Uncle Daddy a.k.a Tan Sri Syed Zukhairy. Taikun korporat terbilang. Pengerusi Excellent Group. Siapa yang tak kenal. Intan sahaja yang tak kenal dan tak pernah ambil tahu. Yang Intan tak tahu, dia sudah lama dalam perhatian si uncle daddy. Hanya menunggu masa untuk dijemput masuk ke dalam hidup lelaki berkenaan.
Dan masa yang ditunggu akhirnya tiba!
“I want you to be my PPEA. 6K as a start.” – Tan Sri Syed Zukhairy
Terngadah seketika dengan tawaran lumayan, Intan cepat sedar diri. Tahu itu bukan bidangnya.
“Tan Sri silap. Saya tak layak.” -Intan Adra
Tapi tidak untuk Tan Sri Syed Zukhairy. Kalau dia mahu, tiada siapa mampu menyanggah. Intan Adra takkan sesekali dilepaskan!
“When I say I am serious, I mean it. When I want something, I will always get them or I will ensure that I will get them.”-Tan Sri Syed Zukhairy
Bekerja dengan Tan Sri Syed Zukhairy, Intan makin mengenali peribadi lelaki ini. Hebat di takhta korporat, pesonanya menawan jiwa perempuan Intan dalam diam. Disimpan kemas rasa itu. Dia tahu diri. Lelaki ini pujaan ramai perempuan.
“Saya memang suka Tan Sri. Tak tahulah Tan Sri macam mana.” -Intan Adra
Ternyata kasih Intan tidak bertepuk sebelah tangan.
“I do love you, Intan Adra. Very much.” -Tan Sri Syed Zukhairy.
Perkahwinan mereka manis-manis sahaja dalam naungan cinta hingga muncul seorang Rissa.
“Abang...who is this lady?”-Rissa
Siapa Rissa dan hubungannya dengan Tan Sri Syed Zukhairy? Mengapa perkahwinan mereka dirahsiakan Tan Sri Syed Zukhairy daripada Rissa?
Cinta itu menyempurnakan hidup. Ujian dan cabaran itu mematangkan cinta. Tanpanya, cinta nan manis takkan mampu bertahan dan kekal hingga ke nafas akhir.
Kan dah kata, penulisan April Snow dibawah Teratak Kasih mmg bagus. Penuh kasih sayang, terlajak sweet hingga tertanya wujud ke lelaki sebegini. Almost perfect. But whatever it is, she wrote way better under this publisher. (I repeat)
Dah publisher Teratak Kasih. So saya assume most probably, jalinan kasih sayang sesama manusia tu lebih di tekankan oleh publisher kut. Jika ada perselisihan tahap nak hantuk kepala (macam Combo Curang, Lara Hati etc) juga mudah jumpa jalan penyelesaian. Walau adakalanya menyedihkan dan rumit (macam novel Surat Untuk Abang etc) tapi jumpa juga kebahagian di akhir cerita. Hardly any lingering sorrow. Boleh jadi penyebab kemurungan saya nanti. 😅
Berbalik pada kisah ini, saya suka cara Tan Sri Syed dan Intan menepis 'insects' (as author mentioned) dalam novel ni. Matang dan takde bertarik rambut. Tiada terpekik-terpekau bertelagah seperti orang kurang siuman. Siapa dah biasa tengok lagak pelakon2 dalam Korean drama deflecting nuisance people, akan suka dengan karya dia yg ini juga walau tiada persamaan.
Jalan cerita yg quite straightforward. Lebih menumpukan tentang hubungan mereka berdua. Jika ada makcik seksi pun dalam novel ini, saya juga turut beristighfar macam Intan. Hahaha.. Yalahkan. Dah orang melayu penuh dengan adab dan tatasusila, pakaian biarlah bersesuaian dengan usia lagi2 bila beragama Islam. Jika bangsa asing takdelah weird, but if ia orang melayu, mmg janggal. Awkward benar. That being said, mcm hypocrite pula saya sebab saya jenis yg suka pakai seluar or baju kurung instead of jubah. Haish..kena biasa2kan diri. Sungguhlah asyik terpijak kain je.
Namun apa yg saya nak tegaskan, there is an age gap in this novel. Jika sesiapa tak suka orang tua bercinta dgn orang muda..then this book is not meant for you. Bagi saya pula, takdelah rasa Tan Sri ni tua sangat. Umur pun tak stated but most probably closed to 50s or mid forties kut. Kalau novel lain saya akan kata tua juga..ditambah lagi..orang tua gatal..hahaha..ini mmg merepek. Tapi disebabkan Tan Sri ni still hot and dandy, tak boroi dan selekeh, sangat berwibawa dan berwawasan sejak dari usia mudanya, therefore acceptable lah.. Hahaha..ini penting. Maaflah bukan lelaki je yg ada expectations ya. Maaf juga, saya yg baca tak tahu pun umur Tan Sri ni berapa. Cuma agak2 sahaja berdasarkan dari pertemuan pertama mereka. Dan tak rasa pun macam orang tua sedang bercinta dengan orang muda. Yg saya dapat hayati adalah kematangan mereka berdua dalam handling relationship.
Selain dari itu, awalnya saya almost refrained from reading this book sebab title dia such a turn off. Bila tengok keluaran dari publisher mana, dengan senang hati beli. So biased ya. Nak buat macam mana. Saya masih terkesan dengan penulisan dia yg dahulu. Rasa seperti wanita ditindas dan kurang ruang untuk menegakkan hak wanita. Namun saya mengaku, title novel ini sesuai dengan jalan ceritanya sebab itulah permulaan kisah mereka. Hope you people will enjoy reading this too ya my friends. 😊
Conflict boleh dikira berapa percent. Sampai F rasa takdàlah big issue sangat conflict tu. Like kacang je boleh settled.
Kisah ni focus tentang Intan & Tan Sri Syed. Maybe ada reader yang rasa uncomfortable bila baca jarak umur characters.. intan 24, tan sri maybe dlm 48+
But sebab Tan Sri bujang, still hot and looks young, bila baca tu uols tak rasa age tu problem. Well... age is just a number.
Ps : whoever bought this hc will get free ebook from the author provided youre a member in a her group. But nak jadi member pun kena ada setiap keluaran dari setiap publisher. Well untunglah siapa dapat free ebook😉 Is not cheap to get this hc but friend recommended a good cheesy book, pejam mata jela beli harga mahal.
Sorry. Mungkin sy tiada jiwa romantis masa baca buku ini. Paling cepat baca.. Few hours habis. Selak2 scanning point utama. Kisah yg sgt santai.. 2% ada salah faham..98% cpr expert. Pickupline.. Ayat2 manis ala2 gula tebu bukan sintetik.. Tp sy suka Yuni, such a good friend dan ikhlas.
pembukaan februari dengan novel yang sangat menghidupkan jiwa. sangat sesuai untuk yang berjiwa romantis. tak berjiwa romantis macam akak ni pun boleh dok senyap tengak sambil ada masa sengih sorang-sorang, mengekek sorang-sorang... dah faham kenapa ramai yang suka novel ni. dan akak mengaku sejak penulis April Snow ni bersama Penerbitan Teratak Kasih, akak memang sangat suka karya beliau. menusuk!
serbamula, tertanya juga kenapa panggil godfather pada uncle daddy yuni. suka watak yuni. wataknya walaupun gila-gila tapi seorang sahabat yang sangat baik. sentiasa meletak intan adra dalam senarai penting.
watak utama - intan adra. easy going, happy go lucky, simple dan pandai bawa diri. walaupun dia kata ada jin dok dalam perutnya sebab kuat makan tapi akak percaya watak ini seorang yang sangat cantik dan loveable. kalau tidak, masa kan seorang syed zukhairy boleh jatuh cinta dengannya.
watak tan sri syed zukhairy? pada watak inilah letaknya semua rempah ratus dan perisa untuk jadikan naskah ini sangat sedap. kacak? semestinya. bergaya? tentunya. bijak. pastinya. apa lagi yang takde? ha... satu yang pasti. dia bernasib malang dalam sejarah bercinta. kesiankan bila watak ini rupanya pernah jadi mangsa pada manusia yang letak racun dalam kelompong cinta.
menjadi ppea pada seorang tan sri bukanlah cita-cita intan. tapi mengenangkan dia perlu mencari kerja dan tawaran sangat menarik, dia bersetuju. dan dia tak salah pilihan. kerjanya meletakkan pengajaran dan ilmu yang banyak pada dirinya. haa... tu belum termasuk letakkan syed zukhairy dalam hatinya.
manis bergula dalam cara yang sangat menyentuh jiwa sepanjang pembacaan. kan selalu orang kata, bercinta lepas kahwin lebih indah. naahh... inilah dia. tak perlu ungkapan cinta sentiasa tapi perbuatan pun mampu memperlihatkan apa rasa hati.
olahan naratif dan dialog yang sangat sedap untuk dihadam. yeahh... walaupun tan sri syed zukhairy ni lebih suka speaking, tapi who cares... haha!! dia speaking best. kena pula dengan intan adra yang sangat pandai berkata-kata. beb, serius. kombinasi yang sangat sempurna dari dua watak yang berbeza cara hidup dan pergaulan.
cinta bukan harapkan kesempurnaan dari dua insan tapi lebih kepada jujur dan percaya.
Mungkin sebab aku dah tua agaknya jadi cerita begini aku rasa sangat bosan dan tak menarik. Atau mungkin kerana dah terbaca buku Kerana Aya Sofya yang terlalu best membuatkan cerita “sweet tahap kencing manis” ini jadi tak best?
Cerita tang majlis bertema Phocahontas aje dah beberapa bab. Hingga aku terpaksa baca beberapa kali untuk hadam apa yang penulis coretkan. Bosan? Ya bagi aku bosan tapi tepuk dada tanya selera. Apa pun tahniah penulis dan semoga dapat hasilkan karya yang lebih baik dari ini.
Agak meleweh. Awalnya Intan Adra jadi teman Tan Sri di sebuah majlis. Perihal majlis tu saja dari Bab 4 sampai Bab 13. Dalam majlis tu pula, dialog yang sama diulang-ulang. Jumpa orang-orang tanya 'future Puan Sri ke'-Tan Sri jawab 'I dont share my private life with outsider. Dan ianya berulang sampai 4-5 kali.
Belum masuk 4 orang ular seksi yang menggeletis walaupun diorang isteri orang. Hot sangat ke Tan Sri ni sampai satu malam je Intan kena bash dengan 4 orang sekaligus. Hahaha.
Saya faham cerita ini hanya santai, tapi santai pun biarlah ada plot dan dialog yang kuat.
Nevertheless, saya enjoy dengan kemanisan Tan Sri dan Intan Adra. Kekuatan April Snow tentunya di heronya yang manis bergula.
Satu bintang untuk Tan Sri. Satu bintang untuk Intan.
Kisah yg manis dan smooth sailing. Watak2 antagonis tidak bersifat membadai. Hanya sekadar bak nyamuk2 yg lalu lalang yg melayang pergi lepas ditepis 😅.
I enjoy kisah diorg sebelum kawen. Citer lepas kawen tu kita sat tutup mata, sat bukak mata. Kene sorok bku ni from budak2 ye
Minum Jamu Sambil Berdiri Minum sambil makan Rambutan Manis Melekit Tingkah Tan Sri Hanya Buat Seorang Bernama Intan
Membaca MBFGf membuat saya terfikir, inikah versi baharu gaya penulisan AS. Yang kerap kali beliau nyatakan kepada saya... “Kak, saya ingin menulis untuk membantu orang release stress” Ya selepas membacanya... saya setuju.. 150 % kerana kala saya super duper stress krn bebanan kerja, saya ambil MBFGf, saya boleh hilang beban sakit kepala dan tak menahannya bibir saya tersenyum tanpa di undang. Kalau org lalu, org boleh anggap saya mereng... and itu yang terjadi... sb bos saya menegurnya bila saya tersengeh2 mengalah kerang yang kena rebus...
Sesungguhnya penulisan AS dibawah TK memang ada nilai tersendiri... Saya punya kesemua koleksi novel2nya bawah TK.
Novel MBFGf (Watak Tan Sri Syed Zukhairy dan Intan Adra) the key of the story. Selain watak2 sampingan dan langau2 itu adalah penambah rencah jalan cerita... Memang bagi org yg tak suka manis melekit rasa kisah mereka ini melebih.. akan berckp “ mana ada dlm dunia realiti, lelaki mcam gitu.... jgn ckp ya... sebab kita tidak explore.... yes susah nak cari yg rare... package penthouse gitu... tapi yang sweet begitu mmg ada di luar sana....
Bagi saya dalam kisah ini, saya suka cara Tan Sri Syed dan Intan menepis 'insects' (tak perlu spray) dalam MBFGf. Matang dan takde istilah baling stileto walau ramai pakai stileto.. tiada unsur tarik rambut, tiada maki hamu terpekik terlolong cam org sasau, bijaknya Intan dalam menangkis, Coolnya TSSZ dalam menangani insects masa anual dinner. Yg paling cool bijak menawan Puan Sri to be beliau.
Jalan cerita begitu santai dan tiada edisi buat rasa libang libu seperti sesetengah novel. Yes, semua tu bergantung kepada selesa pembaca. ada yang mencari kisah yg emosinya
umpama naik roller coaster. tetapi saya, suka kisah yang tenang.. yg sedikit emosi krn kehidupan seharian sudah membuatkan lara hati masa waktu senggang perlu bahan bacaan yng santai selain Al Quran.
Tentang perbezaan usia antara TSSZ dan IA, bagi saya itu normal krn sudah membaca beberapa kisah yang sebelum ini pasal (Usia Matang partnernya pangkat anak2 mcm contoh Tuan Ihsan) so that bagi saya perbezaan umur itu bukan penentu kebahagiaan. tak semestinya isteri muda belia maka x sesuai dengan suami yang layak di panggil ayah. Yang penting mampu seimbangkan maka usia itu bukan alasan. Kerana mereka matang dalam mengendali perhubungan. So that jangan jdikan perbezaan umur dalam kisah ini... (Hahaha.. bukan bodek AS, tapi itu yang saya rasa)
Watak IA yang easy going, happy go lucky, simple dan pandai bawa diri itu yang menawan saya untuk melekap kanta mata kepada bacaan walaupun jam menunjukkan angka 2.30 pagi... untill my pillow partner dah sound... (Hahaha) ... IA mmg cute dgn caranya. hingga membuatkan TSSZ “booking” seawal dia nampak budak bertoncang kuda berbaju kurung biru laut. Sehingga moment itu terlukis kekal di dalam bilik tempat TSSZ berbicara dengan DIA. Munajat memohon agar rasa yang terbit itu bakal dia luahkan dan curahkan kepada yang dinamakan jodoh itu milik DIA. Kombinasi antara TS dan PS begitu menggoda rasa untuk kekal membaca sehingga kesilapan tatabahasa dan ejaan mampu ditutup kerana manisnya kisah mereka.
Ada sedikit “pahit” di penghujung kisah tetapi langsung tidak berbekas di hati kerana kematangan IA dan kebijaksanaan TSSZ menanganinya. Betapa seorang yang hebat mampu melepaskan E bertemu GO maka rumahtangga mrk aman sejahtera. Segala langau mati krn keikhlasan hati TSSZ terhadap cintanya kepada IA.
Biasalah kan, mana ada kisah kehidupan samada realiti or dalam novel, manis sehingga end...ada sedikit itu adalah garam kehidupan sikap keterbukaan IA dan matang beliau bertemu dengan RISSA (Calon isteri yg tak jadi TS) menjadikan kehidupan keluarga mereka manis.
Olahan naratif dan dialog yang sangat sedap untuk dijamu mata dan dihadam. walaupun mcam nak biru mata tiap kali TSSZ speaking london... but l like. menarik dan siap copy masuk dalam status WA lagi.. sorry ya AS. Dan paling best, sebudak2 kampung si IA, dia mampu jadi a good PPEA buat TSSZ. Mampu speaking london juga tau...
Kalau tanya saya... saya suka MBFGf ini. Satu kombinasi yang sangat sempurna di antara dua watak walau pun kalian kata dari dua darjat tetapi keserasian mrk itu DIA yang atur dari luh mahfuz.
Oh ya... ada juga baca komen di luar sana ckp MBFGf ni banyak “blue.. blue” so bagi saya... ikut suka u all la.. bagi saya tidak sama sekali... jangan hanya kerana kalian tidak suka, maka mcm2 cop yang keluar. hahaha
BTW. Tahniah AS, MBFGF mampu hilangkan meter stress akak. Yeahhhhhh
Jalan cerita yang smooth dan penuh dengan kemanisan. Saya suka dengan watak hero yang matang dan bijak dengan kerjayanya. Baik Tan Sri ataupun Intan dua-dua pandai handle perangai manusia yang menyakitkan hati walaupun Intan sangat marah dengan perangai / kata-kata Datin Haifa tapi Intan tetap sabar demi menjaga nama baik Tan Sri. Apa yang dirancang oleh Tan Sri berjaya membuatkan Intan bekerja sebagai PPEA. Berkerja dengan Tan Sri, Intan makin mengenali peribadi lelaki ini. Memandangkan Intan tidak mempunyai sesiapa selepas kematian nenekny, Intan mendapat keluarga baru selepas bekerja dengan Tan Sri.
Konflik yang tidak berat. Saya tidak sangka dengan sedikit twist di akhir cerita. saya dari mula sampai last senyum sahaja baca novel ini dan ya ini pertama kali saya baca karya April Snow
" Every great love starts with a great story " - Nicholas Sparks -
Lama sudah menamatkan bacaan cuma mood mereview tk berkunjung dtg! Skrng dia mai, blh la mencoret kata!Hehe
Syed Zukhairy, lelaki matang usia yg terpanah cinta pd Intan. Jarak usia tk jd hal pun bila hati dah sayang kan? 🥰
Sesuai usianya, Syed tentulah berjaya 'menjaga' dan sabar 'menunggu'! Hati gadis seorg Intan Adra pasti terlarut dek layanan baik nan mempesonakan dr Syed! 😘
Rencah pemanis mmg makanan Syed la. Bumbu pedas @ penggugat tk la berapi sgt., kira mcm lilin guna masa black out ja, dtg letrik.. pap!, padamkan terus..gittew 😁
Saya enjoy ja baca citer ni, scene manis romantis dlm ni pd saya okey saja, tk de hal pun! Apa pun ikut terimaan sendiri² la kan? 😉✌
Tahniah ya April Snow. Wlu saya peminat yg pasti beli buku² awak tp hat novel ni yg diHCkan saya tk beli...tabungan meniris..huhu yg selepas² ini dan lelain novel AS..In shaa Allah..saya pasti beli! Hug n 💋
Aku bagi 4.9 bintang sebab aku mendengki dengan mr tokdedi perfecto lebah mati ang tu. hahah sape suruh tangan dia takde sivik pegang2 intan dari awal. Tak menyabo sungguh kahkah
Best gila rugi tak baca buku ni sweet tahap boleh potong kaki 😂 Konflik pun ringan tak bikin uolss stress Beruntung sangat2 Intan Adra ni memiliki S. Bagi sya best sgt boleh rasakan sgt2 la bertuahnya wanita dalam dunia ni bila memiliki pasangan pendamping yg sudi curahkan segala2 kasih cinta dan syg 😍😍😍