Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tercagarnya Akadku

Rate this book
NUR AIRIS dan ZUFAR HANNAN bersatu tanpa cinta. Seorang mengelak daripada perkahwinan ‘cina buta’ manakala seorang kerana wang ringgit. Namun, sejauh mana kudrat Airis mengelak setelah empat tahun dia tinggalkan Zufar tatkala lelaki itu memburunya hingga sanggup menjadi drebar dan bodyguardnya atas arahan Datuk Jae.

-When I need you, I just close my eyes and I’m with you, Nur Airis. No one could kill me except you.-

Airis hentikan langkah. Menghayati setiap bait ayat tertera di skrin telefonnya. Belum sempat skrin telefonnya gelap, satu mesej diterimanya lagi.

-Toleh belakang.-

Sebaik Airis toleh, dia lihat Zufar sedang pejamkan mata. ‘When I need you I just close my eyes and I’m with you’. Rasa terngiang-ngiang ujaran tersebut daripada bibir Zufar. Airis menyimpan senyum.
“Abang Han!”
Airis dan Zufar sama-sama terkejut. Airis pandang Suhaila yang menjerit tadi. Zufar juga spontan buka matanya. Kacau betul budak Ila ni! Potong stim!
“Cik Naira suruh basuh sikit keretanya. Ada tahi burung kata dia. Pukul tiga Cik Naira nak keluar.”
Waktu sama Zufar buka WhatsApp daripada Airis sambil mata terbias ke arah Airis dalam kotak lif yang hampir tertutup pintunya.

-I feel like flying-

NAMUN masih suaminyakah Zufar ini apabila dia tinggal di banglo milik majikannya manakala Zufar di kuarters pekerja? Di kawasan sama yang digelar Tanah Yumnaa…

“Awak berdendam?” – Airis
“Kalau berdendam, layak kan?” – Zufar

SIAPA Zufar sebenarnya tatkala hati kecil Airis berkata… Awak sesuatu, Zufar. Awak sesuatu sangat. Cool like ais, hot like lava, valiant like a killer, sweet like...like... ah...lori tumpah gula…

611 pages, Paperback

First published January 1, 2019

2 people are currently reading
37 people want to read

About the author

Fauziah Ashari

14 books310 followers
Famous novelist become a phenomenon in Malaysia with his "Ombak Rindu" which was adapted to the screen.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (47%)
4 stars
14 (31%)
3 stars
7 (15%)
2 stars
1 (2%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,039 reviews378 followers
December 5, 2019
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

This is one of those stories that pada mulanya N tak pasti nak suka atau tidak dengan cerita ini sebab while I really like Airis, N sangat menyampah dengan Zufar. N tak boleh nak simpati dengan Zufar. So apabila dia tiba-tiba bertukar jadi miang keladi selepas berkahwin dengan Airis, N jadi bertambah-tambah menyampah.

I am #teamAiris all the way. Pada N, for Zufar to be pissed off dengan Airis selama empat tahun sangat tidak adil.

Tercagarnya Akadku sebuah kisah yang agak drama-heavy from the start. Watak-watak dalam cerita ni pun agak banyak so you do need to pay some attention, tak boleh nak baca skip-skip. So if you are looking for something yang sweet-sweet, you might not want to read it first. Kena baca time hati dan kepala tengah lapang 😆😆😆

Highly recommended!
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
December 5, 2019
49 - 2019

BUKU: Tercagarnya Akadku
PENULIS: Fauziah Ashari

Berkisar mengenai Airis dan Zufar yang pada asalnya berkahwin atas dasar cina buta, akhirnya memilih untuk terus setia. Tapi, adat berkasih, bahtera mana yang tidak diuji?

Jujurnya, bagi saya novel penulis kali ini lebih santai gaya bahasanya. Lebih dekat dengan hati pembaca. Unsur komedi, romantis, kekeluargaan dikarang dengan baik. Perwatakan watak heroin saya kira lebih 'berani' dan tidak cengeng. Barangkali penulis faham pembaca kini memerlukan watak heroin yang lebih ada 'power' berbanding sekadar menangisi kelemahan diri. Itu bonus point untuk novel ini.

Kesimpulannya, novel Tercagarnya Akadku masih memperlihatkan aura penulis senior namun berjaya diadun dengan penulisan yang lebih segar. Memang tidak bosan membaca naskhah ini. Tahniah buat penulis Fauziah Ashari! Teruskan berkarya!!
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
November 23, 2019
Tu dia. Penulis otai masih berbisa. Cerita yg bg saya sgt menarik dan ada diselitkan sedikit tanda tanya sehingga kita tak sabar2 utk mengetahui keseluruhan cerita dgn pantas.

Kisah dimulakan dgn Kafil yg mencari cina buta utk dikahwinkan dgn bekas isterinya, Airis. Zufar yg pada mulanya setuju tetapi membatalkan niatnya dgn memulangkan duit yg diberi oleh Kafil terhadapnya. Berikutan itu, Kafil terasa tercabar dan merancang siri jenayah terancang utk membalas dendam. Seorang demi seorang yg menjadi mangsa Kafli dan menyebabkan Airis menjauhi Zulfar iaitu suami yg baru dikahwininya.

Perghh Kafil mmg mental. Depan org, dia berlagak spt lelaki budiman. Tetapi hanya isterinya shj yg tahu bagaimana perangai Kafil yg sebenar. Kafil bkn shj mendera mental dan emosi, malah selalu memgasari isterinya tanpa belas kasihan. Kerana terlalu obses pada Airis, ramai yg menjadi mangsa kezaliman Kafil.

Sgt suka dgn watak Zulfar. Dalam sisi luaran yg nmpk sedikit kasar, tetapi isi didalamnya sgt lembut. Kerana rasa cinta yg membara dan setianya dia pd Airis, dia sanggup melindungi isterinya dgn menjadi driver dan bodyguard isterinya itu.

Sepanjang pembacaan, ada shj perkara yg menjadi teka teki. Siapa Dato Jae yg sebenarnya? Apa hubungan Airis dgn keluarga Dato Jae? Siapa sebenarnya keluarga Zulfar? Mana menghilangnya Ellina iaitu bff Airis?

Namun yg pasti, rasa mcm nk picit2 je Dato Jae. Dah tua pon gatal lg eh🤔.. Dan yg pasti dah tua pon masih power😜..

Apapun, tahniah kak Fauziah Ashari. Karya yg tidak mengecewakan dan terselit seribu rasa bila membaca cerita ini. BEST👍👍👍👍
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
November 21, 2019
Lama juga tak baca buku Karya Fauziah Ashari. Pergi Popular nampak buku ni terus beli.. Kelainan dalam Penulisan kali ini.. Ada lawak2 dan Kelakar di awal cerita.. Dan Terus menjadi best dgn gaya bahasa kaK Fauziah yg Sentiasa menarik dan matang.. Buku ni sekali baca susah nak dilepaskan. Tak Sabar nak tahu pengakhirannya. Paling menarik ada perkataan2 baharu yg jarang kita gunakan.. Jangan risau klu tak faham sebab ada rujukan di awal mukasurat buku.
Buku ini mengisahkan Nur Airis dan Zufar Hannah. Mereka berkahwin atas sebab kepentingan masing2. Nur Airis terdesak nak kahwin sebab nak lari dari bekas suami yg Gila talak serta dirinya mengandung.. Zufar pula terdesak nak kahwin sebab nak kan duit serta sanggup jadi cina buta.. Cerita ini macam roller coaster.. Terlalu byk watak yg berkaitan antara satu sama lain.. So nak tahu kena baca sendiri.. Tahniah kepada Fauziah Ashari menghasilkan karya yg seronok di baca .
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
December 1, 2019
Otai masih berbisa!!! Lama dah tak baca novel FA. Tak sangka penulisan kak FA makin matang. Cerita pun best ada kelakar ada sedih ada geram. Ade plot twist sikit. Pening kepala saya nak hadam. Tarik nafas, buat lompat bintang jap, baru boleh masuk otak . Haha apa2 terbaik!!! Recommended!!!
Profile Image for Khai Adeen.
73 reviews5 followers
November 22, 2019
Ada satu twist yg saya tak dpt teka. Walaupun pd saya penulis ada bagi clue. Overall, best jalan cerita ni.

Semua perasaan ada masa baca buku ni. Gembira, sedih, kecewa, geram, geli hati etc.

Watak2 yg ada (selain hero dan heroin) just nice. Memang menjadi perencah (yg cukup rasa) kpd jalan cerita. Tidak hambar dan masing2 ada peranan tersendiri. Saya suka. Tahniah puan penulis.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
March 4, 2020
Best sekali novel ini. Saya suka! Bila sudah mula baca tak boleh stop. Lagi satu tak boleh baca kelam kabut sebab banyak watak-watak yang dipertengahkan jadi kena fokus kalau tidak susah nak hadam. Nanti makin confused.
Nur Airis Luqman watak utama. I love her strong character yang tak hipokrit. Dari seorang perempuan seksi berubah menjadi seorang wanita yang menjaga aurat serta jaga batas pergaulannya.
Setelah diceraikan dengan talak tiga oleh Kafil Ikhwan, hidup Airis jadi kacau bilau. Bersungguh hendak mencari suami baru secepat mungkin untuk menghindari Kafil.
Zufar Hannan yang kahwin dengan Airis hanya kerana duit, mula jatuh cinta dengan Airis. Namun Kafil pula yang berdendam dengan Zufar. Dia yang menjadi punca Zufar koma kerana kemalangan. Keadaan semakin rumit buat Airis dan terpaksa tinggalkan suaminya, Zufar.
Ada isu poligami juga dipaparkan dalam naskah ini tapi penulis pandai mainkan watak Datuk Jae yakni daddy Airis yang ada tiga orang isteri.
Keseluruhan cerita yang penuh dengan rempah ratus serta cukup perencahnya amat memuaskan saya. Sebuah karya yang boleh dijadikan tauladan tentang kasih sayang, persahabatan dan pengorbanan di samping terisi ilmu pengetahuan yang bermanafaat. Tidak lupa juga terdapat babak-babak lucu yang menghiburkan.
Syabas dan tahniah buat penulis tersohor Fauziah Ashari kerana berjaya menghasilkan karya yang agak berat ini tanpa membosankan pembaca.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
July 2, 2021
[BOOK 82]

Tercagarnya Akadku by Fauziah Ashari.
.

Airis dan Zufar Hanan.
.

Mereka berkahwin kerana agenda masing-masing. Airis, si janda yang diceraikan dengan talak tiga, mencari ayah untuk anak dalam kandungannya. Zufar pulak perlukan duit untuk membeli lori. Hahhaha...sebab tu la, Zufar terima apabila ditawarkan untuk jadi cina buta oleh Kafil, bekas suami Airis.
.

Mereka berkahwin walaupun berbeza dalam segenap aspek. Mereka bahagia walaupun 10 hari je mereka bersama, sehingga satu tragedi memisahkan mereka.
.

4 tahun berlalu. Zufar muncul semula sebagai Han, bodyguard Airis. Han ni kerek je, duk berpuan-puan dengan Airis. hahah..
.

Bagi aku, karakter Zufar dan Airis tu biasa je. Yang aku suka ialah plot cerita ni. Ada banyak twist yang buatkan kita tertanya-tanya. Dan kesudahan untuk si Kafil yang psiko tu. Oh ya, watak Dato Jae tu pun menggelikan. hahaha.
Profile Image for Doctor reads.
132 reviews
January 11, 2021
The writing skill was good, the plot is promising, but I can't stand the main character, the author kept mentioning that she is strong-willed, but most of the time she did not stand up toward that ex-husband of hers, just says no and get over it, you are not tied to each other anymore, especially the framed scene. It annoys me.
20 reviews
August 27, 2020
Another good book to read. Lama dah tak baca buku penulis otai Fauziah Ashari dan bila baca puas rasa. Walaupun kisahnya heavy tapi ditulis dengan gaya yang santai jadi tak adalah stress membacanya.

Aku suka :D
32 reviews2 followers
January 21, 2021
karya FA tak pernah mengecewakan saya... peminat dari zaman alaf21 lagi ni...
Profile Image for Ziana Lim.
80 reviews2 followers
July 16, 2021
Nak baca ni kena pelan pelan ya. Ada banyak watak.
Profile Image for Nurul.
80 reviews3 followers
June 23, 2021
Cerita yang sangat matang,, banyak persoalan dan teka teki. Siapa Airiz dgn keluarga Datuk Jae. Kenapa Airiz tinggal di Tanah Yumnaa selepas meninggal kan suaminya yg koma. Kenapa Datuk Jae bersetuju bila Airis nakkan personal driver & bodyguard sedang kan Naira pun tak ada. Kenapa Airiz tinggalkan suaminya Zufar yg sedang koma selepas mereka berkahwin, sedang kan sudah ada cinta di hati masing2 ketika itu. Kenapa Ayyub selalu bersendirian? Mana perginya bff Airis, Ellina? Knp Airis selalu beremail dgn Ellina. Siapa ibu kandung Zufar? Siapa doktor perempuan yg selalu dilihat bersama Zufar hingga menyebabkan Airis cemburu.

Dan Kafil sangat2 mental & psiko. Ada juga unsur2 komedi dalam novel ni. Part best bila Datuk Jae saling berbalas tumbukan dgn Zufar😂😂
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.