Jump to ratings and reviews
Rate this book

Robot vs Alien

Rate this book
Sejenis logam cecair yang seakan-akan hidup ditemui di dalam sebiji meteorit yang jatuh ke bumi. Seorang saintis melarikan logam tersebut dan menyembunyikannya di dalam beg Zaqwan. Tanpa disangka-sangka, ia telah bersimbiosis dengan Zaqwan membolehkan dia memanipulasi logam itu menjadi senjata.

Pasukan Keselamatan Awam Malaysia (KAMAL) yang diketuai Kapten Shamsir telah memburu Zaqwan kerana mengetahui potensi logam itu. Dalam masa yang sama, muncul robot misteri yang turut memburu Zaqwan untuk mendapatkan logam cecair itu.

Mampukah Zaqwan menghadapi musuh yang tidak dijangka bagi melindungi dirinya serta rakan-rakannya?

122 pages, Paperback

First published October 1, 2019

5 people want to read

About the author

Khairul Nizam Khairani

46 books60 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (56%)
4 stars
7 (43%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Beelah.
315 reviews20 followers
October 29, 2025
Jalan cerita menarik dan bagus tapi perkembangan ideanya hanya bermula sedikit pada bab awalan bab dan sedikit pada bab akhiran. Bab tengah2 tu lebih kepada sesi suai kenal dengan semua orang, agak mendatar. Bahan bacaan yang sesuai untuk para remaja, ada komedi, ada pengajaran dan ada aksi.

Entah apa yg berlaku kepada pasukan KAMAL dan logam simbiot selepas pertarungan akhir mereka dengan makhluk asing pemburu, banyak persoalan yang timbul. Penutupnya tamat macam tu je. Apakah tindakan seterusnya terhadap logam simbiot? Akan ada lagi ke makhluk asing lain yang akan menjejak logam simbiot tu? Mohon penulis bagi jawapannya ataupun akan ada sambungan? 🤔🤭
Profile Image for SS.
522 reviews5 followers
April 9, 2021
Mengisahkan tentang satu pertemuan meteorit yang dijumpai oleh Borhan & Amat di sebuah Hutan Simpan Ayer Hitam. Meteroit itu kemudiannya dibawa ke makmal untuk dikaji.

"... meteorit yang dijumpainya tempoh hari sedang bergerak-gerak, seperti sesuatu mahu keluar dari dalamnya"

Nak dijadikan cerita. Ada satu kejadian aneh yang berlaku kepada meteroit tersebut sewaktu Borhan bekerja. Borhan yang teruja itu terus memaklumkan apa yang dilihatnya. Namun semuanya terlambat. Meteroit dan kajian itu akan diambil alih oleh KAMAL. Borhan tidak puas hati. Jadi dia meminta bantuan Amat. Tapi Amat juga telah menikamnya dari belakang.

Dan benda itu telah diletakkan di dalam sebuah kereta yang dinaiki oleh Zaqwan. Dimana mereka akan berangkat pulang ke kampung. Apa yang terjadi seterusnya kepada Borhan, Geng KAMAL,Zaqwan dll.

Permulaan cerita yang menarik. Sebab masa awal memang curious sangat. Apa yang ada dengan seketul meteorit itu. Pertemuan itu banyak manfaat buat para saintis dan pengkaji. Susunan yang teratur, plot cerita yang menarik. Lain dari kebiasaan cerita robot & alien. Malah yang menjadi tarikan apabila watak Zaqwan memonopoli keseluruhan cerita. Dari keterpaksaannya pulang ke kampung dan bersekolah di sekolah baru. Menjadi mangsa buli. Terjumpa benda aneh. Dan banyak lagi benda menarik yang terjadi kepadanya.

Tahniah penulis. Saya memang sukakan karya dari penulis! ✌🏻
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
March 2, 2022
3.5. Ceritanya menarik, akan lagi menarik kalau dijadikan komik supaya penceritaan dan bayangan cerita dan aksi lebih jelas. Cerita pendek macam ni dan yang aku rasa lebih untuk remaja awal, sepatutnya aku tak komplen sangat. Selagi ia sampai untuk menarik minat membaca dan bagi pengajaran. Cuma itulah, ceritanya 30 persen sains fiksyen dan selebihnya lebih kepada kehidupan seorang remaja dari KL ke kampung. Tapi ideanya memang aku suka dan yakin boleh buat pembaca lain tertarik juga. Dan kalau boleh nak komen, perkataan 'itu' terlalu banyak digunakan yang buat aku rasa terganggu, apatah lagi dalam penceritaan aksi perlawanan. Nama android sampai jadi android-itu. 😭.
Profile Image for Mira Ishak.
Author 10 books14 followers
December 27, 2019
Tajuk sahaja kedengaran klise, tapi ceritanya tidak. Buku-buku Bookiut yang aku dah baca sebelum ni banyaknya terselit fantasi. Apabila baca Robot vs Alien ini, minda aku dibawa setting ke normal, kerana semuanya berlaku di Malaysia serta melibatkan watak-watak di zaman sekarang ini. Tiada zaman akan datang atau sebagainya.

Kisah manusia menjadi robot menentang alien. Bacalah bagaimana manusia itu jadi robot. Menarik. Jujurnya, aku banyak syak wasangka dengan beberapa watak dalam buku ini. Di awal cerita aku dah kategorikan mereka macam-macam tapi sebenarnya sangkaan aku itu meleset sama sekali. haha.

Jalan cerita yang tidak kelam-kabut serta kemas. Ada unsur kelakar, geram, menyampah dan mendebarkan. Aksi lawan tu, fuh, diceritakan dengan baik.

Turut diselitkan nilai kekeluargaan dan self-esteem. Part mana self-esteem tu, kajilah sendiri. haha. Aku suka dengan perubahan sikap dan hidup setiap watak dalam buku ini.

Tahniah kepada tuan Khairul dan terima kasih untuk karya yang aksi-aksi begini.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 12, 2021
Cerita yang sangat comel..
Terjatuhnya sebuah metroit ke ruang Malaysia membawa sejenis mikroorganisma asing.. dijumpai dan cuba dikaji namun disebabkan sikap manusia yang ingin mengetahui makan cecair itu telah tanpa sengaja berada dengan Zakwan.. Kerana satu peristiwa tanpa sengaja cecair tu memasuki badan Zakwan.. Zakwan mula beraksi aneh dan tubuhnya berubah bila mereka diserang makhluk android dari angkasa lepas.. Ada babak kelakar dan juga pengajaran mengenai pembuli..
Author 6 books1 follower
November 9, 2022
Judul: Robot vs Alien
Penulis: Khairul Nizam Khairani
Terbitan: Bookiut
Harga: Pinjam

Jujurlah kata, pertama sekali tengok tajuk dan kaver novel ni rasa macam, "Ini mesti cerita budak-budak. Jadi power rangers lawan raksasa atau jadi kamen rider ataupun ultraman. Mesti watak tu budak sekolah rendah. Siapa saja nak baca cerita ni?"

Rupa-rupanya, andaian semua itu jauh sampai ke bulan sana! Haha! Rasa macam kena scam. Macam pepatah orang putih tu, don't judge a book by its cover. Mungkin gaya kaver guna chibi.

Ceritanya pasal apa?

Bayangkan, kau orang tengah buat satu penyelidikan dan subjek yang kau orang kaji bersungguh-sungguh itu, ramai kata tak berguna, sekadar bazir masa dan tenaga. Rupa-rupanya, ada sesuatu yang bakal menjadi punca kepada perubahan hidup seseorang.

Seseorang itu pula merupakan seorang pelajar lelaki yang rasanya perlu dimandikan dengan air bunga. Seseorang itu atau namanya, Zaqwan, dia sangat rapat dengan ayahnya. Sejak ayah dia meninggal, dia jadi macam ... betul Una cakap. Kena mandi dengan air bunga. Wakakaka!

Syukur ada Hanim yang bukan spesies 'saya wanita lemah, tolong selamatkan saya.' Hanim dalam novel ni, Una tabik spring toink-toink woh!

Jadi, mana datangnya robot? Alien? Di manakah titik persilangannya?

Ingat tak subjek penyelidikan tadi? Ingat tak Zaqwan tadi? Baiklah. Di blurb novel dah bagi tahu awal-awal
'Tanpa disangka-sangka, ia telah bersimbiosis dengan Zaqwan membolehkan dia memanipulasi logam itu menjadi senjata.'

Jeng~

Rasa macam anime Parasyte woh! Tapi versi tak bercakap. Hiks.

Bila ada robot dan alien, mesti tak lari dengan sains fiksyen dan aksi. Ada beberapa watak yang membuatkan Una rasa macam nak mandikan mereka dengan air bunga, limau nipis dan daun bidara. *Adakah sebab Una terlalu menghayati novel ini? Hek.

Ulasan:
Permulaan cerita yang menarik. Penulis berjaya pancing minat Una. Tahniah!

Babak aksi dalam novel ni, macam dalam filem weh! Walapun semuanya berlaku dalam sehari. Pergh!

Ada unsur komedi dan persahabatan yang mesra. Mesra ya? Haha! Yang ini Una penat gelak. Ya Allah.

Nilai dan pengajaran?
Jangan kalah dengan diri sendiri selagi tak mencuba.

Una bagi 4.8/5
Profile Image for Kiantan Kiambang.
19 reviews3 followers
September 21, 2022
walau pun novel ni lebih kepada anak2 remaja..tapi layan pulak baca utk remaja purba mcm saya..kisah yang ringkas tapi menarik untuk di baca..dan kelakar juga laa..saya suka 👍

Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.