Jump to ratings and reviews
Rate this book

Gelas Separuh Penuh

Rate this book
Gelas Separuh Penuh ini adalah satu antologi penerokaan imaginasi-mencari-erti. Ditulis dan dilukis oleh Affendi Salleh, buku ini menghimpunkan esei, komik, ilustrasi, sermon, manifesto, diari, travelog, minit mesyuarat dan puisi yang semuanya diolah untuk bagi hidup jadi cool dengan makna. Ya. cool. Lebih cool dari ais dalam fridge orang Eskimo di Khutub Utara dalam bulan Disember.

265 pages, Hardcover

Published December 1, 2019

8 people are currently reading
89 people want to read

About the author

Affendi Salleh

1 book8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
39 (54%)
4 stars
26 (36%)
3 stars
6 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Izzat Isa.
415 reviews50 followers
December 20, 2019
Membaca buku Affendi Salleh mengingatkan saya bahawa pengetahuan yang sedia ada boleh dihubungkaitkan, dijalinkan antara satu sama lain dan semestinya nilai yang diperoleh, ditakrifkan makna dan boleh digunapakai bagi mengisi ruang-ruang dalam perjalanan kehidupan.

Ini bukan buku falsafah, namun ia sarat dengan pemikiran-pemikiran berasaskan ideologi, diolah bersahaja dan dimudahkan lagi dengan visual grafik. Pemikiran dan pegangan yang dipandu dengan prinsip, etika dan dihiasi kritikan, memperlihatkan kepada pembaca, ia amat penting dan tidak dapat lari dalam menjadi panduan dan mendasari kehidupan kita. Seumpama cabaran yang disimbolkan dalam bentuk rintangan maze di imej cover buku.

Penulis menggunakan sesi dialog dengan ahli keluarga, rakan sekerja, malahan individu-individu yang hadir di sekelilingnya sebagai subjek penggerak wacana pemikiran. Pemikiran terutamanya falsafah Barat seperti politik, ekonomi, seni bina, muzik, sastera, sejarah, pendidikan, kekeluargaan diadunkan dalam dialog-dialog tersebut. Penulis tidak mengabaikan malahan menganggap hikmah tauhid adalah kemuncak dalam memahami hakikat sebagai manusia. Buku ini semestinya memberi motivasi dan panduan bukan sekadar dalam urusan mendidik anak-anak sahaja, malahan menjadi ibu bapa yang sedar dengan tanggungjawab.
Inilah bacaan terbaik untuk penutup tahun 2019.
Profile Image for Nurul Tasneem.
177 reviews7 followers
May 10, 2022
Damn. Gaya bahasa dia kasi sakit otak nak hadam. Cara penyampaian yang santai plus ilustrasinya lawa gila tapi dia punya perli bab politik tu heh. Overall, 4.5 ⭐
Profile Image for Lyana Khairuddin.
95 reviews27 followers
May 20, 2020
Ini mungkin bukan buku yang kita mahu, tetapi adalah buku yang kita perlukan .

Tiada bias semangat kejiranan, namun refleksi dari bacaan yang sukar untuk diketepikan tanpa disayup minda. Baca & hadamkan, pasti tidak regret.
Profile Image for Afiq Ahmad.
1 review
December 25, 2019
Akan belajar sesuatu dari setiap helaian muka. Penyebab aku mula baca Rubaiyat Omar Khayyam dan tidak terus sahaja mengkaji Mawlana Rumi dan Shams-i-Tabrizi.
Profile Image for Izzati.
583 reviews6 followers
June 13, 2020
Oleh sebab bahasa utama yang digunakan dalam buku ini adalah Bahasa Malaysia, saya akan hujahkan pendapat saya dalam Bahasa Malaysia.

Buku ini mengandungi kata-kata nasihat oleh seorang arkitek kepada anak-anaknya, ditulis dalam bentuk puisi tanpa batasan sastera. Setiap satu mukasurat mempunyai lukisan yang dilukis sendiri oleh si penulis, dan setiap satu adalah sangat menarik, terutamanya bila digandingkan dengan kata-katanya. Bagi saya, buku ini sangatlah lain dari apa yang saya pernah baca, dan ia mempunyai "hipster vibe".

Bukan sahaja Encik Affendi seorang yang berpuitis dengan latar belakang arkitek, dia juga banyak membaca dan suka berfikir. Pandangannya dan falsafahnya akan pasti membuat pembaca berfikir and mungkin mahu berbicara lebih lanjut dengannya.

Walaupun begitu, saya mengambil masa yang lama untuk habis baca buku ini kerana malangnya waktu itu tibanya rasa tidak minat membaca yang seringkali mengunjungi saya selepas setengah tahun. Juga ada beberapa perkara yang saya sebenarnya tidak faham bila membaca. Contohnya bila disebut mengenai senibina atau watak-watak khusus dari buku atau filem yang tidak dikenali.

Dari segi golongan pembaca mana yang boleh memahami isi kandungan buku ini, pastilah orang-orang Malaysia. Sebabnya, buku ini banyak menyentuh topik-topik semasa (ditulis selepas pilihanraya 2018 yang mengubah sejarah Malaysia).

Adakah saya sarankan pembaca untuk membaca buku ini? Ya, tanpa ragu-ragu. Sungguhpun saya tak setuju dengan apa yang diulas secara seluruhnya, saya rasa ianya sangat menarik, membuat pembaca berfikir dan juga agak kelakar. Kebanyakan lawaknya adalah dalam bentuk situasi and jawab balas orang lain terhadap hujahnya sendiri.
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
January 15, 2020
#1 Buku 2020

Menyelami rencam falsafah bawaan penulis. Terkesan dengan humor penulis dan segala unexpected punchline pada akhir tulisan. Bersedia untuk google segala macam mak nenek nama-nama dan istilah asing (jika anda rakyat biasa dan bukan die hard fan bab philosphy dan pemikiran).

Berkulit tebal, berwarna - dapat dengan harga RM 50 (tak pasti memang harga ini atau ada promosi). Pastinya berbaloi.

Profile Image for Nadia Rosli.
27 reviews2 followers
October 20, 2022
I know we all recognise Affendi Salleh’s writing from social media reshares and while that was all “on point” or whatever, this book was pretty insufferable to read.
Profile Image for Bibi Surya.
30 reviews
May 23, 2021
Lama aku nak habiskan buku ni. Sengaja aku baca lambat2. Sebab bila aku stress baca ciapan2 di sosmed, buku ni sebelah katil je senang untuk aku capai, aku buka dan aku baca. Maka, wajar aku akan menguntumkan senyuman lepas membaca beberapa muka post media sosial Affendi yang dibukukan ni. Sinis, relevan, satira, komedi, flamboyant. Akan sentiasa ditempatkan sebelah katil aku. Senang nak hiburkan hati lepas stress ngan sosmed.
Profile Image for Ira Nadhirah.
600 reviews
June 7, 2022
I AM OBSESSED! Itu yang pertama.

Beli semalam, baca sampai tengah malam. Hari ini sambung lagi, sampai tak senang duduk bekerja di rumah. Bila dah nak sampai hujung rasa sayang nak habiskan (ini memang tabiat biasa).

Bab yang paling aku suka semestinya bebelan Papa dan Kakak, well sebagai anak sulung perempuan, i got the vibe you know. Terkenang kenangan tengok drama dengan ayah malam malam, mata dua dua tengok telefon dan sembang hal hal penting dan tidak penting.

Ada certain ideologi aku tak berapa catch, mungkin sebab iya lah bacaannya kurang. Tapi humor nya, i catch totally! Loving the repetition of apa nama lol!

Dan of course, suggestion bacaan di helaian almost akhir! I have Salman Rushdie's midnight children. But maybe i will start with Chronicles by Bob Dylan dulu!

Seriously, dia belum baca Kunang Pesisir Morten? Itu dalam senarai buku terbaik dalam hidup kot!

Oh boleh follow this author here, @affendisalleh

'Sebab tak akan ada orang lain yang boleh tulis sonnet untuk hidup kita melainkan kita sendiri'
Profile Image for Hadi Muss.
147 reviews20 followers
March 2, 2022
3.5 bintang. Ada masa aku rasa penulis sedang terjemahkan perkara yang aku pernah fikirkan tapi tak revisit jadi aku pun lupa. Ada masa aku rasa wow dengan pendapat dia. Ada masa aku pun tak faham apa dia nak cerita dan ada masa aku rasa apa yang penulis tulis sangat ironis (bedasarkan apa yang dia sampaikan sebelum-sebelumnya). Jadi, kalau hang tanya is it a good book?

Yes. At least for me lah.

Sebab aku appreaciate lukisan penulis (yang merupakan seorang arkitek) dan idea yang menarik (kebanyakannya). Stail penyampaian idea yang digunakan oleh penulis juga santai, cool dan very hipstur. Satu lagi, kena faham yang buku ini self centred. Apa yang aku nak maksudkan adalah hang sedang baca a personal opinion. It's a subject of agreement or disagreement (kot).

Sebelum decide nak beli boleh baca post Instagram penulis. If you like it and want to explore more, this book might be worth the price.
Profile Image for Anem Arnamee.
Author 2 books1 follower
September 7, 2021
"Nilai kita sebagai manusia diukur bukan dengan kesenangan yang kita peroleh, tapi dengan kesusahan yang kita overcome."

"Jangan takutkan perkara temporal. Kau tahu apa yang kita diajarkan dalam Al-Kahf? Bahawa sesungguhnya rahmat Tuhan lebih besar dari kausaliti manusia."

"Kalah bukan gagal. Kalah itu result, gagal itu attitude. "

Mungkin Tuhan pelihara aku untuk buat apa aku buat sekarang.

Best betul buku ni. Saya suka perlambangan, cara penyampaian yang bersahaja dan lakaran-lakarannya.
Profile Image for Qurratul 'Ain.
Author 9 books12 followers
August 17, 2020
Sangat sangat suka. Humornya. Referensi budaya pop. Muzik. Semua elemen yang dekat dengan diri saya. Buat saya berfikir dari sudut berbeza.
Profile Image for Norshafarina Faharuddin.
282 reviews5 followers
January 6, 2021
Buku yang santai tetapi sarat dengan perkara-perkara yang serius untuk dijadikan peringatan,panduan dan teladan
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.