Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Pertualangan Muaz sebagai pejuang akhirnya sampai ke penghujung. Kematian mentornya Sheikh Mahad melukakan hatinya. Lebih menyakitkan bila mengetahui Sheikh Mahadi itu seorang pemimpin Yahudi yang menjadi musuh ketat ayahnya selama ini. Pertempuran dengan mentornya menyebabkan Muaz kehilangan tangan kiri. Akibat kecacatan dan kekecewaan itu dia nekad mengundur diri dalam medan perjuangan.

Dia fikirkan setelah meninggalkan dunia perjuanga, hidupnya akan tenang. Rupa-rupanya dendam puak Zionis semakin membara. Agensi perisikan MOSSAD telah mengarahkan unit sulit KIDON, iaitu skuad pembunuh elit yang berkemahiran luar biasa untuk membunuh Muaz dan ayahnya. Sekali lagi ketenangan hidup Muaz diganggu. Kali ini dia menghadapi lawan yang cukup getir. Satu persatu orang yang ada kaitan dengan dirinya dihapuskan.

Muaz sedar dia tidak boleh berpaling lagi. Demi sebuah dendam, dia kembali. Kali ini ayahnya Syed Fahim telah ditangkap pihak musuh. Muaz tiada pilihan, demi ayahnya dia memburu musuh yang tidak di ketahui. Perjuangan ini bukan untuk mencari nama tetapi untuk mempertahanjan maruah.

Inillah permulaan bagi sebuah pengakhiran.

588 pages, Paperback

First published November 2, 2019

25 people want to read

About the author

Arman Jazee

9 books44 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (69%)
4 stars
2 (8%)
3 stars
4 (17%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for W.Noraini.
54 reviews10 followers
December 22, 2019
Ia suatu penantian yang berbaloi. Setelah membaca LP 1 & LP2, memang ternanti-nanti kesudahan kisah Muaz ni. Walaupun penulisnya Arman Jazee memberitahu dia ada menulis sambungan kisah Legasi Pejuang di wattpadd, tapi saya bukanlah orangnya yang gemar untuk membaca dengan cara begitu...lebih gemar membaca dengan memegang naskah di tangan. Akhirnya, penantian yang lama ini berakhir juga dengan terbitnya LP3 di pasaran.

Apa yang boleh dikatakan tentang LP3 ini??? Bagi yang meminati kisah thriller dan penuh aksi.... inilah bukunya yang anda harus baca ! Kisah yang penuh dengan aksi yg memukau... dan rasa sedih yang mencengkam jiwa. Peristiwa pembunuhan isteri dan anaknya secara kejam atas rasa dendam Yahudi Laknatullah telah menggerakkan jiwa pejuang Muaz untuk menuntut bela atas kematian mereka. Dari situ, bermulalah semula episod perjuangan Muaz menuntut bela dan misi perjuangan menentang regim Yahudi.

Kisah perjuangan Muaz ini, walau hanya sebuah kisah rekaan penulis ... tetapi pada pandangan saya, ia menyamai kisah di dunia realiti sebenar. Itu yg menyebabkan bila membaca naskah ini, perasaan saya berbaur, penuh dgn emosi sedih, geram dan benci pada regim Yahudi.

Bagi yang hendak membaca buku ini, nasihat saya hendaklah membaca keseluruhan trilogi novel ini, iaitu Legasi Pejuang 1, Legasi Pejuang 2 dan LP3 supaya lebih dapat memahami kronologi kisah perjuangan Muaz, anak Malaysia menentang Zionis Yahudi. Tahniah buat Penulisnya, Arman Jazee untuk kisah yg hebat ini.

1 review1 follower
November 10, 2019
Best sgt2 novel ni...hehe..ad bab yg sedih jgk lah
1 review
November 20, 2019

4.25 ⭐


Novel ini adalah prekuel kepada Legasi Pejuang dan Legasi Pejuang 2. Kali ini tak sangka karya solo kelima penulis saya beli dan bayar secara terus kepada penulis semasa di Jualan Karnival Karangkraf awal bulan November. Keterujaan menjadi berganda disebabkan penulis memberitahu sayalah orang pertama dalam list pre order yang memiliki LP.3 😍.


Karya kali ini saya hanya berjaya habiskan dalam masa 5 hari. Kebiasaannya paling lambat pun saya baca, 3 hari dah boleh tamatkan. Tambahan jika ianya karya penulis yang saya gemari.


Setelah kematian ibu dan bapa angkat Muaz, dia tinggal di Jepun dan meneruskan legasi Mushashi Suzuka dalam perusahaan pembuatan pedang demi memegang amanah. Muaz telah membuat keputusan untuk cuci tangan dan kaki dari dunia perjuangan. Sementelah dia telah kehilangan tangan sebelah kirinya angkara Syed Mahdi dan demi keselamatan isteri serta anak yang bakal lahir. Dia ingin bina keluarga yang bahagia dan hidup normal seperti orang lain.


Satu hari Muaz telah didatangi Syed Fahim. Ayahnya menghadiahkan tangan palsu baru yang lebih tahan lasak dan lebih canggih buatannya bagi menggantikan yang lama. Syed Fahim juga menyatakan hasrat untuk meminta bantuan dari anaknya bagi memerangi kuasa-kuasa jahat yang bertopengkan Islam.


Dia menceritakan secara terperinci apa yang telah berlaku di tanah Arab bermula dari Iraq sehingga telah merebak ke Syria. Muaz memohon maaf dan menolak untuk berjuang bersama- sama Syed Fahim menentang musuh-musuh Islam. Dia telah berjanji dengan isterinya, Katrinee untuk tidak lagi terlibat dalam dunia perjuangan yang penuh liku dan noda. Dia juga berasakan dia tidak lagi mampu menjadi pejuang yang kuat selepas hanya bergantung dengan tangan palsu. Syed Fahim terpaksa akur dengan keputusan Muaz.


Tiga bulan kemudian satu tragedi besar berlaku dalam hidup Muaz. Sejak kejadian tersebut, dia menjadi seorang Muaz yang baru. Dunia akan menjadi saksi keganasan dan kejahatan Muaz. Ken, lelaki yang pernah menyelamatkan Muaz satu ketika dulu telah menjadi sahabat baik Muaz. Dia bersama-sama membantu mengatur strategi dan misi untuk menghapuskan musuh juga dalang di sebalik kejadian yang menimpa keluarga Muaz. Muaz memburu dan diburu skuad Kidon dalam masa yang sama. Mereka berdua menyerang bermula dengan kumpulan yakuza Yamaguchi. Kejayaan menghapuskan kumpulan yakuza itu telah menjadi milik Muaz dan Ken.


Kemudian Muaz bertemu dengan mentuanya Mitch dan Clara di Amerika bagi menyampaikan hasrat yang telah Kat amanahkan kepada Muaz. Semasa di Amerika perjalanan hidup Muaz mula berliku. Apakah yang telah terjadi kepada Muaz? Adakah ibu dan bapa Kat menerima dia dengan baik?


Muaz juga telah menjejaki ayahnya yang berada di Aleppo hasil maklumat yang disampaikan Samira, orang kanan Syed Fahim. Berjayakah Muaz berjumpa dengan ayahnya?


Ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran setelah sampai ke muka surat yang terakhir. Adakah Mitch masih hidup selepas ditembak? Bagaimana pula dengan Clara? Begitu juga dengan Jack, masihkah dia hidup selepas membantu Muaz menjejaki dalang utama yang memusnahkan keluarga Muaz? Tak terkecuali juga benarkah Menehem Lazarus benar-benar telah mati? Mungkin penulis sengaja tidak ceritakan hingga ke akhirnya tentang mereka.


Karya penulis kali ini masih mengekalkan genre aksi thriller yang bertemakan perjuangan, cuma kali ini lebih kepada perjuangan misi peribadi seorang Muaz. LP.3 bagi saya secara keseluruhannya adalah yang paling baik olahan ceritanya di dalam siri trilogi Legasi Pejuang. Babak aksi juga berterusan hingga ke akhir cerita yang mana saya sememangnya sukakan novel genre sebegini.


Sangkaan saya tentang dalang sebenar yang mengarahkan Syed Fahim dan Muaz dibunuh tersasar. Begitu juga dengan Samira. Awalnya tidak menyangka yang Samira punya rahsia besar. Ketika Muaz ingin menyelamatkan ayahnya di Pulau Kotlin, oh rupanya Samira sebenarnya ialah... Twist yang diselitkan dalam naskhah ini menjadikan ianya lebih menarik dan menimbulkan tanda tanya semasa membaca. Ia membuatkan saya teruja untuk tahu apa yang berlaku seterusnya.


Jika di dalam Legasi Pejuang 2 karakter Muaz kuat dari segi mental dan fizikalnya, sebaliknya berlaku dalam LP.3. Muaz berubah menjadi seorang yang rapuh jiwanya dan lemah semangatnya. Dia akan larut dalam kesedihannya dalam jangka masa yang lama. Geram saya dibuatnya 😃. Nasib baik dia cepat sedar dan kembali menjadi seorang yang positif dan bersemangat.


Saya paling suka dengan watak Ken Kagiyama. Dia menunjukkan nilai persahabatan yang sangat tinggi dan ikhlas. Ken sanggup berkorban supaya Muaz dapat meneruskan misi menjejaki dalang utama yang menghancurkan keluarga Muaz. Berlainan bangsa dan budaya bukan menjadi satu halangan untuk bersahabat.


Selain Ken, saya berasakan watak Syed Fahim juga menarik. Cabaran yang terpaksa dihadapinya lebih perit dan sukar berbanding anaknya, Muaz. Atas nama pejuang Islam, Syed Fahim terpaksa meninggalkan isteri serta anaknya berpuluh-puluh tahun sehinggalah isterinya meninggal pun dia tidak dapat berjumpa. Dia tetap tidak pernah berasa lelah meneruskan perjuangannya hingga hujung nyawa.


Terdapat banyak nilai yang boleh kita ambil dari kisah ini untuk dijadikan pedoman. Antara yang ditekankan oleh penulis ialah nilai perjuangan. Tidak kira sama ada dalam perjuangan peribadi atau perjuangan demi agama dan bangsa, kita jangan sekali-kali berputus asa. Sekiranya kita jatuh, bangun dan bangkitlah kembali. Sesuatu bangsa dan agama mampu menjadi kuat dan kukuh apabila kita bersatu padu. Seperti pepatah mengatakan, 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.


Selain itu, sebelum mengambil sebarang tindakan dalam sesuatu perkara kita harus merancang strategi dengan baik. Tindakan yang membuta tuli akan mengundang kekalahan dan kekecewaan. Kita juga seharusnya tidak bertindak dalam keadaan yang marah kerana ia menyumbang kepada kemusnahan juga kehancuran.


Usai habis membaca trilogi ketiga Legasi Pejuang yang tebal nak mampus ni seperti kata penulisnya dalam video di Youtube, saya mendapat satu kepuasan. Bukan penulis sahaja yang menunggu selama 5 tahun untuk melihat novel ini diterbitkan. Saya juga menanti dengan penuh setia dan akhirnya penantian itu terbayar.


Perenggan terakhir LP.3 sebelum perkataan tamat membuatkan sesuatu bermain di minda. Sekiranya apa yang berlegar dalam kepala saya ini akan direalisasikan, hmmm... alangkah bagusnya 😉.


Kepada pembaca lain yang belum atau sedang membaca LP.3, selamat membaca ya! Bagi yang belum pernah membaca trilogi Legasi Pejuang, suka sekali saya sarankan korang membacanya. Ianya menarik dan insyaAllah korang akan jatuh suka dengan trilogi ini.


Untuk penulis Arman Jazee, tahniah diucapkan atas kemunculan naskhah solo kelima ini. Jangan pernah jemu menulis dan semoga akan terus meningkatkan kualiti dalam penulisan. Selamat maju jaya!


'Penamat dalam kehidupan adalah berputus asa. Penamat dalam sebuah perjalanan adalah berhenti sebelum tiba ke penghujung'. -LP.3-







1 review1 follower
November 10, 2019
Alhamdulliah.. Berjaya habiskan bacaan dalam masa 2 hari.. Karya yang telah lama ditunggu.. Penuh rencah dengan aksi mendebarkan, kejutan, dan kisah perjuangan.
Jalan cerita digambarkan secara terperinci dan jelas seolah olah pembaca berada di dalam penceritaan.

Hopefully ada sambungan lagi..

Bagi 6 bintang untuk bro arman jazee.

Sebuah buku yang mesti dibaca pada tahun 2019.

Untuk penulis, semoga ada sambungan atau kesinambungan lagi... :)
1 review1 follower
November 11, 2019
Penceritaan yang sangat mengujakan. Sebuah novel yang sangat berbaloi untuk dimiliki oleh peminat fiksyen aksi.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
492 reviews44 followers
June 20, 2025
Pertemuan yang seterusnya membuka rahsia siapa sebenarnya mentor Muaz berakhir dengan pertempuran. Dan dalam pertempuran itu Muaz kehilangan sebelah tangannya. Ini juga yang membuatkan Muaz ingin tarik diri daripada semua perjuangan yang dilakukannya. Namun, musuh pasti tidak akan membiarkannya begitu sahaja.

Dalam naskah ini jelas menunjukkan betapa liciknya puak zionis dalam percubaan mereka untuk menghapuskan orang-orang Islam. Bukan sahaja menyerang dari luar tetapi juga menyusup dari dalam.

SH rasa penulis mungkin terlupa babak kematian di rumah Muaz berlaku di Jepun bukan di Malaysia. Boleh pula polis Jepun tu menuturkan ayat 'Ya Allah' selepas melihat mayat-mayat yang bergelimpangan di situ. Padahal polis tersebut adalah polis tempatan. Sangat tidak kena keadaan tersebut.

Rasa marah andai tidak dikawal dengan iman dan takwa sememangnya boleh menghancurkan. Bukan sahaja buat orang lain tetapi juga diri sendiri. Kerana itulah dalam Islam, jika kita mula dilanda api amarah, ambillah wuduk. Kerana air mampu menyejukkan api amarah itu.
Profile Image for Nadhiah Aida.
517 reviews27 followers
January 22, 2020
It's a non stop action pack and thriller ...
Your heart beating like machine gun
And you feel so hatred toward the Zionis and Anti-Muslim ...
8 reviews2 followers
November 20, 2019
Antara novel terbaik selepas Sindiket.
Karya hebat 👍
Penuh aksi 💪
Cinematic novel 📺 babak² ngeri memang terbayang² di ruang mata.
Tak nak ulas panjang²,tak nak ulas tentang watak² dlm LP3 ni sbb watak² semua punya keistimewaan tersendiri.
Kesemua 🌟 di angkasa sy berikan utk tulisan hebat ini.
Semoga penulis diberikan kesihatan yg baik utk terus menghasilkan karya yg lebih hebat.
Tahniah abg @armanjazee 🤝👏
Profile Image for Shimah Basri.
14 reviews9 followers
December 30, 2019
Alhamdulillah. Berjaya aku menoktahkan bacaan novel yang sangat kunantikan sejak sekian lama. 5 tahun kumenantikan sambungan LP. Terima kasih arman jazee yang ayu.

Tapi setelah kumenoktahkan bacaan. Kemurungan mula melanda. Maaf. Aku tak boleh menerima kenyataan pengakhiran cerita ini. Sungguh aku tak boleh terima. Arggghhhh!!!

Kenapa? Kenapa? Kenapa? Hidup muaz sangat berliku? Kenapa sehingga ke noktah terakhir dia perlu diuji. Kenapa jiwanya tak pernah aman? Kenapa? Encik penulis janganlah didera sampai begitu sekali. Aku pun rasa sakitnya tau.

Sakitnya tuhhh di --->>> 💔

Aku jadi tak tahu nak ulas macam mana novel ini. Yang pasti aku masih terbawa-bawa dengan emosi. Jiwa aku terasa sakit dia. Dari LP1 masuk ke LP2 aku terbawa-bawa dengan emosi kerana watak Muaz ni. Tapi kali ini lagi dasyat dugaan dia.

Encik penulis dunia masih belum lagi bebas dari mehnah kekejaman zionis. Bagaimana dengan pengkisahan LP ini. Masihkah ada sambungannya? Ketebalan ini masih belum cukup puas buat aku. Bagi aku masih belum ada pengakhirannya.

Encik penulis. Kenapa didera jiwa gadis ayu berbaju kebaya hijau serindit bertudung pink ini. MAHA KEJAM tau?

Nangis tepi bucu katil...
Profile Image for Fredx Sahadan.
39 reviews1 follower
March 28, 2023
Mcm2 perasaan baca LP3 ni..

Dari loya, sedih, bersemangat, kecewa, sweet, tanjat, puas hati, tp endingnya sedih balik….

Alor… kenapa jd gitu? Ingatkan la happy ending. Mcm ada sambungan je lg…

Novel ni sangat sarat dgn aksi.. bagus untuk peminat genre action..
tp makcik2 mcm ya ni perlu lebih effort untuk berimaginasi… nak imagin Rambo ke? Samurai ke? Universal Soldier ke? Avengers ke? Saya anggap je ia latihan minda.. hahahah

Senang legasi pejuang ni.. direct je guna BM. X payah nak guna bahasa prancis la.. jepun la.. arab la.. american english la… sendiri2 pandai la membayangkan dgn watak sekian-sekian mereka berkomunikasi guna bahasa apa.. penulis dah siap2 translate kan.. xde la potong mood membaca kalau asik nak pause semata nak google translate kan.. cenggini makcik suke..

Tahniah Arman Jazee..semoga ada sambungan untuk kisah Adam pulak…
Profile Image for Ansya.
113 reviews
December 12, 2019
Bismillah.
Secara ringkas. Wow Wow Wow!!! Tak terkata kehadiran semula iaitu Muaz, was like OMG!!!
Seperti biasa..perjuangan beliau seems to be retire..BUT, apabila sesuatu menimpa diri beliau sendiri maupun keluarga2 terdekat beliau maupun sahabat sendiri adakah dia yang akan berdiam diri? Ternyata tidak sesama sekali..Allahu Mustaan..hopefully ada LP4! AAMIN YA RABB..
*tak pernah menghampakan
*tak bosan
* mmg baik!!!
*one of my favourite author too
👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍
2 reviews
February 9, 2020
Memang superb kisah kali ini. Syabas kepada penulis . Tapi pengakhiran tu macam ada sambungan.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.