Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bohemian

Rate this book
Cinta membuat kita tidak memandang apa-apa yang datang daripada kita, walaupun ia sebesar mana sekalipun. Sebaliknya, kita hanya akan memandang apa-apa yang datang daripada orang yang kita cintai, walau sekecil mana pun. Cinta membuat kita membuang sifat sendiri, dan mengambil sifatnya sebagai ganti

Aku
pemain muzik jalanan
melayari malaysiakini.com
merambu-rambu cari duit
pakai seluar bertampal di lutut
berambut panjang cecah bahu

Dia
seorang peguam
baca Business Times
gaji ribu-ribu
pakai skirt nampak lutut
berambut copper blonde celup

Siapakah dia yang berani mencuri tenang dan damaiku, lalu menggantikan ia dengan resah gelisah?
Siapakah dia berani merampas hening bening malam dengan huru-hara yang tidak keruan ini?
Siapakah dia yang berani mengusik lenaku dengan bayangnya?

Dia, yang tidak pernah ada dalam senarai bidadari anganku! Tidak pula pernah sekalipun wujud dalam daftar mimpiku!
Dia, yang dari hujung kaki hingga hujung rambut bukanlah perempuan yang aku mohon lewat doa-doaku kepada Tuhan.

472 pages

First published January 1, 2008

8 people are currently reading
63 people want to read

About the author

Imaen

15 books63 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
47 (31%)
4 stars
62 (42%)
3 stars
28 (19%)
2 stars
8 (5%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Ummu Auni.
664 reviews
May 12, 2010
Jangan tertipu dengan 'blurb'nya. Mungkin orang akan menyangka cerita ini, semata-mata cerita percintaan. Padahal acuan novel ini, yang menyebabkan dia menarik adalah pengisian Imaen. Imaen menulis menambah ilmu pembaca di dada. Imaen menulis sarat dengan unsur agama, dan isu semasa. Saya hampir tidak membacanya kerana tertipu dengan blurb novel ini.

Rupanya novel ini lebih dari cerita cinta Fadlan dan Nadira. Ada kisah tentang toxic disposal, tentang rasuah yang berleluasa, tentang prinsip hidup Fadlan walaupun hanya merupakan pemuzik jalanan lulusan kejuruteraan yang memilih jalan hidup berbeza kerana ingin mencari ketenangan. Saya belajar banyak perkara dari buku ini.

1. Dakwah itu merupakan proses yang sangat panjang. Ibarat kata Syed Qutb, kita memulakan untaian perjuangan ini.
2. Hukuman untuk pemusnah alam di Malaysia tidak begitu ketat, hanya maksimum 3 tahun penjara atau denda RM 5000
3. Kisah Umar al Khattab

"Pernah Nadira dengar cerita seorang lelaki yang pergi menemui Khalifah Sayidina Umar al-Khattab r.a., bertanya bagaimana hukumnya kalau dia ingin menceraikan isterinya kerana dia sudah tidak mencintai isterinya lagi.

Sayidina Umar berkata kepadanya, 'Apakah rumah tangga itu hanya didirikan atas rasa cinta sahaja. Ke mana hilang rasa belas kasihanmu. Bagaimana dengan sifat tanggungjawabmu.'

Lalu lelaki itu pulang ke rumah, dan dia terus menjadi suami yang baik dan penyayang sehinggalah isterinya meninggal dunia puluhan tahun kemudiannya."

Bagi saya, Bohemian cukup rencahnya. Malahan saya berani katakan Imaen mampu sebaris dengan RAM/Zaid Akhtar! Teruskan menulis Imaen, saya tahu keluhan tentang bukunya tidak selaku buku JS yang lain, tetapi saya yakin buku Imaen buku yang evergreen
Profile Image for Azizah.
388 reviews6 followers
September 14, 2013
Karya yang masih mendapati tempat di hati KakChik dari penulis ini walaupun bahasa@perkataan yang digunakan sesetengah memang susah KakChik nak hadam. Karya yang ada terselit unsur thriller dan ayat-ayat cinta yang masih sopan memang mampu menambat hati KakChik.

KakChik suka jalan penulis mengolah watak Fadlan walaupun di akhir-akhirnya kita bagaikan nampak dia sedikit terlalai dan memang melaras dengan apa yang dicetak pada rangkap pertama di kulit belakang buku ini.

Unsur thriller yang melibatkan Suhaimi yang buat KakChik sesak nafas dan kadang kala rasa macam nak main tipu belek dan baca muka surat terakhir. Hehehe. Walaupun pada KakChik rasa macam tak puas kerana plot thriller tu sedikit sahaja dan debarnya tidak sekencang ketika membaca Vendeta, karya penulis sebelum ini.

Penulis masih lagi menggunakan kaedah sindiran secara halus walaupun kadang-kadang rasa macam terpanar pijar muka macam kena cili giling. Kerana memang sudah lumrah manusia sukar untuk menerima sesuatu yang terjamin, apatah lagi kerjaya itu sesuatu yang amat penting dan bagai maruah bagi seorang yang bergelar lelaki

Kalau nak tahu kisah Fadlan dan Nadira dan peristiwa apa yang Suhaimi saksikan masa tunggu kekasih hati dalam gelap tu, silalah baca karya ini. Memang karya yang tidak mengecewakan kerana mengandungi pelbagai perkara dari pelbagai sudut yang diberi penjelasan dengan cara yang tersendiri.


P/S: Terima kasih pada JS untuk hadiah Jom Lomba Baca Julai 2011.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
September 16, 2008
Kisah tentang pemuzik jalanan yang ingin memperbetulkan persepsi dan tanggapan orang ramai tentang muzik. Kisah tentang Pemaju dan PBT – pihak berkuasa tempatan – yang korup. Juga kisah polis dan penjahatnya.

Fadlan sang Bohemian lulusan Kejuruteraan, Universiti Malaya tetapi memilih hidup sebagai ‘busker’. Menyanyi di Dataran Syiouk Skali dan menjadikan nyanyiannya sebagai sumber rezeki. Kisah tentang Nadira si loyar yang hidup berlandaskan prinsip dan rutin yang harus dituruti jadualnya.

Namun bila dua manusia yang berbeza cara hidup dan pemikiran bak langit dan bumi, bertemu di satu garisan yang dinamakan ‘cinta’, bertemukah satu noktah yang dinamakan ‘keserasian’??

Apa yang aku suka sangat akan Bohemian ini adalah pengisiannya. Ia bukan sekadar novel tetapi ia sarat dengan ilmu yang amat berguna buat aku yang jahil ini. Ia padat dengan info dan kata nasihat.

Aku suka dengan bahasa Imaen. “Bahasa mantap penuh falsafah namun disajikan dalam nada manis” bak kata blurb belakang kulit. Namun dalam manis kata bicara, tetap terselit nada sinis buat pembaca yang mengerti.

Aku suka dengan persoalan yang diutarakan oleh Imaen. Persoalan biasa tentang dunia muzik tanah air yang dewasa ini sudah menjadi rojak. Persoalan biasa tentang ‘korupsi’, tentang amalan ‘under table’ yang sama ada kita sedar atau tidak, memang wujud dalam masyarakat kita hari ini. (Ops! dan ada tips & resepi jugak ya!! ) Dan apa yang penting, pada aku Bohemian cukup rencahnya.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
October 22, 2019
Seawal pembacaan, saya sememangnya meletak harapan tinggi terhadap novel Allahyarham Imaen yang ini, Bohemian. Sebelum ini saya pernah baca Urusan Cinta Belum Berakhir, best bagi saya. Bohemian juga amat menarik. First half of the book, saya sangat teruja untuk baca dan baca laju, sebab nak tahu apa jadik. Walaupun diselang seli dengan bisikan dakwah dan bingkisan ilmu yang dalam juga, saya seronok menyelusuri bersama kisah Suhaimi, Nufail dan leading actor Fedex atau Fadlan. Senang ingat nama tu. Pabila Fedex mula tertangkap getaran aura Dira, wahhh saya suka x2. Rupanya Dira lebih lagi tersangkut di cangkuk kail bersahaja Fedex. Suhaimi, lucu dalam kalut. Saya tak sabar tunggu hujah Nufail di mahkamah dan berharap Dira juga akan berhujah melawan Nufail, kemudian Fedex di tengah-tengah. Dira dan Nufail akan paksa Fedex memilih. Ahhh Itu, dramatic. Then Fedex ter-check camcorder Suhaimi, berpakat dengan Detektif Kamal untuk memerangkap Norman. Mesti best kalau macam ni. Angan saya saja laa. Imaen lebih Arif, saya pandai berangan saja. Nak tulis satu perenggan plot pun tak lepas.

Tetapi kan, selepas Suhaimi berjaya meloloskan diri dari kepungan samseng Norman yang menyamar hingga berjaya membodohkan polis di lokap, rasa saya dah kurang thrill. Sebabnya, banyak sangat a dengan dating tak dating Fedex-Dira. Bahang criminal thriller yang saya harapkan, tak cukup panas. Tapi secara keseluruhannya, dah di campur tolak dharab Bahagia, cerita ni best. Kalau Hlovate berlakon, saya fikir watak Fedex Si full time busker berijazah kejuruteraa sempoi tapi otak boleh tahan high class dan aim nya mahu mencari diri & mencari Tuhan... sesuai untuk dia. Pendapat saya saja.

Siapa tahu,
- apa yang buat Fedex rasa lain macam / macam tak percaya bila bertemu Detektif Kamal?
- apa sebenarnya urusan Fauzi dengan Norman?

This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
May 15, 2013
Imaen seperti biasa dengan falsafahnya dan info-info yang menarik.

Fadlan seorang bekas pelajar jurutera menjadi penyanyi jalanan jatuh cinta dengan Nadira seorang peguam. Perbezaan antara mereka ibarat langit dan bumi tapi tetap sweet.

Satu kejadian pembunuhan telah berlaku disaksikan dan dirakam oleh Samsudin, kawan rapat Fadlan. Secara tak langsung Fadlan terlibat dalam menyelamatkan Samsudin yang menjadi pelarian.

Selain kes pembunuhan, ada juga kes rasuah dan kes alam sekitar yang turut melibatkan Nadira sebagai peguam.

Cerita Imaen ini agak lancar walaupun kata-katanya penuh falsafah yang kadang-kadang agak membosankan tapi untuk 'Bohemian' ini kurang sikit tahap bosan tu. Berselang-seli pula dengan kes-kes yang terlibat serba sedikit mengurangkan sikit rasa bosan yang hampir-hampir rasa nak skip.

Profile Image for مستور١ مكنن.
90 reviews8 followers
February 8, 2013
novel ni islamik rupanya. tak sangka. banyak sangat input dapat. so tak rugi pun baca. tapi macam tak berapa kene sinopsis kat belakang novel dengan cerita sebenar. cerita sebenar lebih kepada kisah pebunuhan rasuah dan lain-lain. dan ending tu.alahai. andai penulis cerita kesudahan cinta dira dan Fadlan tu mesti aku dah tambah satu lagi bintang.
Profile Image for Sharmine.
80 reviews11 followers
May 20, 2015
I love the way he writes but like any other reviews, the ending is kind of strayed off from the synopsis intended in the back cover. We still don't know what happens next in Fadlan and Nadira's relationship besides the fact that the ending seems to be rushed up. Overall, I'll definitely look forward for Imaen's next works after this.
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
October 28, 2008
kisah fadlan, si seniman dan nadira, si peguam. cerita ini sarat dengan analogi & fakta (?) pembacaan saya pun perlahan sedikit sebab nak memahami apa yang disampaikan. tetapi cerita ini mengesankan, banyak ilmu diperolehi. tapi bagaimana kesudahan cinta fadlan & nadira? .... :)
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
December 23, 2010
Dira & Fadhlan

Fadhlan: ..Dia, yang tidak pernah ada dalam senarai bidadari anganku! Tidak pula pernah sekalipun wujud dalam daftar mimpiku! Dia, yang dari hujung kaki hingga hujung rambut bukanlah perempuan yang aku mohon lewat doa-doaku kepada Tuhan.

..Biddu Orchestra
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
Bohemian - Seorang ahli seni yang memilih untuk hidup miskin supaya orang menilai karyanya kerana mutu. Berjiwa bebas.

Banyak falsafah hidup terkandung di dalamnya. Mantap. Padat sangat dengan fakta dan falsafah. Sangat padat.

Harus baca semua!
Profile Image for Farah Adila Abdullah.
23 reviews2 followers
May 7, 2010
pemuzik jalanan vs lawyer? nice rite? dan waktu nk bce novel ni,tym2 exam. pastu ade org tolong baca abiskan. hehe
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
August 28, 2013
saya suka novel Imaen tapi yang ni rasanya agak berat bagi saya,kadang-kadang sampai bosan tapi memang karya Imaen banyak mesej tersirat yang boleh dikutip oleh pembaca.
Profile Image for Theplain.
98 reviews25 followers
November 6, 2015
lelaki hobo
perempuan korporat rambut karat
seems like an interesting pair

tapi tak tahu kenapa lebih prefer rokestra cinta mat & minah
mungkin sebab itu buku imaen pertama yang dibaca
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.