Kalau tak dapat menjadi Sirius, kau perlu mampu menjadi Polaris.
***
“Awak masih hidup, Hakimi. Awak cuma hilang dan sekarang saya cuma perlu cari awak!” – ADRIYANA . Selepas enam tahun berlalu, bersama tekad itu Adriyana merancang untuk memulakan semula misi mencari Hakimi Adam Song, lelaki yang bersinar umpama bintang di matanya. Si bintang POLARIS. Mustahil manusia hilang begitu sahaja di dunia ini. Bersembunyi mahupun tersembunyi, pasti Hakimi ada di mana-mana. Sekurang-kurangnya itu yang Adriyana harapkan. Namun, memulakan misi pencarian ini tidak semudah yang Adriyana sangka. . “Dah enam tahun dia hilang, Riyana. Tak ada jejak. Tiada khabar berita langsung!” - RAFIQ “No news is a good news!” - ADRIYANA “Riyana, berhenti berharap lagi! Apa yang kau harapkan kalau betul Hakimi masih hidup? Berharap yang dia dan kau akan bersama-sama? Kau dah lupa ke dengan apa yang dia dah lakukan kat kau dulu?” – RAFIQ . Selalunya Adriyana akan mengambil setiap nasihat Rafiq. Lagipula mereka sudah lama bersahabat baik. Tetapi tidak kali ini. Tidak selepas kemunculan beberapa klu dan petunjuk, seolah-olah memujuk Adriyana untuk tidak berhenti mencari Hakimi. Walaupun klu dan petunjuk itu datang bersama ancaman yang membahayakan nyawa Adriyana sendiri. . “Aku ada teori, mungkin kau ada sakitkan hati orang dan sekarang orang tu nak bunuh kau. Kemalangan tadi pula memang dirancang.” – ZARITH . Zarith, si jurugambar baru di tempat kerja. Kenal dengan Adriyana pun belum lama tetapi sudah pandai-pandai buat andaian yang menakutkan begitu. Peliknya Zarith ini, dia memberi satu perasaan aneh pada Adriyana, seolah-olah mereka sudah saling kenal sebelum ini. Siapa awak sebenarnya, Zarith? Tekad, Adriyana tetap mahu mula mencari Hakimi. Walaupun mungkin pencarian itu akan membongkar rahsia mengejutkan yang bakal merubah apa yang Adriyana tahu sebelum ini. . “Jika Polaris yang selama ini kekal di langit utara tiba-tiba hilang. Lesap. Bagaimana? Apa yang perlu kita buat?” – ADRIYANA . “Polaris tetap berada di langit utara. Kalau tiba-tiba saja hilang, pasti ada hijab yag menghalang kita daripada¬ melihatnya. Awak perlu singkap hijab itu.” - HAKIMI ADAM SONG
Sejujurnya aku nak baca buku ini kerana kata nama Sirius 🙈 Sama dengan nama bookstagram aku dan aku ambil nama Sirius juga kerana aku suka akan bintang Sirius, bukan sempena watak dalam Harry Potter ye 😂
Buku ini mengisahkan mengenai Riyana yang dalam percubaan mencari Hakimi yang hilang enam tahun lepas. Dalam pencariannya itu, ada juga kehadiran Zarith, salah seorang daripada ahli Kelab Pemerhati Bintang Amatur. Rizal dan Nita menjadi kawan baik Riyana sejak zaman kolej. Penceritaan terbahagi kepada dua bahagian dan ada throwback. Bahagian 1 lebih kepada cerita mengenai Riyana dan Hakimi, si Polaris. Manakala bahagian 2 lebih fokus kepada cerita mengenai Zarith yang seumpama Canopus, bintang kedua paling terang di langit selepas Sirius.
Aku sangat suka akan konsep bintang yang digunakan. Penulis menerangkan mengenai bintang-bintang di langit seperti Polaris, Canopus, Sirius, dan Alnilam. Dapat jugalah ilmu mengenai bintang daripada buku ini. Keindahan bintang yang digambarkan bagaikan memanggil aku untuk cuba mencerap langit juga seperti Kelab Pemerhati Bintang Amatur 😍
Pada permulaan bab, aku rasakan cerita agak mendatar dan ada beberapa bab yang bagi aku terlalu panjang. Namun begitu, plot cerita semakin berkembang dan menarik selepas mendapat tahu identiti sebenar Zarith. Aku suka penamat cerita ini walaupun ia menghadirkan perasaan sedih dan gembira pada masa yang sama.
Pertama kali aku membaca karya penulis @rileyfizan dan aku suka akan gaya penulisan beliau. Boleh baca karya penulis yang lain pula 😊 Jika anda ingin tahu sedikit sebanyak mengenai bintang di langit dan dalam masa yang sama menjadi penyiasat mencari Hakimi, buku ini untuk anda ~ 😊
Rating: 4/5 🌟
Quote: Awak tak akan keluar dari masalah kalau hanya tahu mencari alasan berbanding penyelesaian. || Tenang bukan bermakna kita tak peduli dengan masalah sekeliling, tapi tenang bermaksud kita adalah orang yang tidak mudah dikawal perasaan. __ #flatlaysbyiqa #siqahbookreviews instagram.com/siriusiqa
Ini adalah novel pertama penulis yang aku baca. Rasanya novel ini adalah revamp daripada novelnya.
Mulanya aku agak ragu2. Yelah penulis baru je keluarkn novel. Tapi bila baca review untuk novelnya sebelum ni, terus ragu2 ku pudar dan aku beli novel ni.
Bagi aku novel ini ade mix genre. Romance plus saspen plus sains. Hahah. Sebelum ni aku tak pernah tau pon nama2 bintang yang disebut dalam novel ni. Yang aku belajar buruj jela time sekolah.
Firstly aku nak cakap aku adalah team zarith. Hahaha
Adriyana, pelajar yang sangat2 blur. Dia boleh dikategorikan sebagai pelajar yang slow hinggakan pensyarahnya menyuruh dia mengambil kelas tutor dengan Hakimi Adam Song.
Perkenalan yang dimulakan dengan rasa tidak suka terhadap Hakimi berubah menjadi kasih. Tapi penghalangnya adalah Teelofa. Siapa sebenarnya Teelofa ni? Teelofa memegang watak gadis psiko. Dea sanggup melakukan apa sahaja kepada wanita yang mendekati Hakimi.
Saat Hakimi merancang untuk mencerap bintang dengan Adriyana, telah berlaku sesuatu perkara menyebabkan Hakimi hilang.
6 tahun berlalu, tiada khabar Hakimi. Kemunculan Zarith banyak Membantu Riyana. Terutama mereka bekerja sepasukan.
Aku sukakan hubungan yang tercipta antara riyana dan zarith. Di akhir cerita kita akn disajikaa Dengan sesuatu yg tidak kita sangka. Apakah?kena bacaaa..serius tak rugi bca novel ni. Buat Aku jadi teringin mencerap bintang.
Oleh kerana review novel ni asyik lalu lalang dlm wall GR, maka bersungguhlah saya ke kedai buku utk membeli buku ini tanpa membaca dahulu review dr pembaca2 di GR. Kiranya cubaan berani mati membeli novel tanpa membelek apa yg tertulis di blurb belakang buku.
Permulaan cerita saya rasakan agak menarik. Dan bermulalah kembara saya membaca novel ini tanpa sedikitpun tahu siapa penulis sebenar cerita ini. KAGUM. Yesss itu 1st word bila saya terus membaca DOKP. Olahan dan susunan ayat yg sgt menarik. Ditambah dgn jln cerita yg lain dr yg lain. Dan yg plg saya takjub, kerana cerita ini jugalah yg membuatkan saya juga tertarik utk melihat bintang2 di langit malam.
KEJAM. Penulis sgt kejam. Sanggup buat saya berbolak balik nk jadi team Zarith atau Hakimi. Dua2 nya sgt ohsem. Zarith yg sgt melindungi dan Hakimi yg penuh aura polaris menjadikan kita rasa terbuai tanpa perlu adanya ayat sweet2 diabetes.
DOKP juga memperlihatkan sikap setiakawan. Persahabatan diantara Riyana, Rafiq dan Nita sgt tulus. Tetapi kerana api cemburu yg membuatkan Rafiq berubah sikap. Walau apapun, saya tetap rasa sedih dgn nasib Rafiq. I feel u Rafiq😭.
Apapun, TAHNIAH juta2 kali kpd writter kerana berjaya membawa kami para pembaca ilmu ttg bintang dan bimasakti. Tak sabar utk menunggu2 karya terbaru dr writter. Emmm bila agak2 nya ya🤔
no, seriously. one of the best book juga. so underrated and so sooooo good. its perfect. (ok not really, tak suka ending villain je)
ok jom mula.
aku sukaaa sangat buku ni. penggunaan English words yang sangat minimum. buku melayukan, mestilah bahasa melayu patutnya 95%. kalau nak dibandingkan buku buku lain, mostly 90% ke bawah.
now, lets talk about the characters first.
Hakimi. bro, no kidding. this man is almost perfect. watak yang sangat humble, optimist, berfikiran matang. MANA NAK CARI SEORANG HAKIMI????
Zarith. watak yang ini, memang tersengih memanjang bila nampak. childish, tapi sangatlaaah prihatin. so considerate.
Adriyana. watak yang ni kadang minta kena luku kepala, kadang rasa nak peluk, kadang tu nak suruh diam jap.
the plots. yaallah, memang takkan dapat agak. tak pernah lagi baca buku macam ni. tertwist twist kepala baca buku ni. a bit heavy, tapi sangatlah seronok baca. menangis? of course 10/10 . tersengih macam kerang? of course.
tolonglah baca buku ni. i wish i didn't know the plot before reading this. ya betul, saya dah tahu plotnya before baca sebab member tengah stress baca sorang sorang, jadi dia luahkan kepada saya. papepon, walaupun dah tahu plotnya still jugalah menangis melalak 🫂
Dalam tempoh KPK ini, novel tulisan penulis ini menjadi pilihan. Minat dengan novel ini pertamanya kerana design muka hadapan yang cantik ditambah lagi dengan blurb di belakang buku. Dan saya kira novel ini antara novel 'luar kotak' dihasilkan penulis ini.
Mana tidaknya, sepanjang membaca novel jarang pembaca seperti saya didedahkan tentang ilmu mengenai alam terutamanya gugusan bintang di langit. Tahniah buat penulis untuk perkongsian ilmu ini!
Ditambah lagi dengan plot twist yang dihasilkan penulis berjaya membuatkan fokus saya terhadap pembacaan ini naik satu level! Tak siapa menduga, sebegitu sekali nasib yang menimpa Zarith. Diharapkan agar kisah Zarith dapat diteruskan dalam novel penulis yang akan datang memandangkan sifat Zarith yang punya semangat setia kawan yang tinggi, meniadikan watak ini antara watak yang penting untuk tidak dibiarkan sebegitu sahaja pengakhirannya.
Secara keseluruhannya, novel Dari Orion Ke Polaris ini memberi kepuasan kepada saya. Penggunaan bahasa yang digunakan penulis juga saya kagumi. Nampak macam baku, tapi bila membaca tidak terasa seperti membaca novel sastera. Tahniah buat penulis untuk novel ini!
"Adriyana, dunia bukannya terbahagi antara orang pandai dan orang bodoh. Tak ada orang yang bodoh di dunia ni, cuma mereka belum tahu dan malas.”
"Bukan semua orang mampu jadi yang terbaik, Adriana. Jadi orang yang bermanfaat sudah cukup buat saya."
"Selama ni saya selalu nampak awak asyik nak selamatkan orang lain, jadi sekarang saya akan selamatkan awak pula."
Aku tak tahu lah apa nasib aku, kenapa hampir semua novel yang aku baca pada bulan ni sangat sedih.
Secara ringkasnya, kisah ini mengenai Adriyana yang sangat sangat setia menanti Hakimi yang dikhabarkan hilang enam tahun lepas. Bagi dia, selagi belum jumpa mayat Hakimi, selagi tu lah dia percaya dan yakin bahawa Hakimi masih lagi hidup. Walaupun orang sekeliling dia terutamanya sahabat dia iaitu, Rafiq, Nita dan Zarith yang selalu menasihati Adriyana supaya move on dan terima kenyataan yang Hakimi dah tiada.
Sejujurnya, walaupun aku Team Hakimi tapi aku faham sangat kenapa ramai yang berpihak kepada 2nd lead novel ini. Watak Hakimi ni bagi aku sangat sempurna sangat perfect. Aku suka watak dia even watak Hakimi ni banyak dalam babak imbas kembali tapi aku memang jatuh hati kat watak dia ni. Dia berjaya buatkan Adriyana berubah sikap jadi pelajar yang rajin dan juga Adriyana jadi minat untuk mencerap bintang pun sebab Hakimi ni. Backstory kenapa Hakimi ni jadi peminat untuk mencerap bintang boleh tahan sedih ye.
Watak Adriyana ni pun aku in love sangat. Bayangkan lah betapa setianya dia menanti kepulangan Hakimi walaupun belum pasti status Hakimi masih hidup ataupun tidak. Enam tahun ye dia tunggu Hakimi dan tak bukakan hati dia untuk mana mana lelaki. Dan kalau korang baca novel ni korang akan faham kenapa Hakimi ni sangat istimewa bagi Adriyana.
Watak Zarith ni pun aku suka jugak 😭😭. Dia sentiasa ada dengan Adriyana susah senang sekalipun dan dia juga lah yang banyak membantu Adriyana sehingga ke akhirnya.
Overall memang buku ni best dan aku highly recommended untuk semua orang baca. Bukan sahaja storyline nya yang menarik tetapi banyak sangat info mengenai bintang yang aku dapat bila membaca buku ni. Cuma ending tu tak puas kalau boleh nak panjang lagi moment happy dorang tu.
Aku lemah betul dengan buku yg ada cover cantik macam ni 🤧🤧 Beli memang tanpa baca sinopsis dulu.
Nasib baik cerita dia boleh tahan best!!
Mengisahkan sorang perempuan yg ada perasaan dekat sorang jantan nerd ni. Jantan ni suka mencerap bintang sebab ye la kena la acah2 main character gitewhh 🙄Pastu perempuan ni (Adriyana) jenis maleh belajar pastu dia punya prof bagi la Adriyana ni satu tutor dengan jantan tadi (Hakimi).
Dan alhamdulillah, waktu perasaan cinta antara diorang nak berputik, tiba2 Hakimi menghilangkan diri selama 6 tahun !!!! YASSS AKU TAK PUAS HATI DENGAN HAKIMI SEBAB (kena baca sendiri). Pastu yang Adriyana macam acah tak boleh move on selama 6 tahun tu jugak dia still mencari ke mana menghilangnya Hakimi. Urgggg gurllll please.
Okay secara jujurnya cerita ni agak entertaining. Walaupun main plot dia romance, tapi ada jugak element thriller yg buat cerita ni lebih menarik. Tambah lagi dengan info2 pasal astrology so takdela rasa macam baca buku kosong.
Writing style dia tak terlampau berbunga, dan tak terlampau modern.Tbh, aku prefer baca novel yg ada writing macam ni sebab takdela rasa macam baca Wattpad. Walaupun ada 700 pages, tapi tak rasa panjang sangat probably sebab penulis pandai menggerakkan cerita. Nak kata pace laju sangat pun takde la jugak. Just nice je la.
Cuma aku rasa buku ni akan jadi lagi menarik kalau author/publisher letak sekali gambar2 buruj tu dalam novel ni.
Aku bukan malas nak search, tapi sekali aku bukak phone utk search buruj tu, terus aku hilang fokus baca 🤣🤣
TAPI YANG PALING AKU TAK PUAS HATI DENGAN ENDING DIA LIKE DAMMNNNNNN WHY ADRIYANA WHYYYYYY??? KENAPA PERLU BERSAMA DENGAN DIA 😭😭 (well logically memang kena endgame dengan dia tapi kesian bodo jantan lagi satu tu). Disebabkan ending dia, aku bagi buku ni 4🌟
Dan disebabkan ending dia la, aku tak suka dengan orang yg stuck dengan cinta pertama gitewhhh 🤧🙄
I feel so taken aback at how the book ends, SO TAKEN ABACK because I truly, absolutely thought it would be going in a different direction 😩. The author deserves jail time for this idc.
*** Dari Orion Ke Polaris is a Malay novel and it’s geared towards suspense and mystery rather than focusing on the romance side alone. It’s the kind of story that probably won’t make you grin from start to finish but rather you’ll end up questioning all the what, when, where, who, why, and how. I personally think the book is entertaining because apart from its moving plot, the book also talks about astronomical observations- dekat sini confirm2 akan belajar few facts about constellations, so takde lah rasa macam bacaan tu kosong sangat or it’s purely for entertainment. Honestly, this is the kind of story I would prefer reading and it’s also the one I’d probably rate it high, just like most of Arwah Melur Jelita’s books.
The book was told mostly in a present setting where the clumsy Adriayana (24) worked as a journalist for MOHO Magazine. Instead of covering stories about the current trends and lifestyles, she was always interested in making articles about humanitarian crises and conflicts and this only led to things being heated between Adriyana and her ‘tsundere’ boss, Chief Rajib. Her other 2 colleagues that made significant appearances would be; 1) Rafiq- Adriyana best friend since high school. 2) Zarith- newly appointed photographer at MOHO Magazine.
The plot started when Adriaya, Rafiq and Zarith was given a task to cover on Nita Rudani’s wedding where it took place in Kolej Seri Budiman. The wedding appered to be more than just a wedding, first, Nita; now a well-know actress was Adriyana and Rafiq’s best friends during their study years but grew apart since they started working. Secondly, the venue itself was their alma mater but there were more stories to that!!! It was also the same college where Adriaya met Hakimi, the best student at that time who she also had a crush on.
Kat mana part suspense? Well, nak jadikan cerita, just when Adriaya about to further her romantic relationship, Hakimi suddenly went missing. Hilang tanpa dikesan, puas cari tapi tak ada jejak and it remained as an unsolved mystery. Honestly when the story unfolded, it eventually became a part where I screamed ‘absurd and stretching!!’ because bloody hell, you guys know me when it comes to realistic settings; I like mine to be logical without me able to come out with a list of questions to argue. I minus one star for that.
Dari Orion ke Polaris is written mostly in 2 different timelines- the now and a series of flashbacks 6 years ago when they were in college. Can you see how the story seems complicated? in fact, it is 😂. However it’s been done neatly by the author with so many plot twists!!
This book is a keeper walaupun ending macam WHYYYH?! Kalau I rajin, dah lama I tulis fanfic kat Watpadd writing about its alternate ending, I mean, I really do want an alternate ending. Tapi I tak rajin, so I plan nak paksa semua orang baca buku ni je lah.
Selepas 6 tahun berlalu, Adriyana tekad dengan misi cari Hakimi Adam Song. Bagi dia mustahil manusia hilang macam tu je. Pasti Hakimi ada di mana-mana. Tapi takkan semudah tu Adriyana nak cari kan? Rafiq, sebagai sahabat beria nasihat supaya tak payah cari dah.
Hadir Zarith, membuatkan Adriyana rasa dia macam dh kenal lama. Padahal baru je kerja kat situ. Zarith yg sentiasa ada dengan dia. Siapa Zarith ni? Apa jadi dengan Hakimi? Berjaya ke Adriyana cari Hakimi? Apa rahsia yg akan merubah apa Adriyana tau?🤫
"𝐌𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐛𝐚𝐢𝐤-𝐛𝐚𝐢𝐤." ⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ Ad sangat kagum dengan author😫all the knowledge about the stars. Every characters memainkan peranan sangat penting. Very fast paced! Memang journey Ad sangat tak bosan & very challenging. My emotion? please. Ad menangis ,curious, happy, & terkejut gila. All in one book! BUT the main point is can we talk about the PLOT TWIST?! SO GOOD & UNEXPECTED GILA!😫bijaknya author buat readers terkejut-kujatt tau.
Untuk male character dalam ni, throughout Ad baca serious confuse siapa main lead & 2nd lead. Which male lead yg Adriyana end up with? haaa baca baru tau. Happy reading🤍
Aku sudah baca naskhah terdahulu iaitu 'Bintang Hati Saya' dan ini adalah revamp daripadanya . Woww.. tak sangka sebegitu sekali plot twist daripada penulisnya . Antara Zarith & Hakimi , jujur bagiku kedua-duanya mempunyai kekuatan masing-masing . Siapa sangka begitu sekali jalan cerita & olahan daripada penulis . Memang mengagumkan . Tahniah pernulis !!! Jangan berhenti menulis ya !! (cover novel ini cantik sangat-sangat)
Susah nak beri ulasan untuk novel ini. Mungkin tidak kena dengan cita rasa ketika membaca. Namun, ada juga bahagian-bahagian yang menarik yang diceritakan oleh novelis. Syabas!
Sebenarnya saya tak pandai memberi review haha! Saya dah baca versi asal iaitu Bintang Hati Saya dan bila saya baca versi revamp Dari Orion ke Polaris, perasaan yang saya rasa tak sama langsung seolah-olah DOKP berdiri dengan sendiri, bukan versi baru BHS. Sungguh! Ia sebuah naskhah yang wajib dimiliki jika anda sudah baca BHS. Tahniah penulis! :)
By the way..dari #TeamHakimi..sekarang saya mula nak masuk #TeamZarith. Aduhai hati.. tapi saya nak dua-dua team juga, boleh?
Btw, saya jatuh cinta dengan karakter Hakimi walaupun part dia tak banyak sangat — suka senyum, tenang dan cool, positif, sangat-sangat baik, tak mudah berputus asa, rajin, suka tengok langit, selalu husnudzon eee mmg anak soleh betul walaupun ujian hidupnya besar mashaAllah <3🥺
Tapi rasa kesian la dengan Zarith 😭 dia baik sangat :((
Sebenarnya penulis telah berjaya membawa pembaca mengembara masa. Saya juga tertarik untuk mencerap bintang rasanya. Plot yang disajikan berkembang dengan kemas bagi saya . Tak terburu- buru . Sejujurnya , saya juga seperti Riana , saya meletakkan harapan yang tinggi supaya watak Polaris dan dia ada pengakhiran yang baik . Maka saya #teamHakimi
Tapi , lama kelamaam saya bertukar menjadi #teamZarith . Saya rasa dia layak dapat Riana lepas semua usaha dia .
Jadi saya menerima ending dengan rela hati dan gembira walaupun tidak lagi ‘sempurna’ seperti harapan semua . Mungkin benarlah , cinta itu tidak perlu sempurna . So , overall , I love the story ❤️ . I will wait for more from the writer.
Duhai bintang-bintang bergemerlapan di dada langit kelam sana, sudikah dikau temani jiwa nihil yang ingin berkongsi ceritera daku? Sinar yang membawa bahagia, cinta akan angkasa ciptaan Dia. Umpama potret ilusi yang indah dan mengasyikkan, kisah mereka.
Tutor. Detik pengenalan dua insan, yang dahulu tanpa rela. Perlahan kian berubah, ajakan mencerap cakrawala sana yang mengagumkan dirinya. Tak jangka, itu titik permulaan bagi segalanya. Hati sudah bijak main peranan, ada selitan aneh timbul buatkan dia tekad. Namun semuanya musnah, bagai layang-layang yang putus tali. Tanpa arah tujuan, dia teruskan juga kehidupan. Menafi, tapi masih ada sisa harapan yang berbaki. 𝑨𝒅𝒓𝒊𝒚𝒂𝒏𝒂
Kejora. Kanvas dan irama bahari, dia biasa tapi ada sesuatu yang berbeza. Terlihat tenang dan senyuman melebar setiap masa, tapi andai diketahui kisah di belakang tadbir sana, tidak pasti masih mampu berdiri teguh ataupun tersungkur. Berbicara tiap kali malam menjelma, melepaskan rindu dan minat mendalamnya. Andai dia sempurna luaran, hakikat dia sedang berperang sama dirinya sendiri. 𝑯𝒂𝒌𝒊𝒎𝒊 𝑨𝒅𝒂𝒎 𝑺𝒐𝒏𝒈
Tak makan saman. Siapa beri kebenaran dan lesen untuk kamu memantau seperti pengawal tak berbayar ini? Dia prihatin, namun mulut agak berbisa. Suka bercanda sedangkan turut terluka. Dia sanggup korbankan segalanya andai itu buat wanita tersebut bahagia. 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒕𝒉
"𝑲𝒂𝒖 𝒔𝒖𝒅𝒊 𝒕𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒆𝒓𝒂𝒑 𝒍𝒂𝒏𝒈𝒊𝒕 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒖?"
Pada aku, kisah yang tersusun cantik dan rapi. Tidak perlu aku membahas lagi kerana informasi bintang yang terselit dalam naskah ini turut menambah ilmu pengetahuan yang aku sendiri tak pernah tahu. Tak tahulah kalau dah belajar masa sekolah rendah tentang buruj, tapi sah-sah aku dah nyanyuk kan? Diselitkan juga unsur mendebarkan, yang dimana buat adrenaline aku mengepam laju.
Jikalau dikatakan melankolik, boleh tahan biarpun Hakiki ialah watak yang membawa gerakan utama dalam cerita. Kerana dia, air mata aku tumpah seperti empangan pecah. Sampai ke pengakhiran pun boleh lagi ada kejutan yang buatkan aku terkedu tak sudah. Sudah, ana tak mahu cerita lebih lanjut. Usah berfikir dua tiga kali, marilah beli untuk sama-sama patah hati dan keliru dengan perasaan sendiri.
Polaris, Canopus dan Alnilam sentiasa di hati. Anda ditanya aku pilih kumpulan mana, aku nak semua. Maaflah, aku masih berbelah bahagi mahu team mana. Kira adil ni, sama rata aku beri kasih sayang kan? Apapun, bekali aku akan kenangkan mereka tatkala melihat bintang selepas ini. Sekian.
I'm on team Zarith. Zarith bukan hero kedua. Dia hero pertama di garis masa yang berbeza (sekarang). Dia penyelamat Adriyana dengan cara yang tersendiri. Sama seperti Hakimi.
Why am I against Adriyana and Hakimi. I'M NOT. Semua berhak bahagia tapi aku rasakan Adriyana sangat mudah berubah hati. That's my problem with her. Sebelum tahu mengenai Hakimi, dia sudah bersedia dengan kemungkinan Zarith melamar di Sabah but somehow things change.
"Jadi inilah masanya, Hakimi. Saya tidak patut berdegil lagi, kan? Saya mesti betul-betul 'lepaskan' awak pergi kali ini, kan?"
Dalam masa yang sama senyumannya jadi meleret, kerana menyedari nama Hakimi itu boleh terlintas dalam kepalanya tanpa ada sebarang kesakitan mencengkam dadanya.
Tetapi, (sigh). Penulis berhak dipenjara bersama Rafiq. Aku tiada masalah dengan Hakimi kembali tetapi sekelip mata sahaja Adriyana berubah hati? Maknanya selama ini dia tak betul² melepaskan Hakimi pergi?
Aku tahu ramai yang harapkan Hakimi, aku pun sama tapi tu lah ending yang tak seperti yang aku jangka. Sakit hati sangat.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Banyak cerita tentang bintang di langit malam. Tak sangka menarik kisah-kisah buruj ni. Hakimi Adam Song yang suka mencerap langit malam. Seorang yang sentiasa misteri, menyendiri tapi bijak.
Bahagian 1 cerita ini agak menarik, jalan cerita lancar dan endingnya sedih. Bila masuk bahagian 2, aku rasa kisahnya jadi agak perlahan sedikit, mungkin sebab watak antagonis dah takde. Bila dah nak hujung-hujung tu baru macam berdebar semula.
Tapi aku kesianlah dengan Zarith dalam cerita ni. Nak tahu kenapa aku kesian, kena bacalah untuk dptkan jawapan.
Ada persahabatan yang tulus, ada kejujuran yang diragui, ada dendam yang tiada kesudahan. Adakah bahagia akan jadi milik mereka? Cewah 😁
Okaylah. Tak nak cakap (tulis) panjang lebar, sebab aku dah meroyan beria masa baca Bintang Hati Saya suatu ketika dulu. .
Buku ni, ialah revamp version of BHS. Of course, with a different ending. .
Dulu-dulu, aku takut nak baca buku ni, sebab takut untuk mengulang kesedihan yang sama. Sampailah ada yang bagitahu aku, endingnya berbeza. So, jenuhlah mengumpul kekuatan semula untuk baca. hahaha .
Tak tahu la kenapa, aku jadi manusia yang tidak bersyukur. Masa baca BHS, aku mengharapkan pengakhiran yang berbeza untuk Hakimi. Tapi, bila baca DOKP, doa aku terbalas, tapi aku mengharapkan ending lain pulak. OMG. Apa kena dengan aku ni? hahaha .
Ceritanya, 6 tahun lepas, Hakimi ialah faktor terbesar yang mengubah hidup seorang Adriyana. Daripada seorang yang pemalas tak tentu arah, menjadikannya minat belajar dan paling penting, mereka boleh berkongsi minat yang sama, iaitu melihat bintang. Dan tetiba Hakimi hilang pada hari yang sepatutnya mereka berjumpa. .
Dan 6 tahun telah berlalu. Adriyana menerima poskad yang bertulis, Carilah Polaris. Lepas tu, ada la ugutan yang diterima untuk menghalang daripada Adriyana mencari Hakimi. Masa ni lah, Zarith, kawan sekerjanya banyak membantu. Zarith ni acah-acah je playboy. Tapi, takde girlfriend pun rupanya. Suka je duk menyakat Adriyana. .
Okay, untuk separuh buku yang pertama, sebijik je macam BHS. So, aku dah boleh expect part mana nak sedih, part mana nak cemas. Dan dah boleh nampak permainan jahat si pelaku. .
Dan sampailah part separuh terakhir. Entah macam mana, aku jatuh cinta pada Zarith. So, aku mengharapkan, itulah endingnya. Hurm, tapi takdir tidak berpihak pada kita. hahaha (tangisan dalam ketawa) .
"Ada beberapa kali aku rasa tak nak bawa kau ke Sabah. Dan ada beberapa kali aku rasa tak nak tinggalkan kau di sana dan balik sendiri. Jangan risaulah, Riyana. Aku cuma perlukan 15 bulan dan 27 hari. InsyaAllah aku akan okay." - Zarith. .
"Saya ingat suara awak. Saya minta maaf. Tapi saya tak dapat nampak awak. Saya minta maaf. Saya masih ingat suara awak, Alnilam. Please, stop crying." .
So, overall, ceritanya best. Kecuali ending kot. hahaha. (Aku baca komen kat GR, rata-rata berpendapat macam aku. Tapi nak buat macam mana, jodoh bukan di tangan kita). Dan disebabkan aku dah baca BHS terlebih dahulu, walaupun endingnya sedih, aku rasa, aku lebih sukakannya. (hurm, ni la aku cakap, aku manusia tak reti bersyukur)
💫The best novel melayu I pernah baca. To talk about this book, saya speechless. No words. I beli and baca this book mainly sebab I fikir it was a cute and light mystery, but no. Buku ni might be heavy untuk certain people and scenes dia agak graphic. Hence why I think buku ni tak sesuai untuk younger readers.
💫Plot, sangat best dan unik. Memang unexpected betul plot dia, untuk pertama kali I tak dapat nak guess apa yang jadi. Plot twist dia semua mindblowing dan main dengan emosi. Sedih, happy, confused, terkejut, semua I rasa. Tak pernah lagi perasaan aku dipermainkan macam ni hm. Sumpah sakit otak I baca plot twists dia.
💫Karakter. Ada tiga main character, Adriyana, Zarith dan Hakimi. Tiga-tiga karakter ni main peranan penting dalam Dari Orion Ke Polaris dan semua ada personaliti berbeza. Side characters dalam buku ni pun dikira ada banyak jugak, cuma setiap side karakter dikenalkan gradually so tak confuse sangat. (p/s: jangan pandang sebelah mata je untuk semua side character ni) Untuk 2 male lead ni kan, throughout my journey baca buku ni, serious I tak tahu siapa main lead and siapa 2nd lead. Tunggang-langgang perasaan aku. Kalau rasa-rasa korang tak akan nangis baca buku ni, sorry to say la, you will.
💫Buku ni even though quite panjang, tapi I tak rasa langsung sebab sangat fast paced. And I ternanti-nanti and tertanya-tanya apa yang akan jadi untuk next scene sebab plot dia sangat intriguing. Penulis macam tahu je bila nak letak cliffhanger tu sebab I susah gila nak put down this book. Sampai sekarang pun I dah boleh move on and I wish I boleh baca buku ni balik like the first time. It’s just that good and unforgettable.
💫So please, beli and bacalah buku ni. Sangat underrated and soooo freaking good. So pergi shopee karyaseni and check out sekarang😤
So far aku tak pernah lagi rasanya buat review for malay books yang aku baca. But this time aku rasa aku perlu keluarkan segala perasaan yang terbuka dalam hati.
Sejujurnya, masa mula2 baca aku rasa penceritaan agak lembap sikit, baru fasa perkenalan latar belakang adriyana, rafiq, nita dan zarith. Jadi, it took me quite awhile nak betul2 dapat feel cerita. But ada something pasal buku ni yang memaksa aku untuk teruskan pembacaan.
Apa sebenarnya yang terjadi pada hakimi?
Itulah ayat yang sentiasa berlegar2 dalam kepala aku walaupun dah hampir ke penghujung cerita. Dan aku bersyukur yang aku decide untuk habiskan pembacaan. Sebab buku ni adalah salah satu buku yang banyak memberi pengajaran hidup pada aku. Dan of course termasuk ilmu2 mencerap bintang. Entah berapa kali aku nangis sambil membaca pun tak tahu terutama sekali di akhir2 cerita. Aku tak sangka yang aku akan jatuh hati pada hakimi dan zarith. Selalunya memang aku akan pilih satu team sahaja tapi kali ni lain sikit. Penulis sangat bijak mengolah karakter2 dalam buku ni dan berjaya buat aku suka pada kedua2 watak tu. Selain tu, tema persahabatan yg ditekankan dalam buku ni pun betul2 menyentuh perasaan. Terutama sekali berkenaan pengorbanan seorang kawan.
Tapi tak dapat aku nafikan jugak buku ni ada turun naiknya. Ada masa memang betul2 buat aku tak nak berbenti membaca tapi ada masa aku rasa macam meleret. Tapi bila aku habiskan pembacaan aku sedar benda2 atau babak2 yang aku rasa meleret tu sebenarnya menyumbang pada character building dalam cerita ni. Jadi secara tak langsung telah menyumbang pada 4 bintang yang aku ratekan.
Buku yang sangat bermanfaat pada aku tapi dalam masa sama boleh layan perasaan jugak. Balance la orang kata gitu.
Adriyana. Or aku panggil dia Yana je sbb perangai reckless dia annoying. Mungkin ada antara kita akan rasa related dgn dia yg ambil ringan pasal study, pasal kerja sampai kena marah hari² tapi xnk beritahu parents kan?
Buku ni ada 3 bahagian.. pasal Adriyana, Hakimi & Canopus (ni pun korang kena baca utk taw sape nama sebenar dia 😂 ) Past: Sejak Yana jadi student kepada 'so-called-monster' Hakimi Adam Song, lepas segala mcm perasaan torture yg dia rasa (cmon Yana, kau kena study utk dapat grad & scroll kot?? Kau jgk yg nak baling mortar board dengan kawan² kan? So?) 🤦🏻♀️ #bengang1
Lepastu Hakimi invite dia join Kelab Pencerap Bintang Amatur. Di situlah Yana kenal Hakimi & kawan² baru (Canopus, Capella & Atria) serta bintang² yang bertaburan atas langit dengan lebih dekat. Baru la dia jatuh cinta 😆
Member belum pun confess pape tiba² kena belasah kaw² dengan perempuan gila yg claim Hakimi tu hak dia & beberapa siri ugutan + revelation yg Yana hadapi tu dah cukup violent & menyebabkan trauma 😱😠 Hakimi plk defend ergh #bengang2
Rupanya... cerita dia panjanggg ghisau 😅😂 - Ada backstory sedih - Ada tragedi - Ada grief - Ada bengang 345673 - PLOT TWIST!
Present: Misi mencari Hakimi Adam Song & huge revelation. Dia mcm puzzle,tp semua dapat jawab 🤣 Paling penting ada harapan yg terselit dalam diri Adriyana & Zarith yg nak cari Polaris sampai dapat jadi yg terbaik utk diri diorang & Hakimi.
"Kalau tak dapat jadi Polaris, jadilah Sirius."
Taw x, aku rasa kalau betul Hakimi dah xde, Zarith pun ok apaa? Dah glow up, muka mcm Kim Taehyung, suka kat Yana, org yang baik, Aku ship diorg berdua..tp bukan jodoh dia 😌
P/s: ada group famous dlm 1 lif tp Adriyana x kenal diorg..sian member kena serbu sampai trauma 🤣🤦🏻♀️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Saya ada love hate relationship dengan buku ini. Saya sukakan idea, kelainan dan jalan cerita ini. Tapi ada beberapa perkara yang memaksa saya untuk letakkan buku ini seketika kerana ada part yang agak meleret bagi saya.
Ntahla saya merasa geram dengan watak Riyana yang sangat degil dan tidak mempedulikan diri sendiri. Boleh dikatakan yang dia banyak menyusahkan orang di sekeliling dia tapi mungkin kerana itulah dia akhirnya dapat merungkai misteri kehilangan Hakimi.
Ada beberapa babak yang saya rasa tidak perlu dimasukkan dalam buku ini kerana bagi saya tidak membantu memperkembangkan cerita ini. Tapi mungkin hanya saya seorang berpendapat begitu. Hehehe..
Namun begitu, pengetahuan penulis tentang bintang menarik minat saya. Banyak yang saya pelajari tentang bintang, nama-nama bintang, fungsinya dan membuatkan saya juga ingin memiliki teleskop untuk mencerap bintang.
Saya berbahagi rasa samada saya team Hakimi atau Zarith. Tapi dari tajuk pun sudah menunjukkan siapa pemenang hati Riyana. Maaf Canopus, kamu berhak memiliki gadis yang lebih baik. Hehehe..
Sebuah kisah yang penuh dengan ilmu tentang bintang. Sibuk kisah mengenai Adriyana dan Zarith yang mahu menjejaki ke mana hilangnya insan yang telah banyak mengubah hidup mereka, Hakimi Adam Song.
Serius aku sangat sukakan kisah ini. Watak Hakimi walaupun muncul sangat lambat tetapi dialah penyebab utama kisah ini. Satu persatu rahsia kehidupan Hakimi yang tragis dibongkar, serius buat aku sebak dan sedih. Tragisnya hidup dia. Kuatnya dia.
Benar kata Adriyana, Hakimi macam bintang. Ya, aku juga berjaya lihat Hakimi itu seperti bintang.
Terus terang cakap, aku ambil masa yang agak lama untuk habiskan novel ini. Faktor utamanya kerana terlalu lelah menanti kemunculan Hakimi. Sungguh aku tak percaya yang dia dah mati😂
Tapi ia tetap sangat best bagi aku. Dan akan jadi bertambah-tambah best kalau penulis panjangkan part Hakimi. Serius tak puas! Dah lama tunggu kemunculan dia tapi part dia bagi aku tersangatlah sedikit🤧
Apa apapun tahniah penulis. Terima kasih tulis novel yang berilmu dan menusuk kalbu ni💖
Jalan cerita best sebab plot twist cerita ni memang tak disangka sangka. Saya suka watak zarith yang selalu ada untuk hakimi tapi pada awalnya saya agak keliru siapa watak utama lelaki. Ingatkan zarith rupanya hakimi sebab iyalah watak hakimi kejap ada kejap tak ada.
Tapi apa yang saya tak puas hati dan menyebabkan saya tak bagi 5/5 ni sebab saya tak puas hati dengan ending zarith. Rasa macam tergantung dan tak adil untuk zarith. Masa baca tu saya confident teruk yang adriyana akan pilih zarith rupanya tak.
And, saya agak tak suka dengan watak adriyana. Bagi saya, adriyana ni jenis yang tak ada pendirian. Dia dah decide nak move on dan try buka hati untuk zarith. Tapi bila hakimi muncul balik, dia lupa dan tinggalkan zarith gitu ja. Rasa macam tak adil untuk zarith.
Itu sajalah ketidakpuasaan saya tentang novel ni tapi jalan certa memang baiklah. Sangat recommended untuk korang vaca hehehe
This entire review has been hidden because of spoilers.
ML: Hakimi Adam Song @ Polaris 2nd ML: Zarith @ Canopus FL: Adriyana @ Riyana @ Alnilam
3.9 ⭐️
Hmm kalau tengok tempoh saya mula baca sampai saya habis baca, makan bulan ya. Saya memang letak high expectation pada buku ni pada mulanya. Tapi bila mula baca, banyak kali berhenti sebab bosan (maaf). Tak ada yang menarik selain ilmu tentang alam semesta. Tapi saya masih gagahkan juga baca sampai habis sebab bukan jenis saya tak habiskan bacaan.
Tak tipu buku ni ada plot yang saya sangat suka dan sangat tak disangka-sangka. Bila sampai part ni saya baca penuh debaran dan tanda tanya. Tahniah! Ini menjadikannya tak sepenuhnya bosan. Saat banyak sangat 'throwback' itu yang buat saya turn off. Kadang ada part yang macam not relatable pun.
Kehilangan ML pun pada saya lama sangat. Nak dibongkarkan keberadaan ML pun lama. Kebongkarannya bila? Ya masa dah hujung-hujung novel 🥹 Tapi salute pada FL atau Riyana yang sampai 8 tahun (if im not mistaken) pun masih setia tunggu kepulangan ML walaupun banyak suara yang cakap Hakimi dah meninggal. Kehadiran Zarith yang banyak membantu Riyana dalam keadaan sedar atau tak membuatkan Zarith ni istimewa buat Riyana dan yaa pada kami para pembaca.
Penutup? Saya boleh cakap, sad ending? Yes! Happy ending? Also yes! Cuma, why ending dia begitu saja? Macam sepatutnya ada lagi yang kena habiskan. Tapi HAHAHAA, mungkin bagi penulis, cukuplah sampai itu saja.