Jump to ratings and reviews
Rate this book

Time After Time

Rate this book
Buku ini berkenaan dengan motivasi, psikologi, self help tentang hati dan perasaan; bagaimana hendak move on, berubah menjadi lebih baik.

Disampaikan dalam bentuk artikel pendek, cerita pendek, khutbah dan ada banyak quotes Bahasa Melayu dan English.

Ditulis dengan rasa mahupun tujuan yang sederhana iaitu ingin membantu pembaca mencari kekuatan hati juga jiwa.

Secara umumnya buku ini sesuai untuk orang muda atau remaja yang masih young and wild yang selalu terjebak dengan masalah hati dan perasaan. But it's more than that. Jadi semua orang boleh membacanya kerana tiada istilah terlambat untuk berubah, jika kita mahu menikmati hidup yang lebih indah.

256 pages, Paperback

First published November 1, 2019

3 people are currently reading
15 people want to read

About the author

Sederhanaindah

3 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (50%)
4 stars
8 (36%)
3 stars
3 (13%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Starlit Stories by S.
94 reviews1 follower
February 21, 2026
Buku asalnya bertajuk Time After Time kini berwajah baru dengan cover yang lebih cantik. Luar dalam cantik dengan kertas dan tulisan yang berwarna-warni. Warna biru healing dan soothing mendominasi Can We Start Again? Ada monthly note juga dari 1 January - 31 December. Maybe boleh guna buat daily quote jar!

Can We Start Again? sesuai untuk orang yang sedang cuba moving on, ke arah sesuatu yang baru. Boleh jadi moving on selepas kehilangan, perpindahan, ujian perasaan, dugaan kerjaya. Buku yang dapat menemani insan yang bermula langkah pertama selepas berakhir sesuatu peristiwa dalam kehidupan, bangkit selepas kejatuhan.

Naskhah ini membincangkan perihal kepentingan berfikiran positif dalam mengharungi cabaran, mengajak pembaca bermuhasabah diri dan berubah ke arah kebaikan. Takut, letih dan sedih perkara biasa tapi Allah sentiasa ada. Ikhlas, sabar, bersederhana dan redha. Peringatan untuk diriku yang mudah lupa.

Di penghujung cerita ada beberapa rules yang dipaparkan seperti rules of hearts, times, feelings, changing, happiness, loves, rules of what and who, rules of obeying, purpose, forgiveness, rules of doa, rules of memories and rules of fate.

We must find our own halcyon days.

Ada banyak pengajaran yang diterapkan dalam buku tetapi yang paling memberi impak buat aku:

- Apabila orang memberitahu kita sesuatu yang tidak ditanya, itu bermakna mereka mahu luahkan sesuatu. Kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk meluahnya. Hendak jadi penasihat yang baik, pertama sekali kita perlu jadi pendengar yang baik terlebih dahulu.

- Kadangkala kita perlu berjalan di atas duri-duri pengkhianatan sebelum dapat berbaring lena di atas tilam penghargaan dan perlu digari dengan kezaliman sebelum dapat bebas berlari dengan sepatu kebebasan serta kemenangan.
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
April 20, 2020
Setiap manusia tidak dapat lari daripada rasa--kecewa, patah hati, gagal, sedih, lemah, tak berguna, teruk, tak dihargai, kehilangan, kesepian, dizalimi, dikhianati, sakit hati, terluka, rapuh dan lain-lain rasa negatif yang mencengkam jiwa.

Buku ini saya ibaratkan bagai tangan yang mengusap lembut kepala sambil memujuk rasa-rasa di atas dengan kata-kata yang mengajak kita untuk berdamai dengan takdir.

(Tuhan merupakan 'penenun' yang Maha Bijak. Antara takdir dengan masa, antara ketentuan dengan doa dan usaha, Dialah yang menjahit lembaran kisah hidup kita. Masih banyak yang perlu kita baiki, syukuri, pelajari dan usahakan. Simpan semuanya dengan Tuhanmu, selalu. Moga Dia akan menunjukkan apa yang terbaik : 244)
Profile Image for Mohamad Nasrul.
212 reviews7 followers
February 27, 2026
Can We Start Again? (tajuk asal: Time After Time)
Sederhanaindah
Buku Karangkraf (terbitan asal Karya Bestari)
2025 (terbitan asal 2019)

Buku yang mengajak pembaca untuk reset semula diri serta mencari kekuatan hati dalam melalui kehidupan yang penuh pancaroba. Buku ini memuatkan kompilasi cerita pendek dan perkongsian yang berkaitan perubahan diri.

Saya suka conversation di antara Suhaid dan Syuhada. Ia menjentik pertanyaan dalam diri pembaca sendiri dengan setiap permasalahan yang mereka bincangkan.

Setiap halaman yang berwarna begitu menaikkan seri dan semangat bacaan untuk saya ketika membaca buku ini. Tajuk-tajuk yang dibincangkan semua terasa dekat dengan diri dan turut menjentik hati kecil saya.

Saya paling menyukai bahagian calendar quotes. Quotes berwarna-warni yang disusun dalam tarikh seperti kalendar, seronok saya membacanya. Quotes pada setiap tarikh, semuanya mengundang semangat untuk bertindak terhadap kebaikan diri saya, di dunia mahupun di akhirat.

Akhir kalam, mula semula kehidupan kita - suatu hal yang mesti kita lakukan, untuk mendapatkan ketenangan hati dan menggapai redha Ilahi.
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
March 25, 2025
Kalau semua perkara manusia boleh betulkan, di mana kedudukan kita sebagai hambaNya? Kita tak sempurna. Sebab itu kita perlukan tuhan. Kita perlukan Dia untuk meminta pedoman, mohon panduan.

Tidak semua ombak bertemu pantai. Tidak semua mendung akan hujan. Tidak semua cinta bertemu bahagia.

Buku ini bagai secawan matcha panas (sebab saya tak suka minum kopi) yang disisip tenang ketika hujan lebat di luar pada hujung minggu selepas dapat gaji. Hahaha kemain kau describe.

Here comes July.

Memang dalam hidup ini kita akan salah dalam memilih lalu kecewa. Tapi kita juga akan dewasa dan matang kerananya - 10 July.

Jemput baca semua !!!
Profile Image for Liyana Zulkifli.
39 reviews7 followers
December 31, 2020
after time
_
Buku ni berkisar tentang bagaimana
Kecewa, gagal, patah hati itu bisa dirawat.

Namun parut dari ujian-ujian tu tetap ada. Ia meninggalkan tanda sebagai pengajaran kepada kita dimasa akan datang.
_

Siapa je dalam dunia ni yang tak pernah diuji?
Konteks ujian tu sendiri sangat luas.
_
Kehilangan, kesusahan, kegagalan kesakitan even kesenangan pun ujian buat kita.
_
Dunia, memang tempat diuji.
Tapi ujian tu bukan saja saja ditakdirkan untuk kita.
_
Dengan ujian nilah kadang mampu bawa kita balik pada Allah.
Ia tergantung pada cara kita pandang ujian itu sendiri.
Sangka baik dengan Allah.
Tak mudahkan, lebih lagi saat ujian bertimpa timpa.
_
Tapi Allah berfirman dalam KitabNya,
Tak diuji melebihi batas kemampuan kita.
_
Berhenti sekejap dan pandang,
Terlalu banyak dah ujian Allah yang berjaya kita lalui.
Itulah kasih sayang Allah pada kita.
_
Kita boleh pilih untuk jadi lebih baik atau sebaliknya.
_ "Yakinlah demi Tuhan, takdir tersurat dalam acuan yang berbeza. Pada akhirnya akan tiba juga bahagia, walaupun in front kita penuh duri serta luka" - SederhanaIndah
Profile Image for parareads.
188 reviews1 follower
February 24, 2026
#CanWeStartAgain (Time After Time) merupakan himpunan pesan dan nasihat tentang jatuh bangun dalam kehidupan. Buku ni datang tepat pada masanya, di kala saya memang memerlukan kata-kata semangat dan bimbingan untuk bermula semula.

The 3️⃣ Things:

🎬𝑲𝒊𝒕𝒂 𝒔𝒆𝒏𝒕𝒊𝒂𝒔𝒂 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒃𝒆𝒓𝒎𝒖𝒍𝒂 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒍𝒂.🏁
Saya menyukai pesan-pesan yang penulis sampaikan melalui watak-watak cerita yang diselitkan secara berselang seperti Suhaid dan Syuhada serta Hasni dan Hazirah. Dari fragmen perbualan mereka yang kadangkala di kafe sambil makan aiskrim membuatkan pesan dan nasihat menjadi santai dan tidak memaksa-maksa.

♥️✨𝑪𝒂𝒏𝒕𝒊𝒌 𝒍𝒖𝒂𝒓 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎.
Saya tak nafikan buku ini antara buku yang cantik yang pernah saya baca. Muka depan yang berwarna tenang, diikuti kehalusan garis-garis yang timbul, ibarat melihat lukisan Starry Night oleh Van Gogh. Warna warni di dalam buku ini membuatkannya menjadi seronok dan ceria untuk dibaca, walau isunya kadang berat dan mampu mengalirkan airmata.

🗓️𝑲𝒂𝒍𝒆𝒏𝒅𝒂𝒓 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒔𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒉𝒂𝒓𝒊.
Bagi saya hal ini menarik kerana selain dipamerkan secara kemas dan cantik, satu pesan di setiap hari ni membolehkan pembaca menggunakan idea itu untuk menulis journal. Semua aura positif ini menjadi pembangkit semangat untuk kita bermula semula.

✍🏻: @sederhanaindah
🖨️: @bukukarangkraf
📖: 244
⭐: 4/5

Can we start again? Of course, we can. Tidak ada kata terlambat untuk semua perkara. Usaha pasti tidak akan mengkhianati hasil. Terima kasih untuk tulisan ini. #parareads #bukukarangkraf #sederhanaindah #bookstagram
Profile Image for Hamidah Effendi.
438 reviews6 followers
July 21, 2025
Time After Time – sederhanaindah

Buku ini bukan sekadar tulisan biasa, tapi lebih kepada merawat jiwa. Tentang kecewa, tentang masa lalu yang kita simpan diam-diam, masa sekarang yang kadang melemaskan, dan masa depan yang tak dijangka. Ia juga tentang pilihan — untuk bangkit atau terus tenggelam. Ada sesetengah ayat buat aku cry a lot...😭😭😭😭😭😭😭😭

Penulis ingatkan kita: dunia ni bukan tempat bersuka-suka, tapi medan ujian. Result-nya? Akhirat nanti.

Apa yang menarik?
📖 Ada kisah yang disusun, diselang-selikan dengan nasihat dan kata-kata motivasi yang kena dengan hati.
💬 Caption-caption pendek tapi deep — ada ayat yang buat kita terdiam, termenung, lalu kuat semula.

Tapi…
Secara jujurnya, jalan cerita agak mendatar. Flow dia terlalu lurus sampai aku tertanya-tanya: “bila nak habis ni?” Sayang, sebab mesej buku ni bagus. Kalau plotnya diolah lebih menarik, pasti aku lebih hanyut dalam cerita dan tak terasa masa berlalu.

Kesimpulannya, kalau kau tengah rasa patah, kecewa, atau perlukan kekuatan dalam bentuk kata-kata, buku ni mungkin sesuai untuk kau. Tapi kalau kau jenis perlukan cerita yang penuh konflik dan plot twist, mungkin ini bukan selera kau.🙏🙏🙏🙏
Profile Image for Moon.
10 reviews1 follower
February 23, 2026
Tiada kata lambat untuk berubah!
Ya, buku ini terbahagi kepada 3 fasa.
Fasa pertama (bulan Jan- April)
Penulis mendekatkan diri kita dengan kata-kata motivasi, kata-kata semangat setiap hari selama 4 bulan. Ini fasa kebangkitan dari kesedihan, kekecewaan. Bagaimana Suhaid memberi kata positif kepada Syuhada dalam menangani kesedihan dalam percintaan.

Fasa kedua (bulan May-Aug)
Fasa memaafkan, melepaskan, menerima dengan hati yang lapang. Setiap cerita terselit kata-kata yang mendorong diri kita lebih ke arah hati yang tenang. Ketenangan hati yang dipandu dengan beberapa rules.

Fasa ketiga (bulan Sept-Dis)
Tempoh diri lebih pandang kehadapan. Fasa meletakkan diri ditempat baru dengan aura baru. Just keep moving forward!

Buku ini menggabungkan kata positif, inspirasi dan kata-kata semangat. Suka dengan cover buku yang menarik dan bulanan yang lebih kepada journal.

—> Buku Can we start again? Ini adalah vs Chicken Soup for the Soul. Tahniah buat penulis berjaya menulis buku yang lebih sesuai dengan budaya kita.
Profile Image for Ieyda Hidayah.
67 reviews4 followers
March 19, 2026
Dalam hidup ini tak semua apa yang kita impikan akan kita miliki.Mungkin apa yang kita nak tapi lain pula yang kita dapat.Sama seperti perasaan,ada masa kita akan rasa kehilangan,ada masa kita jatuh dan juga kadang tersalah langkah.Perasaan manusia adalah perkara sukar untuk ditentukan,sukar ditafsir walaupun pada yang empunya badan sendiri.
.
Penulisan oleh saudara panulis kali ini ditambahbaik dari cetakan lama,lebih santai tapi membawa jalan cerita yang sama iaitu berkaitan perasaan.Cara penyampaian juga 'smooth' dengan cara penulis menyampaikan setiap nasihat dengan kisah-kisah kehidupan disulam dengan pepatah dan kalam ulama yang dijadikan sebagai nasihat untuk memujuk hati-hati yang sedang terluka,gundah gulana.Nasihat yang menjentik setiap hati-hati supaya melihat setiap apa yang berlaku adalah aturan-Nya buat hamba-Nya.Semuanya berbalik pada Dia walau sesakit apapun diri kita,Dia tetap ada bersama kita,carilah Dia dalam setiap waktu.
.
Kali ni sis suka dengan grafik dan kata-kata memujuk yang ditulis dari Januari hingga Disember ibarat satu hari satu kata-kata memujuk.
Profile Image for Afiqah.
43 reviews
February 10, 2026
Saya Ingat buku ini mengenai orang yang pernah melakukan dosa di zamani jahil nya dulu Dan ingin ke pangkal Jalan ingin mulakan kehidupan baharu tapi rupanya saya silap buku ini berkenaan cinta. Orang yang putus cinta. Tapi okay kerana tak terlalu banyak soal cinta yang dibicarakan dalam buku ini. Tapi saya agak tidak Setuju persahabatan di antara shuhada and suhaid kerana dalam Islam tak manis mereka kerap Berdua walaupun dalam khalayak ramai. Lelaki Dan perempuan kena ada batas, menjaga ikhtilat sesama lelaki Dan perempuan. Apa-apa pun buku ini penuh dgn motivasi saya suka yang bahagian macam calendar note tu untuk each month each day ada. Untuk remaja yang sekarang dalam fasa mencari cinta manusia tu or pernah dikecewakan dalam percintaan boleh lah baca buku ini.
Profile Image for An Nur Shahira.
10 reviews1 follower
January 19, 2020
This book is really something. It lifts me up. And every sentence, every word, it hits right on the spot. Especially about accepting fate and accepting the loss. It touches my heart and slowly I start to accept the fact that things happened because Allah wants it to happen in the way He wants it to. We, as His salves, have to accept the fate, and keep praying for the best. For only Allah knows what’s the best for us. Congratulations to my friend, Sederhanaindah, on this great book! Love it to the max!
Profile Image for Nrlatqh.
23 reviews
November 16, 2022
Alhamdulillah finished this one.

"Time heals. And ending could be a good place to start something new. Save your heart and yourself, for yourself ❤️"
Profile Image for Nani S.
19 reviews2 followers
March 19, 2026
Dengan gabungan artikel pendek, cerita pendek, dan ada banyak quotes Bahasa Melayu dan English, buku ini mengangkat isu berkaitan hati, perasaan, dan kekuatan jiwa untuk menghadapi fasa sukar dalam hidup.

Buku ini sesuai untuk mereka yang mahu move on daripada luka masa lalu, kegagalan, atau gelora emosi yang membelenggu diri.

Memberi inspirasi kepada pembaca untuk berubah menjadi lebih baik dan mencari kekuatan untuk memulakan semula langkah ke arah yang positif. Setiap bait kata membawa pembaca pulang kembali bertuhan.

Juga terdapat 365 quotes — setiap hari satu quote, untuk mereka yang mencari kata-kata positif.

Buku Time After Time karya Sederhanaindah ini diterbitkan semula dengan tajuk Can We Start Again?
Displaying 1 - 13 of 13 reviews