Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bicara ini Demi Perpaduan

Rate this book
Naskhah yang terdiri daripada himpuan tulisan yang berkaitan tema Islam memimpin perpaduan dengan mengemukakan prinsip dan dasar Islam dalam konteks negara masyarakat majmuk.

Antara kandungan menarik :

1) Jika Islam Mentadbir
2) Rahmatan Lil 'Alamin
3) Adil Syarat Wajib Seorang Pemimpin
4) Islam Dan Perpaduan Masyarakat Majmuk
5) Politik Islam Dan Perkauman
6) Halal Dan Haram Dalam Masyarakat Majmuk
7) Antara Kaum Dan Perkauman

192 pages, Paperback

First published November 1, 2019

1 person is currently reading
9 people want to read

About the author

Abdul Hadi Awang

69 books88 followers
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Ayah Chik) mendapat pendidikan awal di Rusila, Marang sebelum menjejakkan kaki ke Sekolah Agama Marang. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau menerima pendidikan agama, bahasa Arab, dan politik daripada ayahandanya sendiri, iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhammad yang bertugas sebagai guru agama dan imam di Masjid Rusila.

Selepas itu, Ayah Chik melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi pada tahun 1969–1973 dan berjaya memperoleh Ijazah BA Syariah. Seterusnya, beliau berhasil menggenggam Ijazah MA di Universiti al-Azhar, Mesir dalam pengkhususan Siyasah Syar‘iyyah selepas berjaya menamatkannya dalam tempoh dua tahun, iaitu dari tahun 1974–1975.

Di samping itu, Ayah Chik juga telah memperoleh Ijazah Sanad daripada Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani pada tahun 1983. Beliau istiqamah mengajar di Masjid Rusila, Marang dan telah mengkhatamkan pengajian Tafsir al-Quran sebanyak dua kali dalam tempoh 40 tahun, bermula dari tahun 1976 sehingga kini.

Berbekalkan laptop peribadi, beliau aktif menulis buku, artikel, khutbah termasuk laman web dan blog. Antara karya beliau adalah Inilah Akidah Islam, Beriman kepada Allah, Beriman kepada Rasul, Beriman kepada Malaikat dan Kitab, Beriman kepada Hari Kiamat, Beriman kepada Qada dan Qadar, Islam dan Demokrasi, Ramadan: Tetamu yang Dirindui, Islam: Adil untuk Semua, Bagaimana Islam Memerintah Negara, dan banyak lagi.

Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran Dato' Seri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-39.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (33%)
4 stars
4 (44%)
3 stars
1 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (11%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Hamidah Effendi.
350 reviews3 followers
August 2, 2025
📘 Bicara Ini Demi Perpaduan – Abdul Hadi Awang

Perpaduan dalam kerangka Islam & masyarakat majmuk

Buku ini menghimpunkan pandangan dan hujahan politik serta dakwah oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyentuh soal perpaduan rakyat, kedudukan Islam dalam masyarakat majmuk, dan peranan rumpun Melayu dalam sejarah dan pentadbiran. Ia adalah usaha memperlihatkan bagaimana Islam menawarkan sistem yang adil untuk semua, tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Penulis cuba membawa naratif bahawa rumpun Melayu itu luas dan merangkumi banyak bangsa di Asia Tenggara – termasuk masyarakat dari Sabah dan Sarawak. Namun, sebagai pembaca yang datang dari latar belakang peribumi Sabah/Sarawak, saya secara peribadi merasakan bahawa penggunaan istilah “Melayu Islam” dalam konteks penyatuan agak kurang tepat untuk menggambarkan realiti sebenar masyarakat Malaysia yang benar-benar majmuk.


---

🧠 Refleksi & Pandangan Peribadi

Saya hargai usaha buku ini dalam menampilkan konsep perpaduan dari kaca mata Islam – terutama dalam menyorot bagaimana Nabi Muhammad SAW mengurus masyarakat berbilang kaum di Madinah dengan penuh keadilan dan hikmah. Bahagian ini sangat memberi nilai tambah, dan mengajak kita merenung kembali bagaimana perpaduan harus dibina berasaskan keadilan, ihsan dan kesatuan akidah.

Namun, saya juga percaya bahawa perkataan “Melayu Islam” itu sendiri, walau niatnya baik, masih membentuk sempadan yang membezakan antara satu kumpulan dengan yang lain. Jika benar kita mahu menyatukan rakyat atas dasar Islam, maka penggunaan “Islam” sebagai identiti utama adalah lebih inklusif dan selari dengan prinsip Islam itu sendiri — yang tidak membezakan manusia berdasarkan kaum, tetapi berdasarkan keimanan dan amal soleh.

Contohnya, ramai dalam kalangan peribumi Sabah dan Sarawak bukan berasal dari rumpun Melayu, malah ada keturunan China, Dayak, Kadazan dan sebagainya. Jadi apabila digunakan istilah "rumpun Melayu" untuk menyatukan semua atas satu payung, ia boleh terasa tidak mewakili semua, walaupun niatnya mungkin untuk mendekatkan.


---

📌 Kesimpulan

Bicara Ini Demi Perpaduan adalah buku yang banyak membuka ruang untuk berfikir tentang perpaduan, identiti dan kedudukan Islam dalam masyarakat moden. Ia membawa idea-idea besar yang sangat penting untuk dibincang, dan penulis menampilkan sejarah serta kerangka Islam yang mendalam.

Namun, dalam konteks Malaysia yang sangat berbilang kaum, mungkin perlu ada lebih kepekaan terhadap istilah yang digunakan, agar matlamat untuk menyatukan umat benar-benar tercapai – bukan sekadar menyatukan dalam satu kaum, tetapi dalam aqidah, nilai dan kemanusiaan.

Kerana Islam itu sendiri melangkaui bangsa dan sempadan. Kita semua adalah hamba Allah, bukan hamba kaum.
Profile Image for Lydia Mohd Nasir.
32 reviews3 followers
January 25, 2025
Manusia diciptakan untuk memakmurkan bumi. Dalam proses tersebut mereka berhubung bagi memenuhi keperluan kepakaran, hasil bumi dan lain-lain. Hidup untuk saling melengkapi dengan harmoni.

Namun, ada sebahagian manusia yang bersifat melampau. Mereka melakukan penindasan dan mengacau keharmonian yang ada. Maka, Islam agama yang mengutamakan kedamaian menawarkan solusi untuk semua, serta meletakkan sempadan-sempadan yang menang-menang.

Buku ini sarat dengan ilmu asas pembinaan negara dengan komposisi kaum yang berbeza. Penulisan agak kurang teratur, ayatnya panjang-panjang dan ada sesetengah bab dengan isi yang berulang-ulang.

Bagi pembaca yang tidak biasa membaca buku penulis mungkin susah nak faham lenggok bahasa orang lama. Bagi pembaca yang sudah biasa, masih boleh keluarkan isi pokok yang dibincangkan.

Satu ayat dari buku ini yang buat saya termuhasabah, "Jangan lupa bahawa seluruh manusia itu juga adalah satu keluarga besar di bawah kerajaan Allah" (m/s 75).

Jika semua orang memahami konsep keluarga besar ini, maka konflik perpaduan tidak akan timbul. Segala perbezaan dapat dirai.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.