Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bunian

Rate this book
Penyertaan Safiuddin dan kawan-kawannya di dalam perlumbaan larian jarak jauh merentasi hutan yang asalnya menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan bertukar menjadi mimpi ngeri buat mereka. Kejadian demi kejadian menyeramkan menghantui setiap seorang daripada mereka sehinggalah membawa kepada kehilangan yang menggemparkan satu negara.

“Selagi tidak berlanggar akidah, aku sanggup! Aku nak cari anak aku sampai jumpa!”– Yazid
“Tapi risikonya tinggi, Yazid. Aku ingat lagi kata-kata abah, sekelip mata di sana bagaikan separuh puntung rokok terbakar di sini. Itu baru perbandingan yang kecil.” – Mak Andak

Tanpa mereka sedar, kehilangan itu telah mengheret mereka dalam kancah dunia makhluk halus yang sedang bergolak. Di sana, manusia diperangi. Putera, yang mempunyai sifat belas ihsan dan baik hati telah menolong ramai manusia yang terkandas di dunianya secara diam-diam. Tetapi pertolongannya kali ini dapat dihidu seterunya.

“Ini kesalahan Putera yang pertama, abang. Tolonglah maafkan dia. Bagi dia peluang untuk patuh pada piagam Srigading. Saya sendiri akan membimbingnya.” – Cempaka Kantil Putih

Dapatkah Safiuddin dan kawan-kawannya diselamatkan? Dan apa pula kaitan mereka dengan kejadian hilang yang pernah berlaku pada tahun 1942 hingga tertulis dalam sejarah pembukaan sebuah kampung di Gopeng, Perak?

363 pages, Paperback

First published December 1, 2019

21 people are currently reading
198 people want to read

About the author

A. Darwisy

21 books147 followers
Anuar Darwisy

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
136 (61%)
4 stars
68 (30%)
3 stars
15 (6%)
2 stars
2 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 65 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
December 26, 2019
Novel pertama beliau yg saya baca. Tertarik dengan sipnosis dan title. Tidak lupa juga pada warna dan gambar cover yg nampak mistik.

Dalam novel ini, dunia manusia dan dunia bunian seperti running concurrently, however, saya jadi confused bila tahu anak yg dilahirkan telah wujud dan sudah dewasa dari awal cerita sedangkan di dunia Bunian masih belum lagi terjadi until Seroja memasuki alam manusia. Saya anggap ia bagai flashback sebab masa di alam manusia lebih cepat dari alam Bunian. Oh endingnya baru saya mulai faham. Sadis betul kefahaman saya namun saya berpuas hati.

Bermula dengan acara pelarian jarak jauh merentasi hutan diselang seli dengan kisah permusuhan antara keluarga Putera dan Azazil serta tenteranya yg telah menyebabkan kematian keluarga Putera. Dan bagaimana Saifudin dan sahabatnya boleh merentasi alam lain hingga terbabit dengan pergolakkan alam bunian.

Demi kasih sayang yg menebal dalam keluarga Saifudin, si ayah mula menjekaki anaknya yg hilang. Dan di sini dia ditemukan dengan Putera. Kedua2nya berganding bahu mencari mereka yg hilang namun setiap langkah mereka dihalang oleh tentera King of Scorpion. 😜

Ada satu benda yg telah di simpan di alam manusia yg boleh menumpaskan salah satu dari mereka jika mereka memperolehi barang tersebut. In simple words Azazil menggunakan bunian yg tamak kuasa untuk menakluki semua yg hidup di alam dua dunia untuk menyesatkan manusia.

Setiap novel mesti ada message yg nak di sampaikan pada pembaca. Its common knowledge. Jgn balas kejahatan dengan kejahatan. Balaslah dengan doa agar hati mereka terbuka untuk melihat kebaikan dan insaf. Walaupun Putera seorang yg baik hati namun akhirnya dia hampir tewas oleh rasa marah dan dendam. It almost destroyed everything he worked for.

That being said, saya ada tendencies to write what the stories is all about, jadi saya berhenti di sini. Overall saya sangat berpuas hati dengan kisah Bunian. Saya jarang2 baca genre begini therefore saya tak nampak sebarang kekurangan in the story. Maaf jika kita tak sehati sejiwa menghayati Bunian. 😊

_________*****_________

Perbezaan ketara antara penulis lelaki (seperti A. Darwish dan R.A.M) dan wanita yg saya noticed, bila mereka menulis tentang ayat2 Alquran, ia lebih pada mengamalkan ilmu itu dari sekadar memetik ayat lantas menerangkan. However, saya tak nafikan petikan ayat2 tersebut juga membuat pembaca untuk lebih memahami, menghayati dan mengkaji. Kedua2nya bagus. Tapi bila diterjemahkan dengan perbuatan dan amalan, ia nampak lebih efektif kerana ia lebih dekat di hati dan buat seseorang itu semakin rindu dengan yg Esa.
Profile Image for Eyd1410.
833 reviews22 followers
February 24, 2021
Kerana persamaan cerita dgn Acap yg hilang di Gua Tempurung, menyebabkan saya teruja utk membaca kisah Safiuddin pula. Cuma utk Acap, sampai sekarang dirinya masih tidak dijumpai dan masih menjadi misteri kemana menghilangnya dia.

Bunian mengisahkan ttg kehilangan Safiuddin semasa marothon di Gopeng, Perak. Byk kisah mistik yg berlaku yg melibatkan Saifuddin, Syafiqah dan Linda sebelum memulakan maraton lagi. Kehilangan Safiuddin di sedari oleh Syafiqah dan usaha mencari dijalankan selama berminggu lamanya.

Namun apa yg berlaku sebenarnya, Safiuddin telah masuk ke alam bunian dan kemudiannya diikuti oleh Syafikah. Kerana ingin menyelamatkan anknya, Yazid berusaha dan bertawakal utk mencari anknya di alam sana. Kedatangan Yazid bersama Cokmar Cempaka akhirnya membantu Putera utk mendapatkan semula Srigading dan banyak persoalan yg terbongkar ttg kenapa mesti Safiuddin, Syafikah dan Linda yg terlibat dgn permainan bunian dan Azazil ini.

Saya percaya penulis byk membuat kajian, ilmu atau mungkin pengalaman dlm menghasilkan Bunian. Jln cerita yg sgt smooth walau penceritaan diselang seli dgn tahun yg berlainan yakni pada zmn pendudukan Jepun dan juga masa kini. Apa yg pasti saya sangat suka dgn cerita ini. Tidak terlalu seram dan byk boleh dijadikan pengajaran apatah lg melibatkan Azazil yg tentunya tidak akan pernah berputus asa utk menyesatkan makhluk yg ada di muka bumi ini sama ada dr golongan manusia mahupun jin!
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
January 21, 2020
[1-2020]

#Bunian #AnuarDarwisy

Bila berbicara tentang novel bergenre seram, novel nukilan A.Darwisy/Anuar Darwisy akan menjadi pilihan utama. Plot penceritaan yang segar, babak seram terasa hidup dan perwatakan setiap watak diperincikan dengan baik menjadi antara sebab saya gemar dengan novel seram daripada penulis ini.

Bunian antara naskhah terbaik nukilan penulis. Rasa seram itu masih sama seperti membaca karya-karya beliau sebelum ini. Lebih-lebih lagi bila membaca novel ini selepas jam 12 tengah malam. Terasa seperti ada yang memerhati.

Jujurnya, novel Bunian ini ada satu saja yang kurang. Nipis sangat! Haha. Itu saja sebab biasanya novel penulis sebelum ini agak tebal berbanding Bunian. Apa-apa pun bagi peminat tegar genre seram, anda WAJIB dapatkan novel Bunian ini. Pasti tidak akan menyesal! Tahniah buat penulis. Teruskan berkarya!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
November 30, 2019
Tak pernah tak best.. Penulis menyampaikan cerita ini dengan latar tahun berselang seli namun penyampaiannya sangat lancar sehinggakan pembacaan menjadi mudah.. 3 sekawan yang saling berkait bukan sekadar di zaman kini sebaliknya dari mak ayah melalui musibah dengan cara yang unik.. Yang disangka musuh rupanya cuba membantu.. Hati yang jahat bila disirami dan didoakan kebaikan, InsyaAllah akan mahu berubah.. Semuanya terletak pada hati.. Tak rugi dijadikan koleksi..
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
December 10, 2019
tuan penulis Anuar Darwisy membawa pembaca kepada satu dimensi lain tentang dunia bunian. banyak fakta yang sangat menarik dimasukkan buat pembaca mampu berfikir logiknya dunia lain yang ada selain dunia nyata.

pernah terfikir juga, bagaimana kehidupan bunian? apakah teknologi dan cara kehidupan mereka? makan minum, pakai, bergerak ke sana sini. belum lagi keadaan fizikal mereka. imaginasi yang disampaikan oleh tuan penulis mampu kita pembaca sama fikirkan. bagaimana manusia, begitu juga mereka, ada yang baik dan ada yang sebaliknya. tapi hebatnya mereka, hebat lagi manusia. tapi sebab bila fikirkan hebat lah terjadi banyak perkara yang luar jangkauan, kan? hmm...

tuan penulis mengambil kisah anak muda sesat di dalam hutan. saifuddin dan kawan-kawan menyertai perlumbaan larian jarak jauh. dari awal pergerakan mereka, banyak tanda-tanda pelik yang berlaku. dan, saifuddin hilang jejak. disebabkan mahu mencari di mana saifuddin, yazid iaitu bapa pada saifuddin terpaksa mengorak langkah. cokmar cempaka yang memegang batu gemala hikmat menjadi pembuka jalan dan seterusnya peneman dia ke dunia yang penuh misteri itu.

suka dengan fakta yang watak linda cari. tentang kajian simbol pelik yang menunjukkan ianya adalah simbol nombor atau lebih tepat almanak bunian. juga tentang peradaban mereka.

realitinya akak percaya banyak kajian dan pembacaan yang tuan penulis buat untuk menghasilkan novel BUNIAN ini dan isinya tidak merepek atau saja-saja diadakan. tentang ilmu hutan yang terselit, tentang ilmu falak iaitu pemerhatian pada bintang. dan paling utama banyak selitan ilmu agama yang sangat mengagungkan kebesaran Ilahi.

waktu lampau dan kini, punya kaitan yang sangat kuat. budiman, johari, asiah dan manisah. mansur dan yazid. saifuddin, syafiqah dan linda. dunia satu lagi, anjang mulia raya, cempaka kantil putih, kesuma dan seroja... tak lupa, putera. semuanya berkaitan. bercangkuk di awalan. akak percaya kalau tuan penulis sambung lagi kisah ini, akan makin banyak jalan cerita yang hebat mampu dihasilkan.

tapi, novel ini biarlah berakhir setakat ini, ya tuan penulis? dah. i don't want to say more. tak layak pun. baik korang pi cari, beli dan baca. rasai sendiri apa yang hebat yang terkandung dalam novel ini.
Profile Image for Mr. Joey24.
18 reviews10 followers
January 2, 2020
Testing. Bodo gile aku tulis review panjang2 pastu hilang. Mlas aku nk tulis balik. Apa2 pon. Buku ni best. Aku recommend.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
April 23, 2025
Dia punya plot twist pada hujung m/s 355. Sakit jantung sis. Salah rupanya hipotesis saya sepanjang pembacaan. Saya sangkakan A, tapi rupanya Z.

Tapi memang baguslah cerita dia. Lain sangat daripada apa yang saya baca sebelum ini. Walaupun ceritanya non-linear (latar masanya berubah-ubah), tapi tak susah untuk memahaminya. Tak berbelit pun. Otak boleh carry dan follow.

Adakah kisahnya sama seperti karya Ramlee Awang Murshid yang kadang-kadang turut ada elemen bunian? Tidak sama sekali. Lain ya.

Ini novel pertama dari A. Darwisy yang saya baca. Saya tengok rating novel-novel penulis ini selalunya tinggi. Jadi, saya pun belilah. Ternyata tak rugi saya membacanya. Karya A. Darwisy memang perlu diberikan perhatian.
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
April 8, 2025
Time raya ni la nak baca laju2 pun. Masa bulan puasa haritu slow je baca. Kita dah la penakut.

Misteri alam bunian. Best baca.

Saya dah bersangka buruk dengan Linda. Rupanya memang dia obses dengan benda2 gitu.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
December 17, 2019
Novel pertama daripada penulis yang aku baca. Dan ini novel pertama di bawah kakiseram. Welcome back kakinovel.


Aku tertarik dengan novel ni lepas membaca beberapa review daripada pembaca lain.

Bunian, kita tau mereka wujud cumanya tak mampu dilihat dengan mata kasar. Di kampung mak aku iaitu di chenor pahang juga terdapat sebuah perkampungan bunian. Ketika ku membaca novel ni, ku teringat akn kes kehilangan peserta larian, Ashraf awal tahun lalu. Hingga sekarang masih tidak dijumpai. Wallahuawalam.

Novel ini mempunyai 2 plot masa. Iaitu pada tahun 1940an ketika kedatangan Jepun dan juga 2019. Jika dilihat pasti ade perkaitan diantara dua zaman ini.

Asiah dan Manisah mengikuti jejak budiman melarikan diri dari kampung mereka. Mereka tidak sanggup dengan kekejaman jepun terutaman pada wanita terutamanya anak dara seperti Manisah. Tanpa sedar mereka tersalah langkah dan memasuki dunia bunian.

Srigading diketuai oleh Anjang serta isterinya Cempaka tapi tidak disenangi oleh Kesuma dan Seroja. Kesuma daripada bangsa kala Jengking manakala Seroja daripada bangsa ular. Mereka bergabung demi merebut kedudukan Anjang. Putera merupakan anak kepada Anjang dan Cempaka. Beberapa hal telah berlaku menyebabkan Anjang dan Cempaka terkorban ditangan kesuma dan Seroja. Tinggalla Putera dan Lang yang membantunya.

Saifuddin, Syafiqah serta Linda meyertai larian di Gopeng. Malangnya sebelum bermula, sesuatu telah berlaku pada Linda hingga dia tidak dapat menyertai larian tersebut. Ketika larian, Saifuddin telah hilang. Berminggu kehilangan Saifuddin, bapanya , Yazid mencarinya atas bantuan Cokmar Cempaka. Baginya tentu Saifuddin berada di alam bunian.

Tapi apa kaitan antara Saifuddin, Syafiqah dan Linda serta Yazid dengan Asiah dan Manisah serta mereka dari kalangan Bunian?

Ku sebenarnya tak reti nk buat review untuk novel ni. Korang kena baca sendiri. Serius tak rugi. Berbaloi2 untuk dibaca.
Profile Image for Daisy.
156 reviews21 followers
June 18, 2020
Bergolak dua dunia kerana caturan syaitan.

Cara penulis manipulasi plot menggunakan perbezaan masa antara dunia bunian dengan dunia manusia sangat wow sebenarnya. Teratur dan nampak jelas perkaitan yang penulis nak tonjolkan 👍🏻👍🏻

Gambaran mengenai dunia bunian pun sangat menarik untuk dibaca sebab penulis berjaya gambarkan satu dunia lain yang unik. Dengan penduduknya, hal masyarakatnya, pemerintahnya dll. Seronok menyelami satu dunia yang asing.
-
‘Bunian ni rupa macam kita jugak ke, bah?’

‘Mereka seperti kita jugak, cuma mereka ada kelebihan tertentu yang kita tak ada...’
-
Untuk yang berminat nak baca, sila baca Bunian waktu siang 😆

Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
December 20, 2019
A. Darwisy sememangnya satu nama yang gah dalam penulisan cerita-cerita mistik dan seram. Kali ni beliau tampil dengan buah tangannya yang terkini di bawah label Kaki Novel yang tidak seperti kebiasaannya.

Bunian. Plot penceritaannya seperti novel-novel penulis yang sebelum ini, berlegar pada dua garisan masa. Masa silam dan masa kini. Dan mesti ada perkaitan keturunan. Ya, itu lah trademark A. Darwisy. Tak dinafikan novel Bunian ini menarik kisahnya. Kekuatan A. Darwisy adalah karyanya sentiasa berasaskan kajian yang dibuat terlebih dahulu selain diselitkan dengan unsur-unsur dakwah. Potongan doa dan ayat-ayat Quran yang disertakan dalam penceritaan boleh para pembaca jadikan sebagai panduan.

Saya telah membaca karya-karya penulis sebelum ni. Untuk Bunian, saya merasakan ada sedikit kekurangan. Mungkin kerana unsur kemelayuan dalam watak-watak bunian dalam novel ini agak kurang. Dunia bunian melayu terlihat lebih banyak mempunyai unsur fantasi dunia elves acuan karya bahasa inggeris. Itu sekadar apa yang saya rasa. Satu lagi mungkin novel ini saya rasakan kurang ummph kerana sudah kerap penulis menyajikan kisah yang ada dua garisan masa.

Saya mendoakan agar A. Darwisy terus berkarya, menghasilkan banyak kisah yang lebih menarik, mistik dan mengujakan. Semoga A. Darwisy dapat mencuba meneroka gaya penceritaan yang berlainan pula pada masa hadapan. Apa-apa pun syabas diucapkan. Sejujurnya penulisan A. Darwisy membuatkan saya semakin tertarik untuk membaca buku-buku seram yang ada di pasaran. Penulisan A. Darwisy lah pemangkinnya.
Profile Image for chelsannereads.
169 reviews2 followers
October 26, 2025
Rating: 4.7/5🌟
Trope: Hilang dalam hutan/alam bunian/human vs supernatural conflicts/ 2 zaman dan waktu yang berbeza/ gangguan halus etc...

Perlumbaan larian merentasi hutan bertukar jadi mimpi ngeri bila Safiuddin dan rakan-rakannya hilang tanpa jejak. Di sebalik kehilangan itu tersingkap dunia makhluk halus yang sedang bergolak, di mana manusia jadi sasaran dan satu kesilapan kecil mampu menggoncang dua alam.

My thoughts 💭 (my opinion)

Memang bestlah cerita ni, anything when it comes from Anuar Darwisy mesti best punya! No doubt tok memang hebat menulis cerita seram. 😆👍 Tok memang dah jadi my autobuy author sejak pertama kali saya baca buku tok yang RKJ tu. Lepasni beranak banyak² lagi ya tok. Saya disini always support you and your karya. ✨

Ok mari kita kupas sikit pasal buku bunian kalini. Macam biasa, bab² elemen seram ni memang makanan tok lah gais. Seram tu memang seram ye 😬 kita yang baca waktu malam pun sampai terbayang² sosok yang digambarkan oleh tok. Aku suka conflict diantara bangsa bunian yang tok cuba ketengahkan. Lepastu melarat pula sehingga melibatkan manusia. Semuanya sebab bangsa bunian dari lembah ratu dipimpin oleh 'Sangkala' Raja Jin.

Cerita kalini dia fast pace, sehari je aku habiskan. Which is jarang berlaku ya, kalau sehari je dah habis maksudnya apa? Maksudnya buku ni bagus dan best! Padat dengan ilmu agama, tak lupa juga ilmu fizik. Satu bacaan yang amat menarik dan tak kosong! Elemen seram, mistik dan misteri semuanya ada! Bak kata orang putih full package gitu. 🙈

Buku ni memang highly recommended untuk sesiapa yang mencari bacaan seram untuk dibaca sebab buku² daripada penulis jarang mengecewakan! Ok tu je semoga anda yang baca review ni teracun, tercheck out dan terbaca another masterpiece daripada tok selepas Rumah Kabilah Jin!🔥
Profile Image for junmembaca.
21 reviews3 followers
September 10, 2022
Bunian - Anuar Darwisy

Ini adalah review santai aje ya.

Bunian mengisahkan tentang dua dunia— dunia manusia & bunian yang saling berkait sejak tahun 1942 hingga tahun 2019. Korang mesti pernah dengar atau baca kisah Acap yang telah hilang semasa sedang menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak, kan? Itulah yang terjadi pada Safiuddin.

Bunian ni jalan ceritanya menarik. World building juga menarik pada pendapat aku sampaikan aku memang percaya dunia bunian macam tu. Hahaha.

Kalau korang suka cerita fantasi atau baru cuba nak baca, novel ini sesuai untuk korang.

Rating: 4/5 ⭐️

P/s: Apa yang bakal ditulis (komen mengenai Bunian) bawah ni adalah spoiler. Jadi, kalau taknak spoiler, cukup baca sampai sini saja, okey?

⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️

.
.
.
.
.

Baik, lepas aku baca Bunian ni, aku rasa macam "Eh?!" pada penghujung cerita.

Ending yang terlalu rushing sebab plot twistnya tidak ramah sama sekali. Kisah Seroja & Syafiqah tu memang ada plot hole. Dia macam tiba-tiba sangat tau. I mean how???????? Jujurnya aku masih tak puas hati bab kehidupan Seroja & Syafiqah tu. 😭

Bab Yazid terasa macam pernah datang dalam dunia bunian pun takda jawapan sampai sekarang. Mula-mula tu aku fikir Yazid ni Putera or ada kaitan dengan mana-mana bunian tapi tidak ya. Sangkaan ku meleset~ Hahaha.

Topik paling menarik adalah pasal masa depan dan black hole. Aku terfikir macam mana kalau dunia bunian sebenarnya dari masa hadapan (sebab dekat dengan graviti tinggi(kotttt)). So masa kat sana jadi lambat dan bila balik ke dunia manusia, masa dah berganjak jauh. Aku yakin korang tak faham apa aku cakap ni tapi takpa, aku pun tak tahu nak terangkan teori dalam kepala ni macam mana. Hahaha.

Apa-apa pun, novel ni tetap best bagi aku. Sekian.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mohd Ashmunir.
170 reviews3 followers
April 3, 2022
Momentum membaca tgh mencanak… so Kita bca lagi bku hasil tulisan tok nie… and utk Bunian nie… I can say that… feel dia mcm ko tgok lord of the ring…. Gituuu… best sgt and mengujakan… x sedar hbis bca satu bku nie… and suka sgt dgn msg yg ada dlm bku nie…. Dr persahabatan Cempaka n mansur ke persahabatan Din… Syca n Lin… smuanya ditulis smooth je… I like…heheh
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
December 15, 2019
Ni pertama kali aku membaca karya A. Darwisy tapi rasa dah jatuh cinta dengan corak penulisan dia. Bila sampai part seram memang terasa seramnya dan paling aku suka bila penulis turut menyelitkan ilmu yang bermanfaat seperti ilmu masuk hutan, sains dan juga beberapa ayat Al-Quran sebagai panduan. Ini juga menunjukkan walau sekuat manapun kejahatan itu tetap takkan dapat menandingi Yang Maha Esa. Yang penting hati kena yakin sepenuhnya.

Konsep masa di alam bunian berbeza dengan manusia di mana pergerakan masa di alam mereka lebih lambat berbanding alam manusia. Ini ada kaitan dengan teori relativiti. Menarik kan?

Yang penting cerita dia tak meleret dan sila buka minda ketika membacanya..hehe
Profile Image for Ansya.
113 reviews
January 28, 2020
Bismillah
Sebuah nukilan yg aku amat2 aku sukai jln cerita nya, tiada yg yg cacat celanya di setiap perceritaan. Tiada kata dapat aku ungkap kan lagi selain hanya ingin menyatakan SYABAS TOK! LOOKING FOR UR NEXT KARYA!!! teruskan perjuangan mu nuar! Highly recommended!
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
February 28, 2022
📝 𝗴𝗲𝗻𝗿𝗲: 𝗳𝗮𝗻𝘁𝗮𝘀𝗶, 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗺
🏷 𝘁𝗮𝗴𝘀: 𝗯𝘂𝗻𝗶𝗮𝗻, 𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴 𝗷𝗲𝗹𝗺𝗮𝗮𝗻
⛔️ 𝘁𝘄: 𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗮𝗻 𝘀*𝗸𝘀𝘂𝗮𝗹

– 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 –
Dunia Bunian yang diketuai oleh Anjang & Cempaka dan anak mereka, Putera menjadi kucar kacir apabila yang pihak yang batil, Azazil mahu merampas kuasa dan menakluki dua dunia sekaligus, dunia manusia dan dunia Bunian.

Di dunia manusia pula, tiga sekawan Safiuddin, Linda & Syafiqah mula mengalami gangguan misteri apabila bas yang mereka naiki terserempak dengan anjing hitam dalam perjalanan menuju Gopeng.

Takdir menemukan dua dunia ini apabila dasarnya, mereka sudah berkait dan berkongsi sejarah sejak dahulu lagi di tahun 1942 menemukan mereka kembali di tahun 2019.

– 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓮𝔀 –
Apa yang kita suka dari novel ni ialah dia bukanlah seram semata mata tapi ada ilmu baru berkaitan mistik yang diselitkan contohnya jenis jenis jin, ayat apa yang perlu baca bila berdepan dengan situasi berkenaan dan juga ilmu bila tersesat dalam hutan. Ini menunjukkan betapa penulis banyak buat research ya sepanjang menulis buku ini, a big WOW untuk itu! 🤩

World building dunia Bunian ini juga menarik mengenai rakyatnya, pemimpinnya dan juga hubungan dunia manusia pun melalui pintu, new and fresh idea. Emosi satu per satu watak digambarkan cukup baik, bila watak ni marah sedih kita pun rasa sedih. Sangat character driven ya penulisannya! 👍🏻

Apa yang kurangnya buku ni pada kita ialah kita rasa macam sedikit ‘lengthy” (?) macam ada selingan selingan babak yang tak memberi impak mendalam terhadap plot tapi diselitkan juga jadi lama lama baca buku ni rasa cerita tu ‘lambat’ bergerak. A bit unconsistent pun ada sebab ada part yang anjing hitam boleh masuk rumah, eh kemudian menyalak di luar sahaja takboleh masuk sebab dipagar (?) Ada juga beberapa plothole yang takterjawab macam “eh bila masa dia ni macamni?” and the ending is a bit rush lah for me T_T

Ada babak yang kita sebagai pembaca perempuan kurang senang baca kerana terlalu deskriptif (?) mengenai babak r*gol ⚠️⛔️mahupun gambaran watak separuh manusia (tanpa seurat benang) separuh binatang.

– 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲 –
Pembaca fantasi & pembaca matang (yang selesa dengan TW mentioned)
_______________
𝕂𝕦𝕒𝕤𝕒 𝕪𝕒𝕟𝕘 𝕓𝕦𝕒𝕥 𝕜𝕚𝕥𝕒 𝕒𝕝𝕡𝕒, 𝕜𝕚𝕥𝕒 𝕞𝕒𝕤𝕚𝕙 𝕤𝕖𝕠𝕣𝕒𝕟𝕘 𝕙𝕒𝕞𝕓𝕒 - ℂ𝕖𝕞𝕡𝕒𝕜𝕒 𝕂𝕒𝕟𝕥𝕚𝕝 ℙ𝕦𝕥𝕚𝕙

3/5 🌟
_______________
Footnote: Buku pertama yang kita baca untuk genre seram dan juga dari penulis ini
Profile Image for Sallyza.
7 reviews
December 23, 2019
Selesai sudah menekuni naskhah terbaru berjudul Bunian dan saya ada pandangan tersendiri tentang naskhah ini dari sudut kacamata seorang pembaca. Diharapkan tiada pihak akan tersinggung atau rasa tidak berpuashati dengan komentar saya ini kerana apa yang dinyatakan adalah pandangan peribadi saya sahaja. Kepada penulis saya mohon maaf sekiranya review ini dirasakan kurang tepat atau buat penulis rasa kurang senang.

Sejujurnya saya merupakan seorang pembaca tegar novel genre misteri dan seram dari penulis ini. Setiap novel dari penulis ni memang saya miliki dan membacanya serta apa saja perkembangan tentang novel terbaru dari penulis memang saya ikuti dan sentiasa menantikan novel terbaru dari penulis. Makanya, apabila penulis mengumumkan kemunculan novel terbarunya ni, saya tanpa perlu berfikir panjang sampai 18 kali mahupun menunggu hingga kali ke 19 untuk membuat keputusan membeli novel ini sebabnya tanpa perlu fikir panjang saya dah tahu aura penulisan penulis ni memang luarbiasa. Oleh sebab aura luar biasa inilah saya menjadi antara batch yang terawal memiliki novel ini dari penulis kerana rasa tak sanggup hendak menunggu lama dan berulang alik untuk cari novel ini di kedai buku.

Okay kali ini penulis yang saya maksudkan iaitu Anuar Darwisy muncul dengan “baby” baru di bawah penerbitan yang lain iaitu KakiNovel. Secara peribadinya, jika saya menyukai karya seseorang penulis lazimnya saya pasti akan memiliki juga novel penulis yang berkenaan walaupun berlainan penerbitan. Misalnya, selain Anuar Darwsiy saya juga meminati penulisan Maria Kajiwa kerana kedua-dua penulis ini sedikit sebanyak ada persamaan dari segi idea penulisan mereka iaitu dalam penceritaan pasti ada ilmu yang disampaikan serta berdakwah melalui penulisan.

Berbalik kepada “baby” baru Anuar Darwisy ini, “baby” yang bernama BUNIAN ini saya rasakan satu naskhah yang cukup istimewa dan menarik. Ini kerana tajuknya cukup ringkas, hanya satu perkataan sahaja….B.U.N.I.A.N akan tetapi apabila dibaca dan ditekuni isi cerita di dalamnya terkandung seribu satu kisah yang tersurat dan tersirat. Seperti kelazimannya penulis ini memang akan menyampaikan cerita yang berisi dan berilmiah bukan kisah tahyul untuk penyedap cerita serta sentiasa segar dengan idea penceritaan yang baru serta tidak klise.Terlalu sarat ilmu dan fakta disampaikan penulis di dalam novel ini merangkumi ilmu agama, logik akal, sains dan fizik juga, nasihat dan teladan secara terang dan tersembunyi serta unsur dakwah hanya dalam satu kisah. Karya ini juga banyak mendidik dan mengingatkan kepada kita tentang pentingnya usaha, doa dan tawakal dalam kehidupan seharian serta menyedarkan sifat hasad dengki dan dendam hanya membawa kemusnahan dan kehancuran.

Apa yang menarik di dalam kisah ini adalah variasi watak yang diketengahkan oleh penulis dari sebaik-baiknya makhluk hinggalah ke sejahat-jahatnya makhluk dan kejadian serta dari sebersihnya hati hingga ke sehitam-hitam dan busuknya hati. Setiap satunya mempunyai kekuatan tersendiri dan memberi impak serta menghidupkan kisah pengembaraan yang berlaku di dalam cerita ini. Pada permulaan kisah pembaca telah dibuai dengan permainan emosi dan begitu juga di akhir cerita. Sebagai pembaca sememangnya hati ini tersentuh dan terjentik hingga mengalir air mata di saat klimaks cerita ini. Tahniah kepada Anuar Darwisy kerana menghasilkan satu lagi karya yang memberikan satu lagi pengalaman yang baru dan berbekas di hati pembaca.

Walaubagaimanapun, jika dibandingkan kisah ini dengan karya-karya Anuar Darwisy yang lain, bagi saya Bunian ini kurang rasa seramnya dan kurang aksi di dalamnya. Ini kerana saya merasakan Bunian lebih banyak bermain dengan emosi (marah, dendam, kecewa dan sedih) yang bergolak dalam setiap watak.

Saya berpendapat kisah ini akan jadi lebih menarik sekiranya helaian muka surat naskhah ini ditambah serta kisah disampaikan lebih lanjut dan mendalam. Ini kerana apa yang saya nampak setiap watak hanya diceritakan secara surface sahaja tidak diceritakan dengan lebih lagi. Masih banyak pertanyaan yang bermain di fikiran mengenai watak-watak tersebut tentang siapa watak itu, apalagi kelebihannya, bagaimana watak tersebut ada kelebihan begitu dan begini, apa terjadi kepada watak tersebut dan lain-lain lagi. Saya juga turut memperlahankan kelajuan pembacaan bagi mengelakkan cerita cepat tamat dibaca. Hal ini mungkin sebab saya sudah terbiasa dengan karya Anuar Darwisy yang biasanya akan bercerita secara lebih mendalam mengenai watak-watak yang dikisahkan dan karya terdahulu yang jauh lebih tebal.

Apapun, syabas buat Anuar Darwisy atas satu lagi kisah yang menarik dan penuh pengajaran. Harapnya akan muncul Bunian 2 dan seterusnya.
Profile Image for yulia.
60 reviews9 followers
February 4, 2022
Novel Bunian dari penulis adalah novel seram pertama dalam hidup yang aku beli. Novel pertama dari penulis juga yang aku baca. Dan aku sangat sangat berpuas hati. Aku mmg was was betul nak baca novel genre seram, tapi disebabkan aku nak cuba ubah angin memilih genre lain luar dari kebiasaan yang selalu aku baca, Alhamdulillah mmg berbaloi. Meh nak review kenapa aku suka novel Bunian dari penulis.
.
1) Novel Bunian membawa aku merantau jauh ke alam bunian Srigading. Sebagai manusia biasa rasa ingin tahu itu tinggi, bila baca novel bunian ini walaupun ia hanya fiksyen tapi aku berpuas hati. Betul atau tidak alam bunian begitu? Itu adalah rahsia Allah. Tapi penulis dah menyampaikan latar cerita yang begitu menarik sekali untuk kita membayangkan bunian juga hidup seperti kita, beragama, bertamadun, ada yang baik dan jahat.

2) Ayat Al-Quran adalah satu pertahanan dan senjata orang mukmin. Dalam novel ni, apa apa sahaja bentuk halangan yang di hadapi Saifuddin, ayahnya, mak andak dan orang2 bunian yang lain, mereka akan menggunakan Ayat Al-Quran sebagai senjata yang ampuh untuk melawan kuasa jahat Sangkala, Kesuma si kala jengking, Seroja si ular jadian. Betapa penulis begitu bijak menekankan bahawa tiada kuasa yang berkuasa walaupun sehebat mana sekalipun pada pandangan kita, Allah jua lah sebaik2 penolong dan tempat untuk kita berserah dan bertawakal.

3) Nilai persahabatan dan kekeluargaan. Persahabtan antara Saifuddin, syafiqah dan Linda dalam novel ni buat aku terharu! Eh sungguh! Dan kasih sayang antara Manisah dan emaknya. Kasih sayang antara saifuddin dan ayahnya serta mak andak. Dan kasih sayang antara putera dan emak ayah nya. Begitu juga kasih sayang antara cempaka bunian yang bersahabat dengan datuk saifuddin. Semuanya saling berkait. Dan kasih sayang jugalah yang melembutkan hati yang kotor dengan sifat kejam syaitan.

Ya Allah panjang lagi aku nak review nih tapi korang baca lah weyhhhh!! mmg gempak. Ni dah macam Lord of The Ring versi Halal. 🤣 Best weyh! Semua cukup rasa. Bagi aku seram tu adalah bila penulis ada masukkan scene hantu duduk atas almari sambil goyang kaki. Cis aku dh tak boleh nak pandang positif dekat almari aku ya.
.
Lagi satu kalau korang ada follow kes Acap hilang dia Gua Tempurung masa join larian, ohmai mmg kena baca novel Bunian ni okay !!! Sebab dalam agama islam alam ghaib itu mmg ada dan wujud. Cuma diluar pengetahuan dan jangkauan kita.

Cuma satu je aku tak puas hati, bab ending dia agak rush. Aku bayangkan pertempuran antara sangkala dan putera dgn si kesuma & kesuma tu aku nak tengok terseksa digambarkan merana apa semua. Aku nak seroja pun terima pembalasan! Ke ada sambungan. Jap Putera tu bagi la jodoh kat dia🤭
Profile Image for Erimawati Ali.
30 reviews2 followers
March 19, 2020
Bunian adalah 'air tangan' terbaru penulis yang sememangnya menambat rasa kecintaan pembacaan terhadap setiap karya, melalui penulisannya yang kemas dan cantik mengikut zaman dan keadaan semasa.

Karya ini mengangkat setiap watak dengan cemerlang dalam mewarnai cetusan emosi dan pemikiran. Beberapa watak berjaya meninggalkan kesan dalam hati. Dalam layar fikir saya tergambar visual seperti filem 'The Chronicles Of Narnia!' (TCON). Saya yakin, kalau novel ini diangkat untuk adaptasi filem, pasti hebat seperti filem TCON...versi islamik!

Pertempuran antara hak dan batil menyaksikan pelbagai kejadian yang tidak terduga. Satu plot twist berjaya ditebak, tapi satu lagi berjaya disembunyikan penulis sehingga perihal tentangnya didedahkan.

Novel ini telah membuka persepsi baru mengenai alam bunian. Lebih luas dan terperinci. Ending yang menarik namun tidak mustahil punya kesinambungan yang lebih mencabar dan mengujakan andai penulis ingin menyambung kisah ini.

Tahniah kepada Nua. Smoga terus diberi ilham yang cantik dan menarik untuk memberi kepuasan dan manfaat kepada setiap pembaca.
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
December 20, 2019
Kali ni tok ketua membawa pembaca menelusuri dunia bunian. Dunia yang masih lagi misteri bagi kita. Tahniah buat tok ketua. Pastinya banyak kajian dan pembacaan yang dijalankan untuk menghasilkan karya sehebat ini.
Apa yang menarik, walaupun penceritaan tok ketua melibatkan 2 latar tahun yang sangat berbeza tapi sedikitpun tak mengganggu pembacaan. Lancar dan watak2 dari 2 latar tersebut pastinya saling berkait antara satu sama lain.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ untuk BUNIAN. Tahniah tok ketua. Tak rugi dijadikan koleksi dalam library anda.
Profile Image for Lady Sofea.
40 reviews
March 13, 2020
Alhamdulillah usai sudah pembacaan novel Bunian..Kalau boleh berikan 10 bintang, mmg bg 10 bintang pada karya A. Darwisy ni. Banyak benda yang kurang atau mungkin juga sy tidak tahu lansung mengenai dunia bunian adalah perkara baru bg sy. Beliau turut membawa mengembara ke dunia bunian. Sesuatu yg diluar kotak pemikiran sy.

Karya-karya beliau jarang mengecewakan. Menantikan karya yang seterusnya.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
July 8, 2020
Buku ni duduk dalam kelasnya tersendiri.

Salah satu naskah yang sangat rugi kalau tak didapatkan.
Dari awal bab sampai akhir, penuh isi. Padat. Penceritaannya lancar.
Banyak input boleh diambil. Bukan sekadar cerita hiburan semata.

Sepanjang saya mencatit, ada lebih dari 10 doa dan petikan ayat quran di dalamnya.
Serius sangattt bahagia membacanya.

Tahniahh Tuan Penulis. Anda hebat. 👍
9 reviews1 follower
December 4, 2019
Genderuwo,Orang Minyak,Pocong,Jembalang Tanah,Jin,Harimau Jadian dan sekarang Bunian pulak.Seperti biasa karya Anuar Darwisy memang tak menghampakan.Dari mukasurat pertama sampai terakhir memang best.Plot twist yang memang tak dijangka.Nak review panjang2 tak boleh takut terbagi spoilers😂.Sila dapatkan karya ni secepat yang mungkin sebab best sgt 👍🏼

#orangkampung
#teamputera
Profile Image for Choon Sukkhumvitthaya.
20 reviews
December 5, 2019
Buku yang sangat hebat, jalan cerita yang sangat menarik. Terima kasih 'tok' sebab menghasilkan karya yang hebat ini.
Profile Image for Marni Arshad.
77 reviews1 follower
March 9, 2023
Mengisahkan tiga orang sahabat, Safiuddin, Syafiqah dan Linda yang ingin menyertai larian jarak jauh merentasi hutan. Aktiviti yang asalnya menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan bertukar menjadi mimpi ngeri buat mereka bertiga. Pelbagai kejadian menghantui mereka sehinggalah membawa kepada kehilangan yang menggemparkan satu negara.

Penceritaannya tersusun cantik & tidak mengelirukan walaupun terdapat 2 latar masa. Pengakhiran cerita menarik, kerana tanpa disangka, ketiga-tiga sahabat itu ada hubungkait antara satu sama lain dengan peristiwa di masa silam.

Tahniah penulis di atas hasil karya yang menarik dan cerita yang bermutu. Karya anda tidak pernah mengecewakan saya sebagai pembaca 😊
Cerita di alam bunian digarap dengan baik sekali perwatakan dan latar tempatnya, seolah-olah benar, sehingga dapat saya bayangkan & hayati ketika membacanya.
Saya bagi 5⭐ 🤓
Profile Image for Tey Marzuki.
Author 13 books101 followers
January 27, 2020
Nukilan Tok Ketua Anuar Darwisy sememangnya tak pernah mengecewakan. Lebih-lebih lagi buat orang kampung yang senantiasa menanti karya terbarunya, pasti hasil tangan yang disampaikan memberi impak WOW! kepada yang membaca.

Menjadi signature buat penulis untuk menyisipkan backstory pada setiap cerita yang dinukilkan. Ceritanya pula banyak bertema klasik dan ada juga berunsurkan urban legend pada sesuatu tempat dan juga kisah dongengan. Which is right at my alley. Saya memang sangat sukakan unsur-unsur klasik dan dongeng dalam penceritaan. Makanya naskah Tok Ketua sentiasa berjaya memikat hati saya yang gemarkan elemen demikian dalam cerita.

Watak-watak dalam buku Bunian ini saya suka belaka. Baik yang dari zaman moden, juga dari zaman silam (termasuk yang manusia dan buniannya). Watak yang paling saya suka dalam naskah Bunian ini adalah watak Manisah dan Putera. Rasanya ada potensi untuk kedua-dua watak ini mempunyai kisah yang lebih panjang. Barangkali kelak di masa akan datang, Tok Ketua akan pertemukan semula mereka dalam naskah seterusnya? Malah watak jahat, Seroja juga sebenarnya menarik perhatian saya. Jika dibandingkan dengan Kesuma, watak Seroja ada sedikit "kemanusiaannya". Ya, barangkali (*spoiler alert) kerana Seroja ada interaksinya dengan dunia luar maka dia terdedah dengan cara hidup di sana.

Persahabatan antara Safiudin, Linda dan Syafiqah juga menarik. Meski ada ruang di antara mereka untuk saling mencurigai tapi tali persaudaraan yang telah lama terjalin tidak langsung mencacatkan hubungan mereka. Satu tema yang sangat baik yang telah ditekankan oleh penulis kepada kita sebagai pembaca, bahawa dalam memelihara sebuah persahabatan, curiga dan rasa wasangka harus dibuang sejauhnya kerana itulah racun yang memusnahkan semua.

Sekali lagi, satu karya terbaik dari penulis, Tok Ketua Anuar Darwisy yang sangat saya kagumi. Semoga Tok Ketua tetap sukses dan terus bersemangat menghasilkan naskah seterusnya.
Profile Image for Mutiara Wanie.
52 reviews6 followers
October 24, 2020
Bermula kisah sekitar thn 1942 di Kg Rawa yg tertulis dlm sejarah pembukaan sebuah kampung di Gopeng, Perak. Allah.. Berdebar dada padahal br permulaan. Solehudin mati dibunuh, Asiah isterinya diperkosa demi selamatkan Manisah, anak mereka dr askar dan barua Jepun. Pelarian mereka berakhir di dunia Bunian dan macam² berlaku hingga ada yg terperangkap di sana.
--
Putera dr dunia bunian seorang yg berhati mulia dan bersifat belas ihsan. Sama spt ibunya Cempaka tp beza dgn bapanya, Anjang yg memusuhi manusia. Putera bakal memerintah Wilayah Srigading. Mereka dilarang mencampuri urusan manusia namun Putera tetap membantu secara diam. Musuh² mereka iaitu Kesuma dan Seroja bertindak merampas kuasa. Berlaku pergolakan sesama mereka. Tanah bunian dilanda petaka!
--
2019 - Safiuddin, Linda dan Syafiqah menyertai larian merentas hutan yg pada asalnya mereka anggap pengalaman baru yg menggembirakan. Namun ianya bertukar menjadi mimpi ngeri. Dari mula perjalanan, pelbagai perkara aneh berlaku seolah² petunjuk sesuatu yg lebih besar akan terjadi. Dlm cubaan menamatkan larian, Safiuddin tiba² hilang dan tak dapat dikesan. 3 minggu Safiuddin hilang dan Yazid, bapanya terpaksa menggunakan Cokmar Cempaka yg dia dpt dr arwah abahnya utk mencari Safiuddin.
--
Kisah diceritakan berselang seli dr tahun 1942 hingga 2019. Isi yg padat dan penceritaan yg lancar lengkap dgn doa serta petikan ayat quran sebagai pedoman. Sangat mengujakan. Ada pertalian yg perlu dirungkaikan. Ada dendam yg perlu dibalas. Apakah pengakhirannya? Sblm ni kita sangka dunia bunian amat indah tp tidak dlm novel Bunian. Kisah yg digarap penuh sempurna dan membawa kita mengembara ke alam bunian. Byk ilmu yg diperolehi. Berdebar² hati tika membaca hingga ke penamat. Best dan tak rugi memiliki.

✅ Highly recommended
Displaying 1 - 30 of 65 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.