ‘geliga’ dengan kelebihan masing masing. Sejak naik fivers, memasing ada rivalry dengan budak fiver girls. Apa benda je budak bertujuh ni tak buat, semua diorang sapu. Fly sekolah, hampir nak letupkan makmal pun pernah, bermusuh dengan fiver girls pun still berkomplot taknak kantoi dengan warden hshs tapi apapun, function tetap function. Walaupun prinsip diorang ‘they don't do relationships but they do value friendships’, one of them tetaplah ada yang kecundang hati haha. Very the lurvee their friendship goals. Nakal nakal pun, belajar dan kerah tenaga untuk pelbagai program sekolah tetap diutamakan. Lagenda Tunas paling cool.
Sangat amazed dengan budak budak Tunas ni walaupun memasing perangai tiga suku tapi bab belajar diorang sentiasa mantap. Friendship diorang best gila. Kalau masa form 4 diorang banyak main main, naik jadi fivers je terus jadi function. Diorang punya life development tu sangat impressive. Tak lupa usaha Kucai selaku Head Boy sekolah nak ubah sekolah berasrama mereka menjadi versi yang lebih baik. Terlalu banyak value dalam buku ni membuktikan [tunas] ni tak kosong langsung. Cara diorang manage masa handle program sekolah dan pembelajaran nak menuju SPM tu sangat respect sebab hakikatnya macam ni la kat sekolah dulu nak nak lagi dulu bukan zaman teknologi canggih serba serbi macam sekarang. Nostalgia sungguh ‘))
Sepanjang baca [tunas] ni memang banyak mengimbau memori zaman sekolah dahulu kala. Paling best sebab zaman sekolahnya vibes tahun awal 2000-an so bebudak gen millenial dan awal gen Z mungkin faham perbezaan dengan zaman sekarang hshs. Buku ni sangat menjentik nostalgia zaman sekolah aku. Besttt sangat sangat, sebak pun ada. Ngl, memori zaman sekolah la paling mahal dan tak dapat kat mana mana. Old but always gold🤍
Akhirnya, berjaya jugak habiskan baca kisah Tunas ni. Tahniah pada diri sendiri. Beli dah lama tapi baru baca. Normal la tu, kan? Heh.
Kisah nakal budak-budak asrama. Kisah dorang struggle nak exam. Gelak je baca perangai Addin and the gang dok pedajal si Eve ulat nangka yang meggeletetis tu. Part Addin kena tangkap basah tu, akupun cuak dah. Rupanya, tett... Haha. Part Addin jadi pasangan Benz tu lagi la kelakar. Dalam menyampah sesama sendiri, boleh pulak si Benz tu cover baik punya masa Addin buat kerja 'jahat' dia tu.
Cumanya, nama-nama pendek watak dalam Tunas ni, terutama sekali geng yang 7 orang tu, pening la nak baca. Pelik ya amat nama dorang. Bab ni aku redah sekali lalu je. Haha.
Rasa macam nak baca balik kisah Aa + Bb tapi nak mencari dalam almari tu satu hal pulak. Entah kat mana aku susun. Hehe. Rasanya sikit-sikit ingat lagi kisah ni. Rasanya la.
Tajuk buku : Tunas. Penulis : Hlovate Keluaran : Jemari Seni Halaman : 539 m/s
Ulasan Ain Sabrina :
Tunas mengisahkan kisah zaman sekolah menengah dan ragam setiap seorang mereka. Menarik !!! Membuatkan pembaca merindukan kenangan zaman sekolah.
Asrama lazim dengan kisah penghuninya , dengan ragam yang pelbagai. Ada yang menyakitkan hati , ada yang alim-alim kucing, ada yang pakar IT , ada yang berlagak diva, juga ada kisah melangar peraturan. Dan kisah Tunas membawakan Addin watak utamanya , juga ada watak tambahan yang lain dengan ragamnya yang menarik hati.
Addin, gadis yang menyamar menjadi orang kebanyakkan sehinggakan kembar sendiri dibuat macam orang asing. Sehinggakan dia pernah kena ‘tangkap basah’ dengan abang kandungnya sendiri. Kemudian mereka dilantik menjadi ketua pelajar bersama.
Masuk tahun akhir di sekolah, ada pelajar baru yang masuk. Gayanya pelik, namanya pun pelik – Benz Alif. Nama ala-ala nama kereta kata Addin. Dari awal mereka seakan tidak sebulu , seakan ada perjanjian musuh antara mereka . Tahun akhir ini juga dia dikenalkan dengan Magnificient 7 , 7 orang seangkatan dan pasti dengan ragamnya pelbagai. Ada MoU antara mereka ,sama-sama men’cover’ kesalahan masing-masing. Dan dengan bantuan mereka juga , Addin berjaya mengenakan Benz. Dan siapa sangka kerana Mags 7 ini juga, Addin terpaksa digandingkan dengan Benz Alif dalam Malam Annual Dinner.
Berpasangan sedangkan bermusuh sejak awal lagi. Berpasangan sehinggakan mereka ditabalkan ‘Ideal Couple of the Night’ malam itu. Terkejut .
Dan siapa sangka selepas itu , mereka dan boleh duduk semeja berkongsi ilmu bersama . Benz jadi guru add maths Addin, Addin jadi guru fizik pada Benz.
Namun tak lama selepas itu , ada satu peristiwa yang berlaku di Jusco hingggakan perjanjian musuh antara mereka kembali berlaku.
Komen Ain Sabrina :
Saya adalah peminat tegar tulisan HLOVATE. Di saat tulisannya masih di laman blog dan belum dibukukan lagi , saya sudah jatuh cinta dengan karyanya. Karyanya lain dari yang lain , karyanya membuat saya memikir atau dalam bahasa lainnya - “thinking out of the box”.
Kisah Tunas memang boleh membuatkan kita terasa muda kembali. Membaca kisah-kisah zaman sekolah mengingatkan kita kepada memori zaman sekolah dahulu. Walaupun kisah Tunas , kisah zaman sekolahnya lebih berencah dan nampak lebih menarik , tetapi masih ada diterapkan perasaan seronok belajar di situ. Cara Hlovate mengaitkan setiap kisahnya dengan subjek-subjek penting sekolah , membuatkan pembaca rasa teringin belajar dan menaikkan semangat belajar dalam diri pembaca .
Watak Addin juga menarik. Walaupun ada nakalnya , dia tetap masih kuat pada agama dan ada semangat juang yang tinggi untuk belajar. Watak Benz juga ada karektor yang kuat, budak jenayah tetapi masih ada baiknya. Juga watak-watak yang lain , semua ada karektor dan keunikan masing-masing.
A memory lane! Bacaan yang ntah kali yang keberapa, but Hlovate never fails to make me feel in love with all the characters again n again.
Tengok pada banyaknya orang yang buat reviews pasal buku ni, so I can conclude that Hlovate has a special place in readers' heart especially untuk golongan2 pencinta karya-karya Jemari Seni termasuklah saya. Sebab memang tak dinafikan ramai orang yang mengenali Jemari Seni bermula dengan Hlovate, bermula dengan Addin n Benz kalo nak lebih tepat. Ramai orang yang sama-sama membesar bersama masa dengan karya-karya Jemari Seni. So tq n kudos to all the writers in Jemari Seni because all of u always play an important part dalam mematangkan kami para pembaca.
Back to Tunas. Kisah si Addin Shah, si Head Girl bersama Benz Alif yang sangat elergi dengan segala benda yang berkait dengan law n regulations. Benz yang hidup hanya tahu pakai law sendiri. Bagi golongan2 yang pernah duduk asrama masa sekolah dulu, masa baca buku ni, mesti akan terkenang2 member2 yang macam ni kan? Kawan2 yang hidup tak pernah nk ikut law sekolah, tapi mereka lah golongan yang sangat bijak tahap petala kelapan. Kalo ikut pengalaman saya selama 5 tahun kat mrsm, memang ramai sangat golongan Benz yang saya kenal. Golongan yang selalu peningkan kepala cikgu, but merekalah jugak golongan yang menaikkan results maktab. huhu. Kan dah cakap buku ni memory lane. Memang akan buat kita teringat kat zaman sekolah dulu2. Haha :p
Buku ni jugak sesuai tuk dibaca oleh adik2 form 4&5 yang akan berperang nak spm, memang akan ternaik2 lah motivasi nak belajar especially untuk subjek2 yang susah tahap tak ingat tu. Haha.
So the final part, tq to Hlovate. No matter who u'r, u always teach me many lessons through ur writings. Saya dah besar, dah jauh lari dari masa curious nak tahu Hlovate tu sape atau Hlovate tu lelaki ke perempuan.. Haha
Huhu, memang tak review sangat pasal Tunas pun ni, sebab tahu kalo review pasal Tunas, sah berkajang :-)
Hahaha. Baru baca buku ini semalam dek penangan aA + bB. So far...kena bagi 3 bintang dulu sebab nak digest part Magnificent 7 tuh. Okay...sangat okay kalau u memang budak hostel cuz lepas dah bertahun-tahun tinggalkan sekolah, you'll be laughing when you're reading this book. And u akan terkenang anak-anak orang kaya yang berlagak dan cikgu-cikgu pengampu. The writer is very good in deliberating this part.
CUMA...I tak minat nama Melayu over mengancam nieh. Benz Aliff itu sudah canteq. Megat Kamaruzzaman pon okeh...tp check out listing Mag 7...nama agak sukar diingat;)
Novel hlovate yg ni banyak mengingatkan aku pd zaman sekolah aku dulu! Serious kisah aku lebih kurang mcm kisah addin cuma berbeza sikit aje. So colourful with beautiful memories! Huwaa tiba tiba rasa nk msuk skola balik :-)
So, my rating for hlovate's novel, as usual 5 star :-)
used to worship this book 7 years ago (rated 5 stars and all that) but now not so much??? thought the writing is a bit over the top. but addin and benz still gives me the bittersweet feeling.
Mengisahkan tentang Addin & Mag 7 yang menghabiskan waktu sekolah mereka dengan cara mereka sendiri. Macam2 hal yang mereka buat. Menggunakan kebijaksanaan yang ada untuk survive disekolah berasrama. Dan buku ini menceritakan bagaimana Addin & Benz bertemu & apa yang terjadi sehingga lahirnya kisah dalam buku aA+bB. Menggunakan bahasa yang sempoi habisan, buku ini boleh menjadi motivasi kepada pelajar2 sekolah. Buku ini seperti bnyk diinspirasi dari kehidupan pelajar berasrama penuh & MRSM. Buku yang membawa balik kenangan masa sekolah dulu2. Ragam waktu kelas prep, kenakalan & remaja yang memang tak boleh dipisahkan walau se'skema' manapun seseorang itu. Kenangan kelas fizik yang menarik, add math yang sangat susah & kelasnya yang mengantuk, kerja subjek sejarah yang memang tak dapat dinafikan boleh buat orang semput untuk disiapkan dan bnyk lagi kenangan di sekolah menengah atas(form 4 & 5). Memang best!! Rasa macam nak baca balik aA+bB walaupun dah baca. Recommend untuk pembaca yang ingin mencari kelainan novel melayu.
Pendapat saya, mungkin anda perlu punyai pengalaman duduk di asrama penuh dan belajar sains untuk betul-betul menyukai Tunas.Atau mungkin anda perlu baca aA+bB dahulu untuk memahami pertuturan/mengenali watak-watak Tunas.
Sebab 1. hampir semua cerita dalam Tunas saya kaitkan dengan pengalaman saya, kalaulah saya seorang ibu 45 tahun yang belajar di sekolah menengah biasa, 30 tahun lampau...buku ini langsung bosan untuk saya. 2. Watak-wataknya semua kebudak-budakan tapi genius dan nakal. Kisah persahabatan bukan kisah cinta, sebab pada sinopsis memang dah diberitahu, ini permulaan cerita Addin+Benz dan sejarah Mags Seven~jadi ibu-ibu yang suka kisah cinta. Abaikan dulu buku ini, lainlah kalau nak baca pemikiran anak muda di sekolah menengah.
Ya, sebab ini kisah yang hampir kepada realiti, saya baca dari awal sampai akhir. Sekadar mencari jejak lama. Cuma kisah Mags 7, memang auta la kan? Tapi nasib sekolah Tunas tu tak wujud pun.
Bisa buat kutersenyum. Sudah pasti buku ini top di kalangan pelajar yang bersekolah asrama/pernah menjadi penghuni asrama. Setiap kisah yang dihidangkan menggamit memori lama, walaupun ada juga unsur-unsur yang kelihatan sepeti ditambah rencah sehingga terlebih overdos. Benar, tulisannya bukanlah menggunakan Bahasa Melayu Tinggi - namun masih bisa buat ku tersenyum, dengan bahasa rojaknya. Seolah-olah bahasa yang kerap kugunakan masa sekolah dan universiti dahulu.
Rasanya dapat ku kesan kenapa adik suka sangat buku ini. Barangkali kerana kami produk sekolah asrama.
Evolusi dari pembacaanku ketika ini Siapa Hlovate? 1. Perempuan 2. Doktor, graduan luar negara 3. Ini jangkaan sahaja - produk Kolej Yayasan Saad!
My first Hlovate novel! The thing that made reading this novel surprisingly memorable was the fact that I read it when I was still studying in a boarding school. So the details and stories of life in a boarding school really touched me as I have experienced it first hand.
A headstrong character like Addin is exactly what I am looking for in a Malay novel. She is not a typical teenage girl who whines about her love story or miserable life. She is not submissive. For that, I really adore and admire her :)
I have to admit that I am not a big fan of Malay novels but Hlovate is definitely the only exception!
Bertahun selepas baca aA+bB (itupon tak berapa ingat dah kisahnya...cuma wataknya masih boleh diingati)
Memang teringin nak baca sambungan or dalam kata lain..flashback zaman sekolah Addin & Benz~ Cuma tak berkesempatan nak mencari/membeli novel ni..sehingga novel ni dah digabungkan cetakannya..berapa lama tu kan?
Back to review: 1. Kisah GT_i ...memang seronok, terasa nak balik ke zaman sekolah je.. 2. Kisah Mags 7 ...kesinambungan pada kisah2 nakal Head Girl dibantu oleh mereka..
cuma....
KECEWA....kisah Benz hanya muncul setelah separuh novel IS baca...sebab setiap kali selak mukasurat tu..tertanya2 bila lah nak jumpa Benz ni...haihhh...