Jump to ratings and reviews
Rate this book

KONSPIRASI

Rate this book
Buku pertama dalam trilogi EVIL EMPIRE.
“Kenapa datang kat The Lair ni? Mesti ada sebab diorang recruit awak.”
“Sama ada sini ataupun penjara.”
“I see. Apa awak buat?”
“Stuff.”
“Well, awak tak payah bagitau kalau taknak. Tapi toksah risau. Semua orang ada sebab sendiri kenapa diorang datang sini. Cuma satu warning. Sekarang dah terlambat kalau nak tarik diri. Kalau awak cuba nak lari, diorang akan bunuh awak.”
Louisa ditahan polis kerana menyebarkan gambar peribadi majikannya. Seorang gadis misteri tiba-tiba datang melepaskannya dan membawanya naik sebuah bot, atas alasan mahu melindunginya. Di atas bot, dia bertemu Syafiq, seorang lelaki yang melarikan diri dari hutang judinya dengan along. Mereka dibawa ke sebuah pulau rahsia bernama The Lair yang cukup futuristik untuk dijadikan pekerja.
Semua orang pernah rasa yang majikan mereka adalah manusia paling jahat di dunia. Tetapi bagaimana jika anda betul-betul bekerja dengan orang jahat?

ebook

Published November 1, 2019

6 people are currently reading
61 people want to read

About the author

Adib Zaini

15 books64 followers
membesar di merata tempat di Lembah Klang dari Klang, ke Subang Jaya, ke Cheras, dan kini menetap di Sungai Buloh. Diplomanya tersimpan di dalam laci, tidak digunakan sejak tahun 2009. Sejak kecil lagi dia memang gemar berimaginasi. Selepas membaca karya seorang penulis botak lain yang bernama Brian K. Vaughan, dia mula menulis imaginasinya ke atas kertas (ataupun dalam bentuk 1 dan 0). Lima tahun kemudian dia mencuba nasib dengan menghantar karyanya ke Buku Fixi. Hasilnya, Zombijaya menjadi novel pertamanya. Kini dia masih, dan akan terus berimaginasi lagi selama yang mungkin.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (35%)
4 stars
24 (32%)
3 stars
17 (22%)
2 stars
6 (8%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
266 reviews56 followers
December 2, 2019
Overall cerita ni agak memuaskan terutamanya bagi mereka yang sukakan cerita genre aksi.

Dari segi penulisan rasanya tak perlu sebut kot, sebab ni adib zaini. Gaya penulisan dia memang aku suka. Smooth gitew.

Susur jalur jalan cerita pun jelas. Kau nampak perjalanan cerita ni macam mana.

Tapi aku cuma kurang berpuas hati dengan world building The Lair. Bagi aku penulis boleh explore banyak lagi dengan The Lair ni. Secara jujurnya, aku rasa penceritaan The Lair agak kabur. Apa motif dia (walau ada diceritakan tapi aku rasa macam tak cukup), apa aktiviti2 yang menjadikan The Lair ni hebat. Sebab bila aku nampak perkataan Konspirasi dan sinopsis buku ni, dalam kepala aku expect buku ni akan create satu catastrophe on a global scale. Tapi dalam ni cuma level biasa ja... Mungkin sebab ni baru buku first kot.

Apapun aku still teruja untuk baca sequel buku ni, sebab aku nak tengok Syafiq!
Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
January 22, 2021
Konspirasi dengan komplot balas dendam dan mahu tunjuk siapa paling berkuasa-- Syafiq jadi tebusan, Lou kena tangkap, Hafizi dan Gomez dengan kes bunuh. Ini semacam organisasi-organisasi underground bersifat jenayah yang entah macam mana dah bergaduh sesama sendiri lepas tu menyusahkan orang lain.

Plot yang menarik dan teliti. Penceritaan yang kemas dan cermat. Paling suka adegan aksi/gaduh yang tak kalut dan meleret. Babak dialog yang bersahaja dan menghiburkan. Konfliknya penuh saspen, paling teruja dengan Three Amigos. Aku rasa keseluruhan ciptaan wataknya menjadi-- setiap satunya punya agenda dan kekuatan sendiri (tak sangka pandai bagi alasan pun dikira sebagai satu kebolehan unik). Penghuni The Lair yang mengagumkan dan penuh rahsia-- Olivia yang boleh tidurkan orang, jari-jari Rauf yang mengetik dinding, nyanyian opera Iceman dan Pegasus yang misterius.

Rasuah dan politik, kritik sosial dan salahguna kuasa pegawai berprofil tinggi, bahagian tengah ceritanya seperti diregang dalam sub-konflik dan hal rencam yang pelbagai-- barangkali penulis sengaja supaya watak dan cerita lebih perinci untuk sebuah trilogi.

Penghujungnya yang tergantung dengan epilog yang mencemaskan, liciknya! Harap buku ke-2 cepat terbit sebelum aku lupa tentang Hafizi, 'Rizwan' dan Lou.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
April 21, 2020
Penuh aksi. Buku 1 dalam trilogi. Kisah berputar antara Lou - Syafiq - Hafizi, mengadap kecelakaan konspirasi dari orang ternama. Dari hutang jadi dendam. Aku harap ada lebih banyak cerita tentang kekuasaan The Lair. Geram jugak aku bila Syafiq masih tak berjaya scam orang. Mungkin simpan untuk buku seterusnya? Tak puas sebab tergantung. Sekuel moga cepat.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Farhah Izzah.
4 reviews
March 6, 2020
Sumpah buku ni mmg best .. no joke aq x de pape nk complain .. can’t wait the second book dlm trilogy ni
Profile Image for Khadijah Nasir.
40 reviews
March 2, 2022
ermmm...


sapiq watak plg bodo skali. hahahhaa...

dlm cerita ni tak de hero ye... tp, aku plg suke Rauf/Black Tiger. sbb dia plg setia hingga ke titisan darah terakhir.

Pegasus tak tau hilang pegi mana. tp, kalau dia mati.. dia mati dlm kekeliruan.

Iceman. tamak. tak guna.

Lou ~ semua ni sbb dia. hahhaa.... sampai sudah rasanya tak tau apa yg dia rembat dr opis Dato Faroq.

sbnrnye rasa mcm tak cukup. nak lagi....
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
August 24, 2020
Semua orang pernah rasa yang majikan mereka adalah manusia paling jahat di dunia. Tetapi bagaimana jika anda betul-betul bekerja dengan org jahat?

Banyak betul konspirasi-komplotnya. Tunggu sambungan jelah. Sebab takpuas hati betul lah, rasuah, duit kopi... Bukan budaya yang baharu, rosak intergriti dan sesebuah negara oi.

Dah kenapa bila mimi cakap dengan dada dia, aku dok terikut bahasa tu..
Profile Image for Anthophile 🪴.
378 reviews7 followers
February 19, 2023
𝐓𝐖 : 𝐆𝐫𝐨𝐮𝐩 𝐫𝐚𝐩𝐞, 𝐥𝐢𝐰𝐚𝐭 , 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐜𝐮𝐫𝐚𝐧 , 𝐧𝐮𝐝𝐞, 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐜*𝐡 , 𝐡𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐧𝐢𝐛𝐚𝐥

𝐓𝐞𝐦𝐚 : 𝐊𝐨𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢, 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤, 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 , 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐢𝐚𝐬𝐚𝐭𝐚𝐧

Orang jahat VS Orang baik kerja bawah orang jahat. Nak keluar dari pekerjaan jahat pun melalui jalan jahat juga, ada ke yg tak jahat dalam buku ni? Even ada some of characters yg aku suka tapi end up tak suka sebab dia hisap ganja, sorry no matter how nice cool and hot you are , even in book drug addict is not tolerable and okay for me ✋

The only reason i cannot give this 5 star sebab ada certain bahasa dan karakter yg aku rasa mcm ‘try hard’ sgt nk jd badass dgn bahasa2 kesat dia. I mean, bahasa kesat tak menunjukkan you are savage you know, i cringe 😬 especially dkt part ‘lu’ ‘gua’ omg second hand embarrassment sgt2 😂☝️
_____________________

𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 dia memang gempak, menarik minat aku dari awal, berkaitan experiment Dr. Hansen percaya yang tidur adalah sesuatu benda yang membazirkan. Jadi dia nak jalankan kaiian untuk buangkan keperluan tidur daripada hidup manusia. So, yes..dia jalankan experiment dekat manusia dan kebolehan manusia. Ada klon, robot, genetik.

Memang kagum lah dgn world building dia penuh dgn sains tp senang di bayang, also made me wonder, benda2 yg dia sebut tu betul2 wujud ke kat luar? Sebab rasa real. 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 dia memang packed 👍🏻 dari menyelinap masuk, mcm mission impossible sebijik.

𝐩𝐥𝐨𝐭 dia tak heavy , lancar shj berjalan, buku ni maybe dia tak kelakar tp ada secara spontan kot kelakar, bagi aku lah. Lawak sungguh perangai karakter dlm ni 😂 Cth : Org ketuk dinding utk code rahsia tertentu, Syafiq randomly balas ketukan tu,adeh 🤣

tapi watak2 i can say not an unexceptional kind lah, kuku hitam ada tatu rambut hijau lah bagai, bukan watak org2 biasa. Buku ni pun quite disturbing
_____________________

🍂𝐅𝐀𝐕𝐎𝐔𝐑𝐈𝐓𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐑𝐀𝐂𝐓𝐄𝐑:🍂

🍂 𝐇𝐚𝐟𝐢𝐳𝐢 - Tom Cruise!! There , i said it! He’s a policeman, 35 tahun hot single daddy ada seorang anak perempuan Mimi nama dia. Aku rasa dia hot sebab aksi dia dan kegigihan dia dlm selesaikan kes ni, masa dia lari kejar penjahat and slide atas roof kereta tu, wow man!! 🤛🏻👏🏻

And masa dia tanggalkan belt dia slowly to threatened that motherfunker Dragon. Aku nak sambung buku ni semata2 sebab Hafizi tau dak. And 𝐆𝐨𝐦𝐞𝐳 pun hot juga, rakan sekerja Hafizi, playboy . Pantang nampak perempuan 🤣 tp a good diligence policeman (mula2 aku ingat dia perempuan sebab nama gitu, rupa nya Gomez Vicky 😑👊) .

The 2nd reason i want to continue this trilogy is him 👇

🍂 𝐒𝐲𝐚𝐟𝐢𝐪 - Syafiq ni baik even dia tahi judi sebab dia bodoh senang pertaruhkan benda yg dia tak pasti tp dia baik. Aku kesian betul dia terpaksa terjebak dlm permainan kotor dan jahat ni. Sungguh, aku kesian betul dkt dia.

🍂 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐚 - Pmpuan ni pn baik. Even masa pengawal di tembak dkt lutut dia minta maaf sbb dia tak nk semua ni berlaku tp ejen tu tembak dia, she’s just an ordinary girl. Hanya sebab dia kena harassed and bongkarkan benda tu dia terpaksa terkomplot dgn konspirasi jahat ni sekali.
Profile Image for Jejaka Buku.
115 reviews6 followers
February 9, 2023
"Lu ni risau sangatlah. Lu tak terjun, mana lu nak tau kolam tu dalam ke tak?"

Konspirasi, sebuah novel bergenre fiksyen sains/seriau, mengisahkan Syafiq, seorang tahi judi yang hidup segan mati tak mahu dan Louisa, seorang penganggur yang tidak tahu tindakan mengaibkan bekas majikannya boleh mencetuskan peperangan besar antara organisasi rahsia yang selama ini beroperasi di balik tabir tanpa dikesan sesiapapun. Mereka direkrut ke sebuah pulau futuristik bernama The Lair, di mana setiap individu perlu berbakti dengan kemahiran masing-masing dan menarik diri hanyalah menempah maut.

Novel ini mempunyai beberapa sudut pandang dan pembaca akan mengikuti sudut pandang utama iaitu Syafiq, Louisa dan juga Hafizi, seorang anggota polis yang menyiasat kes pembunuhan dipercayai mempunyai kaitan dengan organisasi di The Lair. Binaan dunia dalam novel ini agak lemah kerana penerangan The Lair sebagai sebuah pulau futuristik tidak dapat dirasai selain daripada teknologi-teknologi yang hanya disebut-sebut oleh watak sampingan. Tempo penceritaannya pula dirasakan perlahan kerana gaya penulisan yang agak deskriptif. Pada awal pengembangan plot dipikul oleh dua sudut pandang iaitu Louisa dan Hafizi yang sarat dengan adegan seriau, manakala sudut pandang Syafiq pula dirasakan hanya sebagai pembawa elemen komedi dalam novel ini. Tetapi selepas pertengahan novel, barulah watak Syafiq lebih menyerlah. Walaupun kerap bertukar sudut pandang, penulis bijak menyusunnya secara linear tanpa memeningkan pembaca. Penamatnya yang tergantung tidaklah mengecewakan malah ditulis dengan baik untuk memberi gambaran kepada pembaca apa yang bakal terjadi di sekuelnya. Antara perihal yang disentuh penulis ialah sekuat manakah keazaman seseorang untuk teruskan hidup demi menebus kesalahannya dan adakah apa yang sedia dipercayai tidak perlu dipersoalkan langsung.

Secara keseluruhannya, novel ini masih lagi mengekalkan gaya penceritaan penulis yang santai, mempunyai pelbagai watak yang menarik dan komedi pada tempat yang sesuai terutamanya jika pembaca sedia tahu ada beberapa watak serta rujukan berdasarkan penulis dan karya sebenar. Sebagai novel pertama untuk sebuah trilogi, novel ini dikira berjaya menjalankan tugasnya.

4🌟/5🌟
Profile Image for Zaiful Zahiri.
38 reviews1 follower
August 6, 2020
Citer dia pasal apa?
Basically, citer dia pasal kehidupan pd masa depan, wujudnya pertubuhan organisasi2 team underground ni masing2 illegally buat kajian teknologi robotik, klon, genetik, future weapon dll. Rules nya, diorang tak bole kacau antara satu sama lain.Namun, disebabkan sikap tamak, dendam dan gila kuasa, dalam diam2 ada unsur konspirasi utk sabotaj between each of them.
Watak utama terdiri daripada Syafiq (Kaki Judi), Lousia (ex-staf Dato Farouq) , Hafizi (Polis yg teraniaya), Dr. Hansen (founder the Liar), Dato Farouq (main antagonist).

Apa yg menarik?
1. Cetusan idea konflik yg kreatif.
2. Action scene macam filem Hollywood.
3. Pembaca akan tertanya2 apa sebenarnya berlaku, kenapa begitu, siapa sebenarnya dia ni, dll.
4. Ada dialog lawak2.
5. Penulis bawa isu2 rasuah, politik game, scammer, dan kritikan2 sosial.
6. Plot twist tentang siapa yg belot siapa.
7. Adrenaline utk mbaca page seterusnya ada.
8. Idea konsep futuristic life yg umphhh.
9. Pace start laju bila dah masuk latar tempat The Liar.

Apa yg kurang?
1. Ada ayat carutan yg rasanya takde pun takpe kot. Haha
2. Citer tergantung. Kena tggu sequel.
3. Mcm ada typing error. Kat m/s 299 kata 'Dia nampak lubang peluru di dahi kanan xxxxxx. Peluru td tembus kepalanya'..., tapi m/s 315 kata 'Dia nampak blkg kpla xxxxxx berdarah, Ada lubang peluru masuk, tetapi tiada lubang peluru keluar'...

Rekemen kepada?
1. Peminat movie aksi, thriller, sains fiksyen, komedi
2. Peminat dan followers kpd penulis Adib Zaini. Ni naskah fresh.

Bintang?
4.6/5.0 bintang!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
April 10, 2020
Permulaan cerita tu agak menguap ya. Aku dah hampir nak DNF dah. Tapi aku paksa juga untuk teruskan bacaan walaupun slowwww~

Dah sampai Bab 6 or 7 camtu dah mula sedap dan boleh ikut dah penceritaan dia.

Memandangkan buku ni ada sambungan so tak boleh komplen la. Hopefully cerita ni akan berkembang lagi besar dan jadi macam2 lagi benda yang unexpected.

Nak tahu apa jadi dengan Louisa. Macam mana dia rawat Rauf dengan Livvy. Nak tahu nasib Syafiq. Macam mana dia balas dendam dalam diam. Nak tahu nasib Hafizi yang dah masuk lokap dan macam mana Gomez tolong dia solve kes ni. Dan apa kesudahan Datuk Farouq? Perang ke nanti dengan The Lair dan organisasi lain. Siapa Mr.S? Ada mention ke in early chapter? And also Datuk Hamizan yang menyebabkan dia dipenjara.

Ok kena tunggu second novel.

Actually, aku nak bagi 4 bintang tapi aku cringe teruk dengan dialog pelat budak2 antara Hafizi dengan anak dia, Mimi. Urghh so 3 bintang je lah ek.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for ddhia.
41 reviews2 followers
August 14, 2021
Buku ni penuh dengan kejahatan dan bila dah sampai ke penghujung, nampak perkembangan watak berkait antara satu sama lain. Walaupun bergenre thriller/aksi, namun langsung tak pening dan tak banyak pusing. Oh ada plot twist juga. Tak sabar nak tunggu sambungan trilogi Evil Empire. Best 👍🏻 silakan membaca, jangan tangguh-tangguh 😆
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
July 30, 2021
A good starting.
The 1st book for evil empire.
Story line okay...cantik utk build up every character...
Mendebarkan & cukup detail
Profile Image for smlq.
24 reviews
February 25, 2022
sangat sangat lambat. tak sure nak cerita apa sebenarnya. i end up habiskan nak taknak.
4 reviews
September 9, 2020
Nice. Jalan cerita yang amat menarik. Tak sabar nak tunggu buku yang ke-2 dan ke-3.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.