Amru belia sederhana. Membesar bernaungkan Madrasah Taujih Ruhiyyah yang diselia Buya. Selain ilmu agama, seni mempertahankan diri melengkapkan dirinya. Cinta juga berputih di dalam jiwanya dengan santri rupawan, Zaharah.
Namun kehidupan indah itu terganggu dek berita bondanya, Raudhah yang gering, menyebabkan Amru pulang ke Kota Lemuria. Ribut mula datang menggegar, kos rawatan tidak mampu ditampung, sedang nyawa bonda di hujung tanduk.
Takdir menentukan Amru menyelamatkan Mansur, seorang jutawan dermawan, bakal YBM Kota Lemuria. Mansur mencurahkan kekayaan kepada Amru, nyawa bondanya bersambung dan kehidupan seperti menunjukkan cahaya.
Tanpa Amru sedari, Mansur punya rahsia besar yang bakal menjemput pemberontakan jiwanya!
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.
Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.
Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.
Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.
Alhamdulillah, akhirnya selesai juga membaca sebuah kisah yang bertajuk Amru Rebillion.
Sebenarnya, saya agak kurang teruja ketika membaca karya ini. Merupakan karya kedua Encik Hilal yang saya baca selepas Pemburu.
Apa yang saya boleh katakan, Pemburu lebih dekat di hati saya berbanding kisah Amru. Tidak tahu mengapa, kisah Amru ini lebih banyak mengenegahkan aksi perlawanan berbanding gerak cerita yang ingin disampaikan.
Mungkin apa yang ingin disampaikan dalam naskah ini adalah kita sebagai manusia patut memegang teguh pada Tauhid Allah swt. Pengajaran kepada sesiapa yang mengenepikan Tauhid dan landasan Al-Quran, akan menerima padah yang amat dahsyat seperti mana Kota Lemuria dan Mansur.
Ending pula macam tergantung, macam ada sambungan tapi tak pasti ada sambungan ke tidak. Yang pasti hero tak mati dan berjaya diselamatkan. Sejujurnya, ketika membaca Amru serasa seperti diri sedang menonton sebuah filem di hadapan mata. Terlalu banyak babak aksi, tetapi aksi itu dirasakan seperti kosong tiada rasa. Tak tahulah nak huraikan macam mana yang aksi rasa kosong tu, cuma apa yang boleh dikatakan tiada perasaan dalam babak aksi dari sudut pandangan saya sebagai pembaca. Orang lain saya tidak pasti.
Selebihnya, cerita ini mungkin ada sedikit kelainan tetapi tidak mengapa. Masih boleh diterima dan sudah pun dibaca sehingga tamat.
BOOKREVIEW #19 Amru Rebellion • Hilal Asyraf • Aeril Zafrel . Buku ini merupakan idea bersama @aeril_zafrel dan ditulis oleh @hilalasyraf . Amru dibesarkan di Taujih Ruhiyyah oleh mudir merangkap datuknya dan dikelilingi mereka yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Namun pada satu hari, Amru terpaksa menjejakkan semula kakinya ke Kota Lemuria apabila menerima berita tentang bondanya yang sedang terlantar di hospital. . Di Kota Lemuria, Amru telah dipertemukan dengan Mansur iaitu YBM Kota Lemuria, yang telah membantu membayarkan kos perubatan bondanya. Kerana berasa seperti telah terhutang budi kepada Mansur, Amru pun menerima tawaran untuk bekerja sebagai pengawal peribadi kepada YBM Kota Lemuria itu tanpa mengetahui Mansur ada menyimpan sebuah rahsia dan niat jahat kepada dirinya. . Bagi Nurin, plot buku ini lebih kurang mirip sahaja seperti 'Sumpahan Legenda' yang watak utamanya telah dibantu dan menjadi rapat dengan orang yang sebenarnya patut didendam. Cuma bezanya, dari segi perkembangan watak, Nurin lebih suka buku 'Amru Rebellion' ini. Watak-watak sampingan yang muncul juga memberikan lebih rencah kepada keseluruhan jalan cerita buku ini. . Cumanya, Nurin sebenarnya lebih tertarik dengan latar tempat Taujih Ruhiyyah di kawasan pedalaman yang merupakan pusat pendidikan dan pemeliharaan anak-anak muda daripada tercemar dengan kotoran-kotoran di Kota Lemuria. Penulis kurang memfokuskan tentang Taujih Ruhiyyah mungkin kerana buku ini lebih tertumpu tentang perjalanan Amru di Kota Lemuria dan cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapinya. Nurin sangat suka tentang tema yang diketengahkan dalam buku ini. Isu-isu politik dalam buku ini sebenarnya memang sangat relatable dengan dunia hari ini. . Nurin juga dah dapat jangka plot twist yang penulis garapkan pada watak Adit. Agak tak mengejutkan sebab dah ada beberapa klu sebelum kebenaran tentang watak Adit terbongkar. . Walaubagaimanapun, pengakhiran buku ini kurang memuaskan dan kemungkinan akan adanya sambungan buku ini adalah sangat tinggi. Jadi, Nurin berharap, untuk buku seterusnya, Nurin dapat melihat suasana Taujih Ruhiyyah dengan lebih mendalam😇✨ . 4/5 STARS ⭐⭐⭐⭐
Honestly masa aku tengok cover buku ni, aku rasa tak tertarik nak baca. Sebab cover depan dia ada lelaki yang muka macam Aeril Zafril. Hahahah pastu bila baca kat bawah tu, tertulis “idea bersama” baru aku faham kenapa letak lelaki berwajah Aeril Zafril. Rupanya idea penceritaan buku ni adalah dari Aeril Zafril, so Hilal Asyraf kembangkan dalam bentuk novel.
Pun begitu the writing is so GOOD! Full of ups and downs! Macam Sumpahan Legenda, Amru Rebellion ni pun dia action. Rasa macam tengah tengok movie lawan-lawan hahaha. Sebabkan cerita ni bawa perlawanan yang seni pertahanan yang dia guna adalah silat, aku ni baca sambil bayang depa pakai baju melayu dan sampin hahaha. Tapi setting dia modern world jaa siap berpistol senapang kot!
Aku suka cerita ni. 4.5/5. Pada aku its actually very hard untuk selitkan mesej-mesej Islamik dalam plot novel. Tapi penulis berjaya selitkan quotes Islamic yang sangat impactful mesejnya.
Sebagai seorang yang jarang baca novel, aku rasa sangat bagus bila ada novel-novel yang mengetengahkan perjuangan atau jihad Islam sebagai main plot dia. Selalu banyak jumpa novel cinta kan? Tapi Amru Rebellion ni cerita bagaimana seorang ahli politik yang telah digulingkan secara kotor, berusaha membersihkan jahiliyah yang masuk meresapi rakyat akibat daripada perbuatan orang-orang yang gilakan harta dan pangkat.
Ada beberapa mesej yang aku dapat dan nak highlight kan. Antaranya,
1.Seorang Muslim mesti berani mempertahankan akidahnya.
Buya Asqolani bina Taujih Ruhiyyah dengan mendidik anak-anak muridnya memahami Islam yang sebenar. Membina jiwa dan semangat jihad yang tinggi dalam diri mereka sehingga mereka sanggup mati mempertahankan agama. Macam mana Rasulullah didik para sahabat yang rela syahid di medan perang, begitu jugalah Amru dan Khalid yang sanggup bergadai nyawa mempertahankan akidah mereka.
Amru yang datang ke bandar sehelai sepinggang tiba-tiba dilimpahkan dengan kemewahan, tetapi apabila dia menyedari semua itu hasil daripada perbuatan haram, Amru berani menyuarakan pendiriannya walaupun tahu segala kemewahan yang dimilikinya akan hilang dan nyawanya akan melayang.
Amru tahu cinta dunia tidak akan memberikan dia kebahagiaan di akhirat.
Ini adalah contoh bagaimana didikan agama yang benar dan kefahaman Islam yang telah membumi dalam diri akan membentuk seorang individu Muslim. Didikan Amru di Taujih Ruhiyyahlah yang membentuk Amru menjadi seperti ini. Pada hari ini jarang sekali dapat kita temui sekolah-sekolah agama yang mampu benar-benar melahirkan individu muslim yang betul-betul berani menegakkan kebenaran dan menyatakan akidahnya. We need more school like Taujih Ruhiyyah.
2.In whatever we do, kembalikan semuanya kepada Allah.
Hidup dan ujian datang is a combo. One cannot exist without the other. Maka, dalam hidup ini pastu akan ada ujian. Ujian pula bukanlah untuk menjatuhkan kita, sebaliknya ia akan bertukar menjadi kekuatan.
Namun, itu tidak akan berlaku jika kita tidak membalikkannya kepada Tuhan. Kisah Amru dan keluarganya yang berusaha mengembalikan Kota Lemuria yang dipenuhi jahiliyah itu merupakan satu niat yang murni. Namun, perancangan yang rapi juga boleh ada ujian yang menanti kerana sebaik-baik perancang adalah Ilahi.
Kalau kita tidak sabar menghadapi mehnah kehidupan, kita pasti akan menjadi manusia yang memberontak dengan takdir. Kita akan rasa Tuhan tidak adil dan sengaja menyakitkan hidup kita. Tapi kalau kita sedar dan faham bahawa hidup kita adalah dalam kawalan Allah, pasti kita akan teguh menghadapinya walaupun kita mungkin sudah tidak mampu berdiri lagi.
Begitulah yang dipamerkan oleh watak Buya Asqolani dan Amru. Niat baik Buya untuk menyelamatkan Kota Lemuria penuh dengan keikhlasan. Namun, tidak semudah itu ia berjalan. Tapi Buya sentiasa beristighfar dan sentiasa tenang menghadapi situasi apa pun. Zikir tak lepas dari bibir kerana dia tahu, apa yang dia lalui adalah aturan Tuhan. Maka siapa dia untuk mempersoalkan?
Amru sendiri diuji dengan kesusahan hidup di Kota Lemuria yang penuh dengan tekanan. Ibu sakit dan poket kering dalam masa yang sama bukanlah perkara mudah untuk dilalui. Tetapi Amru yakin, setiap manusia Allah telah susunkan rezeki. Jadi, walau kaki perit menapak bumi kota yang penghuninya penting diri, Amru tetap bangkit mencari rezeki yang diberkati. Tawakalnya kepada Allah lebih dari apa pun.
Sebesar mana pun ujian yang datang, besar lagi kekuasaan Allah.
Pendirian sebegini tidak akan mampu dimiliki oleh sesiapa pun selagi mana kita tidak mengenali siapa Tuhan kita sebenarnya. Mengakui Allah itu Tuhan memang mudah tetapi memahami siapa Dia sebenarnya memerlukan kerelaan hati dan kelapangan dada. Memahami sifat Allah Ar-Razzaq, Al-Jabbar dan Al-Wakil sangatlah diperlukan oleh setiap Muslim kerana sifat-sifat Allah ini akan lebih memandu kita untuk hidup lebih yakin dan berani. Barulah kita mampu mengembalikan semua yang terjadi kepada Ilahi.
Carilah Tuhanmu wahai Muslim. Kekuatanmu untuk hidup hanyalah Dia.
Masa tengok tajuk buku dan baca sinopsis, my expectation cerita ni berkonsepkan revenge atau menuntut keadilan. Aku bayangkan Amru akan trauma selepas melihat ayahnya mati dan keluarga mereka menjadi buruan. Rupanya Amru membesar normal seperti orang lain yang seolah-olah tiada masa silam yang pahit. Rasa macam terlalu normal bila dia langsung tidak bertanyakan tentang kisah silam mereka sehingga ayahnya terkorban dan abang yang masih hilang melainkan bondanya saja yang gigih mencari si abang. Then aku bayangkan Buya mempunyai organisasi rahsia yang akan menumpaskan empayar Mansur yang terlalu banyak melakukan kejahatan namun rupanya sekadar gerakan dakwah biasa-biasa saja. Mungkin disebabkan aku terlalu terpengaruh dengan Saga Hero agaknya yang muncul expectation macam ni padahal cerita yang berbeza.
Satu lagi yang kurang memuaskan hati ialah bonding antara Adit@Amri dengan Amru semasa mereka masih bekerja dengan Mansur. Aku mengharapkan akan ada sedikit elemen bromance antara mereka seperti gaduh-gaduh manja antara dua beradik ke atau perang mulut ke walaupun aku rasa Amru too good untuk gaduh mulut ni. Jadi walaupun masing-masing tidak mengetahui identiti mereka ialah adik-beradik kandung, tapi ada character development antara mereka so make sense la reaksi Amri bila berjumpa semula dengan bonda mereka yang dia benci suatu waktu dulu. Pada aku Adit@Amri terlalu menutup rapat hati dia untuk menerima sesiapa melainkan Mansur yang disangkakan penyelamat dia.
Scene lawan-lawan ni ditulis details jadi memudahkan pembaca untuk imagine bagaimana mereka berlawan cuma adakalanya aku skip part lawan-lawan ni sebab aku lagi suka menonton aksi lawan berbanding membaca. Watak Amru ni boleh dikatakan agak perfect, jenis yang calm and cool-headed person and also quick-witted. Walaupun dia terhutang budi dengan Mansur namun dia jenis yang berpendirian teguh dalam menegakkan kebenaran. Ini terbukti bila dia berani menyuarakan pendapat dia berkenaan sikap dan sifat jahat Mansur walaupun dia mengerti nyawanya menjadi taruhan. Dan of course la perangai Mansur yang angkuh seperti Firaun itu takkan mudah menerima kebenaran. Pengakhiran open-ending so kalau ada sequel, aku harap boleh tengok character development pada Amri pulak. Watak dia macam tak berapa menonjol sangat pada aku berbanding Muji. Apapun cerita ni masih sedap untuk dibaca dan dihayati pengajarannya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Novel yang sungguh lain dari yang lain. Pemberontakan dalam diri manusia yang tidak berpuas hati, tidak mahu tunduk, malah mahu buktikan dia boleh cukup berkuasa mencabar kekuasaan Allah.... Big time thriller rush.
Amru Rebellion menceritakan tentang Amru yang dibesarkan di Pondok Taujih Ruhiyyah. Dia diajar ilmu agama serta ilmu mempertahankan diri yang kelak boleh digunakan apabila dia dan rakan2 seperjuangannya yang lain sudah layak untuk dihantar ke Kota Lemuria untuk urusan dakwah. Namun, setelah mendapat berita kesakitan bondanya, Amru pergi ke Kota Lemuria untuk menjaga orang tua nya itu. Bermula dari situ, satu per satu kejadian berlaku yang akhirnya membawa kepada pengenalan dan penglibatan Amru dengan seorang ahli politik bernama Mansur.
Review: Sejujurnya, ini bukanlah karya terbaik Encik Hilal Asyraf yang aku pernah baca. Ada banyak scenes dalam novel ni yang senang untuk diagak. Jalan cerita yang agak klise dengan open ending yang memberi kebebasan pada penulis untuk menulis sequel jika itu yang dikehendaki.
Aku jugak ada perasan a few plot holes tapi nothing too major so aku abaikan.
Seperti biasa, penulisan Hilal Asyraf penuh dengan aksi yang sangat details. As someone yang dah baca hampir kesemua novel penulisan beliau, aku dah mula rasa bosan dengan aksi-aksi yang terlampau details. I found myself skipping pages upon pages of fighting scenes yang bagi aku adalah filler. Aku jugak rasa hubungan Amru dan Adit (who turned out to be Amri) boleh digarap lebih lagi. Jika scenes aksi yang fillers tu dikeluarkan dan diganti dengan scenes bonding antara Amru dan Adit semasa mereka sama-sama bekerja di bawah Mansur, mungkin perubahan kesetiaan Adit di penghujung buku will make more sense.
Aku sejujurnya rasa kekuatan Encik Hilal adalah lebih kepada novel2 bersiri sebab gaya penulisan Encik Hilal yang details dan wanting to do too much in one book, it simply doesn't work. Ending jadi macam too rushed and I'm left unsatisfied.
Buku masih bagus dengan penggunaan bahasa yang baik. Untuk dijadikan bahan bacaan ringan, tentu saja boleh. Banyak jugak pengajaran yang boleh diambil. Tapi as I said, everything is being touched on the surface only jadi aku tak dapat rasa full immersion in the world of this novel.
Apa-apa pun, good job from the author. 👍🏽
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku ni, buku pertama yang ditulis Hilal Asyraf yang saya baca. Saya memang ikut Hilal Asyraf dari dulu lagi lepas tahu yang dia suka tulis cerita fiksyen yang ada unsur dakwah, sesuatu yang saya jarang jumpa dalam buku-buku fiksyen sekarang. Selama ni, memang hanya dengar review yang baik-baik je dari Hilal Asyraf, ada followers dia siap mengatakan Hilal Asyraf dah setaraf Brandon Sanderson lagi, jadi saya punya expectation pun jadi tinggi. Lagi-lagi bila dapat tahu cerita ni berinspirasikan John Wick. One of my favourite movies. Jadi, berat hati jugak untuk saya katakan buku ni mengecewakan saya.
Pertama skali, penulisan. Saya rasa penulisan dia kadang kekok sikit. Nak kata sebab Hilal Asyraf menitikberatkan tatabahasa sangat, bukan. Dialog pun kadang terlalu formal jadi berbunyi tidak natural. Mula-mula, ingatkan sebab memang begitu kut cara percakapan orang dalam dunia buku ni tapi tak sebab dinyatakan sendiri yang perkataan 'bonda' perkataan melayu 'lama' jadi cara percakapan memang sama macam dunia realiti? Which brings me to the worldbuilding.
Worldbuilding is one of my most favorite things in books. Jadi permulaan cerita ni membuatkan saya rasa seronok sangat bila dapat tahu, buku ni mengambil tempat fiksyen yang mempunyai mata wang dia sendiri iaitu 'deus' etc. Kecewa lah jugak bila sedar takde 'worldbuilding' sangat. Lebih kurang Kota Lemuria ni macm KL lah, budaya lam dunia ni pun xde beza ngan kita, mitos icarus dan lagu sepohon kayu pun ada disebut dalam buku ni. Taujih Rauhiyyah meanrik sangat, ingatkan mungkin tempat ni tempat khas untuk mendidik dan mealatih mereka untuk menumbangkan organisasi-oraganisasi seperti Mansur punya but then you relaize it's just like any other 'pondok'.
Sy suka buku fiksyen berunsurkan dakwah tapi kadang rasa penyampaian dia pun rasa kekok, seperti tidak sesuai dengan keadaan tika tu. Fiksyen berunsurkan dakwah tidak mustahil je dibuat supaya tidak berbunyi kekok seperti yang dilakukan Teme punya buku atau Syaakur Pejuang Dua Dunia (sumpah this is a well done fantasy action yang berunsurkan dakwah). It wasn't the case for this book.
Tapi yang membuatkan saya rate buku ni rendah disebabkan plot dan watak dia. Rasa seperti watak Amru sedikit tidak konsisten kadang-kadang, ada skali Amru tahu bahaya Kota Lemuria, tidak senang-wenang memberikan namanya kepada orang yang dia tak kenal. Lepas tu, dalam bab-bab hadapan Amru boleh lagi ber'hudsnuzon' terhadap Mansur walaupun dia dah nampak dengan mata kepala dia sndiri perempuan-perempuan yang dalam keadaan teruk diusung dari/masuk kontena. Siap ada scene lagi ada orang yang berjumpa dengan Mansur menjerit bertanya 'mana adik aku, Setan!'. Masih lagi Amru tidak dapat menggabungkan semua pecahan puzle tu bersama, membuatkan saya tertanya-tanya, adakah orang Taujih Rauhiyah ni memang naif akan dunia luar? Tapi pada awal-awal bab kita sudah ditunjukkan, bukan. Amru banyak kali mengatakan mungkin takdir untuknya berdakwah pada Mansur, namun tidak sekali pun kita ditunjukkan dia berdakwah pada Mansur sepanjang dia bekerja di bwah dia. And for someone who's religious, you'd expect Amru would be worried if his income is haram or not, but not once he asked Mansur even he himself has doubt. Lagi-lagi bila dia sndiri tengk Mansur berlaku ganas terhadap Inspektor, ingatkan Amru akan menolong Inspektor tu atau mungkin menegur akan amarah Mansur tapi tak dia biarkan sahaja. Saya tak faham watak Amru ni.
Pastu satu lagi Mansur punya watak. Tak pasti bagaimana Uchee boleh tahu tentang pandangan filosofi Mansur terhadap Tuhan dengan begitu dalam, sedangkan tidak pernah kita diberitahu atau ditunjukkan skali bahawa Uchee ni rapat dengan Mansur. Paling merugikan bila penulis langusng tak ambik peluang untuk memperkembangkan lagi hubungan Amru dengan Mansur, atau Amru dengan Adit. Kita jarang melihat diorg betul-betul berinteraksi jadi impak kepada pembongkaran identiti Amri sebenar dan 'pengkhianatan' Amru terhadap Mansur tidak rasa begitu besar.
Sejujurnya saya tak kisah sangat plotholes tapi... kadang kalau plotholes tu terlalu obvious jadi jengkil jugak dilihatnya. Mansur ada banyak peluang untuk membunuh Buya atau Amru, ntah menagapa dia tak ambik peluang tu, lagi-lagi bila dia sndiri yang kawal gerakan polis. Tambahan lagi, tertanya-tanya jugak, Mansur merupakan YBM yang terkenal di Kota Lemuria tu, xde ke yang tertanya-tanya bagaimana dia menjadi kaya-raya melebihi gaji seorang YBM? Derma skali 9 juta tapi masih kaya raya, mungkin mata wang dunia ni lain berbanding dunia betul atau gaji YBM memang berjuta-juta kut dalam cerita ni. Ntahlah.
Pastu fight scenes dia.. Ntah macam mana Amru boleh melompat sana sini lagi bila dia kena tembak empat kali. If Amru is used to thse kind of pain, bullets etc, it would make at least a little bit of sense but it's his first time getting shots and he's handling them like it's nothing. Not to mention, when Amru and Amri were fighting these FOUR TRAINED PROFESSIONAL assassins, they were able to overpowered them? Amri maybe because he may be trained to kill just like them under Mansur. but Amru? That has only been training martial arts without any experinces of handling these kind of people before? It's a little hard to believe.
Ok done rant. Maaf sangat kepada mereka yang memang suka buku ni but this just wasn't for me. The premise is just so interesting but the execution was a big no to me. Mungkin sebab buku ni sebuah kolibarasi kut, sebab HA ada nyatakan dia novelakan sahaja dan planning plot bagai leboh kepada Aeril. Apa-apa pun, buku ni tak akan patahkan semangat saya untuk membaca lagi karya HA.
Saya akhiri rant review ni dengan kata-kata kegemaran saya dari Buya, “Apabila Allah susunkan kepada kita sesuatu yang buat kita gembira, kita bersyukur dan memuji-Nya. Kita kata, itulah hikmah-Nya, itulah kebaikan-Nya. Apabila Dia menguji kita dengan sesuatu yang buat kita sedih, apakah kita akan membentak dan mempersoalkan-Nya? Apakah kita akan kata, itulah kebencian-Nya, itulah keburukan-Nya? Naudzubillah”
This entire review has been hidden because of spoilers.
Amru seorang belia yang berpendirian teguh tentang agama. Tegas tentang halal haram dan menjaga pandangannya dek kerana dibersarkan di Pondok Taujih Ruhiyyah yang diselia oleh Buya, datuknya sendiri. Saya membayangkan suasan pondok yang sangat menenangkan, jauh kedalam hutan yang dikelilingi hijau-hijauan dan aliran sungai yang mendamaikan.
Suatu hari, Amru telah diamanahkan oleh Buya supaya pulang ke Kota Lemuria untuk menjaga ibunya yang sedang sakit dihospital. Atas desakan hidup di Kota dan kos pembiayaan perubatan untuk ibunya, Amru ditawarkan untuk menjadi seorang pengawal peribadi kepada seorang wakil rakyat yang dikenali sebagai seorang jutawan yang dermawan. Dia diberi kemewahan hidup dan kos perubatan ibunya juga ditanggung sepenuhnya oleh majikan.
Perasaan ingin tahu yang mendalam telah membongkar sedikit demi sedikit jenayah yang berleluasa berlaku di Kota Lemuria. Rupanya banyak lagi rahsia yang disimpan rapi oleh bonda dan Buya tanpa pengetahuan Amru.
Buku ini menceritakan tentang Amru yang dibesarkan di sebuah pondok bernama Taujih Ruhiyyah yang diasaskan oleh seorang lelaki tua bernama Buya, jauh dari kesibukan kota. Tempat ini mengumpulkan, membesarkan, dan mendidik santri-santri yang sudah tidak mempunyai keluarga, yang tidak bernasib baik, hatta ada yang ibu bapa menghantar mereka untuk mendalami ilmu di situ.
Suatu hari, ibu Amru yang sudah lama meninggalkan Taujih Ruhiyyah atas sebab tertentu lalu menetap di Kota Lemuria jatuh sakit, yang membuatkan Amru untuk pergi meninggalkan pondok tersebut untuk menjaga bondanya.
Diawal judul banyak menceritakan tentang suasana dalam Taujih Ruhiyyah, dari segi riadahnya santri-santri, ibadah mereka, pengajian agama mereka dan lain-lain. Mungkin bagi sesetengah akan merasakan buku ini mempunyai permulaan yang agak slow. Tapi kata-kata hikmah dari Buya dan lagak beberapa santri memberikan sedikit 'perencah' dalam penceritaan buku ini.
Masuk ke tengah bab, aksi mula ditunjukkan oleh Amru dan lawannya. Penulis menggambarkan taktik lawan dengan sangat teliti, sampai aku boleh mencipta scenario dalam kepala. Rasa macam tengok cerita aksi di TV. As expected from Hilal Asyraf. Tambahan lagi dengan konflik yang dihadapi Amru dengan Mansur (seorang YBM Kota Lemuria yang diselamatkan oleh Amru dari tragedi), membuatkan aku jadi curious untuk plot seterusnya.
Ada beberapa part yang aku macam tidak puas hati. Sebab rasa macam cerita dipercepatkan dan tidak diberikan penjelasan yang lebih detail. Tapi mungkin penulis tidak mahu buku ini menjadi lebih tebal. Ending juga kurang memuaskan sebab rasa macam rushing.
Epilog yang ditulis macam nak tunjuk yang buku ini berkemungkinan ada sambungannya tapi mungkin juga penulis saja mahu pembaca mencipta sambungan cerita ini sendiri.
Overall, bagi aku buku ini agak ringan berbanding novel-novel Hilal Asyraf yang lain. Just a decent action-genred book.
Salah satu petikan yang aku suka: "Bersangka baiklah kepada Allah. Setiap satu aturan-Nya, ada hikmah yang tersembunyi. Tugas kita sebagai hamba, berusaha sebaik mungkin."
Buku ini adalah kerjasama antara Hilal Asyraf dan Aeril Zafrel. Saya lebih suka karya-karya solo Hilal Asyraf. Cerita yang ini terlalu ganas untuk saya. Ia mengingatkan saya tentang cerita-cerita Hollywood atau Bollywood yang sengaja mempunyai banyak adegan menyentak perasaan untuk meningkatkan 'shock value' bagi orang-orang yang sudah lali dengan keganasan yang 'ringan'.
Walaupun karya-karya solo Hilal Asyraf banyak adegan peperangan dan pertempuran yang sudah tentunya ganas, watak-wataknya tidaklah buat perkara-perkara seperti dalam cerita ini. Mesej Islami dalam karya-karya solonya juga masih jelas dan terserlah dari bab pertama ke bab terakhir - sama ada tentang tawakkal kepada Tuhan, taubat, jangan putus asa dan sebagainya. Kalau ada mesej Islami dalam buku ini, saya tidak pasti atau ingat, kerana tidak rasa terkesan. Mungkin adegan ganas mengalihkan perhatian saya daripada mesejnya. Habis sahaja baca buku ini, saya rasa tidak tenteram, tidak seperti selepas saya membaca karya-karya solo Hilal Asyraf.
Satu perkara yang saya suka ialah peranan wanita dalam cerita ini. Mereka tidak lembik (kalau dibandingkan dengan watak-watak perempuan dalam buku 2 siri 'Empayar' oleh Teme Abdullah). Mereka tidak hanya serah pada takdir (atau bergantung harap sepenuhnya pada lelaki). Mereka berusaha dan bertarung, meskipun hanya dengan kudrat wanita.
Pun begitu, kalau karya ini ada novel susulan, saya tidak minat untuk membacanya, walaupun buku ini menggambarkan cerita ini ada sambungannya.
Saya harap Hilal Asyraf tidak akan lari daripada gaya penulisannya yang tersendiri. Karya-karya yang apabila saya baca, saya tahu serta-merta, ini dari Hilal Asyraf.
Kota Lemuria. Kota korup. Rakyat jelata yang hanya mementingkan diri sendiri. Tak peduli nasib sesama manusia yang lain. Kota dimana agama Islam hanyalah warisan. Bukan untuk didalami 💀
Amru - dari Taujih Ruhiyyah mendapat khabar bonda tercinta lagi sakarat di Kota Lemuria. Dia perlu pulang. Siapa sangka, kerana bonda- dia terjebak ke dunia korup Mansur. Yang membongkar rahsia keluarga Amru.
Cliche? Aku pun fikir macamtu sebab selama ni aku tak pernah baca novel @hilalasyraf 😂 beli pastu masuk TBR. Aku rate 4⭐️ sebab dalam masa enam hari ja settle !! 😮 terkejut kiterrr 😆
🌹 plot cerita dia menarik - aku ingat depa kalah. Tapi menang 🥹 setiap isi muka surat novel ni ilmu. Bukan corat coret sia-sia 🫶 walaupun dah lama beli tapi rasa BERBALOI!!!
🌹 Ending dia - aku tak nangis tapi tersentak sikit laaaaaa 🤭 tapi macam ada sambungan? Tapi macam takda? 😂
Aku mcm berbelah bagi nak bg 3* ke 4*...jalan cerita yang menarik...plot teratur dan penuh detailed especially fighting scene tu so aku mcm boleh bayangkan setiap pergerakan mcm dlm movie/anime..
cuma bagi aku part ending mcm agak rushing...byk kt awal cerita tu meleret tp rasa x penting bila part ending jd rush camtu...and aku rasa watak Amru tu mcm boleh di elaborate lagi la...sbb die ni mcm dlm benci tapi rindu kt mak die...lg plak die selalu kene brainwash masa kecil kan oleh Mansur utk benci family die...Tapi ending bila jumpa mak dia tu, aku macam "wait...what????!!!" camtu je ke siap lari peluk mak cam filem hindustan...
overall jalan cerita menarik.. ini pertama kali aku baca buku fiksyen karangan Hilal Asyraf..before ni byk baca buku dia yg motivational...so overall menarik...and aku dah siap order few books yg bersiri lagi... hahahhaha
Harap diberi rezeki untuk ada sambungan dari Novel ini. Such a good book. Ketamakan harta dan jawatan beserta ego memakan diri. Satu jalan cerita menarik menggabungkan unsur baik (Madrasah Taujih Ruhiyyah) & unsur jahat yang melibatkan individu yang tamakkan kekayaan dan jawatan sehingga melanggar perintahNya & merasa lebih hebat daripadaNya.
Kerana kuasa manusia hilang nilai kemanusiaan. Kerana kuasa manusia hilang rasa simpati. Kerana kuasa manusia lupa pada Yang Maha Kuasa. Kerana kuasa manusia hilang pertimbangan.
Kerana kuasa King atau Mansur menjadi tersangat kejam, hilang nilai kemanusiaan, hilang rase empati dan paling teruk merasakan dirinya adalah Tuhan.
Best cerita ni, format pun simple nak baca mudah faham. Tiap konflik tu tergerak hati nak tahu apa action seterusnya. Memang first time try baca dari novel Hilal Asyraf ni. Lepas ni nak cari lagi penulisan dari beliau.
Saya bukannya apa tapi kenapa ending dia macam tu, saya nak tahu apa jadi lepastu, please la, tergantung sangat ni, anyway jalan cerita macam movie tau, serius boleh bayang kan, lagi-lagi masa kat pertarungan last tu, memang booommmm power
This entire review has been hidden because of spoilers.
Jangkaan awal saya setelah baca tajuk dan blurb ialah Amru, sang watak utama akan terpesong jalan hidupnya setelah terjebak dengan kehidupan korup Mansur. Ternyata jangkaan itu meleset sama sekali.
Jalan cerita yang menarik, yang secara tidak langsung mendidik pembaca agar kembali menyerahkan segala urusan kepada Allah sama ada dalam keadaan susah atau senang.
Penghujung cerita dikarang seolah-olah ada sambungan. Mungkinkah?
This entire review has been hidden because of spoilers.