Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bencana 20:20

Rate this book
Jika mengikut perkiraan kronologi yang berlaku, benarkah kita sudah berada di era permulaan kebangkitan Imam Al Mahdi? Bibit-bibit kemunculannya dilihat semakin kencang? Apakah kita sedar bahawa Tentera Dajjal seramai 70,000 itu telah bersiap siaga menanti penzahirannya? Fenomena dahsyat kemarau yang berpanjangan, mengikut telahan hampir berlaku ini bakal membawa dunia kepada kebangkitan Dajjal. Persiapan demi persiapan, segala isyarat dan lentera akhir zaman sudah dinyalakan. Dua pertembungan dahsyat, perang Armageddon bakal mencetus huru hara yang memuncak. Apakah ianya masih jauh, atau kitakah yang terlena dibuai mimpi Iblis di siang hari. Tombak dan pedang dijulang, Panji tauhid sedang bergerak menjalar di seluruh penjuru dunia. Bersediakan kita dengan semboyan akhir zaman yang pantas berputar mengakhiri plot taqdir yang telah ditentukan Tuhan? Kita di sebelah pihak mana? Al Mahdi atau Dajjal? Kalimah apakah yang sentiasa membekas di hati dan jiwamu nanti? Allahuakbar atau ..............? Bencana 20:20 sebuah nota yang menjulang kembali kesedaran bahawa kita sudah berada di pinggir zaman yang bakal berakhir. Ya, bakal berakhir. Dimana dan Bagaimana persiapan aku, kamu dan dia?

320 pages, Paperback

First published February 1, 2019

15 people are currently reading
131 people want to read

About the author

Hadi Fayyadh

17 books215 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
37 (56%)
4 stars
17 (25%)
3 stars
11 (16%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
June 8, 2020
Bestnya buku ni terletak pada banyak ilmu dan fakta- fakta sebagai isinya. Tak nafi sejak dari zaman sekolah isu kronologi pengakhiran dunia ini selalu diceritakan. Terkadang keliru kadang kabur apa yg sebenarnya berlaku. Jika kita ambil tahu mesti perasaan peristiwa demi peristiwa yg sedang berlaku sekitar kita sekarang.
**
Dlm ni satu persatu buka mata dan minda kita untuk memahami plot yg tertulis oleh-Nya. 2020 ni bawa pengisian ttg 20 bencana yang sedang terjadi dan 20 bencana maha dahsyat bakal dilalui oleh manusia.
**
Satu aku tertarik bila baca part Pokok Gharqad(Pokok yg akn melindungi Yahudi semasa Muslim memerangi Yahudi) Point ni seolah mengentak kepala aku bg sedar. Tentang banyak hal bkn sekadar mslh pokok tu cuma. Hal2 Aku fikir sedari kecil secara logik blh berlaku jika Tuhan berkehendakkan A tp kenapa Tuhan buat B. Aku manusia naif yg secara normalnya terdetik itu semua. Point *Tuhan adalah mutlak, tidak perlu menjelaskan apa yang dikehendaki-Nya. Mind blowing!
**
Info Jerebu vs Dukhan. Tiap kali fenomena alam (Jerebu) ni jadi soal Kabut tebal tu sering tular. Kat sini aku faham perbezaan kedua fenomena ini adalah berbeza tak seperti apa media brainwash manusia termasuk aku la tu.
**
Terlalu byk isinya, itu sebahagian je. Peringat buat diri dan semua. Jgn pernah persoal bila akn terjadi dan mengapa tak berlaku seperti yg dinyatakan ini. Berhenti memikirkan benda secara berlebihan yg penting tanya diri dah sedia ke nak hadap semua yg diceritakan ini? Apa persediaan kita?
1 review
March 31, 2022
Secara keseluruhannya olahan dari buku ini membentangkan peringatan yang baik. Penulis membahagikan kepada beberapa bahagian. Walaupun penulis tidak menyertakan nota kaki untuk rujukan hadis dan sumber gambar. Namun, penulis menyertakan sumber rujukan bagi penghasilan buku ini.
Profile Image for Zzati Alydrus.
124 reviews
Read
March 25, 2020
Such a good book. Byk info pasal dajjal, sirah, kisah al-quran yg dpt by reading this book. Keep it up, Hadi Fayyadh.
Profile Image for Syikin .
128 reviews
December 9, 2020
Banyak fakta-fakta yang menarik. Terutamanya tentang dajjal, tentang tanda-tanda yang telah muncul, imam Mahdi, Ya’juj & Ma’juj, Dukhan dan banyak lagi
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.