Perbezaan mengharuskan cinta mereka menjadi rahsia. Seorang bos dan seorang lagi hanya pekerja biasa. Bimbang kisah cinta dia dan 'The Boss' dihidu staf lain, Safya menjadi sangat berhati-hati.
"Tak ada orang nampak ke you ke sini?" -Safya
"Kalau nampak pun, kenapa? Since I'm the boss, siapa yang berani persoalkan kehadiran I di department ni?" -Tengku Zaffryel
Bagi Tengku Zaffryel, dia tak peduli siapa pun Safya. Yang dia tahu, hatinya hanya ada cinta buat si gadis.
"Kita kahwin?" -Zaffryel
"Zaff, what if I bukan macam yang you sangkakan?" -Safya
"I pun mungkin tak seperti yang you sangkakan, tapi I cukup yakin dengan you." -Zaffryel
Keyakinan Zaffryel membuka hati Safya untuk melangkah ke alam perkahwinan. Pun begitu, segalanya tidak mudah untuk mereka gapai.
"So, betullah apa yang mummy dengar, Zaff bercinta dengan staf?" -Cik Puan Salwa
"Bukan bercinta, tapi kami dah nikah pun. She's my wife now." -Zaffryel
"Adlene is so much better than her." -Cik Puan Salwa
Sebagai manusia biasa, Safya juga punya hati. Dia cukup terasa bila dibandingkan begitu oleh mentua. Apatah lagi Adlene itu ada kaitan dengan kisah silam Zaffryel.
Dan kehadiran Adlene juga telah membongkar kisah silam yang ingin Safya lupakan. Kisah mereka yang saling berkait menjadikan Safya tidak tenteram dan mula diburu emosi yang secara perlahan merapuhkan hubungannya dengan Zaffryel.
Siapa sebenarnya Adlene dan apa kaitannya dengan Safya?
Mampukah Safya sembuh dari luka yang sudah lama membalut hatinya dan menggapai bahagia bersama Zaffryel?
Sebab nya dah habis baca lama dah. So memory dah blur la sikit. Saya tulis mana yg mampu.
Storyline best. Mula2 baca rasa macam eh dah bercinta dah ke? Alaaa mana part diorang berkenalan tu and macam mana diorang boleh jatuh cinta. Jangan risau lah. Sikit2 korang akan faham. Sebab ada agenda di sebaliknya.
Tapi serius la Zaffryel tu gentleman, baik (tak nampak part dia marah2) and so on. Yang terpuji tu mmg ada pada hero lah senang cakap. Plus kaya raya, yang ni melampau. (tak suka part harta banyak sangat). Tapi heroin (x ingat nama) tak pandang harta. Zaffryel mmg layan baik sweet sgt dkt heroin. Yg emotional tu heroin lah.
Cumanya skop kerja tu kurang jelas. Tahula hero tu bos. Sembang2, sign paper, brekkie, lunch n dinner, meeting bla bla bla. Takpe dah biase sebab dlm tv pun macam tu jugak. Hehehe.
I read dahlia dulu baru baca buku tengku ni… patut la time baca dahlia keep on mentioning tengku ni..tp aq mcm tak pe..watak sampingan kot…bila baca buku ni baru la tau..lorh..dahlia tu cerita dr PA tengku ni…
Cerita pasal lover yg get married eventually..ade tentangan ex fiance, family… typical tp yg lainnye is dr awal cerita lg diorg dah couple…then get married senyap2 dlu sbb obvious la si hero ni gatal tak blh bawak bincang..hehehe.. skali rupe2nye si heroin ni ade simpan rahsia yg blh mengangu hubungan diorg jugak…rahsia dendam die dr zaman kecik sbb heroin dibesarkan family angkat sbb die abused by her father…
Sweet nice story.. tp aq lagi suka dahlia la..yg tu lg sweet…
Nice...sweet...an everlasting love story. * bila masa je buku yg LM baca tak sweet, kan 🫢
Kisah cinta epik yg klise. Cinta dua darjat yang terhalang. Si kaya dan si miskin. Ibarat kisah cinta Ratu Grace Kelly . Lelaki anak golongan hartawan. Si gadis anak orang kebanyakan. Harus setaraf, tapi kalau sudah cintahhh...lautan api ku renangi jua....
Penuh dengan ayat-ayat cinta yg manis sampai aku rasa...eee mamat ni serius ke cinta sgt dgn Safya tu. Aku risau sbb tak dapat rasa feel dia. Risau kalau Zaff hanya mempermainkan perasaan Safya. Al maklumlah, Tengku Zaff terkenal dengan gelaran 'sweet talker'. Nahhhh...kalau betul cinta, kenapa Safya merajuk bawa diri?
Zaff bos Safya. Dorang bercinta senyap2 sbb polisi syarikat 'No Affair' pekerja dan majikan. Ayat2 Zaff tu mmg bikin hati cair mengalir. Muncul Adlene, bekas tunang Zaff. Dah kacau bilau. Walaupun nmpk klise, rupanya ada plot twist. Safya dan Adlene... ada sejarah dan rahsia. Mulalah rasa nak hempuk anak tengku ni. Bila makin baca, rupanya Tengku Zaffryel ni mangsa dlm kisah ni. Kesian....
Apapun...Tengku Zaff ni 'husband material' sungguh ya. Perlakuan dan bicaranya menggambarkan apa yg dia buat. Sayang cinta mati dengan Safya🥺. Ya...malangnya tak ada dalam dunia nyata.
Tbh, storyline ni lebih kepada bacaan matang. Bukan bermaksud ada SA, SH, scene atas katil, scene sex*** abuse. Tak ada ya, tak ada..tapi masih ada elemen 'soft-soft' gitu...Dan yg 'soft-soft' tu dlm 'HALAL MODE'.
Jadinya...sorry, adik2 bawah umur yg masih suci minda dan imaginasi, JANGAN BACA. I do believe, Zaffrel mempunyai peminatnya tersendiri. Kalau nak baca juga, risiko bakal berlakunya ketidaktenteraman minda tanggung sendiri ya😬.
Kita simpan abang long Zaff di sini. Nak cari cik Dahlia pula lepas ni. Siapa Dahlia? Dia PA kepada TZ. Kenapa nak kena baca kisah dia? Sebabnya dia digambarkan sebagai seorang wanita yang dingin dan beku.
TZ. Buku pertama Ella Affandy dan satu2nya buku dia yg aku ada setakat ini😌.
Masuk mukasurat 36, saya give up. Dialog cringe gile ( dari bab 1 tak berhenti - setiap kali ada scene antara dua watak utama ni), scenes 'romantik' hanyalah scenes di mana laki tu berperangai gatal atau berotak kuning.