Buku ini berkenaan dengan motivasi, psikologi, self help tentang hati dan perasaan; bagaimana hendak move on, berubah menjadi lebih baik.
Disampaikan dalam bentuk artikel pendek, cerita pendek, khutbah dan ada banyak quotes Bahasa Melayu dan English.
Ditulis dengan rasa mahupun tujuan yang sederhana iaitu ingin membantu pembaca mencari kekuatan hati juga jiwa.
Secara umumnya buku ini sesuai untuk orang muda atau remaja yang masih young and wild yang selalu terjebak dengan masalah hati dan perasaan. But it's more than that. Jadi semua orang boleh membacanya kerana tiada istilah terlambat untuk berubah, jika kita mahu menikmati hidup yang lebih indah.
Setiap manusia tidak dapat lari daripada rasa--kecewa, patah hati, gagal, sedih, lemah, tak berguna, teruk, tak dihargai, kehilangan, kesepian, dizalimi, dikhianati, sakit hati, terluka, rapuh dan lain-lain rasa negatif yang mencengkam jiwa.
Buku ini saya ibaratkan bagai tangan yang mengusap lembut kepala sambil memujuk rasa-rasa di atas dengan kata-kata yang mengajak kita untuk berdamai dengan takdir.
(Tuhan merupakan 'penenun' yang Maha Bijak. Antara takdir dengan masa, antara ketentuan dengan doa dan usaha, Dialah yang menjahit lembaran kisah hidup kita. Masih banyak yang perlu kita baiki, syukuri, pelajari dan usahakan. Simpan semuanya dengan Tuhanmu, selalu. Moga Dia akan menunjukkan apa yang terbaik : 244)
Kalau semua perkara manusia boleh betulkan, di mana kedudukan kita sebagai hambaNya? Kita tak sempurna. Sebab itu kita perlukan tuhan. Kita perlukan Dia untuk meminta pedoman, mohon panduan.
Tidak semua ombak bertemu pantai. Tidak semua mendung akan hujan. Tidak semua cinta bertemu bahagia.
Buku ini bagai secawan matcha panas (sebab saya tak suka minum kopi) yang disisip tenang ketika hujan lebat di luar pada hujung minggu selepas dapat gaji. Hahaha kemain kau describe.
Here comes July.
Memang dalam hidup ini kita akan salah dalam memilih lalu kecewa. Tapi kita juga akan dewasa dan matang kerananya - 10 July.
after time _ Buku ni berkisar tentang bagaimana Kecewa, gagal, patah hati itu bisa dirawat.
Namun parut dari ujian-ujian tu tetap ada. Ia meninggalkan tanda sebagai pengajaran kepada kita dimasa akan datang. _
Siapa je dalam dunia ni yang tak pernah diuji? Konteks ujian tu sendiri sangat luas. _ Kehilangan, kesusahan, kegagalan kesakitan even kesenangan pun ujian buat kita. _ Dunia, memang tempat diuji. Tapi ujian tu bukan saja saja ditakdirkan untuk kita. _ Dengan ujian nilah kadang mampu bawa kita balik pada Allah. Ia tergantung pada cara kita pandang ujian itu sendiri. Sangka baik dengan Allah. Tak mudahkan, lebih lagi saat ujian bertimpa timpa. _ Tapi Allah berfirman dalam KitabNya, Tak diuji melebihi batas kemampuan kita. _ Berhenti sekejap dan pandang, Terlalu banyak dah ujian Allah yang berjaya kita lalui. Itulah kasih sayang Allah pada kita. _ Kita boleh pilih untuk jadi lebih baik atau sebaliknya. _ "Yakinlah demi Tuhan, takdir tersurat dalam acuan yang berbeza. Pada akhirnya akan tiba juga bahagia, walaupun in front kita penuh duri serta luka" - SederhanaIndah
Buku ini bukan sekadar tulisan biasa, tapi lebih kepada merawat jiwa. Tentang kecewa, tentang masa lalu yang kita simpan diam-diam, masa sekarang yang kadang melemaskan, dan masa depan yang tak dijangka. Ia juga tentang pilihan — untuk bangkit atau terus tenggelam. Ada sesetengah ayat buat aku cry a lot...😭😭😭😭😭😭😭😭
Penulis ingatkan kita: dunia ni bukan tempat bersuka-suka, tapi medan ujian. Result-nya? Akhirat nanti.
Apa yang menarik? 📖 Ada kisah yang disusun, diselang-selikan dengan nasihat dan kata-kata motivasi yang kena dengan hati. 💬 Caption-caption pendek tapi deep — ada ayat yang buat kita terdiam, termenung, lalu kuat semula.
Tapi… Secara jujurnya, jalan cerita agak mendatar. Flow dia terlalu lurus sampai aku tertanya-tanya: “bila nak habis ni?” Sayang, sebab mesej buku ni bagus. Kalau plotnya diolah lebih menarik, pasti aku lebih hanyut dalam cerita dan tak terasa masa berlalu.
Kesimpulannya, kalau kau tengah rasa patah, kecewa, atau perlukan kekuatan dalam bentuk kata-kata, buku ni mungkin sesuai untuk kau. Tapi kalau kau jenis perlukan cerita yang penuh konflik dan plot twist, mungkin ini bukan selera kau.🙏🙏🙏🙏
This book is really something. It lifts me up. And every sentence, every word, it hits right on the spot. Especially about accepting fate and accepting the loss. It touches my heart and slowly I start to accept the fact that things happened because Allah wants it to happen in the way He wants it to. We, as His salves, have to accept the fate, and keep praying for the best. For only Allah knows what’s the best for us. Congratulations to my friend, Sederhanaindah, on this great book! Love it to the max!