Ada dua sisi dalam kehidupan ini. Tapi itu hanyalah ilusi. Hakikatnya… Ada tiga sisi dalam kehidupan ini. Dua sisi yang mengapit dunia. Dan sisi ketiga yang memerhatikan segala. Tiga sisi ini adalah paksi kepada semua. Tiang-tiang ghaib yang mengapungkan dunia. Tanpa paksi, semua akan terlontar ke dalam pusaran kegelapan. Tanpa paksi, semua akan bertempiaran mencari pedoman. Paksi adalah punca setiap kitaran. Dan setiap kitaran… pasti akan bertemu dengan pengakhiran.
PAKSI Tulisan: Ismi Fa Ismail Terbitan: IFI Enterpise --------------------- Naskah setebal 604 mukasurat kembali menghantui pembaca yang menamatkan Empati. Watak watak lama kembali berlegar, termasuk watak baharu yang menjadi jiran Gibran. Siapa pula Gibran? Menariknya Paksi adalah gabungan bijak antara mistik dan hal moden: Penjelasan tentang jelajah masa depan, penerangan tentang sains, kultus, sekte dan khayalan bijak penulis tentang penantian di ruang antara mati dan seruan untuk kembali hidup.
Kitab ke 7 menjadi tumpuan kali ini, kuasa kegelapan dan garapan yang tidak lewa di sebuah kuil di sempadan Thai dan Kemboja. Unsur seram yang dipaparkan secara bertulis sudah cukup menegangkan bulu roma. Penulis secara holistik membayangkan perasaan para rahib yang diketuai oleh Saadah, Loseifa dan Gemina dengan begitu baik dan berperasaan sekali.
Kejelasan tentang watak Arina yang dikatakan Kunci Segala Kunci. Begitu juga kilas balik 2 watak yang membawa ke Ireland diulangi semua tanpa pembaca merasa dilewahkan. Pembaca harus bersedia untuk diperjelaskan dengan hal dunia parallel, deja vu dan bolak balik dari masa kini dan depan oleh Tok Parit yang sengaja dipertemukan dengan dirinya Dr Gibran. Dalam setiap halaman diselitkan segala hal cemas yang menimbulkan tanda tanya: antaranya Raudah pemilik butik muslimah, watak aneh yang tiba tiba bermunculan, akan membuat pembaca semakin tertanya tanya, apakah fungsinya anak beranak Raudah dalam novel ini? Dahlia dengan perubahan caranya dan pemergian Mahkota Dua Sisi ke Ireland bagi mengungkap segala rahsia yang mencengkam ibu mereka Nadirah.
Penulis jelasnya sangat teliti. Sesekali diselitkan info agar pembaca tidak lupa sebaris dua... contoh: ulangan perihal tujuan hubungan Loseifa dan Muaz, ini hal penting untuk trilogi. Kronologi arahan pembunuhan Seoinrose/Dahlia akan membuatkan pembaca tidak lupa dan mengangguk kepala. Syabas!
Tanpa spolier alert, trilogi ini amatlah disarankan pada pembaca yang dahagakan cerita dan kilas plot. Dari segi penulisan, Ismi Fa harus dipuji kerana berjaya menggabungkan segala perasaan watak watak pilihan, ada ketikanya cemas, intense, pilu, sedih, bersahaja, angkuh, dramatik menjadikan POV kelihatan berbeza - hal hal Muslim yang disentuh tidaklah berbunyi bagaikan ceramah berat.
Tidak ada halaman yang boleh kamu langkau! Ini adalah Trilogi Seram terbaik Malaysia setakat ini.
Novel ini menyimpulkan bahawa dengan merubah masa lampau, tidak akan memberi jaminan masa depan yang lebih baik. Walaupun Tok Parit mempunyai niat yang baik untuk memperbaiki dunia ke arah yang lebih baik dengan mengembara ke masa lampau dan mencuba untuk menghapuskan perancangan jahat Loseifa, akan tetapi ia menghasilkan masa depan yang lebih teruk berbanding dengan dahulu. Novel ini telah memberikan kesedaran di mana seharusnya kita sebagai manusia hendaklah lebih memfokuskan diri untuk memperbaiki diri sendiri ke arah lebih baik dan menerima hakikat akan takdir Tuhan.
Banyak benda trigger di dalam novel ini. Selain mati dibunuh dengan cara yang tak terfikir oleh akal, ada juga di mana sepasang kekasih yang memilih untuk meneruskan ikatan percintaan mereka, walaupun mereka sudah mengetahui yang mereka merupakan adik beradik yang terpisah sejak kecil dan ditemukan semula apabila sudah besar. Sebuah penulisan yang baik. Seperti biasa, hasil karya Ismi Fa Ismail tak pernah menghampakan saya. Cuma trilogi ini (Kunci, Empati & Paksi) sedikit dragging dan mengantuk. Akan tetapi masih seronok dan terhibur. Dan semestinya tidak sabar untuk membaca pengembaraan Gemina dan Syam di novel baru nanti.
setiap debaran yg dirasakan sewaktu menyelami naskhah ni terasa sgt berbaloi bila smpai dipenghujung cerita. Walaupun byk watak yg diketengahkan penulis dlm novel ini, namun penulis sgt bijak menyusun dan menghuraikan peranan stiap watak menyebabkan pembaca tak hilang arah semasa menekuni naskhah ini. Plot cerita juga sgt kemas dan teratur disamping disulam dgn pelbagai pertanyaan membuatkan pembaca sgt susah utk melepaskan naskhah ni hingga ketitik akhir pembacaan. So, akhir kata tahniah buat cik penulis utk naskhah sgt kemas ini dan terima kasih telah berjaya membuat jantung saya berdebar tanpa henti utk mengetahui penamat cerita ini. 😊👏👏👏
Korang tahu tak disebabkan buku ni aku memang slowkan rentak membaca. Aku tak pasti nak cerita macam mana tapi dari first page sampai last page .. Ya Allah aku rasa seram .. boleh katakan naik bulu roma. Combination horror, fantasy & sci-fi. Serious aku tak reti nak cerita panjang ... Tapi part last tu aku terasa macam nak kiamat ... Aku rasa dahi aku berkerut memanjang and otak aku berimaginasi.
Aku tak nak spill the beans untuk watak dalam Paksi ni .. takut jadi spoiler and cari ler buku ni. Yang pasti cari buku yang pertama baca dan cari dan juga baca sampai Paksi.
Bermula dengan KUNCI, EMPATI dan berakhir dengan PAKSI.
Dalam 3 buku, aku paling suka EMPATI.
PAKSI, ada waktunya aku hilang arah bila masuk bab dunia paralel, time travel, dimensi lain. Sebab campuran genre seram, thriller tiba tiba ada sains dan teknologi buat aku jadi macam blur. So pembacaan aku slow bila masuk bab tu.
Tapi.... hati terpujuk semula dihujung hujung cerita. Seperti yang semua tahu, @ismifaismail adalah antara penulis yang bijak bermain dengan emosi pembaca. Naik turun naik turun dibuatnya. Penghujung yang mantap! Dan aku sangat sangat happy Syam wujud dalam cerita ni. Rindu gila kat Syam!
Tahniah Is, sebab berjaya habiskan siri ni dengan baik!
Paksi ni mmg cerita yang paling luar biasa lah bagi aku,out of imagination..terkedu gak pengakhiran dia hahaha😂,Apapun serius gempak dan aku respect gila penulis ni sbb hasil cerita macam ni👍 aku nak lagi cerita-cerita macam ni untuk novel seterusnya❤