Jump to ratings and reviews
Rate this book

Alexander adalah Zulqarnain

Rate this book
"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (surah al-Kahfi: 83-84)

Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di dalam al-Quran masih 'misteri.'

Mencari Zulqarnain ibarat bermain teka-teki. Setiap teka-teki mempunyai kata kunci. Antara kata kunci utama adalah beriman, menjelajah timur dan barat dan bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj. Tersalah pada satu kata kunci, calon raja agung terkeluar daripada gelaran Zulqarnain.

Senarai calon raja agung sudah dibuat, kata kunci sudah dirungkaikan, ternyata Alexander the Great adalah calon yang paling layak. Biar pun tuduhan musyrik yang dilemparkan, buku ini menjawab Alexander Macedonea atau Iskandar al-Makduni adalah orang yang beriman pada satu Tuhan yang esa, pembebas timur dan barat dan pembina tembok Yakjuj dan Makjuj.

Buku Alexander adalah Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya beriman.

Antara kandungan menarik di dalam buku ini: Alexander the Great di dalam Tafsir al-Quran * Nama Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno * Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) * Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj & Makjuj * Oasis Monoteisme di tengah Gurun Paganisme Yunani * Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander * Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem * Pengembaraan Alexander di Timur * Pengembaraan Alexander di Barat * Pertemuan Alexander dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi Alexander membina Tembok Besi * Jawapan kepada Tuduhan.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009).

Pendahuluan

BAB 1: Alexander The Great Di Dalam Tafsir Al-Quran

BAB 2: Alexander The Great di dalam Teks Yunani-Rom Kuno:Nama Alexander Dicemari

BAB 3: Para Penguasa Dunia (1010 – 330sm) Menjelang Kedatangan Alexander The Great

BAB 4: Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj dan Makjuj

BAB 5: Oasis Monoteisme di Tengah-Tengah Gurun Tandus Paganisme Yunani

BAB 6: Peringkat Awal Kempen Pembebasan Alexander: Yunani Menentang Parsi

BAB 7: Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem

BAB 8: Pengembaraan Alexander Membebaskan Mesir (Barat)

BAB 9: Pembebasan Alexander The Great ke Arah Timur

BAB 10: Alexander Memasuki Lembah Fergana di Asia Tengah

BAB 11: Alexander Bertemu Bangsa Cina Nomad di Lembah Fergana

BAB 12: Alexander Membina Kota Alexandaria Eshate dan Tembok Besi.

BAB 13: Konflik Dalaman Alexander dan Penganut Paganisme Yunani

BAB 14: Jawapan kepada Tuduhan

Penutup

768 pages, Paperback

First published April 21, 2010

28 people are currently reading
137 people want to read

About the author

Muhammad Alexander

6 books17 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
39 (39%)
4 stars
26 (26%)
3 stars
26 (26%)
2 stars
6 (6%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Mohamad A..
1 review1 follower
December 4, 2010
In respond to the issue

1. "Karya ini tidak objektif"

We need to understand that the author stated the title "Alexander adalah Zurkarnain" not prior to his research. For "Average People" to understand it means the author conducted his research first then he made the title of the book to be published. Not much of an issue to be put forward.

2. Muhammad Alexander sering menyangkal pendapat penulis lain dengan ayat seperti, "penulis itu keliru, penulis ini keliru".

You see, the idea of filtering the recorded history made by various historians, religous or testament writers and the religous scriptures etc is a noble effort by the author.
For examples if Al Masih Isa Ibn Mariam (Christ, Jesus the son of Mary) is being recorded as the Son of God and God Himself in the recorded Gospel and other Historian Scriptures, would you accept it???
You will say no!
Im asking "Why not??"
You are going to tell me that "the recorded Gospel and other Historian Scripture had been manipulated or interpolated"
I say "Right" and "What made them incorrect??"
You are going to tell me that "The authors' personal background and environment had clouded (affect) their judgements"
You are right again :)
Therefore you are in the same allignment as the author :)
This issue is simple enough to be understood and it can be apllicable in view the case study of Alexander the Great.

3. Satu lagi contoh ialah apabila Muhammad Alexander menganggap Alexander bukanlah 'gay' seperti dituduh oleh para sarjana Barat.

This kind of issue is very vital to be proven by the author that the fact is the otherwise. Eversince Prophet Luth for the people of Sodom (which now have derived Sodomites = Homosexuals) we have since that Allah the AlMighty prohibits that not after the Last Testament aka the Holy Quran was revealed.
For your information, can you prove that what is recorded in the historical scriptures is reliable to state "Whether Alexander is Gay?" .. then state what is the proof?


4. Tak habis-habis orang Barat juga dipersalahkan!

This is not about who is to be blamed or not, but what we seek is the Truth.

5. Menggunakan Injil untuk memperkukuhkan hujahnya

You should have read many other books regarding the Old and the New testaments (Torah and Gospel) such as Muhammad in the Bible, Is Bible, God's Words?, History of Quranic Text Revelation to Compilation etc

Many Muslim Scholars such as Syeikh Ahmed Deedat, Dr Zakir Naik etc had stated that in the Bible consists of God's Word, the Prophet's (Isa) Word and the histiorian's words. So they state that one should not entirely reject the revelations of Allah since it had been stated in the Quran that there had been some manipulations but not totally different holy books and not to accept everything in it. since this will affect the Faith in the Holy Books mentioned in the Quran (4 main Holy Books)

I will add more details on the religous scriptures for all of us to share and understand better through the proofs of various eminent Muslim's Scholars.

Profile Image for Khairul Hezry.
747 reviews141 followers
September 23, 2010
Setelah membaca karya Muhammad Alexander (nama sebenar Wisno Sasongko) yang sebelum ini bertajuk, Yakjuj & Makjuj: Bencana Dari Sebalik Gunung, saya tertarik untuk membaca karya seterusnya di mana beliau cuba membuktikan bahawa Alexander the Great atau Alexander Macedonia adalah Iskandar Zulkarnain yang disebut di dalam Quran.

Saya kata 'cuba' kerana bagi saya, beliau gagal meyakinkan saya melalui hujah-hujahnya.

Ada beberapa faktor yang membuat saya merasa curiga terhadap karya ini:

Karya ini tidak objektif - Apabila tajuknya ALEXANDER ADALAH ZULKARNAIN maka sukarlah untuk pembaca menerima hujah-hujah yg bertentangan dengan hujah penulis kerana awal-awal lagi penulis sudah pasti dengan kesahihan hujahnya dan hujah yg kontra diketepikan.

Percaya atau tidak Alexander adalah Iskandar Zulkarnain tidak menjejaskan akidah seorang Muslim - Sebagai seorang Muslim, saya tiada masalah menerima kewujudan Zulkarnain kerana ceritanya terpapar di dalam Surah Al-Kahf dan juga di dalam hadis-hadis sahih Rasulullah (s.a.w) Tetapi tidak pula diceritakan dengan teliti dari mana asal beliau, siapa nama beliau (Zulkarnain adalah gelarannya bukan namanya), hidup di zaman bila, mati bila.

Jika saya ingin percaya Alexander adalah Zulkarnain, saya tidak perlu membaca buku setebal 728 halaman ini dan akidah saya insyaallah masih kekal. Jika saya tak mahu percaya pun akidah saya tidak terjejas.

Bukti-bukti yg tidak kukuh dan cara penghujahan yg kurang profesional - Maksud saya ialah Muhammad Alexander sering menyangkal pendapat penulis lain dengan ayat seperti, "penulis itu keliru, penulis ini keliru". Pendapat penulis yg tidak disetujuinya juga disangkal hanya dengan andaian semata-mata dan pembaca disuruh menerima andaian ini sebagai fakta. Contohnya, Socrates adalah Luqman Al-Hakim kerana mengikut teori Muhammad Alexander, tiada guru dalam sejarah disuruh telan racun dan dalam bahasa Arab istilah 'menelan' adalah laqman. Maka beliau berpendapat bahwa Luqman Al-Hakim mungkin (M. Alexander sendiri tidak pasti) Socrates kerana Socrates dihukum 'laqman' (telan) racun.

Satu lagi contoh ialah apabila Muhammad Alexander menganggap Alexander bukanlah 'gay' seperti dituduh oleh para sarjana Barat. Soal Alexander gay atau tidak bukan menjadi isu tetapi cara Muhammad Alexander menyangkal pendapat Barat itu tidak efektif, saya rasa (muka surat 62 edisi PTS). Beliau hanya menulis, "Nah, Alexander ada anak. Ini buktinya beliau bukan gay."

Seperti ditulis oleh seorang rakan Goodreads, jika saya tidak percaya Alexander adalah Zulkarnain adakah semata-mata saya ditipu oleh Barat yg mengatakan Alexander itu gay? Tidak! Saya belum bersedia menerima mungkin kerana hujah-hujahnya yg kurang meyakinkan.

Tak habis-habis orang Barat juga dipersalahkan!

Menggunakan Injil untuk memperkukuhkan hujahnya - Muhammad Alexander banyak memetik ayat-ayat dari kitab Injil terjemahan Indonesia untuk membuktikan bahawa ada penyelewengan dan kesilapan di dalam kitab itu. Sebagai seorang Muslim, saya bersetuju dengan ini. Injil atau Gospel yg asal sudah hilang dan yg ada sekarang penuh dengan kepalsuan. Namun, pada muka surat 19 edisi PTS, Muhammad Alexander memetik lima perenggan dari kitab Injil demi memperkukuhkan hujahnya!

Eh? Kalau sudah tahu saksi itu palsu mengapa boleh pula sesuka hati menggunakan saksi yg sama apabila didapati boleh menolong kita? Kalau dah palsu tu, palsulah. Mana boleh, sekejap palsu, sekejap boleh guna sebab tolong hujah aku.

Tulisan yg hambar - Mungkin kerana buku ini asal daripada tesis akademik yg selalunya memang hambar :) Mungkin juga kerana saya membaca edisi terjemahan. Apa-apa pun, jika suatu tulisan karya itu tidak menarik minat saya apatah lagi ditambah dengan cara hujah yg kurang meyakinkan, adalah sukar untuk saya bersetuju dengan penulis itu.


Siapa Zulkarnain sebenarnya di dalam sejarah? Saya tak pasti. Adakah benar dia Alexander Macedonia? Tak tahu. Adakah benar dia Raja Kurush (Cyrus the Great) seperti yg dihuraikan oleh Afareez Abdul Razak Al-Hafiz dalam karyanya, Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain? Tak pasti (walaupun saya lebih cenderung ke arah pendapat beliau berbanding pendapat Muhammad Alexander).

Muhammad Alexander gagal meyakinkan saya. Sebab itu saya beri satu bintang saja.
Profile Image for Imran Azmi.
3 reviews3 followers
April 7, 2010
Buku ini membuktikan Alexander adalah Zulqarnain yang disebut di dalam al-Quran. Berbanding hujah penulis Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain yang meletakkan Cyrus the Great sebagai calon Zulqarnain, Muhammad Alexander membuktikan bahawa Alexander sememangnya beriman menerusi kepercayaan monoteisme (1 Tuhan) daripada Aristotles dan pengislamannya di tangan pendeta Yahudi di Jerusalem.
Profile Image for Haryati Abd. Halim.
239 reviews15 followers
September 24, 2010
Seolah-olah membaca buku sejarah. Ada banyak penemuan-penemuan yang mengujakan.

Pertanyaan yang ditimbulkan oleh orang-orang Yahudi kepada Rasulullah. Lalu Allah menjawabnya sedikit dalam surah al-Kahfi.

Kisah Zulkarnain yang menguasai Timur dan Barat. Timur merujuk kepada Mesir manakala Barat merujuk pada Syam. Pengembaraan yang menakjubkan. peperangan demi peperangan yang membawa kemenangan. Juga perdamaian yang menggembirakan.

perkara-perkara penting sepanjang pengembaraan. Melihat matahari terbenam di Ainin Hamiyah. Mata air hitam yang panas dam berlumpur atau kini padang pasir hitam juga dikenali sebagai Qattara Depression.

Juga pembuktian keislaman Alexander. Penemuan yang tidak kurang menakjubkan pabila penulis mencalonkan Socrates sebagai Luqman Al-Hakim yang kisahnya tercatat dalam surah Lukman.

Sedikit ketidakselesaan di pertengahan buku. Dalam keterujaan membuktikan Alexander The Great adalah Zulkarnain Qurani, penulis seolah-olah mengenepikan sumbangan penulis lain. Juga pengulangan berulang-kali ayat-ayat 'kitalah yang pertama melihat matahari terbenam di Lemah Qattara.' (m/s 355-356). Minat untuk meneruskan pembacaan terus menghilang.

Profile Image for Najmuddin.
Author 5 books47 followers
September 28, 2010
1. Alexander adalah Zulqarnain oleh Muhammad Alexander bukanlah jenis buku selalu kubaca, walaupun aku mengkelaskan diriku sebagai orang yang baca apa saja buku. Kalau tidak kerana buku ini dipilih oleh komuniti GR-MY sebagai buku Ganding Baca bulan ini, memang aku tak sentuh pun buku ini di kedai2 buku. Ketebalannya saja sudah cukup untuk membuatkan aku menghindarinya. Hidup sangat pendek untuk tersalah membaca buku.

2. Sebahagian besar apa yang aku ingin kongsi tentang buku ini telah disentuh oleh Khairul H di sini dan sini, juga di forum GR-MY. Ada lagikah yang boleh aku tambah? Sedikit saja aku rasa.

3. Pertamanya, aku setuju dengan Khairul bahawa penulis kelihatan tidak objektif. Beliau bermula dengan premis bahawa Alexander ADALAH Zulqarnain. Dari situ, there is no turning back for him. Beliau mesti buktikan bahawa Alex adalah Zul, dan Zul adalah Alex, by hook or by crook or by book. A very thick book, then.

(Baca lanjut di: http://mudin001.com/2010/09/28/kecek2...)
Profile Image for Eimad.
174 reviews24 followers
November 6, 2011
penulis terlalu mudah buat kesimpulan dan prejudis terhadap penulis Barat.walaubagaimanapun kredit atas kajian penulis.saya masih perlu bukti lagi untuk percaya Alexander = Zulqarnain
63 reviews
March 7, 2019
Seronok Ya Ampun baca kisah Alexander adalah Zulqarnain ni!
Pernah ada satu slot Alexander bukan Zulqarnain di Astro Oasis dan adakah itu satu perdebatan dengan buku ini?
Wallahualam...Tapi Alexander the great merupakan satu kisah yang sangat Hebat bagi aku! Aku rasa kisah yang sebegini wajar diadaptasi menjadi sebuah filem!
Tapi tulah kalau diadaptasi menjadi sebuah filem...memang sukar untuk dapatkan sebuah filem yang penuh dengan fakta yang padat dan tepat!
Just nak share yang aku baca versi eBook di https://www.e-sentral.com/book/info/4...
5 reviews
Currently reading
April 26, 2010
sememangnya tak leh mengalahkan bukti kajian dari team Malaysia..ada beberapa perkara yg buat gua keliru
34 reviews2 followers
March 10, 2015
Jumpa buku ni dalam bilik. Bersepah. Bawak balik, baca. Loser, memang macam ni.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.