huh! mula-mula dapat, rasa agak terhina. gemuk... tapi sebab cover pun comel, jom baca.
bidah, wanita yang sudah berusia 31 tahun. gemuk dan lebih suka dengan ejaan gemok. bagi dia lebih sesuai. macam pelampung yang dah terapung atas air kerana sudah terisi angin di dalamnya.
dia bekerja di pusat membeli belah. susun baju, kemas baju, carikan baju untuk pelanggan. jenis tak banyak bunyi dan ada matlamat hidup sendiri. walaupun tahap pendidikan biasa saja, tapi dia tak meletakkan itu sebagai pematah kepada usaha mencapai matlamat hidup.
berkawan dengan jenal. dan penulis bawakan kisah jenal ini sama. betapa dia seorang yang agak berjaya pada awalnya tapi kecundang di separuh jalan kehidupan akibat cinta. cinta mampu merubah kehidupan manusia kepada lebih baik atau sebaliknya.
watak lain yang ada - azhar. bagi akak, watak ini punya sifat tamak dan ego. mencari kesempurnaan walaupun dia sendiri tahu yang dirinya pun taklah sesempurna mana. baik dengan bidah dan meletakkan bidah juga sebagai calon isteri.
syamim - si bisu yang awalnya sangat menjengkelkan tapi end up sebagai seorang ketua keluarga yang sangat bertanggungjawab. menerima buruk baik manusia sekeliling sebagaimana dia harapkan pada orang lain menerima kekurangan dirinya.
pov 1 sangat membantu pembaca dalam mendalami cerita. yang utamanya tentulah si bidah sebab dia yang menepati tajuk cerita. betul atau tidak perempuan gemuk atau keseluruhan orang gemuk ini diterima sebaiknya dalam masyarakat atau hanya sebagai bahan gurau senda? orang gemuk ini juga tidak perlu mencari publisiti murahan untuk tonjolkan diri yang sedia kelihatan. NO.
dalam pada santai, relaks jalan ceritanya, ayat-ayat nasihat yang banyak, tapi sampai penghujung mampu buat pembaca meletup! puan penulis Jay Adams, memang suka kan libang-libukan hati pembaca macam ni?
Bacaan yang santai.. Memula aku pelik gak, macam tak logik je kan bila Syamim hilang tetiba.. Tetiba Jenal.. Eh.. Apa nehhh... HAHAHHA... Tapi Kisah Gemok 5 memang winnnn! Thanks kak Jeehan kerana menghiburkan hatikuuuu.