Jangan tengok buku ni sebelah mata tau... kalau nampak dari luaran, nampak macam cerita budak-budak. Selepas beberapa mukasurat baca, saya sudah suka. Buku sains fiksyen berlandaskan sifat kemanusian yang luas variasi; ada yang baik hati, berbudi bahasa, punyai naluri ingin sentiasa melindungi dan membantu... ada juga yang sebaliknya- pembengis, pendendam, haloba. Ada juga yang tidak jahat tapi tidak mahu pandang sesuatu dengan mata hati, contohnya pembaca akhbar tabloid, baca sekali terus percaya dan baca cerita lain terus percaya juga- seorang wartawan boleh dilambung ke atas dek cerita yang ditulis dan boleh dihumban ke bawah oleh cerita orang lain. Lumrah bukan? Melalui cerita cerita berkualiti seperti karya Amie Husaini inilah, diharapkan generasi muda Malaysia dapat lebih maju meneroka dalam bidang sains dan lain lain bamun tidak tenggelam dalam arus kepercayaan atau falsafah golongan 'Vienna Circle' atau yang sewaktu dengannya.
Saya suka quote ni "Age is mind over matter. If you don't mind, it doean't matter".
Saya suka juga lagenda 7beradik Kenanga, Chempaka, Melor, Tanjung, Teratai, Melati, Mawar... yang semacam dijadikan inspirasi penulis membangunkan watak utama.
Ada sequel ke buku ni?