Jump to ratings and reviews
Rate this book

Epik Cinta #1

Trilogi Epik Cinta I: Maya Sakta

Rate this book
Putera Arjuna Barata: Putera raja Indrakayangan. Hensem, kacak, segak dan tinggi. Hidung mancung, mata hijau, bibir merah, berkumis nipis. Cukup lengkap untuk menjadi hero novel!

Puteri Ayu Wijayamala: Puteri kerajaan Indrabumi. Cantik jelita, tangkas bermain tombak, lincah bersilat, pandai bersabung ayam dan handal berlawan pedang. Hobinya, mandi kolam air terjun. Pantang jumpa kolam, semua dia terjun.

Putera Arjuna menyusup masuk ke Indrabumi demi satu misi, iaitu menggoda Puteri Ayu dan bawa lari ke Indrakayangan untuk dikahwinkan dengan ayahandanya, Raja Bimadewa yang agung!

Demi membuktikan kemampuannya sebagai pewaris takhta, tugas itu dipikul dengan baik. Tapi, selepas bertemu dengan Puteri Ayu, hati rasa macam ‘Kuch Kuch Hota Hai’ lah pula.

Pertemuan demi pertemuan secara tidak sengaja membuahkan benih-benih cinta. Baik Puteri Ayu ataupun Putera Arjuna, dalam hati bergelora cinta tapi di mulut mengunci bicara.

Sehinggalah pada suatu hari, Raja Indrabumi mengumumkan satu pertandingan berlawan pedang. Pemenang bakal dikahwinkan dengan Puteri Ayu, sekaligus menjadi raja baharu Indrabumi. Dalam keliru dan terdesak kerana diperhatikan oleh pengintip Raja Bimadewa, Putera Arjuna turut serta dalam pertandingan tersebut dan menang.

Namun, di saat dia melarikan diri daripada kemenangan kerana tak sanggup berdepan dengan kebenaran, satu rahsia baru tersingkap. Keberadaannya di Indrabumi terjawab.

Selepas mengejar Putera Arjuna kerana ditinggalkan begitu sahaja di tengah gelanggang, Puteri Ayu baru menyedari bahawa Putera Arjuna menyimpan satu rahsia besar yang amat dahsyat. Indrabumi dan rakyatnya dalam bahaya besar!

Maya Sakta, satu pengenalan terhadap tiga kerajaan utama iaitu kerajaan Indrabumi, Indrakayangan dan Indrasakti yang bakal menyajikan pelbagai konflik dan pergolakan dalam sebuah dunia yang kompleks.

434 pages, Paperback

First published July 1, 2019

3 people are currently reading
27 people want to read

About the author

Fizziany

38 books26 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (54%)
4 stars
10 (45%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
November 25, 2019
fuh! sesuatu yang sangat lain dari puan penulis Fizziany Ahmad. pernah tak korang baca buku fantasi yang bercerita, kira macam permulaan ayat dia; 'once upon a time, there's a...'

maya sakta. sebuah planet leper - flat world yang didiami oleh tiga buah kerajaan. kerajaan kiri: kerajaan indrabumi. tanah pamah yang subur dan kaya dengan hasil bumi. kerajaan tengah: kerajaan inderakayangan. struktur tanah yang tinggi dan tak ada hasil apa pun. tapi teknologi kerajaan ini sangat hebat dan rakyat mereka sangat bijak membuatkan mereka menjadi kerajaan terkaya dan terkuat dalam maya sakta. dan akhir sekali kerajaan kanan: kerajaan indrasakti. magic! kerajaan ini penuh dengan majis dan penghuninya punya kuasa sihir dan mereka adalah makhluk yang boleh berubah-ubah kerana jisim mereka.

ok. cukupkan penerangan awal tentang maya sakta?

seterusnya tentang raja. indrabumi - raja mahsabumi. indrakayangan - raja bimadewa. indrasakti - raja wirabandra widipa. jangan berbelit lidah nak sebut!

penceritaan dan olahan penulis. buat pembaca rasa sangat dekat dengan maya sakta. sempoi tapi menarik. pada awalan ingatkan macam tak ada apa pun, tapi makin bertambah muka surat dibaca, makin menarik dan dapat ditangkap apa yang hendak dikisahkan.

meletakkan puteri ayu wijayamala sebagai tonggak utama cerita. dia bukannya seorang puteri yang 'control ayu'. suka dengan laga ayam, lawan pedang. nak lihat dia melawa? jangan harap. tapi bila ayahandanya raja mahsabumi suruh kahwin demi menjaga kesinambungan keturunan, nak pula dia. cumanya bila tiada calon, dia cadangkan lawan pedang dengannya. adoi!

muncul putera arjuna yang konon disorok oleh raja bimadewa demi melaksanakan matlamat besarnya. raja bimadewa mengarahkan puteranya itu untuk membawa pulang puteri ayu. raja bimadewa ni kaki perempuan. puteri ayu itu sangatlah jelita. tapi rupanya ada agenda yang besar dari itu. bawa puteri ayu ke tanah jajahannya rupanya rancangan awal saja.

beb, ini siri satu. selepas satu perkara besar melanda. perkara besar yang melibatkan tampuk pemerintahan tiga negara. ada banyak perkara lain yang menjadi tanda tanya.

akak nak sambung baca siri II ya.

ha... jangan gila kuasa kerana mampu buat anda jadi gila!
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
August 8, 2022
Cerita dongeng yang dalamnya banyak lawak; lucu, polos, dan poyo. Lawak bangang pun banyak. Saya paling penerangan alat musik "bonggow" oleh so peniaga kepada Dayang Senandung. Inspirasi dari Seniman Agung P. Ramlee, sememangnya something you can never go wrong with. Terutama jika anda penulis cerdik seperti Fizziany. Namun, dalam banyaknya sketsa lucu, penulis selitkan banyak mesej bijak bestari. Kredibiliti watak-watak utamanya juga di Ina dengan begitu baik. Saya nak baca pula Trilogi Epik Cinta 2.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
November 17, 2021
[BOOK 197]

Trilogi Epik Cinta 1: Maya Sakta by Fizziany.
.

Iyaa..betullah buku ni lain daripada yang lain. Jujurnya, ini pertama kali aku baca buku daripada penulis ni. Dahlah genrenya fantasi gitu. So, aku rasa a bit cuak la jugak, takut tak menepati selera. But fortunately, buku ni memang best. Habis je buku ni, terus amik buku kedua.
.

Mula-mula sekali, penulis bawa kita ke Maya Sakta. Maya Sakta macam sebuah planet la. Dan dibahagikan kepada 3 kerajaan. Setiap satunya ada kelebihan dan identiti tersendiri dan dipimpin oleh pemerintahnya sendiri. Tapi semuanya perlu mengikut undang-undang planet la gitu.
.

Indra Bumi. Kerajaan paling kaya dengan hasil tanaman yang meriah. Ada emas yang banyak juga. So, kebanyakan rakyatnya suka bertani. Dan rakyatnya macam spesis manusia la.
.

Indra Kayangan. Disebabkan kerajaannya terletak di tengah-tengah Maya Sakta, so ia bergunung. Kalau ikutkan, geografinya tak sesuai untuk tanaman. Tapi kelebihannya, rakyatnya pandai. Dorang menghasilkan pelbagai teknologi untuk survive.
.

Indra Sakti. Rakyatnya bukan berbentuk manusia. Mereka mempunyai sakti. Dan mereka semua makan emas.
.

Okay, tu baru pengenalan.
.

Ceritanya, Raja Bimadewa, raja Indra Kayangan seorang kaki perempuan dan gilakan kuasa. Dia cuba untuk menguasai Indra Bumi. Sebab kalau dorang berjaya menguasai emas, maka dorang akan berjaya menguasai Indra Sakti, sekaligus seluruh Maya sakta.
.

So, dia hantar anaknya, Arjuna Barata ke Indra Bumi untuk membawa Puteri Ayu yang cantik, puteri kepada Raja Mahsabumi, untuk dipersembahkan kepada ayahnya yang gila perempuan tu.
.

Tapi, Arjuna bukanlah seteruk ayahnya. Di sana, dia jatuh cinta pada Puteri Ayu. Dan, di situ juga la baru dia tahu, apa rancangan sebenar ayahnya. So, dia bertekad untuk musnahkan rancangan tersebut.
.

Sehingga akhirnya dia terkorban. Sedih pulak bila Puteri Ayu tak sempat jumpa Arjuna. Sedih bila kenangkan segala usaha Puteri Ayu untuk cari Arjuna.
.

apa yang aku suka pasal buku ni, penulis pandai bercerita, so aku tak confused la. Aku jadi faham setiap identiti kerajaan ni. tak payah nak selak-selak page sebelum.
Author 6 books27 followers
November 29, 2019
Siri pertama ni sangat-sangat best!😍

Sangat suka dengan permulaan cerita yang menerangkan 3 kerajaan Maya Sakta. Suka gandingan hero dan heroin. Hero yang tidak terlalu sempurna hidupnya dan heroin yang hebat. Tak lembik.

Bagi saya Arjuna tu sangat comel bila dia lari dari gelangang pertandingan. Rasa macam halla halla Arjuna barata ni kan hahaa🤣 Mahu je saya tarik kolar baju dia supaya tak lari dari Puteri Ayu 😂

Puteri Ayu pulak memang super win punya heroin. Kuat. Tak lembik. Tahu apa yg dia nak. Yes saya sangat suka heroin seperti ini.

Yang paling buatkan saya suka dengan siri pertama ini.. bagaimana mereka berdua berusaha menyelamatkan Indrabumi dan bagaimana bersungguhnya Arjuna mengeluarkan benda yang di tanam Bimadewa dan sekutu-sekutunya.

Rasa sedikit terkilan bila sang puteri tak sempat menemui Arjunanya ketika dia kembali ke situ.😪

Good job!
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
July 8, 2020
Santai saja permulaan cerita.
Manisnya sederhana.
Debarnya sederhana.
Sedihnya sederhana.

Empat bab awal berjaya buat kepala 'teori' saya melayang layang memikirkan apa yang berlaku di dalam dunia nyata sekarang tertulis kemas sebagai pengenalan kisah epik yang satu ni.

Jujurnya saya tak begitu suka cerita 'merepek'. Tapi trilogi ini kisahnya tidak merepek sama sekali. Baca dengan hati, insyaallah dapat isinya. Bukan hiburan semata.
Profile Image for Nad.
375 reviews
July 28, 2023
Interesting enough. Mula mula macam gaya bercerita. Macam kau baca blog instead of novel. Tapi gaya cerita ni sebenarnya zaman moden atau zaman lama? Sebab bahasa kadang kadang macam orang lama cakap, lepas tu ada pulak guna perkataan 'gps'.

Ending yang ni kalau tak tau ada buku kedua mungkin akan sakit hati la.
Profile Image for Ezzan Haqis.
64 reviews4 followers
January 1, 2021
1st time baca buku genre epik ni. Bila dah baca buku ni rasa macam nak terus baca sambungan epik trilogi penulis ni. Apa yang boleh dikatakan sangat best! Plot cerita, watak, olahan ayat semua best. Actually nak bagi 4.5 star! Tahniah penulis. Nanti buat cerita yang best-best lagi ya 😍
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.