Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hevin & Hell

Rate this book
Yang Helena mahukan ialah Luth, abang komando yang bersinar seperti bidadara. Malangnya Edd dari masa silam yang hitam muncul merebut haknya di sisi Helena.

Di kala Helena berada pada titik paling lemah, Hevin, lelaki misterius yang pernah muncul pada malam durjana, kembali menjadi penyelamat.

“Kenapa nak kahwin dengan abang?” Sengaja Luth menduga. “Sebab El sayang abang.” Tulus Helena mengaku.
“Abang pun sayang El juga.”

“Aku akan pastikan yang kau kembali pada aku. Kau akan jeritkan semula nama aku bila kita bersama.” Ugutan Edd buat Helena semakin takut.

“Tak sesuai aku nak panggil bakal isteri aku Hell. Tak romantis langsung.” Hevin senyum.
Helena tergelak pendek. “Heaven and Hell yang tepatnya. Kau syurga, aku neraka.”

Tapi... tegarkah Helena bertarik rambut dengan Milly dan Madiha untuk seorang Hevin Kifli?

“Kau pengaruh tak baik untuk dia, El.”~ Madiha

“You cari my heaven ke? Dia tidur lagi. Penat.” ~ Milly

Helena percaya, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Malangnya Hevin dan Luth tak cukup jahat untuk dirinya.

Mampukah Helena terus istiqomah ataupun berputus asa menjadi perempuan yang baik-baik?

410 pages, Paperback

Published November 11, 2019

1 person is currently reading
11 people want to read

About the author

Sera Elya

12 books28 followers
I'm a (ghost)writer.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (50%)
4 stars
8 (40%)
3 stars
2 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Eyd1410.
836 reviews22 followers
December 16, 2019
Best!!! Cerita lain dari yg lain. Selalu dimomokkan dgn cerita yg agak klise, tetapi utk Helvin dan Hell ini, kita dihidangkan dgn pelbagai genre. Ada mistik, aksi, misteri dan juga cintan cintun yg sgt bergula. Kepelbagaian genre di dlm 1 cerita inilah yg menjadikan HNH ni sesuatu yg unik.

Sesiapa yg selalu membaca karya writter pasti akan tahu signature writter yg luar dr kebiasaan.
Kisah pahit dan kegelapan byk ditinggalkan sejak El pulang ke kampung. Semasa inilah dia berjumpa kembali Kefli alias Helvin. Ada rasa cinta dihati El utk Helvin namun terpaksa dilupakan kerana Madiha dan Melly.
Semasa inilah dia ditemukan dgn Luth dan kemudiannya wujud sayang di hati El. Lantas dipahat dlm hatinya yg satu hari nanti Luth yg akn menjadi suaminya.

Semasa berada di kg inilah pelbagai kejadian mistik yg berlaku. Kerana saka itulah sebenarnya yg menjaga maruah El dr dicerobohi oleh teman lelaki dan juga musuh2 mereka. Ermm mcm2 saka dlm tubuh El. Luth yg plg byk membantu El dari didekati oleh makhluk2 tersebut.

Rasa cinta El kemudiannya hancur bila Luth memgahwini Madiha. Ok, masa inilah bukan hati El shj yg hancur, saya yg membacanya turut terasa pedih. Geram pulak dgn Luth dan Madiha masa ni. Walau mereka menjelaskan sbb kenapa mereka berkahwin, namun hati tetap tersayat pedih.

Semasa El berada di titik plg lemah inilah Helvin muncul kembali. Helvin jugalah yg menjadi hero menyelamatkan El dr dihancurkan oleh Edd dan juga Harry. Ketika inilah satu persatu rahsia yg disimpan oleh Helvin terbongkar dan akhirnya byk plot twist yg tidak dijangka akan timbul😅.
Siapa Helvin yg sebenarnya, siapa Harry dan Milly dlm hidup Helvin. Apa rahsia hubungan Luth dan Madiha selepas mereka berumahtangga dan juga siapa yg Edd dan Harry 'gauli' jika El masih perawan? Pffftttt mmg byk kejutan dlm karya writter kali ini.

Overall, saya sgt berpuas hati dgn cerita ini. Cuma di masa permulaan shj saya terasa blur kerana plot sering bertukar. Dari masa kini ke masa lalu. Jadi permulaan cerita kena beri tumpuan yg lebih supaya tidak lost. Apapun tahniah Sera Elya. Highly recommended👍👍👍👍👍
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
September 17, 2021
[BOOK 118]

Hevin & Hell by Sera Elya.
.

Masa mula-mula baca buku ni, penulis dah bagitahu yang buku ni ada kaitan dengan salah satu cerita dalam Kompilasi Sera Elya tu dengan buku Assistant Tuan Menteri. Aku pun dah ingat-ingat lupa cerita tu, so, kita baca la semula review dulu untuk refresh.
.

Ceritanya bermula apabila Rashdan ternampak seorang perempuan berkeliaran di kawasan rumah arwah Adnan. Helena namanya. Katanya, dia ialah adik tiri Adnan. Tapi takde sape yang tahu kewujudan Helena ni. So, atas dasar tanggungjawab, Rashdan bawa balik Helena ke rumahnya untuk dijaga.
.

Lepas tu, Helena ke sekolah. Jumpa dengan Kifli aka Hevin. Dulu-dulu, Helena dengan Hevin ni tak sebulu. Ada je isu. So, bila jumpa semula, ada je benda nak gaduh.
.

Luth pulak, sepupu Madiha. Madiha ni gadis yang sukakan Hevin. Helena pula sukakan Luth. Dan bila Luth kahwin dengan Madiha, Hevin muncul sebagai penyelamat. So, dorang kahwin la.
.

Cerita ni menarik bila ada isu saka. Helena mewarisi saka daripada Adnan. Dan ada seekor lagi saka yang sentiasa melindungi Helena. Aku suka kalau part saka Adnan tu diceritakan lagi.
.

Dan tak sah la cerita Sera Elya, kalau tak melibatkan misi-misi underground nya.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
May 11, 2020
setiap manusia, ada sisi gelap atau negatif masing-masing. sama ada kelihatan ataupun tersorok. tapi ia bukan bermakna untuk dijadikan kejian atau umpatan. helena atau el atau hell, permulaan hidupnya tak indah. dari kecil, dibesarkan. lebih tepat lagi dia budak jalanan. banyak benda negatif yang dia hadap.

tapi kepulangannya ke kampung arwah abangnya bersebab. dia sebenar diganggu oleh saka arwah abangnya. walaupun tak mengenali rapat tapi arwah adnan yang menyara kehidupan selepas kematian emaknya. dan dia juga ada saka keturunan yang melindunginya dari segala kerakusan manusia lain.

dengan rashdan dan erza, helena terpaksa ikut cara hidup yang ditentukan. dia harus habiskan tingkatan lima, belajar agama. tapi tak sengaja dia bertemu semula dengan hevin kefli. hevin juga antara yang pernah muncul dalam kehidupan gelapnya sebelum ini. cuma di kampung, mereka sekelas dan hubungan pun lebih baik.

masa berlalu. helena jatuh suka dengan luth, abang sepupu madiha sejak dari tingkatan lima. dia belajar dan kemudian bekerja tapi masih tak lupa pada luth idamannya. cuma, dia terperanjat bila luth berkahwin dengan madiha.

suka dengan cara penceritaan penulis Sera Elya ini. pembaca pada awal ditunggang terbalikkan dengan penceritaan yang caca marba. kejap masa kini, kejap masa lalu. sangat unik dan buat pembaca terus tertanya apa kisah seterusnya. makin lama baca, makin jiwa melekat hingga hujungnya.

hevin melamar helena. satu paling utama dia mahu lindungi helena memandangkan edd sudah keluar dari penjara dan harry mula mahu mengekori helena. lain dari itu, hatinya sebenar sudah lama tertawan.

paparan aksi yang digambarkan memang hebat. walaupun sedikit sana dan sini tapi cukup untuk lengkapkan perjalanan kisah. tau ada pergolakan dalam dunia perniagaan ayah hevin. tau yang helena sentiasa siap siaga mempertahankan dirinya. tau hevin tak culas mengawasi keselamatan walau akhirnya dia sendiri yang jadi mangsa!

manusia, takkan selamanya buruk. bila mahu berubah walaupun banyak dugaan, akan mampu hadapinya dengan tenang bila jiwa ikhlas.

permulaan hidup manusia bukan penentu mana arah melangkah. mungkin sesat pada awal tapi tak mustahil akan jumpa denai atau laluan yang lain yang lebih cantik dari laluan yang sedia ada untuk sampai ke garisan penamat.

cinta, bukan sekadar harap manis belaka. bukan sekadar hanya muncul dalam bentuk hati yang cantik merah sahaja.

banyak bentuk. banyak sisi.

lalui saja. selagi terdaya.

manisnya akan lebih dinikmati, seadanya.
Profile Image for Al.
82 reviews1 follower
February 5, 2021
Tak tahu la kenapa tapi aku paling suka scene bila ada abg Dan. Mungkin aku ni dah kena jampi charms Rashdan kot.

Suka hubungan helena dengan abg dan. Walaupun Dan tak ada kaitan pun dengan helena tapi dia yang berkeras nak jaga el.

Lepas ni abg Dan akan muncul lagi ke? 🤣
Profile Image for Susi Majid.
58 reviews24 followers
December 28, 2019
Thumbs up to the writer..u never failed to amaze me..jln cerita yg x pernah membosankan
Profile Image for Maya.
61 reviews3 followers
February 3, 2024
Stars: 3.5 ⭐️


Kedatangan Helena ke kampung cuma satu iaitu mencari abang tirinya Adnan. Bukan kerana mahukan duit, tetapi dia mahu uruskan ‘hadiah’ yang Adnan tinggalkan kepadanya. Tak sangka pula dia bertemu Hevin, satu-satunya manusia yang memiliki kisah silam sama sepertinya. Helena yang dulunya selalu bergelumang di dalam dosa, kini dipaksa berubah menjadi baik kerana tinggal bersama Rashdan. Namun, kehadiran Abang Luth, si askar kacak yang setia mengajarnya mengaji membuatkan dia perlahan-lahan berubah. Punyalah lama dia menyimpan harapan cinta kepada Luth, akhirnya punah kerana lelaki itu berkahwin dengan perempuan lain. Di saat itulah Hevin datang menyelamat, saat Helena berada di titik paling rendah dalam hidupnya.


Tbh, I feel like reading a wattpad story because of the writing style. It was funny and enjoyable. There were some genres that I didn’t expect: action and horror. Why I claimed it as Wattpad? Because where’s the logic? Nah BUT WE DONT WANT ANY LOGIC IN BOOKS, we want fun and emotions. Aku rasa seronok bila baca kisah Helena dekat kampung, she’s like dgaf for everything. I would say I really love half of the book, not until the adulthood phase came in, I start to lose interest. It wasn’t bad, it’s just not enjoyable as before.

BUT KUDOS TO THE AUTHOR, I MIGHT READ YOUR OTHER BOOKS LATER.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.