Gaza dan 15 adik-beradiknya hidup bahagia di Palestin - memancing, berniaga roti Tabun, dan bersama-sama kerajaan Turki Uthaminiyah membangun Hejaz Railway, sebuah projek landasan kereta api dari Istanbul ke Madinah untuk meringakan perjalanan jemaah haji.
Dalam kegembiraan mereka, ada helah jahat sedang dirancang oleh Israel dan Theodor Herz untuk menakluk Palestin.
Dan siapa sangka, bukan Israel dan Herzl sahaja yang punya rancangan jahat. Turut ada musuh dalam selimut yang berusaha menjatuhkan khilafah Islam ketika itu.
Grafik nya menarik...jalan cerita nya terlalu simple dan kurang menarik bagi aku...disebabkan ini buku pertama kan jadi pengenalan kepada daerah2 penting di Palestin..juga diselitkan info2 dan sejarah awal Yahudi cuba memasuki bumi Palestin...walaupon jalan cerita yg simple tetap buat sy tertarik untuk sambung 5 buah buku lagi...
Sesuai utk semua generasi terutama kanak2 dan remaja yg baru nk mengenal sejarah Palestin ni..
Grafik : 4/5 (comel sangat and very expressive) Execution : 3/5 - jalan cerita kurang smooth Info : 3/5 (ringkas sangat)
Komik sejarah yang mudah,ringkas, santai dan mudah difahami.Paling disyorkan untuk kanak-kanak dah remaja menengah rendah. Mungkin perlu kembangkan lagi jalan cerita.
tapi sesuai juga untuk orang dewasa terutamanya untuk mereka yang tak tahan baca buku fiksyen panjang berjela😂
Review: The entire "Komik Gaza" series is a historical fiction that incorporates a few real historical moments for readers to learn about Gaza and Palestine. Although it may be targeted to children, it is a recommended read by all ages of the community. I wholeheartedly support if the series could be translated to English and other languages so that everyone could enjoy this series globally.
Aku suka komik ni, dihasilkan seringkas dan seringan mungkin untuk mudah dihadam oleh kanak2. Ditambah pula dengan infografik menarik yang diselitkan dipenghujung setiap bab merancakkan lagi ilmu2 pengetahuan yang dikongsi pelukis. Komik yang sangat bermanfaat untuk kita rakyat malaysia menambah ilmu tentang negara Palestin yang kita kasihi.
Satu komik yang mendedahkan sejarah Palestin. Tidak rugi memilikinya. Kanak-kanak, remaja, ibu bapa atau siapa sahaja boleh membacanya. Ketahuilah sejarah 'hitam' tersungkurnya tanah Palestin yang kini sedang dikuasai pihak Zionis.
Kisah Sejarah Palestin melalui komik fiksyen. Sesuai untuk kanak-kanak dan remaja belajar sejarah Palestin secara santai dan terhibur. Namun tetap mampu mencuit perasaan semangat, gembira, sedih dan marah terhadap sejarah Palestin.
Bacaan yang menarik, ringan dan comel. Sesuai untuk menarik minat kanak-kanak mengenai sejarah Palestin dan untuk dewasa yang kurang gemar dengan bacaan buku sejarah yg berat.
First time bacaaa. Selepas baca buku 7 dan 8. Suka baca ni untuk tahu sedikit sedikit pasal Palestin. Tq if Moses dan yg berkenaan
2024: Bacaan santai yg bagus utk belajar dari sejarah. Perlunya suburkan semangat Islam dalam diri dan berusaha memelihara bumi Malaysia dari cengkaman pihak luar.