Jump to ratings and reviews

Pertempuran-pertempuran Agung: Seni Pertempuran Terulung

Pertempuran-pertempuran Agung : Seni Pertempuran Terulung

Perang itu sebuah seni. Ya, seni yang sangat memukau. Ia memerlukan kelicikan,strategi dan taktikal yang kena pada tempat dan waktunya. Jika kita membuka helaian sejarah, maka kita akan dapati terlalu banyak himpunan kisah seni-seni yang memukau manusia.

Kita akan kagum dengan jeneral-jeneral perang yang pernah wujud dalam sejarah. Kepintaran mereka menghasilkan sebuah seni peperangan tetap kekal menjadi kisah-kisah yang didendangkan kepada dunia yang sangat dikagumi.

Justeru, buku ini ditulis bagi menghimpunkan senarai seni-seni peperangan yang berlaku dalam sejarah. Bermula dengan kisah keperwiraan Khalid al-Walid menempa nama sebagai ‘Jeneral Islam Tak Terkalahkan’ kepada Alexander The Great membuka jalannya sendiri menuju kemasyhuran teragung kepada kepintaran Tun Perak dalam siri peperangan yang menyelamatkan Kesultanan Melayu Melaka.

Melalui buku ini, sesungguhnya anda semua akan dipersembahkan dengan sebuah seni terindah yang pernah manusia hasilkan, PERTEMPURAN & PEPERANGAN

Paperback

First published November 1, 2019

Loading...
Loading...

About the author

Helmi Effendy

29 books184 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (56%)
4 stars
10 (40%)
3 stars
1 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Incek Akim.
83 reviews10 followers
January 14, 2020
60 kisah pertempuran dimuatkan dalam buku ni. Disusun mengikut kronologi masa, seawal tahun 1457 SM (Perang Megiddo) sehingga tahun 1877 (Perang Shiroyama). Tak terlalu fokus kepada satu-satu peperangan; buku ni lebih kurang macam ringkasan la. Ada point-point penting, build up story, lawan, pastu result.

Selaku penggemar filem perang dan peminat game perang, aku rasa buku ni macam seronok dibaca dan mudah difahami. Penggunaan bahasa mudah, sesuai untuk pemahaman laymen atau orang yang nak tahu serba sikit pasal sejarah peperangan.

Ada beberapa kisah/sejarah peperangan dalam buku ni pernah diadaptasi ke layar perak. Contohnya; Thermopylae (480 SM), filem 300 (2006); Salamis (480 SM), filem 300 : Rise Of An Empire (2014); Kalingga (281 SM), filem Asoka (2001); Chibi (208), filem Red Cliff I & II (2008, 2009); Konstantinopel (1453), filem Fetih 1453 (2012); Myeongyang (1597), filem The Admiral : Roaring Currents (2014); Alamo (1836), filem The Alamo (2004). Contoh...

Aku kenal nama-nama tokoh dalam buku ni pun, sebab dulu banyak main game macam Age Of Empires II dan Sid Meier's Civilization V : Brave New World. Siapa kata main game tak bagus? Haha.
Profile Image for Iman Rezaly.
1 review
February 18, 2021
Pertempuran-pertempuran Agung: Seni Pertempuran Terulung adalah satu idea bernas dimana saya dapat melihat jarang buku buku berkaitan seni pertempuran dan peperangan terdapat dalam Bahasa Malaysia.

Secara jelas isi kandungan ataupun topik disusun mengikut kronologi bagi memberikan pembaca mempunyai imaginasi tentang sesuatu keadaan zaman.

Saya lebih tertarik bermula dengan Bab 22: Badar sehingga Bab 30: Qadisiyyah dan keatas dimana kronologi pada ketika itu adalah peperangan zaman Rasulullah sehingga zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, dimana kita boleh melihat bahawa Rasulullah adalah bukan calang calang panglima mahupun ‘strategic thinker’ dalam seni pertahanan dan dilupa juga kepada panglima perang Islam yang terulung seperti Khalid Al-Walid dan Saad bin Abi Waqas yang sememangnya kita mengetahui seorang yang berani dan bijaksana

Bab 40: Kose Dag sehingga Bab 44: Bach Dang bermula penaklukan kerajaan Mongol, dimana pembaca-pembaca dapat mengetahui kekejaman mereka ketika menakluki sebuah empayar. Terutama pada Bab 41: Perang Baghdad pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah yang merupakan pusat gedung ilmu, habis dihancurkan sekelip mata tanpa belas kasihan.

Manakala Bab 46: Konstantinopel juga merupakan satu highlight dalam buku dimana memaparkan seorang tokoh dan sultan yang amat disegani umat Islam iaitu Sultan Mehmed II atau kita kenali sebagai Muhammad Al Fateh. Dimana pada bab ini pembaca dapat mengetahui strategi penaklukan Konstantinopel pada zaman Turki Uthmaniyah.

Saya juga tertarik dengan bab 52: Myeongnyang yang memaparkan kisah keberanian Laksamana Yi Sun-sin menghadapi serangan Jepun ketika itu. Ini merupakan sebuah perang yang penting dalam sejarah Korea dan juga menjadi kebanggaan bangsa Koreo. Antara yang lain adalah Bab 55 hingga 57 dimana memaparkan sejarah perang yang melibatkan Napoleon Bonaparte iaitu Trafalgar, Austerlitz dan Waterloo. 3 siri perang ini merangkumi kemenangan dan kekalahan dan menjurus kepada pengakhiran hidup panglima ini.

Secara kesulurahannya, pada sesetengah bab terdapat analisa yang dilakukan dan ada juga yang hanya sekadar bercerita. Analisa yang dilakukan adalah seperti mengupas dan mengaitkan elemen seni peperangan dari Sun Tzu yang diguna pakai dalam sesebuah peperangan. Hampir kesemua bab saya mendapati penulis penulis membuat perbandingan diantara pihak pihak yang terlibat dalam sesuatu siri peperangan. Berpuas hati juga rujukan rujukan yang digunakan dalam buku ini.
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews3 followers
June 19, 2022
Buku ni dah beli lama dah,cuma nak baca tu agaklah berat sebab 400 muka surat. Tapi baca jugalah,akhirnya habis. Semua pertempuran yang menarik,suka cara dia susun ikut garis masa tahun, dari zaman mesopotamia mesir,yunani greek, zaman seleucid,zaman roman,zaman roman berpisah kepada dua,zaman islam naik(era nabi muhammad dan khulafa ar rasyidun) zaman medieval,zaman uthmaniyah hinggalah ke era sebelum abad ke 19. Santai untuk dibaca. Sebenarnya ada banyak lagi perang yang boleh lagi diselit,contoh perang era sultan suleiman nak tawan belgrade, perang panipat antara mughal dan delhi,dan banyak lagi.mungkin tak cukup nak selitkan. Tapi masih boleh beri informasi yang baik untuk peminat sejarah.semua pertempuran dalam buku ni ada yang memang umum tahu,dan ada juga yang kita tak tahu. Apapun,bagus untuk dibaca.
Profile Image for KAZ.
12 reviews
December 29, 2020
aku minat buku perang, buku ni memang menarik. cuma disebabkan banyak penulis, akan jumpa pelbagai gaya penulis. ada beberapa gaya penulisan yang menarik, dan ada yang kurang.
3 reviews
July 31, 2021
Koleksi pertempuran yang menarik, cuma beberapa isu boleh diperbaiki seperti kualiti peta dan cerita yang lebih lengkap dengan gambar seperti Perang Yarmouk di dalam buku tersebut.
16 reviews
September 5, 2021
Suka dengan cerita dalam buku ni. Seni dan taktikal perang dalam sejarah dunia. Buku ni size font besar sikit, enjoy bila baca.
54 reviews
March 1, 2022
"𝘓𝘦𝘵 𝘺𝘰𝘶𝘳 𝘱𝘭𝘢𝘯𝘴 𝘣𝘦 𝘥𝘢𝘳𝘬 𝘢𝘯𝘥 𝘪𝘮𝘱𝘦𝘯𝘦𝘵𝘳𝘢𝘣𝘭𝘦 𝘢𝘴 𝘯𝘪𝘨𝘩𝘵, 𝘢𝘯𝘥 𝘸𝘩𝘦𝘯 𝘺𝘰𝘶 𝘮𝘰𝘷𝘦, 𝘧𝘢𝘭𝘭 𝘭𝘪𝘬𝘦 𝘢 𝘵𝘩𝘶𝘯𝘥𝘦𝘳𝘣𝘰𝘭𝘵."

This book covers warfare from ancient to mediaeval times, such as in the cases of the Egyptians, Romans, Mongols, Japanese, Chinese, Islamic Caliphate, Malacca Sultanate, and more. It talks about the strengths and the tactical strategy used by these empires in winning the war.

This book is intended as a short overview of the warfare that happened around the world, and it manages to achieve that goal. It helps me obtain a bit of general knowledge on ancient warfare because I realised that, during my studies, I had only been exposed to modern warfare.

The authors also did a good job of showing the varying forms of tactical forces: infantry and cavalry, and how the military commander varied and incorporated different troops based on the geographical situation and weather in order to succeed or fail in establishing dominance over the opponents.

I also like how one of the authors makes an analysis by explaining and relating the elements of Sun Tzu's Art of War to the warfare that he discusses. It gave me a good insight on how the military implements this strategy because, before this, I only learned about Sun Tzu's Art of War theoretically. 

This book also managed to dispel all the allegations by outsiders who say that Islamist soldiers only rely solely on duas during the war. In this book, we are able to see how wisely the Prophet Muhammad and the Islamic Caliphs, as military commanders, planned strategies to win the war. 

Even though I like the simplicity of this book, I do find it lacking in balance in terms of the story line. There are some chapters that give complete narration, and there are some chapters that only tell about the military's strength, events, and results without giving specific and in-depth discussion. However, I do understand that this book has many authors, so the way they write may be different.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews