Fatiya Adam, gadis manja yang menetap bersama bapa saudaranya di UK setelah kematian ibu dan bapanya. Apabila Hany, sepupunya ditipu lelaki dari Malaysia, Hany nekad meminta bantuan Fatiya.
“Kau nak aku buat apa sebenarnya ni? Kenapa aku pula yang kena jumpa mamat tu?” - FATIYA
“Aku nak kau pikat dia, hancurkan hati dia!” - HANY
Gila. Sungguh kerja gila! Nak bercakap dengan orang asing pun dia tak berapa suka, inikan pula nak pikat hati dan buat-buat jatuh cinta?
Setelah berfikir panjang, akhirnya Fatiya bersetuju untuk pulang ke Malaysia dan tinggal bersama Firdaus, satu-satunya abang yang dia ada. Rancangan untuk hancurkan hati lelaki yang hanya dikenali dengan nama ‘Black’ itu belum lagi bermula namun Fatiya bingung bila wajah PA Firdaus sama dengan gambar ‘Black’ yang ditunjukkan padanya!
Peribadi Black yang sangat berlainan dengan apa yang diceritakan Hany itu membuatkan rancangan mereka hampir goyah.
“Kenapa abang suka sangat dengan you ni eh?” - FATIYA
“I don’t know. Tapi I yakin lama-lama nanti, cik pun akan suka saya juga. Mungkin terus jatuh cinta.” - BLACK
Rancangan untuk pikat dan hancurkan hati Black dah jadi tunggang terbalik. Kenapa sekarang ini seolah-olah Black pula yang mengawal rentaknya? Dan tanpa fikirkan akibatnya, dia nekad memulakan satu permainan.
“Okay, let’s play a game, then.” - FATIYA “Game?” - BLACK “Yeah. Whoever falls in love first, loses!”- FATIYA
Permainan cinta mereka bermula. Dan saat itu, Fatiya langsung tak sangka yang permainan kecil yang dimulakannya mengundang satu permainan yang lebih bahaya. Permainan hidup dan mati! Dalam permainan yang dicipta, antara Black dan Fatiya siapa yang akan jadi juara?
Sepintas lalu, saya beranggapan novel ini light reading, romantic comedy seperti yang lain. Walaupun saya tahu penulis ada kekuatan untuk mencipta kisah-kisah yang menyentuh realiti yang agak sukar dinukilkan. Jika tak kena gaya memang ke laut la jawabnya 😅😅. Dan setakat ini novel-novel penulis tidak mengecewakan saya.
Permulaan yang ringan, saya tak sangka kisah ini akan berkembang menjadi sesuatu yang kompleks. Plot twist demi plot twist yang tidak terjangka menjadikan kisah ini berada di level atas (mengikut penilaian saya). Perjalanan cerita yang lancar dan setiap persoalan dibongkar pada masa yang tepat. Paling saya suka, watak-watak stay true to their own characters sampai habis. Black yang beku tak berubah jadi ulat beluncas lepas kawin. Just tambah a bit of romantic jer.
Cuma geram sangat, sampai ke sudah penulis tak nak bagitau nama sebenar Black. Curious sangat ni.
Nanti pm kita ya cik penulis haha
ps - bukan senang saya nk award 5 stars sekarang ni, especially untuk buku melayu. Saya dah tak murah hati macam dulu2 tau. So congratulations cik penulis.
mula2 baca kita tak akan sangka pun yang cerita ni akan menjadi action thriller. Ingatkan cerita ni tentang permainan hati antara Black dan Tiya je. curious nak tahu apa rahsia yang firdaus simpan sangat tu. ada beberapa plot twist. Ada yang boleh teka dan ada yang tak boleh. hihi.
Suka dengan black. ala-ala hero beku sebab bodyguard kan. Tiya pulak memang terkenal dengan kedegilan dia. Betul cakap black yang dia memang tak boleh dengar arahan. hahahaa.
tapi macam komen readers lain.... sampai ke sudah tak tahu nama sebenar Black. haha
Plot yang menarik. Ada twist here and there. Flow penceritaan yang baik dan jelas.
Typo boleh tahan byk. Selain ejaan perkataan, nama watak juga ada typo, i.e. Black brtukar jadi Fatiya, Black brtukar jadi Kamal etc. Harap boleh kurangkan typo dlm karya akan datang. Apa pun, saya enjoy baca buku ni 😊
Mmmm... Saya rasa buku ni light reading untuk saya. Diakhir-akhir buku, saya dah mula baca laju-laju dan lompat sikit-sikit. Entah la... saya dah mula boring.
Saya tertarik sebab Black dan Tiya ada buat cameo dalam novel "Mr Nice Jerk". So saya nak tahu juga apa cerita mereka berdua ni. Tapi tak apa, saya masih suka dengan kisah ini. Perubahan diri seorang Fatiya Adam. Mula-mula dulu dia memang macam budak-budak, tapi setelah banyak episod duka terjadi dalam hidup Tiya, dia berubah menjadi lebih matang.
Black pula, dia sebenarnya tak dapat nak maafkan diri sendiri setelah apa yang terjadi pada keluarganya. Rupanya, dia terlebih dulu jatuh cinta dengan Tiya walau belum pernah bertemu muka. Game yang dicipta mereka berdua tak sempat ditamatkan pun apabila ada game yang lebih bahaya datang kepada mereka.
Fatiya, gadis ini belajar di UK dan pulang ke Malaysia semata-mata ingin membalas dendam buat sepupunya, Hany akibat ditipu dalam media sosial. Seriously, agak stupid lah sebenarnya Hany ni kan kalau dah dalam tu pun Fatiya dah ngumpat dia gitu🤣 misinya ialah mencari Black, pikat dan hancurkan hatinya.
Walaupun ditegah abangnya, Firdaus namun Fatiya ni jenis tetap pendirian jadi dia balik juga. Kepulangan Fatiya dijemput oleh PA Firdaus dan yang menariknya ialah insan itulah merupakan Black. Literally, muka je sebenarnya sebab tu jangan main tuduh-tuduh kalau tak tahu cerita sebenar kan. Jadi Fatiya buat satu game, "siapa jatuh cinta dulu, game over!"
Lebih mengharukan, permainan untuk memikat hati menjadi tragedi. Hidupnya berubah seratus lapan puluh darjah. Tidak aman kerana ada yang sentiasa mengawasi keselamatannya. Ada yang memburu nyawa abangnya, Firdaus. Fatiya pula menjadi sasaran. Black menjadi orang kepercayaan Firdaus dan sedia melindungi dengan nyawa sendiri.
Siapa Black sebenarnya? Mengapa nyawa abang dia dalam bahaya? Benarkah Black seperti yang dikata Hany? Antara Black dan Fatiya, siapa yang berjaya dalam permainan cinta? Siapa dalang disebalik semua bahaya ini?
Kesudahannya, saya suka karya ini. Terang-terangan Black dan Fatiya akhirnya jatuh cinta. Aaaaaaa, tapi saya macam kurang puas hati bila nama Black yang sebenar tidak didedahkan sehingga ke akhir cerita. Geram lah.. ingatkan ada lah sebut nama masa ending tu tapi hampa. Walaubagaimanapun, happy ending cukup buat saya.🤧
Nak throwback kejap. Beli buku ni dah lama rasanya. Masa baru keluar terus ke bookstore sebab ramai bagi feedback yang baik. Walaupun ikutkan masa tu tengah catu duit. By the way. Ini karya pertama dari penulis yang saya baca. Jadi saya ada sedikit high expectation bilamana pula ramai bagi rating tinggi.
Secara ringkas. Mengisahkan tentang Tiya & Black yang bertaruh dalam satu game. Di mana siapa yang jatuh cinta dulu akan ada perkara yang harus mereka tunaikan. Tiya sebenarnya balik ke Malaysia hanya disebabkan misi dia untuk membantu sepupunya untuk membalas dendam dekat Black. Sebab Black dikatakan telah membuatkan sepupu Tiya (Hany) frust menonggeng. Sekali bila balik dia tak sangka bodyguard abg dia ialah Black iaitu lelaki yang sama dalam gambar yang Hany tunjuk. Jadi apa berlaku seterusnya?
Jangan sangka ini cerita cinta klise. Ada plot twist yang menarik untuk dibaca. Storyline juga disusun dengan baik. Ada flow cerita. Rasa macam tak sempat nak rasa ini dah kena rasa macam ni pulak. Rasa macam main roller coaster pulak bila baca GOR ni.
Personally,saya suka dengan watak Black. Seorang lelaki yang tenang dan bersahaja. Setia kepada majikan dan turutkan apa saja tanpa erti penat. Cara dia handle si Tiya ni memang boleh salute. Kadang kita pun penat nak layan orang yang annoying kan. Diignorekan saja kalau dah malas. Tapi Black. Dia layan haha. Tapi Tiya. Dia ada sebab kenapa dia berperangai macamtu. Okay la okay la. Kira kita boleh cakap watak kedua duanya melengkapi each other la.
Ini novel pertama yang aku baca karya penulis. Tertarik lepas penulis mengatakan ini bergenre cinta aksi.
Novel ni buat aku taknak stop baca. Hanya mengambil masa beberapa jam untuk temui penamat.
Kisah kehidupan Fatiya yang ingin memblas dendam bagi pihak sepupunya Hany kerana telah dipermainkan oleh lelaki dari Malaysia. Saat Fatiya pulang ke Malaysia, dia tersedar bahawa PA abangnya sama seperti lelaki yang mempermainkan Hany. So game start.
Fatiya tidak tahu bahawa keluarganya dalam bahaya akibat satu peristiwa. Cuma abangya berpesan supaya hanya mempercayai Black. Tapi Black sendiri juga berada di pihak musuh. Jdi apa tujuan black sebenarnya? Korang kena dapatkn novel ni. Serius tak rugi.
Kali pertama membaca karya penulis. Genre romantic thriller - bukan genre kegemaran tapi lepas baca GOR apa yang boleh dikatakan ialah WOW. Babak demi babak, dah mula rasa tak senang duduk. Perjalanan cerita berkembang dengan baik dan plot twist yang tak dijangka pada awalnya menambahkan wow factor pada GOR. Dan yang paling best sampai ke akhir penulis tak nak share pun ye nama Black yang sebenar. Az...? Hahaha. Malas nak pikir!😂 Apapun tahniah penulis. ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ untuk GOR.
1st time saya membaca kisah dr writter yg menulis genre cinta dan aksi. Kebiasaan saya selalu membaca kisah cinta sepenuhnya dr writter ini. Dan tak sangka sama sekali yg writter mampu utk menulis genre sebegini dgn begitu baik.
Keterujaan utk mengetahui siapa sebenarnya Black rupa2nya membawa kita ke fasa yg lain yg mana ada kisah sebaliknya. Kisah dimana rahsia yg Firdaus simpan, siapa yang mahu memusnahkan keluarga dan business Firdaus dan juga kisah siapa sebenarnya yg menipu Hanny sehingga membawa Tiya pulang ke Malaysia utk menyiasat dan menjalani misi menghancurkan hati seorang 'Black'.
Kerana misi tersebut, Tiya membuat kerja gila bila dia memulakan cabaran yg berbentuk game dgn Black. Tapi malangnya game itu tidak berjalan dgn sepatutnya bila kedua2nya mulai jatuh cinta😅. Dan plg tidak sangka bila terbongkarnya siapa dalang yg bersubahat dan mengapa kejadian semua itu berlaku. Dan ya, semua cerita sedih yg berlaku disekeliling Firdaus dan Black adalah dari 'punca' yg sama.
Overall, saya sgt2 berpuas hati dgn karya ini. Hope sgt yg writter boleh menulis genre sebegini utk next mss🤔. Cuma yg saya rasa geram yg teramat2 sgt, kenapa writter tak mahu dedahkan siapa nama sebenar Black. Aduhhh tak kan dgn pembaca pon nak rahsia????
Eh apa nama sebenar Black ni??? Azhan? Azfar? Azrel? Azfan? eh geramnya. Bukan Tiya je tau yang nak tahu nama Black ni, aku pun. .
Mulanya, ingatkan ni macam cerita rom-com gitu. .
Fatiya ni belajar kat UK bersama keluarga sepupunya, Hany. Hany ni pulak baru je ditipu oleh seorang lelaki bernama Black sewaktu online chatting. So, Hany minta Fatiya balik ke Malaysia dan cari Black ni. Buat Black jatuh cinta dan lepas tu, hancurkan hatinya. .
Hurm, mulanya Fatiya tak setuju. Tapi end up, Fatiya dah ada kat Malaysia dah ni. Dan bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Hari pertama sampai Malaysia lagi, Fatiya dah jumpa dengan Black. Rupanya Black ialah pembantu kepada abangnya, Firdaus. .
Fatiya ni duk fikir kenapa Black ni tak sama macam mana yang Hany gambarkan. Black pun tahu je yang Fatiya tak sukakan dia. Pada masa yang sama, Black dan Firdaus ni duk asyik suruh Fatiya balik ke UK. Katanya nyawa dalam bahaya la. Dan memang Black la yang selalu temankan Fatiya. Dan dorang buat satu game. Whoever falls in love first, lose the game. Kalau Fatiya kalah, Fatiya kena balik UK. Kalau Black kalah, Black kena berhenti kerja. hahaha..seronok je Black usik Fatiya. Katanya Fatiya akan kalah sebab Black takkan jatuh cinta pada perempuan pelik cam Fatiya tu. Dan Fatiya pun berdebar je bila Black asyik duk sebut dear la, Tiya la. hahaah .
Dan daripada rom-com, bertukar kepada action romance dah. .
Bila Tiya sendiri menyaksikan Black menembak Firdaus. .
"Dah tembak abang i, pandai pulak nak, i love you segala. Apa you ingat I boleh jatuh cinta pada orang yang tembak abang?" - Tiya. .
Apakah sebenarnya rahsia yang Black sembunyikan? Siapakah dalang sebenarnya? Dan siapakah nama Black ni??? hahaha .
Suka watak Black yang misteri ni. Suka juga Tiya yang childish. Dorang ni complement each other. Suka bila Tiya satu-satunya orang yang nasihatkan Black supaya memaafkan diri sendiri. Suka bila Black panggil Tiya instead of Cik Fatiya, tu pun, Tiya dah berdebar. hahaha
Best juga cerita ni. Karya penulis Illa Shanahila untuk aksi thriller kali ini lain dari yang genre cinta biasa. Tak boleh nak letak bila dah mula baca. Tak sangka ada plot twist and turn buat saya terkesima dan teruja sekali. Fatiya balik cuti semester ke Malaysia hanya untuk tunaikan permintaan Hany, sepupunya. Pertemuan dengan Black, PA abangnya telah bertukar hasrat Fatiya dari rancangan asal Hany untuk mengenakan Black. Rahsia demi rahsia terbongkar. Kebenaran atas kematian isteri dan anak Firdaus serta mak dan adik Black memeranjatkan Fatiya. Dia semakin tekad untuk selesaikan masalah bersama Firdaus dan Black. Keseluruhan cerita yang agak menarik. Ada motivasi kekeluargaan dan ada motivasi persahabatan walaupun sedikit saja kisah cinta Fatiya dan Black. Saya juga berharap penulis lebih prihatin untuk karya akan datang kerana banyak typo nama watak pada naskhah ini buat saya confused sekejap. Habis saja baca novel ni, saya terkilan masih tak tahu nama sebenar Black. Di samping itu, umur Syarifah 39 tahun tapi saya berteka-teki umur Firdaus dan Black. Begitu juga tiada gambaran langsung rupa watak-watak penting untuk saya tahu bagaimana hensem atau segak yang macamana mereka ini. Mungkin penulis rasa tak penting kot.
Aku lebih suku buku ni daripada memori tri 😂 mungkin sebab ada aksi thriller sikit kot. Tak sampai sehari dah habis baca, kalau flow cerita tak lancar memang amik masa 3 hari baru aku habis baca