INFO: INI HANYA TEMPAT UNTUK REVIU BUKU. BUKAN UNTUK BACAAN PERCUMA/BACAAN ONLINE. BOLEH DAPATKAN NOVEL INI DI KEDAI BUKU/SHOPEE
RUDE? Bukan biadab. Bukan juga kasar. Tapi… SELAMBA.
Kahwin paksa? Itu mungkin cerita klise tetapi, bila dapat seorang isteri yang selamba… itu bukan klise lagi!
Sikap selamba Melur itulah yang membuatkan sikap jual mahal Firdaus surut perlahan-lahan. Sikap selamba Melur itu jugalah yang telah mematahkan ego lelaki itu dan mula menyayanginya.
Namun, kesetiaan Firdaus terhadap Dee tidak juga goyah dan itulah yang membuatkan Melur pergi bersama hati yang kecewa.
Dengan adanya Harris Daniel di sisinya, mampukah Melur menyayangi Firdaus seperti dahulu?
“Tiga tahun bersama awak adalah momen-momen terindah buat saya. Malah, saya sanggup bayar untuk tahun-tahun seterusnya agar saya dapat terus bersama awak.” - Harris
Dan… mampukah Firdaus membawa Melur pulang ke sisinya semula?
My 'Rude Wife' is not actually a rude wife per se.
Jalan cerita dari awal hingga akhir mmg best..saya tak nafikan tentang itu. Yg buat saya kecewa adalah hampir 3 suku buku baru mendatangkan kesedaran bahawasanya dirinya mmg mencintai isterinya.
Walaupun dah dijelaskan beberapa kali, saya masih tak dapat menerima hakikat bahawa suaminya mmg mencintai dirinya seawal perkahwinan mereka. Itulah yg author cuba sampaikan dari sipnosisnya. Dibelai dimanja selalu, tapi rindunya bagi yg tiada disi. Bagaimana nak terima? Sementelah lagi, jika si'bulan' yg di puja tak buat hal, adakah dia akan lepaskan egonya dan mengaku akan cintanya? Shd have cleared up kemusykilan yg ada pada isteri sebelum hal itu terjadi, not after. Sebab tu susah nak convince isterinya tentang cintanya. Tak pasal kesian Haris yg harus berkorban cinta.
Saya tak tahu sikap mana lebih baik? Fuadi dalam cerita Cinta Terlebih Gula yg outrightly rejected his wife atau yg ini. Namun ada sikit persamaan dengan Fuadi dari Jodoh Untukku. Semua yg dilakukan Fuadi tentang kasih sayang sikit lebih kurang dengan watak utama cerita ini. Perbezaannya, Fuadi melebihkan wanita lain dalam segala hal. Atau mungkin cerita dari Murni Aqila..Isteri Acah-acah. Saya rasa watak hero tu lebih dekat dengan yg ini.
Jadi pendapat saya, semua watak sama teruk. A man must know and be sure on what he wants and act on it. Menyesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. However, tetap ada hari bahagia dan ending yg bahagia..namun ia tak dapat nak beri kepuasan pada saya.
Bagi sesiapa yg tak boleh nak masuk dengan 3 cerita yg saya sebut tu, most probably, dengan cerita ini pun susah untuk mereka menerima. Dan ketebalan novel juga akan menjadi issue untuk pembaca jika ada yg tak suka membaca novel tebal.
I haven't read this. But apparently most of the comment here asking how to read the book. To give some clarification, this web is not a place u can read the book, its just a web that u can give a review AFTER u read the physical book that u purchased outside. Mb from bookstore or online store or mb preloved one. This is how this web works.
Buku nie mmg sangat tebal bagi aku....pada permulaan baca aku suka watak heroin...tp makin byk aku baca...makin aku kasihan pd watak hero kedua....aku x rasa ade org sanggup berkorban sejauh itu...aku harap endingnya memberi kelebihan pada hero kedua...tp x...apa2 pun aku tetap boleh habiskan pembacaan dengan baik...mungkin cara penulisan menyebabkan aku rasa ingin tahu lebih lanjut. Aku tak kata tak best........so....baca sendiri...
Dnf sorry. Firdaus. Maleh aku. Geram. Menyampah 🙃😀 seriously? Wife sakit. Lgi mau back up gf trsyg tu? Dh melur tu hilang baru hegeh2 nak dptkan balik. Dh kt depan mata kau pandang gitu aje. Hanya sebab isteri. Bukan rsa cinta nor syg etc etc. Seriously aku tak suka Firdaus 😭😭😭😭😭😭. Kesian Melur. Si Dee tu jugak kau nak. Tamakkkkkk
Melur kan mula2 aku suka tau dgn dia. Tpi lama2 mcm. "Apa ni?". Dengan Harris? Whatt??? Bukankah itu mcm fakehope????? Nah idk anymore. Part Melur hilang dri hosp tu aku dh maleh dh nak teruskan. Haihhhh.
First okay. Lama2 mcm aaaaa...apani...😭 Oklah. Itu sja. Maafkan saya. Jgn kecam😭😭😭👍
This entire review has been hidden because of spoilers.
Niat di hati nak bagi 3 bintang tapi hanya mampu bagi 2 bintang sahaja. Lagi-lagi masa Melur bawa diri ke London, terus mood membaca tu menurun tiba-tiba. Sebab saya tak suka bila Melur mula 'suka' kat Harris. Alahai, Melur! Awak tu masih isteri Firdauslah. Walaupun sebelum tu awak pernah bagitau, kalau Firdaus kahwin dengan Dee, automatik awak nak undur diri. Masalahnya diorang tak kahwin pun. Suka sangat buat tuduhan membabi buta. Masa sakit ni pun, batas lelaki dengan perempuan langsung tak dijaga. Dengan panggilan sayang, abang! OMG! Terus saya rasa down nak habiskan pembacaan. Apa pun, terima kasih puan penulis sebab dah tulis novel setebal 991 muka surat.
"Tapi yang penting, siapa yang akan jadi cinta terakhir dia. Kerana yang itulah yang akan kekal selamanya." - Raikarl
"Rude" yang bermaksud pada tajuk bukanlah seperti rude yang kita sangka. Sebenarnya lebih kepada selamba. Siapa yang tak suka kan kahwin dengan crush sendiri? Tapi satu lah masalahnya, Firdaus suami Melur.
Masalah yang ada dekat fir ni ya allah tak boleh dibendung. Diri sendiri tersepit antara Dee kekasih lama 7 tahun atau Melur isteri yang baru dia kahwin. Keliru dengan perasaan sendiri.Dia taktahu yang depan mata ni lah yang akan selalu ada bila dia perlu. Sakit hati dengan perangai dia sebab terlalu agungkan sangat Dee dia tu sedangkan dalam diam Dee ada orang lain.
Melur ni memang selamba gila sampai family firdaus yang tak pernah berborak sempoi, boleh jadi sempoi lagi lagi dengan walid fir. Melur ni banyak korbankan hati perasaan dia untuk orang lain. Family first. Banyak makan hati dengan fir tapi dia diam still layan fir sebagai suamai walaupun si fir ni curang terang terangan macam tu.
Dalam novel ni memang banyak perangai Melur yang selamber dengan fir. Usaha ye goda fir sampai fir jatuh cinta dengan dia😂😂 suka dengan watak dia and kesian jugak dalam pada masa yang sama sebab dia sakit.
Bila melur ni pergi tinggalkan firdaus semata demi Dee dan ikut haris, baru fir nu nak menyesal. Baru semuanya terbongkar satu satu. Nak kesian pun, salah dia sendiri tak menghargai bila ada depan mata.
Apa yang saya nak cakap, novel ni memang banyak main emosi and tak sama dengan yang di drama. Walaupun novel ni tebal tapi worth it untuk beli and baca. Recommended 👍🏻
ya ampun, tebalnya novel ni sampai lenguh tangan pegang bila baca. and.. what to expect from novel tebal? harus la ceritanya yg panjang. mujur cerita ni tak meleret sangat, tapi rasa lelah juga la nak habiskan.
cerita mengenai melur dengan firdaus yg kena kawen paksa rela.. rela sebab melur sebenarnya rela je, firdaus je yang terpaksa. ada diceritakan kenapa melur ok je kena kawen walaupun firdaus tak kenal dia.
how should i describe watak melur ni eh? dia bukan la tipikal heroin yg lemah tapi bukan juga heroin yg kuat, cuma kuatnya bila berbalah kata dengan suami dan menuntut hak sebagai isteri. cheeky? maybe.. tapi i rasa melur ni macam 'mental' pun ada sebab cakap dengan barang. err
tapi padan la dengan firdaus tu. dah kawen tapi lagak macam belum kawen. sibuk dengan kekasih dia je, tapi pandai pula cemburu bila nampak melur dengan lelaki lain. kata sayang isteri tapi taknak lepaskan kekasih.. how? tapi agak pelik juga la dengan hubungan haris dan melur sebab melur tu isteri orang.. tah la tapi. eh banyak pula tapinya..
saya boleh cakap pada 2/3 cerita. Firdaus Iskandar sangat red flag ya teman teman.. like he's literally having a perfect wife yet still with his girlfriend yang menambahkan dosa. And he always be doing the same mistakes
TAZ atau melur pada 2/3 sangat bad-ass woman, cool, gempak, smart, independent, tak cepat melatah, strong woman. Tapi started dia duduk dengan Harris that made me feel "Ugh apa ni" sebab dia literally dah bersuami. I don't know about you tapi dosa still dosa.
Dee atau Diana Rahila, dia ni punya perangai memang layak kena lenyek dengan I, dah ada dua pakwe pon nak dengan si Fir. Nasib hujung cerita dia insaf..
Harris Daniel. No word for him tapi dia jaga melur dengan baik cuma saya kesal dosa tetap dosa.
Hmm… I do not agree with this trope, hence the stars. How can you agree to a marriage and disrespect your wife by meeting up with your girlfriend. Should’ve ended it immediately once you agreed. What do you take a woman for? She is someone’s daughter. Still think Firdaus should’ve groveled more.
On to Melur. I’m not too sure about her and Harriz.
Too much to say. But no word’s coming out. This was such a long read. A bit less than satisfying too.
Melur aka Tengku Adriana Zulaika. Bg sy dia watak yg kuat. Aura dia ada di sepanjang cerita ni. Melur ni jenis bijak,pandai sgt ckp. Dia memang selalu menang kalau berlawan lidah dgn Firdaus. Setiap kata2 dia,setiap perlakuan dia,penulis garap dgn sgt baik. Jd kita boleh bayangkan mcmna bila Melur bertekak dgn Firdaus. Boleh bygkan rupa dia,mulut dia dan nada yg dia gunakan semasa bercakap.
Memang kahwin paksa tu mcm cerita klise tp MRW ni lain dr yg lain. Yg lainnya adalah watak Melur itulah. Dia berbeza. Apa yg berbeza, awk semua kena baca sendiri la.
Watak Firdaus,keluarga Firdaus, cerita silam mereka,munculnya Harris,adanya Maya,Rania dan Raikarl,melengkapkan lagi plot cerita ni jd jauh lbh menarik.
Lucu sgt2 dan bila part sedih,jd sedih sgt2. Ending yg adil utk semua watak. Tahniah penulis. Sila dptkan MRW dan anda tak akan menyesal.
Best cerita ni beb, wife, isteri or bini bukan maid, bukan patung, Dia ada hati dan perasaan w/ pun tidak diluahkan. Ku rasa geram sgt kat Fidaus. Padan muka kena tinggal ko ingat semua orang boleh tahan dgn perangai ko tu...
Walaupun dah saya dah ada novel ni. Tapi serius saya cakap. Novel ni tak pernah kecewakan saya sebagai pembaca. Tebal bukan sembarang tebal. Tapi tebal yang memberikan kepuasa untuk pembaca macam saya . Good job akak penulis♥️
IT'S GOT WEAKNESSES & CLASH WITH MY PERSONAL VALUES... BUT NGL I WAS HOOKED
I watched the drama adaptation before and I picked this up out of curiosity. The drama itself was my guilty pleasure & I kind of miss yelling at my TV over Firdaus being an a-hole.
The pros: 1. Melur as a character is fun to read about and a breath of fresh air (sort of). 2. This refreshing dynamic where the fmc did all the seducing the mmc is fun. As an introvert, you get to live vicariously through Melur. She doesn't have social anxiety. Social anxiety is afraid of her. 3. The pacing was overall ok (at least until 70%). 4. I am thankful that the abusive in-law and toxic father-in-law subplots were only in the drama and not the book.
The cons: I've spotted more than 4 typos.
Whilst Melur started off as this twist in the usual "kawin paksa" where from Firdaus POV, Melur is the third party, I can never relate to her efforts to win his heart. In fiction this works because we know it'll end happily. But irl, I beg no women would sacrifice this much for a man. None is worth this much effort especially with Melur in her sickness.
This might be just my personal values clashing with the cliche novel melayu trope but I am so sick of these "not like other malay girls" thing. Melur whilst having this fun twist to the cliche trope is eventually a "cliche". She suffers in silence and was unreasonably kind and understanding towards her obviously cheating husband. This is a tiring trope that I just can't help but think do these writers think that in order for wives to be blessed in the afterlife you have to put up with your husband's bs??? It feels icky.
Also what is with the villainising characters that choose career over marriage. Yes, Dee is horrible. But the story is somewhat saying if you're a woman who chooses career over romantic relationship, you are meant to be a bitch. This is just a pattern in novel melayu. Meanwhile I see a loose-loose thing with this trope - pitting women against each other. Don't get me wrong, Dee is still horrible but it is not because of her career priorities but she's a cheater.
The last 30% feels REEAAALLLY DRAGY it feels like an obvious filler. They had so many chances to explain Dee & Firdaus's relationship but they drag it for an unnecessary drama. They also make the only nice guy for Melur to be this really boring person. AND!!! That the ending to his story is basically: "Hey! Be my rebound." If they want to put a rebound storyline at least don't make "rebound" as a "happy ending" for a man who has been dumped. It's weird.
It's a fun story to read. Just don't think about it too much tho.
My ‘RUDE’ Wife, satu tajuk manuskrip yang menarik. Tebal pula tu. Bagi seorang penulis baru, saya rasa ianya bukan satu perkara yang mudah. Watak utama ialah Firdaus Iskandar yang diehard cinta setia bersama kekasih hatinya, Dee. Walaupun Dee dah reject lamaran Fir sebanyak sembilan kali namun Fir masih berharap untuk kahwin dengan Dee. Saya terus jadi khusyuk dan fokus untuk masuk ke dalam cerita. Akhirnya, Hajjah Rohana dan Haji Nasarudin beri kata putus untuk kahwinkan Fir dengan Tengku Adriana Zulaika aka Melur. Harapan Melur agar Fir dapat mencintainya selepas Fir bergelar seorang suami. Berbagai cara dan misi menggoda dilakukan Melur namun Fir tidak berganjak dengan cinta lama dan masih tetap berjumpa Dee. Geram betul dengan Fir. Adoii CEO pula tu. Pertemuan Melur dengan Harris Daniel tatkala dirinya dilukai berulang kali oleh Fir, Melur sambut huluran tangan Harris. Atas dasar persahabatan pada saat Melur sakit tanpa dihiraukan suami sendiri, timbul perasaan sayang di antara Melur dan Harris. Hilangnya Melur seiring dengan kecurangan Dee, terbit kekesalan tidak terhingga buat diri Fir. Apakah kesudahan kisah Melur dan Harris? Bagaimana pula dengan Firdaus yang mahu diberi peluang kedua? Best sangat novel ini. Ada lucu dan ada romantiknya. Nilai kekeluargaan yang diterapkan dapat memberi satu motivasi dan inspirasi untuk kita. Penceritaan yang rapi dengan garapan dan olahan yang mantap. Pelbagai emosi dipaparkan serta gaya bahasa yang tidak meleret senang dihadam. Cukup perencah dan cukup rempah ratus untuk jadikannya satu naskhah yang didambakan pembaca. Syabas dan tahniah CikNorCinta kerana memberi satu kepuasan buat pembaca. Semoga penulis akan lebih berjaya menghasilkan karya yang sebagus ini atau yang lebih baik lagi dari ini.
Actually aku nak bagi 2.5 bintang je. Pernah menonton beberapa episod drama adaptasinya, so aku decide untuk membaca versi novelnya. Agak terkejut juga dengan beberapa dialog yang ada dalam novel ni. Bagi aku agak tidak sesuai jika dibaca oleh golongan budak- budak sekolah. Jika versi drama dialognya nampak agak cringe and daring, versi novel lebih dari itu. Yang drama sudah 'tone down' sedikit, jika ikut bulat-bulat versi novel, aku rasa tak lulus penapisan. Hahaha...
Aku tak nak komen lebih pasal jalan cerita, cuma aku cukup tidak berkenan dengan bab selepas Melur ke London untuk mendapatkan rawatan. Sudahlah tinggal serumah dengan Harris, lepas tu boleh pulak main peluk-peluk. Kalau pun ingat dah bercerai dengan Firdaus, itu tak bermakna kau boleh bermesraan tanpa batasan dengan lelaki lain. Dahlah bertudung, mencemar imej betul.
Watak Harris aku tak kesian sangat, siapa suruh kau jatuh cinta dekat isteri orang tapi kesian lah juga bila dia kena 'game' dengan Melur. Melur tu suka sangat bagi harapan kat Harris. Beriya benci Firdaus, bila Firdaus nak bercerai mulalah sayang balik. Lepas tu tak reti nak berterus- terang dengan Harris.
Makin aku komen, makin banyak pulak ketidakpuasan hati aku. Rasa macam nak turunkan lagi rating. Hahaha.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tak taulah if it's just my preference yang tidak sukakan lelaki red flag ataupun memang buku ni yang tak mampu menarik I untuk sukakan plot dia. okay, I faham yang Firdaus tu ada gf, and dia terpaksa kahwin dengan Melur, pastu Melur try ngorat laki dia sendiri, tulah base plot dia. Tapi tak tahan sungguh lah dengan perangai Firdaus ni hah, kau dah sedap sedap dengan isteri kau, pastu tiba tiba teringat gf, apoo.
Tu satu, bila si Melur ni ngorat sikit, terus cair hah Firdaus. lah, kata setia dengan gf, ni orang kacau sikit terus tangkap leleh, eii geram tau geram.
Tak taulah sama ada I baca sekali pandang aje, tapi diorang tiba tiba bercinta. hmm, ni masalah sendiri kot tak baca betul betul.
kenapa I cakap si Melur tu sama naik bulu dengan Firdaus? yang dia pun tangkap cintan duduk 'abang-sayang' dengan si Harris dekat London sedangkan dia masih lagi isteri orang tu dah kenapa? Konklusinya, masing-masing red flag dan memang ditakdirkan untuk mereka bersama. kesian si Harris dapat fake hope.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sejujurnya, masa tahu cerita ni di adaptasi, terus cari buku dia tapi sayang, semua platform sold out even time pergi PBAKL haritu pun sold jugak. ( Payah kalau jenis lebih suka baca versi novel walaupun dah adaptasi 😭 )
first immpresion (?) agak tebal + bosan. sama macam intro time pukul 9 tu tapi bila dah nak sampai klimaks, terus batalkan niat nak jual balik buku tu. hahahahaha
okay untuk melur pulak, dia ni takdela selemah heroin yang lain tapi tak sekuat heroin yang another universe hahahaha. geram je dengan melur sebab still maafkan firdaus even fir tu dah tengking dia dah buat dia stress apa semua. geramnyaaa kiterr
tapi watak fir ni dia setia walaupun tak bertempat. itu jela kot greenflag fir ni. selebihnya redflag !
melur pun lebih kurang je macam fir, setia tak bertempat. terlalu setia dengan fir sampai maafkan apa je yang fir buat. agak tak puas hati ya disitu tapi tak apa. biarlah mereka bahagia bersama junior mereka kah kah kah
My Rude Wife. Ni 1st novel dr penulis wanita,yg sy dah baca. Tajuknya buat sy tertanya2 apa maksud dia dgn 'rude' tu. Sebab nak tahu sgt dan buku ni antara bestsellers,sy beli jgk. Lps baca,apa yg blh sy kata,just one word : BEST sgt.
Rude tu di luar jangkaan. Watak Melur yg sgt2 selamba. Firdaus memang xkan menang dgn dia. Clever,daring and brave woman. So chicky! I love her. Sbg lelaki,sy suka Melur. What a strong character. Dia seorg isteri yg bijak,unik dan penyabar. Bg sy dialah hero dlm story ni. Dan Firdaus memang lelaki baik,cuma dia tersilap buat pilihan. Tambah lagi dgn adanya Harris. That guy is just so charming and loving. No wonder Melur syg dia.
Apa yg boleh sy katakan,novel ni tak spt yg dijangka. RUDE yg sgt best. Memang best,santai,dramatik. Lucu sgt dan sedih pon sgt juga. Great job,writer Ciknorcinta!
My Rude Wife. Tak sangka istilah RUDE tu diterjemahkan dgn cara berbeza. Tak spt yg saya fikirkan. Bkn mulut puaka yg sanggup sumpah seranah suami,tp mulut yg bijak berkata2. Yg akn menjawab ckp suami dia dgn hujah yg akan mematikan lidah suami. (Bijak penulis ni...) Membuatkan si suami terdiam. Tp tak pulak dia loyar buruk atau berckp benda yg tak masuk akal. Memang best. Unik betul penciptaan watak Melur tu. Di luar jangkaan.
Bg saya,selain watak Melur yg kuat, apa yg plg strong adalah dialog2 oleh semua watak. Memang best dialog2 dlm buku ni. Baik yg lucu atau sedih,apa yg watak2 dia ckp, semua memberi kesan dramatik yg best. Lawak2 yg penulis bagi pon lucu2. Memang sy ketawa. Yg sedih buat sy menangis. Buku ni ada byk unsur. Lucu,sedih, kekeluargaan, persahabatan,cinta dan rumahtangga.
Memang layak jd buku terlaris. Tahniah Cik Penulis. Karya yg best sgt!
Saya bagi 3.5 bintang je sebab firdaus terlalu lambat untuk sedar & mengaku yang dia sayangkan melur dan tak boleh hidup tanpa melur. Lepastu sebab dia bawak balik girlfriend ABCD tu balik rumah. Lepastu dia tinggalkan melur sorang2 kat rumah masa melur tengah sakit and keluar dgn girlfriend dia daripada neraka tu. And tinggalkan melur masa melur terlantar kat hospital sampai melur lari. Can you imagine how much melur menderita sampai dia lari masa dia tengah terlantar sakit tu. Lepastu still contact dgn dee lepas dee kahwin. And sebab dia takde effort cari melur lepas melur lari daripada dia. 3 tahun bukan tempoh yang sekejap untuk dia stay ‘menunggu’ melur kat rumah hari-hari. And lepas apa ya g haris dah korbankan untuk melur. Saya rasa haris lagi berhak bersama melur 😭😭😭 Haris deserved better 😩
Banyak yang nak cakap pasal buku ni. Tapi, rasanya baik simpan sendiri ja lah ek. Yang pasti buku ni not my cup of tea. Terlalu banyak adegan yang tak sepatutnya. Harap takda budak bawah umur yang baca. Baca sebab out of curiousity sebab ramai dalam kalangan book community yang masukkan buku ni dalam tbr.
Faham nak potray Melur ni jenis yang selamba, bond antara mertua dengan menantu tu kuat, but ada certain boundaries yang patut kita jaga. Macam ayat gurau Melur dengan umi masa nak jaga abi sakit. Banyak guna perkataan “ro***”. Rasa macam tak patut kot keluar ayat macam tu. Plot pun agak draggy. Banyak yang diulang.
The positif sidenya, cara Melur hormat Firdaus. Walaupun Firdaus layan Melur macam tu, dia still jadi isteri yang taat.
Apapun kudos to the author mampu menulis 900+ muka surat. Harap boleh improve lagi karya akan datang.