"Tidak perlu tunggu jadi baik untuk membuat kebaikan, kerana siapa-siapa sahaja mampu berbuat baik. Usah ditunggu malaikat turun membawa kebaikan, kerana dalam jiwa kita sudah ada malaikat yang terpendam."
Malaikat Bertali Leher menghimpunkan kisah-kisah benar, anekdot tentang orang biasa yang membuat kebaikan, yang tidak mengharapkan pembalasan. Manusia-manusia yang berlatar belakang biasa-biasa, yang ikhlas, yang membuatkan mereka menjadi luar biasa.
Buku ini merupakan coretan hasil pengalaman penulis berkelana di bumi Mesir sebagai seorang penuntut ilmu.Mesir yang digembar gemburkan sebagai negara yang penuh kekurangan dan masalah.Namun,penulis mahu mengajak kita untuk berfikir positif dan menilai sudut kebaikannya pula.Seperti kata ustaz pahrol "kalau kita nampak yang jahat atau buruk,kitalah yang jahat." membawa maksud jika kita berfikir positif maka perkara-perkara baik pasti muncul di depan kita.Jika fikir negatif maka yang buruklah muncul di depan kita.Saya kira inilah tema utama coretan penulis ini berkaitan Mesir.
Di samping itu juga,bagi yang pernah ke Mesir seperti saya,mengimbau kembali pengalaman sewaktu berada di sana yang mungkin kita telah lupa seperti soal sosial masyarakat,budaya,bahasa dan adat.
Di bahagian bonus,diselitkan juga beberapa nasihat ringkas buat panduan mereka yang mahu menjejakkan kaki di bumi firaun.Dari segi penguasaan ilmu,bahasa,iklim geografi,kesihatan,budaya dan beberapa lagi.
Sejujurnya saya cemburu,sepatutnya saya juga perlu merakamkan coretan pengalaman peribadi ke dalam tulisan supaya boleh dibaca semula ketika saya sudah lupa.
Apa pun thumbs up Dr.Amirul Azmeer.Junior saya. #DoneClaim #Gurau
yeayyy...buku yang ke-95 untuk 2021. Tahun lepas, buku yang ke-95 dibaca pada saat-saat akhir sebelum masuknya tahun baru 2021. hahha..insyaAllah, tahun ni, dapat melepasi rekod tahun lepas. .
Buku ni merupakan himpunan anekdot penulis yang juga merupakan seorang doktor perubatan yang belajar di Mesir. .
Penulis cuba membawa kita menghargai keistimewaan yang ada di Mesir, bukanlah sekadar mendengar dan menghadam kisah buruk tentang Mesir yang selalu diperkatakan. .
Antaranya, budaya memberi salam, membaca al-quran dan budaya menyantuni tetamu. .
Penulis juga mengajak kita untuk memandang setiap perkara dengan hati yang positif, dan bukannya terlebih dahulu bersangka buruk. .
Ada satu cerita yang turut buatkan aku beristighfar. Cerita ni aku olah menggunakan bahasa aku la. Mungkin tak sepenuhnya tepat, tapi maksudnya lebih kurang sama. .
Ceritanya, masa mereka semua ingin solat Asar di masjid. Selepas mengangkat takbir, imam membaca dengan suara yang lantang (macam bacaan ketika Subuh, Maghrib dan Isyak). *masa ni, penulis menyatakan yang dia pun turut rasa dalam hatinya bahawa, ni mesti sebelum solat tadi, imam ni berkhayal dan tak melapangkan dadanya*. So, makmum pun menyebut la Subhanallah beramai-ramai. Tapi Imam tu still tak faham. Imam pun menoleh ke belakang dan bertanya kenapa. Dan makmum pun menjawab yang, ni Asar. .
Rupanyaaaa....Imam tu buta sebenarnya. Sebab tu dia tak boleh bezakan antara Asar dan Maghrib. Astaghfirullahalazim. Aku pun beristighfar sekali. .
Kesimpulannya, bila rasa nak buat baik, buat je. Jangan fikir banyak kali. Kadang-kadang, kita rasa, malas la nak buat baik sebab kecik je pun kebaikan tu. Tapi sebenarnya, kebaikan ni contagious. Sorang buat baik, orang lain akan terinspirasi untuk buat baik. Even aku sendiri pun, kalau kerja dengan orang yang baik, penat nak mati sekalipun, aku akan balik ke rumah dengan perasaan lega. Takde nak rasa stress. (hurm. pergi kerja dah stress. balik kerja pun stress jugak. apa nak jadi la)
Tajuk: Malaikat Bertali Leher Penulis: Amirul Azmeer Asmadi Penerbit: @putehpress Format: Paperback & Ebook . "Tidak perlu tunggu jadi baik untuk membuat kebaikan, kerana siapa-siapa sahaja mampu berbuat baik"
Ini merupakan himpunan anekdot yang menceritakan tentang orang-orang biasa yang membuat kebaikan & yang tidak mengharapkan pembalasan. Pertama sekali, ika rasa buku ini ternyata memberikan satu kepuasan kepada diri ika sendiri.
Buku ini mempunyai 81 bab & 20 bab bonus. Di mana kalian jangan khuatir. Walaupun ianya mencecah 100 bab. Tapi ianya hanya cerita ringkas yang padat dan penuh pengajaran. Penulis menceritakan peristiwa yang menarik terjadi sepanjang penulis di bumi Mesir. Negara yang selalu dimomokkan sebagai tempat yang penuh dengan perkara buruk & negatif. Setiap bab itu bermakna. Seronok bila membaca pengalaman seseorang itu mengembara di negara orang. Kita turut rasa kita dibawa bersama sekali menjelajah bumi Mesir.
Ika tidak rasa rugi atau menyesal sama sekali membaca buku ini kerana ini merupakan salah satu buku yang patut dibaca oleh semua pembaca kerana ianya dapat membuka mata, hati, jiwa & minda kita terhadap orang lain dan perkara yang terjadi. Apa agaknya persepsi mereka terhadap kita atau orang lain yang berkelana di negara mereka? Baik atau buruk persepsinya? Bagaimana pula dengan budaya mereka?. Menarik untuk kita tahu semua ini.
Gaya bahasa penulis yang santai dan straight to the point membuatkan kita tak terasa seperti membaca 100 bab. Malah, terasa seperti ingin lebih lagi. Puas yang tidak puas. Bagaimana tu? Saya sendiri pun tidak pasti dengan istilah ciptaan saya itu.
Secara keseluruhannya, ika sangat sukakan buku ini. Tiada apa yang tidak okay pada pandangan ika. Sesuai dibaca buat sesiapa yang tidak suka baca cerita yang panjang meleret. Yang terus bercerita tentang apa yang ingin diceritakan. Tahniah buat penulis saudara Amirul Azmeer Asmadi. #ikareviewbuku
Pada awalnya saya menilai dari cover hadapan buku, saya meletakkan sangkaan bahawa mungkin buku ini akan membawa kisah² yang sedih atau menginsafkan. Namun ternyata sangkaan saya salah. Bahkan kisah dalam buku ini lebih banyak menyentuh jiwa saya.
Buku ini merupakan kompilasi anekdot (kisah benar) pengalaman penulis itu sendiri sebagai seorang pelajar medik ketika menuntut di Al-Azhar. Di mana, beliau menceritakan tentang bagaimana beliau belajar berkaitan kebaikan orang sekeliling melalui budaya masyarakat Mesir yang berbeza dengan masyarakat kita. Tapi tetap kita dapat teladani.
Tidak semestinya kita perlu menjadi malaikat (baik) baru kita boleh berbuat baik. Ringkas tapi menusuk jiwa kata-kata yang diabadikan penulis dalam buku ini.
Ketika melayari setiap halaman buku, saya merasakan seakan berada di bumi Mesir itu sendiri. Apa yang saya suka adalah bagaimana penulis menerapkan adab dan budi pekerti yang tinggi ketika berada di tanah orang untuk senantiasa bersangka baik dan mencari kebaikan dan tidak fokus kepada keburukan semata.
Disebabkan prinsip beliau inilah terhasillah penulisan buku ini.
Dan nescaya, perspektif kita terhadap apa yang kita tahu akan berubah setelah menghabiskan bacaan penulisan beliau. Kerana melalui buku inilah saya terinspirasi untuk mengubah sangkaan saya tentang kemenangan, kejayaan dan juga kekayaan.
Kadang², pengutip sampah jalanan boleh jadi insan yang paling kaya di mata yang Maha Kuasa sedangkan di pandang hina di mata dunia.
Tak nak cakap banyak, saya suka buku ini. Sangat² membuka mata dan minda saya sebagai seseorang yang tiada pengalaman merantau apatah merasai budaya negara lain. Terima kasih penulis atas perkongsian beliau yang sedikit sebanyak memberi inspirasi pada saya untuk menjadi lebih baik.
Wujud sebenarnya "Malaikat-Malaikat Kecil" dalam kehidupan kita. Kadang kita dipertemukan. Kadang kita dipertunjukkan. Cuma hati perlu lebih jelas menilai. Banyak kebaikan yang diperlihatkan kepada kita. Diberikan rasa dari orang sekitar kita atau dari jauh.
Walaupun buku ni banyak berkisar kebaikan yang dilalui penulis atau yang diberikan penulis di Mesir, juga berlaku sekitar kita sendiri dimana sahaja. Selain story kebaikan dari orang, tips2 atau pesanan turut penulis berikan buat mereka yang baru berada di Mesir, akan berada di Mesir untuk belajar atau untuk menetap di Mesir.
Penyampaian penulisan yang santai dan baik. Ada beberapa bahagian, yang menyentuh tentang kehidupan, berikan rasa yang mendalam.
Buku anekdot yang mengajak pembaca ke arah kebaikan dan positivity.
Sebelum membaca buku ini , memang telah ada sedikit perspektif mengenai orang Arab di sana yang sedikit negatif. hasil dari luahan pelajar-pelajar yang pulang dari sana dan mereka yang mingle dengan orang Arab di negara lain @ universiti swasta.
Dalam keburukan yang didengari , buku ini membawa 1000 kebaikan mengenai orang Arab di Mesir. Bagus untuk diketahui dan dibaca.
Sebuah anekdot pengalaman penulis yang menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Bumi Anbiya', yakni Mesir.
Pengalaman-pengalaman sepanjang beliau di sana dalam bermuamalah serta berbagai karenah orang Mesir disematkan di dalam anekdot-anekdot ini.
Bahkan, perangai-perangai orang Malaysia yang menyambung pengajian di sana, yang rata-rata ibarat tidak berpijak di bumi yang nyata. Dek kerana, keselesaan dan kejutan budaya apabila berada di negara orang.
So much lessons learned but if I need to conclude is that we humans need to travel, get out of our comfort zones. Go to other countries. Observe and learn other people's language, culture and many more. That is how we will become humble. And not arrogant. Because we know, no matter how high we study, there are many more things we didnt know.