CUBA membunuh bapa mentua sendiri dan bersembunyi daripada suami yang disayangi, malah bertekad untuk membalas dendam demi bapa sendiri; semua itu tak pernah terlintas di fikiran Aylin.
Hati Ferit pula masih setia mencintai dan gagal untuk membenci isteri sendiri biar pun Aylin sudah bertindak sejauh itu. Pada saat dia berjaya menjejaki Aylin, hubungan mereka berdua teruji lagi bila Aylin diculik oleh orang sendiri.
ISTERI FERIT JOE DIPERCAYAI TERKORBAN DALAM KEBAKARAN. TRAGIC DEATH : WAS IT JUST AN ACCIDENT? MENANTU JAY JAZLEY DIPERCAYAI DIBUNUH.
Headline berita yang menggemparkan buat separuh daripada nyawa Ferit hilang. Bagi Jay Jazley pula, dia kini mampu menarik nafas lega bila rancangan untuk membunuh menantu sendiri berjaya. Namun Aylin muncul semula dengan rancangan yang mampu membuatkan Jay Jazley terkejut besar.
“You are still alive?” Jay masih tak sangka.
“Jadi yang kat depan awak ni siapa? Bukan menantu awak? Hantu?” Aylin gelak.
Bagi Ferit, rasa gembiranya tak terungkap bila sang isteri masih hidup. Namun Aylin di depan mata adalah berbeza, seolah-olah bukan Aylin yang dia kenal.
“Aylin awak dah lama mati. I’m not your Aylin anymore.” Aylin kenyit mata.
Berjayakah Aylin menjayakan misinya untuk mengheret Ferit Joe dan Jay Jazley ke dalam penjara? Di antara isteri dan papa sendiri, sanggupkah Ferit mengorbankan salah seorang daripada mereka? Apakah pengakhiran kisah cinta di antara Ferit dan Aylin?
Hayati kesinambungan kisah mereka berdua di dalam naskhah ini…
“I learn new thing and wanted to share it with you. To be human is to love. Love yourself. Love your loved ones. And love Our Creator.” - Ferit Joe
Sambungan dari Hitman, Ailyn menghilangkan diri setelah mendengar luahan penyesalan yg keluar dari mulut Ferit kerana cubaan membunuh ayahnya. Pedih.
Tentang kasih sayang seorang anak pada bapanya. No boundaries. Husnozon terlebih ni.
Tersepit antara cinta dan benci terhadap Ailyn hingga dia menangguhkan penamat buat Ailyn.
Tentang bangkitnya seorang Ailyn bila di hadapkan musuh yg tidak berhenti mahukan kematiannya. Tidak lagi terburu2 lebih bijak mengatur dan menyembunyikan strategi dari Ferit.
Tentang penghijrahan Ferit bila dihadapkan dengan masalah yg tak tahu apakah penghujungnya buat mereka semua.
The tenacious Dell. Dah kena ugut dan lempang masih lagi mendekat. 🤦♀️
Walaupun mulut kata percaya tapi kelakuan sebaliknya. Namun cinta Ailyn dan Ferit agak kukuh.
Keakraban persahabatan antara Ferit, Tyco dan Pug bersama Ailyn. Ibarat satu keluarga. Saling tolong menolong dan melindungi.
_________*****_________
Saya masih kurang faham tentang perkara dibawah ni:
1. Zara. Dia ni mistress ke kekasih gelap Jay dahulu? Saya rasa mmg Jay dan dia bercinta kut sebab Jay sanggup membunuh isteri sendiri dan mengahwini Zara setelah medapat tahu dia mengandung. But why marry his wife back then? Harta ke? Alahai kena baca balik book 1. 2. Nak kata Zara jahat tapi dia tak buat apa2 pun selain mengetahui kisah sebalik kematian isteri Jay. Ada kejahatan yg dilakukan ke? Mungkin tak penting peranan Zara hingga otak saya tak boleh process and save kehadiran dia dlm novel ni. 3. Kemana Zara menghilang di akhir cerita? Apa jadi padanya? 4. Dell, alahai penamatnya mudah sahaja. Belasahlah dulu baru puas hati. 5. Urusan dengan Chin? Mungkin tak begitu penting jadi ia diselitkan sedikit je. 6. Adik Ferit, Pug dan Tyco. Mengapa mereka tidak memberitahu kebenaran tentang kezaliman Jay kepada Ferit?
Yg penting ending buat Jay. Ailyn dan Jay dua2 pasang perangkap. Satu mengena dan satu lagi terlepas. Ferit was kept in the dark. Nak tahu ending kena baca novel ni. Nak kata gempak tak begitu gempak tapi agak cemas juga. Novel kejam pertama dari ER. Not that bad.
selepas dari kes aylin cuba menembak jay jazley dan kemudian aylin menghilangkan diri, ferit gagal sebenarnya. walaupun dia amat marah bila aylin bertindak nekad, tapi jauh sudut hati dia tak mampu hendak membenci. dan aylin seperti biasa, memang tak boleh lari dari ferit. selagi boleh, ferit tidak mahu bapanya, jay tahu yang aylin ada dengannya.
aylin pula, dia tahu kesilapannya. terburu. dia kemudian menyusun strategi lebih baik, senyap dan ferit sendiri tidak mampu menebak apa yang dia akan lakukan. walaupun ferit tahu aylin ada merancang sesuatu, tapi sememangnya dia kabur. pug dan tyco, orang kepercayaannya juga seperti berpaling. lebih mengikut kata aylin.
lebih dramatik hitman 2 ini. satu persatu umpama kita menonton kisah aksi. overall, satu pembaharuan puan penulis dr. Emy Roberto dalam karyanya. yup. menyengat. itu yang pasti. cover pun sangat menarik. tona warna buat kita tertarik untuk mengetahui kisah di dalamnya.
beb. cinta tak semestinya lovey dovey and romantic all the time. haa.. nak kisah cinta aksi, novel ini sesuai. nak baca kisah lelaki romantik in his own mistery way, ferit calon utama.
dan, kisah manusia. banyak rencah. sukar hendak digambar satu persatu. baik tak semesti terus baik. jahat, bila mampu berubah memang takkan mampu dijelaskan dengan kata-kata.
hubungan keluarga juga, buruk macam mana pun takkan terputus. doa yang baik-baik saja untuk mereka semua...
Aylin dah makin berani. Dah pandai tembak orang. Dah pandai rancang strategi, walaupun tengah pregnant bagai. Geram je aku nak suruh dia duk diam-diam. .
Lepas tembak ayah mertuanya, dia lari menyorok. Pastu bila dijumpai oleh Ferit, tetap dia berahsia tentang alasan dia menembak. Kononnya tak nak Ferit sedih kalau dia tahu. Ataupun lagi dramatik, Ferit sendiri yang bunuh ayahnya. .
Tapi kesian gak kat Ferit, dia rasa dipinggirkan la bila Aylin asyik berahsia. .
Pastu aku rasa watak Dell ni merimaskan aku. Macam perlu ke dia menyerabutkan hidup Aylin dan Ferit? haihhh..rasa nak hempuk je.