...untuk tahun 2019, kami mengambil keputusan untuk menerbitkan semula QVPK dalam bentuk edisi kedua dan terbarunya. Selain diperkemas dan diberikan reka sampul baru yang seragam bersama Dialog Dengan Sasterawan cetakan terkini, QVPK kini memuatkan dua esei yang sebelum ini tidak terkandung di dalamnya — ditandai “Sesudah Kassim”. Satu daripadanya merupakan esei tulisan saya sendiri, dan satu lagi tulisan belasungkawa oleh sang editor, Wan Hamidi.
Buku ini mengumpulkan cerita mengenai sosok diri yang bernama Kassim Ahmad. Tokoh ini selalu disalah erti dengan pelbagai labelan dan aku pasti menuduh melulu hanya “join bandwagon” sahaja. Kita perlu adil dalam mengurus perbezaan pandangan terutama dalam akidah. Jadi buku ini akan membantu anda mengubah dimensi memhami Kassim Ahmad. Beliau terkenal dengan haluan kiri yang dipilih iaitu sosialis, pertengahan hayatnya beliau mengubah haluan ke arah Al Quran maka lahir karya” Mencari Jalang Pulang” adalah sebuah autobiografi mencari makna diri memahami agama berlandaskan Al Quran. Ramai lupa bahawa Kassim banyak membedah dan mengupas hal sastera seperti perwatakan Tuah dan Jebat dalam hikayat Hang Tuah, kupasan beliau dalam Pelayaran Abdullah, perbahasan beliau dengan Shahnon Ahmad. Dalam epilog terkahir buku ini disimpulkan Kassim Ahmad sebagai insan pelbagai or “ A Man for All Seasons” . Selamat berehat Pak Kassim!
Sebuah naskhah kecil yang menghimpunkan penulisan berkenaan sosok sasterawan Kassim Ahmad. Ingat lagi saya semasa masih kecil, nama beliau hangat disebut-sebut dahulu sebagai 'musuh Islam', liberal dan sebagainya. Jadi buku yang setelah sekian lama ingin saya miliki ini saya beli dan baca.
Disampaikan dalam bentuk esei dalam kerangka siapa Pak Kassim mata mereka (para penulis; setuju atau tidak) naskhah ini berjaya memberi pendedahan ringkas tentang beliau dan pemikiran beliau dalam ranah politik, sastera dan agama Islam di negara kita.Semestinya buku ini membuka keinginan untuk meneroka sisi Pak Kassim dengan lebih luas.
Quo Vadis, Pak Kassim? adalah sebuah buku yang membincangan tentang Kassim Ahmad. Sebuah buku yang boleh dikatakan sebagai membedah sosok Kassim Ahmad. Buku ini merupakan semacam penceritaan pengalaman dan pendapat tentang Kassim Ahmad dan hasil tangan beliau oleh beberapa penulis. Walaupun ia sebuah naskah yang boleh dikatakan ringkas, buku ini mampu memberi sedikit sebanyak maklumat tentang diri Kassim Ahmad dan karya-karya yang beliau tulis.