Gabungan doktor falsafah bidang I’jaz Quran dan doktor falsafah bidang perubatan, membahaskan malam dan siang dalam Al-Quran and As-Sunnah. Ia mengandungi pelbagai petunjuk yang signifikan bagi meningkatkan kualiti kehidupan fizikal dan spiritual manusia dalam melalui aktiviti seharian. Rentak sirkadian pula adalah ilmu yang mengkaji hubungan kehidupan manusia dengan kitaran malam dan siang.
Tiga tanda kebesaran dan keagungan Allah adalah tidur, malam, dan siang. Nikmat besar daripada Allah yang harus disyukuri dan menggunakannya dengan cara yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya.
Bagaimana tubuh mengetahui waktu tertentu untuk bekerja dan tidur? Jawapannya terletak pada rentak sirkadian dan jam biologi manusia.
Rentak sirkadian adalah ilmu yang mengkaji hubungan antara kehidupan manusia dengan kitaran malam dan siang. Normal rentak sirkadian bagi manusia bermaksud menjalankan aktiviti/bekerja pada siang hari dan berehat/tidur pada waktu malam. Jika waktu fisiologi tubuh terganggu, ia boleh memberi implikasi buruk pada kesihatan.
Mengandungi lima bab yang dimulakan dengan perkongsian perihal tidur, malam dan siang daripada Al-Quran, amalan harian Rasullulah, riadah yang diceburi Rasullulah, pengurusan emosi dan bukti-bukti saintifik mengenai tidur.
Baca buku ini bakal membuatkan kita lebih menghargai nikmat tidur, siang dan malam. Tidur yang bukan setakat merehatkan badan malah lebih daripada itu. Utamanya, tidur berkait dengan proses penyimpanan maklumat dan pengukuhan memori. Disebabkan aku sudah membaca Why We Sleep daripada Matthew Walker, pembacaan bab lima mengenai fakta saintifik seolah aku mengulangkaji semula perihal tidur dan sains 😍👍🏻
Ada diterangkan mengenai kebaikan Qailulah atau tidur singkat pada waktu tengah hari kerana dipercayai dapat membantu merehatkan dan mengembalikan tenaga. Sejak WFH, aku dapat melakukan aktiviti ini walaupun bukan setiap hari, tidur sebentar sekitar 20 minit. Tambah lagi dalam bulan puasa, day napping sangat diperlukan. Aku sangat bersyukur dapat berpuasa di rumah. Alhamdullilah.
Akhir kata, buku ini bagus dalam memberi penerangan mengenai rahsia jam biologi manusia di sebalik fenomena siang dan malam berdasarkan Al-Quran, As-Sunnah, cara hidup Rasullulah dan fakta saintifik. Aku syorkan buku ini buat mereka yang mahu mendapat info mengenai tiga nikmat besar ini.
Best sangatttt! Buku ini membuatkan aku bertambah takjub dgn kekuasaan Allah SWT. Buat kita rasa baiknya Allah bagi kita nikmat kejadian malam, siang, hormon2 yang special bekerja even time kita tengah tidur, macam-macam hormon dalam sistem tubuh badan agar kita boleh beroperasi walaupun kita banyak sangat dosa...Lepas membaca buku ini, aku bertambah menghargai nikmat tidur.. Pastu bertambah sayang kat Allah.. Ngeeee💙
Aku baca buku ni,dan ia macam sambungan atau hampir sama sikit dengan buku yang bertajuk "miracle of sleep" oleh dr saraiza abu bakar.dua2 lebih kurang saja isinya,tapi berbaloi untuk baca.
Bacaan ilmiah pada waktu senggang. Buku yang nipis tetapi penuh dengan pelbagai manfaat. Ada bukti dari segi saintifik dan agama. Penjelasan yang mudah difahami.
Tahniah kepada penulis kerana gaya penulisan yang menarik perhatian untuk saya meneruskan pembacaan hingga akhirn